Anda di halaman 1dari 2

Daun pegaga tumbuh melata,

Burung merbah di pohon cemara;


Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Hai kawan-kawan, pada hari ini saya akan menyampaikan sebuah


cerita yang bertajuk

“Katak Yang Suka Bercakap Besar”

Pada suatu hari, anak katak melompat ke sana ke mari di padang.


Tiba-tiba dia nampak lembu jantan yang sedang meragut rumput di
situ.

Sebelum ini, anak katak tidak pernah melihat binatang yang sebesar
ini. Dia amat takut lalu melompat pulang.

Dia melihat bapanya sedang berehat di atas daun seroja.

“Ayah tadi saya nampak binatang yang paling besar di dunia.”

Bapa katak memandang ke arah anaknya sambil berkata


“Sudah tentu ayah lebih besar dari dia” kata bapa katak.

“Ayah silap, binatang itu lebih besar daripada ayah”

Bapa katak sangat sombong lagi bodoh. Dia mula mengisi perutnya
dengan udara.

“Siapa lebih besar sekarang?”


Tanya bapa katak sambil menunjuk-nunjuk perutnya.
“Binatang itu jauh lebih besar daripada perut ayah” Kata anak katak.
Bapa katak sungguh marah. Dia terus mengisi perutnya dengan
udara.

“Akulah yang paling besar sekarang”

“Tidak benar ayah” kata anak katak.

Kata-kata anaknya menyebabkan bapa katak bertambah marah.

Bapa katak membesarkan lagi perutnya menjadi teramat besar. Tiba-


tiba kedengaran bunyi letupan yang amat kuat. Perut bapa katak itu
pecah berkecai-kecai.

Kawan-kawan marilah kita mengambil pengajaran dari cerita tadi.


Janganlah kita bersikap sombong. Buatlah sesuatu yang sepadan
dengan kebolehan diri kita.

Sebelum mengundur diri terimalah serangkap pantun dari saya.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari di susun maaf di pinta.

Sekian sahaja. Wabillah hitaufik walhidayah..

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh…

Anda mungkin juga menyukai