Anda di halaman 1dari 1

BAPA KATAK YANG SOMBONG

Selamat pagi kepada guru guru dan rakan rakan sekalian.Tajuk cerita saya
pada hari ini ialah Bapa Katak Yang Sombong
Pada suatu hari seekor anak katak sedang bermain dipadang.Dia
melompat kesana kesini dengan riang hati.Tiba tiba anak katak nampak
seekor lembu jantan yang besar.Lembu itu sedang makan rumput disitu.Anak
katak terperanjat!.Dia tidak pernah melihat binatang seperti itu.Dia takut dan
terus lari.
Anak katak itu tiba di kolam.Ia melihat bapanya sedang berehat diatas
daun teratai.
``Ayah,ayah! Saya ternampak seekor binatang yang sangat besar
didunia.Saya takut ayah,lalu saya lari.``Betul ayah perutnya besar,matanya
besar.Ada kayu tajam di kepalanya.``Betul agaknya kata anak ku,kata bapa
katak .
Bapa katak mula menyedut udara.Perutnya menjadi besar.``Oh,tidak
ayah! Ia lebih besar daripada perut ayah.Bapa katak marah mendengar kata-
kata anaknya itu.Bapa katak terus mengisi angin diperutnya.Anaknya melihat
apa yang dilakukan oleh ayahnya.
``Oh,tidak ayah! Binatang itu jauh lebih besar daripada perut ayah,kata
anak katak.Bapa katak semakin marah.Dia mengisi angina dalam perutnya
lag.Dia rasa dialah binatang yang paling besar didunia.Perut bapa katak
bertambah besar seperti belon .
Ia menjerit dengan sombong.``Lihat sekarang, akula binatang yang paling
besar! Tidak ayah, Kata anak katak.
Bapa katak bertambah marah.Dia menyedut lagi udara ke dalam
perutnya.Perut bapa katak menjadi sangat besar.Tiba-tiba perut bapa katak
pecah.Bapa katak pun mati.Anak katak sangat sedih dengan kejadian itu.

Begitulah akhirnya cerita tentang Bapa Katak yang sombong.Kawan
kawan sifat sombong dan megah diri adalah sifat yang tidak baik.Semoga kita
semua dijauhkan dari sifat sedemikian.Sekian sahaja cerita saya kali ini.Semoga
yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.Sekian dan
terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai