Anda di halaman 1dari 2

Latihan Amali Terapi Muzik dan Nyanyian PK Semester 5 2011

Terapi muzik dan nyanyian adalah satu cara yang boleh digunakan untuk mengubah
tingkah laku murid dan meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran guru.
Terapi muzik dan nyanyian adalah penting kerana melibatkan pergerakan anggota
badan yang penting untuk pembelajaran berlaku iaitu tangan, jari dan juga mulut(oral).
Secara berkumpulan (10 orang), anda dikehendaki merancang dan melaksanakan satu
sesi terapi melalui aktiviti terapi muzik dan nyanyian berdasarkan kepada tugasan yang
diberi.

1. Pilih pelajar dan nyatakan profil pelajar tersebut (kategori pelajar berkeperluan
khas, umur, jantina, kesukaran yang dihadapi dan sebagainya.)
2. Menyediakan satu rancangan aktiviti yang mengandungi gambar
rajah/ilustrasi/peralatan yang akan digunakan.
3. Nyatakan spesifikasi aktiviti yang akan dijalankan dan juga spesifikasi peralatan
yang digunakan.
4. Tetapkan objektif dan tempoh masa pelaksanaan.
5. Senaraikan kepentingan aktiviti terapi yang dijalankan kepada murid
berkeperluan khas.
6. Sediakan satu laporan bergambar mengenai pelaksanaan aktiviti terapi tersebut.
7. Tulis 1 refleksi secara individu TIDAK melebihi satu muka surat.

1. terapi muzik dengan permainan alat konvensional


2. terapi muzik dengan perkusi badan
3. terapi nyanyian lagu berkembar
4. terapi nyanyian lagu bertalun
5. terapi muzik dengan pergerakan kreatif – bertema
6. terapi muzik dengan permainan alat improvisasi
7. terapi muzik dengan perkusi mulut
8. terapi  nyanyian lagu pusingan (canon)
9. terapi muzik dengan pergerakan kreatif – bebas

10.  terapi muzik dengan pergerakan kreatif – mengikut lirik


 
 SUSUNAN AKTIVITI TERAPI INI MENGIKUT NO. YANG DAPAT UNDI DULU TUH.
 ONE MORE..BAGI PELAKSANAAN AKTIVITI KUMP. 1 N KUMP. 2 MENGIKUT
AKTIVITI YG    DILAKUKAN PADA HARI AMALI TERAPI DIADAKAN...
 
 KUMP 1  terapi  nyanyian lagu pusingan (canon) N KUMP 2 terapi muzik dengan
permainan alat  konvensional..
OLEH ITU.. SESIAPA YANG DARI KUMP.1 DAN 2 YG DAPAT UNDIAN YG SAME
DENGAN TAJUK PEMBANTANGAN DAHULU PERLU BUAT PERLAKSANAAN
AKTIVITI..
 
Fain Kun

Anda mungkin juga menyukai