Anda di halaman 1dari 3

Dum…dum… dum…

Dalam sebuah rimba, segala haiwan tinggal dengan aman dan bahagia.

Namun, pada suatu hari, rimba itu menjadi hingar-bingar. Semua haiwan kecoh

kerana ada seekor gajah yang baru datang.

Gajah itu sungguh garang dan suka berkelahi. Gajah-gajah lain melarikan diri.

Mereka tidak berani melawan gajah itu.

Bukan sahaja gajah, haiwan yang lain turut menjadi mangsa gajah tersebut. Semua

haiwan dalam rimba itu berasa susah hati. Mereka tidak berani menghalau gajah itu.

"Aku tidak berani berlawan dengannya. Gajah itu lebih besar dan kuat,” kata salah

seekor gajah dalam rimba itu.

“Aku pun tidak berani juga, ” ujar Sang Beruang.

Tiba-tiba terdengarlah pula suatu suara, "Biarlah aku cuba melawannya.”

Rupa-rupanya Sang Semut bersuara. Semua haiwan terkejut.

"Engkau sangat kecil, wahai Sang Semut! Bagaimana kau boleh menghalaunya?”

tanya Sang Badak.

“Walaupun aku kecil tetapi aku mempunyai senjata rahsia. Aku yakin aku dapat

menghalau gajah tersebut.” Jawab Sang Semut.

Haiwan- haiwan yang lain berasa risau. Mereka tidak mahu rakan mereka tercedara.

Namun, Sang Semut tidak peduli. Keesokan harinya, Sang Semut pergi ke tempat

gajah itu.

Sang Semut berjumpa dengan Sang Gajah yang angkuh itu.


“Wahai sang Gajah, jangan lah engkau membuat kerosakan dan mencari gaduh di

dalam rimba ini. Kitakan boleh hidup bersama-sama dengan aman dan harmoni,”

pujuk Sang Semut.

“Hahahaha…. Aku ingin tunjukkan kehebatanku. Sudah.. pergi kau dari sini. Jangan

ganggu aku. Nanti aku pijak kau,” kata Sang Gajah dengan angkuhnya.

“Jika engkau tidak mahu berubah, keluarlah dari rimba ini. Kami tidak suka

perbuatan kau itu,” kata Sang Semut.

“Hahahaha… KELUAR??? Siapa engkau yang menghalau aku.. Aku haiwan yang

paling besar dalam rimba ini. Rimba ini hak aku. Hahahaha..” ketawa Sang Gajah

sambil berlalu pergi.

“Hmmm.. nampaknya aku perlu menggunakan senjata rahsiaku” fikir Sang Semut.

Sang Semut merayap di atas badan Sang Gajah. Sang Semut tidak berasa risau

kerana tubuhnya kecil. Sang gajah tentu tidak dapat melihatnya. Sang Semut masuk

ke dalam telinga Sang Gajah. Sang Semut tahu kelemahan Sang Gajah iaitu pada

telinganya. Walaupun telinga Sang Gajah besar tetapi kulit dalamnya nipis. Dengan

segera Sang Semut menggigit telinga Sang Gajah. Meraung-raunglah gajah itu

kerana kesakitan. “Aduhhh.. sakitnya..” Sang Gajah cuba menghalau Sang Semut

namun tidak berjaya. Siang dan malam, gajah itu asyik meraung kesakitan.

Akhirnya, Sang Gajah mengaku kalah dan bersetuju meninggalkan tempat itu.

Beberapa hari kemudian, Sang Semut pulang ke rimba itu semula. Semua haiwan

berasa gembira dan hairan. Bagaimanakah Sang Semut boleh mengalahkan gajah

itu?

“Terima kasih Sang semut kerana engkau dapat menghalau gajah yang angkuh itu,”

kata Sang Badak kepada Sang Semut.


Selesailah sudah

Kisah sang semut

Yang sangat cerdik

Lagi berani

Berjaya menumpaskan

Musuh yang ganas

Hidupan rimba

Aman gembira

Kawan-kawan, setiap masalah yang kita hadapi pasti ada penyelesaiannya jika kita

menggunakan akal seperti sang Semut tadi. Ingatlah.. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai