Anda di halaman 1dari 4

Nama: _________________________________ Tarikh: ________________

Kelas: ______________________

Diftong
Apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan
dan disebut dalam satu suku kata atau satu sebutan bunyi. Diftong dieja dengan
gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan sebagai bunyi luncuran iaitu bunyi vokal
yang pertama menggeluncur ke bunyi vokal yang kedua. Sebutan bunyi vokal
yang pertama adalah lebih lantang (kuat) berbanding bunyi yang kedua.

Dalam Bahasa Melayu, terdapat tiga jenis huruf diftong yang dieja dengan gabungan
huruf vokal iaitu;
1. ai
2. au
3. oi
Secara lebih terperinci, diftong ialah:
1. Gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan secara berterusan dalam satu
hembusan nafas. 
2. Terhasil apabila bunyi satu vokal menggeluncur dengan cepatnya ke suatu
vokal lain. 
3. Ia dianggap sebagai satu suku kata, dan dilambangkan oleh dua vokal tetapi
bertindak sebagai satu fonem. Ertinya, lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan
sebagaimana membunyikan sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan ke arah
membunyikan vokal yang lain. 
4. Terdapat tiga jenis diftong iaitu ai, au, dan oi. 
5. Untuk menghasilkan bunyi diftong ai, lidah berkeadaan sebagaimana
membunyikan vokal “a”, dan secara cepat geluncurkan lidah ke arah membunyikan
vokal “i” pula. Begitu juga cara membunyikan diftong au, dan oi. 
Contoh perkataan diftong

ai - gulai, balai, tapai, tembikai, sidai, keldai, kedai, gerai, buai, cuai, misai,
petai, pantai, lantai, rantai, teratai, sungai

au - aurat, saudara, harimau, wau, pulau, surau, kerbau, pisau, limau, hijau, bangau

oi - boikot, sekoi, koboi, kaloi, amboi, 

Anda mungkin juga menyukai