Anda di halaman 1dari 2
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Bandar Baru Tunjong, 16010 Kota Bharu, Kelantan. Tel: 09-741 8000 Fax: 09-748 2554 Website : jpnkelantan.moe.govmy Ruj. Kami: JPKn/SPS/UPP/600-5/7/JId.14 (1& ) Tarikh 129 April 2021 Semua Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Kelantan Tuan, ARAHAN PENUTUPAN SEKOLAH SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DI NEGERI KELANTAN Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa YB Menteri Kanan Keselamatan telah mengumumkan pada 28 April 2021 mengenai tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri Kelantan dilanjutkan sehinaga 17 Mei 2021. 3. Sehubungan dengan itu, setelah mengambil kira situasi semasa, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat ketetapan bahawa semua sekolah di negeri Kelantan ditutup mulai 3 Mei 2021 hingga cuti Hari Raya Aidilfitri, Manakala pada 16 hingga 27 Mei 2021, sesi persekolahan dilaksanakan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PAPR). Semua sekolah akan bercuti pertengahan tahun bermula 28 Mei hingga 12 Jun 2021 dan dibuka semula pada 13 Jun 2021. 4. Justeru itu, kerjasama tuan dimohon untuk mengambil maklum dan memanjangkan arahan ini kepada semua pentadbir sekolah di bawah pentadbiran pejabat pendidikan daerah tuan untuk tindakan selanjutnya. Tuan hendaklah memastikan guru-guru melaksanakan PdPR dalam tempoh penutupan sekolah. Pada masa yang saria semua Pegawai Pendidikan Daerah hendaklah terus membuat pemantauan ke semua sekolah bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan dipatuhi. Sekian, terima kasih. “Raja Berdaulat, Rakyat Muafakat, Negeri Berkat” “PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, zu) I BIN FAUZI Pengalah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan “PENDIDIKAN BERKUALIT) INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA™ JPKn/SPS/UPP/600-5/7/JId.14 ( V8 ) sk.: 1, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia 2. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Operasi Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 3. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai