Anda di halaman 1dari 1

1.

Model SAMR adalah cara guru menilai bagaimana mereka memasukkan teknologi ke dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mereka. Model ini menggunakan hierarki untuk menggambarkan level
kognitif yang dapat diperolehi oleh pelajar dengan menggunakan teknologi sebagai alat bantu
mengajar. Model ini terbahagi kepada 4 iaitu S (penggantian), A (penambahan), M (pengubahsuaian)
dan R (pengukuhan).

2. Dua kelebihan Kerangka TPACK ialah guru dapat mengambil peluang untuk mencuba sesuatu yang
baru dalam aspek pedagogi iaitu menggunakan seni dalam pengajaran. Selain itu, dengan
menggabungkan penggunaaan teknologi, guru dapat menarik minat murid untuk aktif dalam
pembelajaran selain guru perlu memahirkan diri dalam penggunaan teknologi semasa sebagai nilai
tambah dalam diri seorang guru. Apabila seorang guru memiliki TPACK yang tinggi, maka guru
tersebut memiliki kemampuan menyusun peringkat pembelajaran yang tinggi sekaligus dapat
mempengaruhi kaedah pembelajaran di kelas.

3. TPACK bermaksud kerangka kerja atau model pembelajaran yang menggabungkan teknologi,
pedagogi dan pengetahuan. Teknologi diperlukan dalam penerapan pembelajaran seperti model
pembelajaran campuran. Dalam model ini, pembelajaran campuran tidak hanya berfokus pada
bersemuka di kelas tetapi menggunakan teknologi dalam taliann untuk mendukung kegiatan
pembelajaran yang telah dilakukan di kelas. Pedagogi membantu untuk mengembangkan seni-seni
mengajar atau membentuk kelengkapan instrumen proses dan penilaian dalam pembelajaran.
Pengetahuan yang terdapat dalam kerja TPACK pula ialah pengetahuan asas yang perlu dimiliki oleh
seorang guru dan tidak hanya bergantung pada buku teks semata-mata tetapi perlu mendalami
maklumat semasa yang berlaku di dunia.

4. Satu peranan bagi Model ASSURE dan Model ADDIE dalam pengajaran dan pembelajaran dapat
menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan
media meskipun setiap model mempunyai fungsinya tersendiri

5. Reka bentuk pengajaran ASSURE dapat digunakan dalam amalan membina sesuatu proses atau
produk pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan
pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Model ini berskala lebih kecil dan tertumpu kepada
perancangan bilik darjah dan boleh dijadikan panduan untuk merancang penggunaan media dalam
pengajaran. Model ASSURE ini tidak hanya berpusatkan kepada guru tetapi juga kepada pelajar. Di
sini, guru lebih mahir dengan menggunakan alat teknologi selain membantu membuatkan hubungan
antara guru dan pelajar menjadi erat kerana model ini menitikberatkan penglibatan murid dalam
pembelajaran. Penggunaan model ini menggalakkan guru sentiasa menggunakan alat bahan bantu
mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aplikasi model ini mempunyai objektif yang
kelas seterusnya akan mampu menarik murid untuk belajar pengajaran guru. Pembelajaran akan lebih
berkesan dengan adanya bahan media yang sesuai semasa pengajaran guru.

Anda mungkin juga menyukai