Anda di halaman 1dari 3

BAPA KATAK YANG SOMBONG Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Guru-guru dan kawan-kawan sekalian.

Hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita bertajuk BAPA KATAK YANG SOMBONG. Pada suatu hari seekor anak katak kelihatan sedang bermain-main di padang. Dia melompat ke sana dan ke sini dengan riang hati. Tiba-tiba anak katak itu ternampak seekor lembu jantan yang besar. Lembu sedang makan rumput di situ. Anak katak terperanjat kerana dia tidak pernah melihat binatang sebesar itu. Dia menjadi takut lalu terus balik. Anak katak itu pun tiba di kolam. Ia melihat bapanya sedang berehat di atas daun teratai. Ayah, ayah! Saya ternampak seekor binatang yang sangat besar di dunia. Saya takut ayah. Saya pun lari balik, Kata anak katak. Betul ayah. Perut dia besar. Mata dia besar. Ada kayu tajam di atas kepalanya. Bapa katak mula menyedut udara. Perutnya menjadi besar. Besar macam perut ayah ni? Tanya bapa katak. Oh tidak ayah! Ia lebih besar daripada perut ayah. Bapa katak marah mendengar kata-kata anaknya itu. Bapa katak mengisi lebih banyak udara di perutnya. Perut bapa katak menjadi buncit. Lihat, adakah binatang itu sebesar perut ayah ini?

Oh, tidak ayah! Binatang itu jauh lebih besar daripada perut ayah . Bapa katak semakin marah. Dia mengisi angin dalam perutnya lagi. Dia rasa dialah binatang yang paling besar di dunia. Perut bapa katak bertambah besar seperti belon. Ia menjerit dengan sombong. Lihat sekarang, akulah binatang yang paling besar! Tidak ayah, kata anak katak. Bapa katak bertambah marah. Dia menyedut lebih banyak udara ke dalam perutnya. Perut bapa katak menjadi sangat besar. Tiba-tiba, pummm perut bapa katak pecah. Bapa katak pun mati. Anak katak sangat sedih dengan kejadian itu. Begitulah para hadirin sekalian, janganlah kita bersikap sombong dan bermegah diri kerana sikap begini akan merugikan diri kita sendiri. Saya sudahi cerita saya dengan serangkap pantun. Meredah hutan mencari halia, Siakap dibeli bersama tuna; Merendah diri amalan mulia, Bersikap sombong tidak berguna.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai