Anda di halaman 1dari 3

Lampiran 2 PAPAN CERITA SANG GAJAH YANG SOMBONG NARATOR Pencerita NARATION Hai, adik-adik. Apa khabar semua?

Harap adik-adik semua sihat sentiasa. Hari ini kak Cha nak bawa semua jalan-jalan ke taman bunga. Jom ikut kak Cha. Mari sini semua adik-adik. Kak Cha nak menyampaikan satu cerita yang bertajuk Sang Gajah yang sombong. Dengar ya! Di dalam sebuah hutan, tinggal seekor gajah yang besar. Sang Gajah itu berasa bangga kerana memiliki badan besar. Oleh itu, ia merasakan dirinya paling kuat dalam hutan. Kalau aku besar dan kuat tentulah aku boleh menjadi raja. Takkan ada yang berani mencabar aku! Oleh sebab terlalu megah, Sang Gajah berkata kepada haiwan-haiwan dalam hutan Badan saya besar dan kuat. Kamu semua mesti menghormati saya!. MUZIK 10 True Nature KESAN BUNYI

Pencerita

Rainforest ambient

Pencerita

Sang gajah

Pencerita

Sang Gajah

Pencerita

Banyak haiwan berasa kurang senang mendengar kata-kata Sang Gajah. Bagi mereka, walaupun Sang Gajah berbadan besar dan kuat, ia tidak boleh bercakap besar. Walaupun besar dan kuat, tetapi Sang Gajah tetap ada kelemahannya!. Betul cakap kamu, Sang Arnab!. Bagaimanapun Sang Gajah masih megah akan badannya itu. Kalau ada haiwan yang tidak menghormatinya, ia mahu memijak haiwan itu. Sang Monyet juga berasa kesal. Ruparupanya, kata-kata mereka didengari oleh Sang Tikus. Sang Tikus merasakan ia boleh melakukan sesuatu terhadap Sang Gajah. Aku akan ajar Sang Gajah yang suka bercakap besar itu!. Sang Tikus berkata dalam hati. Tanpa berlengah lagi ia segera mencari Sang Gajah. Sang Tikus bertemu Sang Gajah di suatu tempat. Hei, Sang Gajah! Kamu memang besar dan

Sang Arnab

Sang Monyet Pencerita

Pencerita

Sang Tikus

Pencerita

Sang Tikus

kuat. Tetapi, saya tidak takut pada kamu!. Pencerita Sebaik mendengar kata-kata Sang Tikus, Sang Gajah menjadi amat marah. Ia mahu memijak Sang Tikus. Namun Sang Tikus terus melompat di belakang Sang Gajah. Sang Gajah menjadi cemas. Sang Gajah berpusing-pusing untuk menjatuhkan Sang Tikus namun usahanya tidak Berjaya. Akhirnya, ia menjadi mabuk lalu tumbang ke tanah. Haiwan lain yang melihat kejadian itu, ketawa geli hati. Sejak hari itu, Sang gajah tidak berani bercakap besar lagi. Ia amat malu kerana dikalahkan oleh Sang Tikus yang berbadan kecil. Ingat ya adik-adik. Janganlah kita bersikap sombong dan angkuh dengan kelebihan yang ada pada diri kita. Sebaliknya bersyukurlah di atas kelebihan kita. Sekian, terima kasih. 10 True Nature Rainforest - ambient

Pencerita

Pencerita

Pencerita

Anda mungkin juga menyukai