Anda di halaman 1dari 9

CALON

"Habis bila lagi….?", tanya mak untuk sekian kalinya tentang K.A.H.W.I.N. Setiap kali mak
telefon aku, mesti topik semasa ini akan terpacul dari mulut mak.

"Belum ada jodoh mak….", jawab aku seperti selalunya.

"Itu sajelah jawap kau. Hah, mak pegang janji kau kelmarin Juliana, suruh mak carikan jodoh.
Mak telefon ni pun nak bagi tahu kau yang mak dah dapat calonnya…", suara mak lembut tapi
tegas.

Aku senyum. Teringat masa aku balik kampung lima hari yang lepas. Masa itu kerana nak
sedapkan hati mak aku suruh mak carikan saja calon suamiku. Tidak aku sangka begitu cepat
mak "bertindak".

"Siapa mak?", aku "action" terperanjat.

"Anak buah Makcik Jah kau…alah Makcik Jah yang tinggal dekat hujung kampung tu, tak kan
kau tak kenal…", jawab mak terkocoh.

"Budak mana mak?", tanya aku lagi.

"Budak kampung ulu, tapi sekarang ni kerja kat bandar, jadi inspektor polis, Ezman
namanya", mak bercerita. Aku hanya diam tidak menjawap.

"Mak nak minta izin kau ni nak kasi dia nombor telefon kau ni…", suara mak lembut seakan
memujuk.

"Nantilah dulu mak…biar Juliana fikirkan dulu..", aku berlembut juga.

"Hah itulah kau…Macam mana pun kau ambillah nombor telefon dengan alamat dia ni…
Manalah tahu esok,esok terserempak ke kat bandar tu…"

Aku patuh cakap mak. Aku coretkan nombor telefon dan alamat budak Ezman tu. Sebelum
letak telefon, mak pujuk aku lagi dan sekaligus mengingatkan akan umur aku dah tak berapa
muda ni.

Ada benarnya cakap mak. Aku bukan muda lagi. Dah dua-puluh lapan tahun. Rasanya kawan-
kawan sebaya aku dah ada yang beranak-pinak. Bukan aku tidak mahu kahwin, tapi entahlah,
agaknya aku dah serik dengan pengalaman cinta pertamaku dulu. Mana tidaknya bayangkan
aku berkawan dengan Shah hampir lima tahun, tup-tup dia minta berpisah kerana nak
lanjutkan pelajaran ke luar negara. Aku bukan orang yang "selfish", sebab itulah walau pun
berat, aku lepaskan Shah pergi. Lagipun aku berpegang pada prinsip hidupku dulu - "If you
love something, let it free. If it comes back to you, it’s yours forever". Shah tak pernah balik
padaku. Dan yang lebih menyakitkan hati, dia tidak pun belajar ke luar negeri seperti yang dia
gembar-gemburkan.

"HOI…", satu tampahan singgah ke bahu ku.

"Oh mak…", latahku terperanjat. Aku toleh dan melihat Maria, rakan serumahku tersengeh.

"Beranganlah tu….", serkap Maria.

"Berangan kau kata…Ni hah…mak aku dah dapat calon untuk aku…", aku tunjukkan coretan di
tanganku pada Maria.

"Baguslah tu. Eh budak mana hah? Kerja apa? "Handsome" tak?", laju soalan Maria.

"Oi banyaknya soalan kau..", kataku dan Maria hanya tersengeh.


"Nama dia Ezman, inspektor polis. Tinggal kat bandar ni jugak. "Handsome" ke tak aku tak
tahu. Belum jumpa….", jawabku, selaju pertanyaan Maria tadi.

"Abang polis…? Oi ni mesti tinggi lampai macam A C Mizal ni…"

Aku hanya tersenyum melihat gelagat Maria. Aku renung kertas di tanganku, mencongak-
congak apa langkah aku seterusnya. Yes, I’ve got an idea, bisikku sendiri.

"Kau free tak?", tanya aku tiba-tiba pada Maria.

"Sekarang? Kenapa?", tanya Maria balik.

"Yalah sekarang..takkan besok…"

"Aku ingat hari-hari cuti ni aku nak rest aje kat rumah…", Maria mengeliatkan badan.

Aku hanya berenung Maria yang tiga tahun lebih muda dari aku ni. Macam aku, Maria pun
belum berpunya. Sebab itulah aku boleh "klik" dengan dia.

"Jom ikut aku….", aku bangun mencapai kunci kereta dan menarik tangan Maria.

Maria yang kehairanan itu hanya membuntuti aku tanpa banyak bicara. Hanya bila sudah
berada dalam kereta dia bertanya hendak kemana. Aku hanya senyum.

"Wait and see…", kataku lagi.

"Kita kat mana ni…", tanya Maria bila aku memberhentikan kereta di tepi simpang tiga.

"23, Jalan Mengkudu", aku menghulurkan kertas yang tercatit alamat Ezman.

"Kau biar betul Ju…", katanya terperanjat. "Yang mana satu rumahnya?"

"Tu hah yang depan kita betul-betul tu…Tapi yang mana satu dia ya?", tanyaku sendiri.

Dari tempat kami berada, terlihat jelas scenario rumah Ezman. Kelihatan seorang lelaki
bertubuh kecil dan berkaca mata sedang mencuci sebuah kereta kancil. Seorang lagi sedang
terbongkok-bongkok di tepi pagar menghadap motor besarnya, jenis apa aku tak pasti.
Handsome jugak mamat ni, detik hati aku. Yang seorang lagi tu, sedang membaca suratkabar
sambil duduk menyandar di atas bangku kayu. Sebahagian tubuh dan mukanya di lindungi
suratkabar.

"Heh…yang mana satu hah?", tanya Maria. "Kalau yang depan motor tu oklah, kalau yang
dengan kancil tu..he…he bagi kat aku pun aku tak nak…", lawak Maria.

Aku ketawa juga mendengar celoteh Maria.

"Kalau nak tahu, keluarlah tanya..", cabarku.

"Gila kau…eh tak kuasa aku pergi bertanya pasal calon suami kau tu…"

Aku senyum lagi. Kereta ku gerakkan perlahan menuju ke rumah itu.

"Kau biar benar Ju, apa yang kau nak buat ni?"

"Watch me", kataku pendek sambil mengenakan sun-glassesku.

Aku berhentikan kereta betul-betul di tepi pagar rumah Ezman. Melihat aku keluar kereta,
Maria pun mengikut. Lelaki yang di tepi pagar tu merenung ke arah kami.
"Assalamualaikum bang….", aku menghulur salam.

Lelaki di tepi pagar itu, menyambut salamku dengan senyuman di bibir. Biasalah, lelaki kalau
nampak perempuan, detik hatiku.

"Boleh tumpang tanya sikit….", aku berpura.

"Banyak pun boleh….", katanya sambil tersengeh. Makin jelas "kehensemman"nya.

"Sebenarnya saya cari rumah kawan, no 52, Jalan Mengkudu", bohongku.

"Nombor lima puluh dua…..", katanya sambil mengaru kepala yang tak gatal.

"Eh Halim, kau tahu nombor 52 kat mana tak…?", tanyanya pada lelaki "kancil" tu.

"Entah…", jawab si Halim. "Cuba tanya Ezman tu…", usulnya pula. Hatiku berlonjak bila dia
menyebut nama Ezman, sekurang-kurangnya aku capai matlamat aku nak tengok muka
Ezman.

"Eh Man, nombor 52 kat mana hah?", tanyanya pula pada Ezman. Mataku tertumpu pada
pemuda yang memegang suratkabar. Yes….that’s him, kata hatiku.

Pemuda yang di panggil Man tu, menurunkan suratkabar di tangannya. Orangnya tidaklah
berapa handsome tetapi bolehlah tahan. Rambutnya pula pendek ala abang polis. Inilah
rupanya orang yang mak nak jadikan calon suamiku…

"Mana ada nombor 52, setahu aku di sini sampai nombor 30 aje…",ujar Ezman. Suara yang
gagah, fikirku. Aku renung wajahnya lagi. Adakah dia juga sedang terfikirkan calon isterinya
sekarang ini?

"Tak ada rasanya nombor 52 ni dekat sini….eh awak salah alamat tak?", tanya lelaki
"handsome" di depan pagar itu.

"Tak apalah bang…saya salah dengar agaknya..terima kasih ya bang…", jawabku. Pantas pula
aku masuk semula ke dalam kereta dan tersenyum memandang Maria yang sudah duduk di
sebelahku. Aku mula memandu.

"So Cik Juliana, mission accomplished. What’s your next step?", tanya Maria padaku.

Aku menjawab soalan Maria tu dengan sekuntum senyuman. Memang pasal wajahnya aku tak
berapa ambil berat, buat apalah wajah yang "handsome" kalau hatinya tak tulus dalam
bercinta. Seharian aku memikirkan perihal calon mak ni. Kadang-kala ada betul juga cakap
mak. Bercinta sebelum berumah-tangga tidak semestinya membuatkan seseorang itu betul-
betul kenal dengan pasangannya. Kalau tidak, tidak adalah kes cerai-berai. Macam aku
dengan Shah dulu lah. Aku ingat setelah hampir lima tahun aku berkawan dengannya, aku
dah masak dengan perangainya, tetapi ternyata aku salah. Akibatnya aku sendiri yang
terluka. Hari itu selepas solat Maghrib, aku melakukan solat Istikharah.

Besok malamnya aku telefon mak.

"Mak Juliana ni…Ju dah fikir pasal calon mak tu…buatlah apa yang fikir baik….", putusku.

Kedengaran ketawa Mak di hujung talian. Setidak-tidaknya aku bisa membuat mak gembira
dan tersenyum panjang hari ini.

CALON 2

Semenjak aku kasi "greenlight" dekat mak untuk memberikan nombor telefonku pada Ezman,
hampir setiap hari mak telefon bertanyakan samada Ezman ada telefon aku ke tidak. Bila
jawabku belum, aku dapat rasakan kekecewaaan dalam suara mak.

"Baru seminggu mak….Dia pun perlu masa untuk berfikir, macam Ju jugak..", aku cuba
sedapkan hati mak. Tapi itu kata-kata yang keluar dari mulutku sahaja. Dalam hati, Tuhan
sahaja yang tahu.

Yang nyata, bukan mak seorang yang menunggu. Walau macam mana pun aku nafikan, aku
juga tertunggu-tunggu akan panggilan dari Ezman. Aku nak tengok reaksinya bila cuba
dijodohkan dengan orang yang tidak dia kenali. Maklumlah zaman moden ni, jarang ada orang
yang mahu dijodohkan. Kerana itulah aku sengaja melarang mak memberikan gambar aku
pada Ezman. Sebab aku rasa kalau dia benar-benar serius untuk mengenali aku, dia akan
cuba cari jalan untuk melihat wajahku; macam yang aku pernah buat pada dia dulu. Sebab
itulah kot dia teragak-agak untuk menelefonku. Mungkin dia sangka aku ni buruk sangat,
sebab itulah masih tidak ada orang yang nak dekat aku walaupun umurku dah boleh di
kategorikan sebagai bukan muda lagi.

Tapi macam mana kalau Ezman betul-betul ikhlas? Sudah bersediakah aku menerima seorang
lelaki dalam hidupku? Pengalamanku dengan Shah ternyata masih berbalam dalam diari
hidupku. Bukan aku berdendam. Itu bukan sifat semulajadiku. Aku serik. Serik dikecewakan.

Irama lagu "Jangan Lafazkannya" nyanyian KRU bergema dari telefon bimbitku menandakan
ada panggilan. Aku mencapai telefon.

"Hello?", ujarku.

"Hello, Asalamualaikum…is this Juliana?", tanya suara lelaki di hujung talian. Ezman ke, detik
hatiku.

"Mualaikumsalam…yes..Julah ni…Siapa tu?", aku bertanya dengan debaran di hati.

"Hi Ju…saya Man, Khairul Ezman…Saya rasa Ju dah tahu pasal saya…", dia memperkenalkan
diri. Tepat sebagaimana sangkaanku.

"Ya…saya dah diberitahu seminggu yang lalu….", kataku dengan nada loyar burukku.

"Sorilah…bukan Man tak nak telefon, tapi sibuk. Banyak kerja", jawabnya, mungkin resan
dengan nada suaraku.

"Tak..tak I don’t mean it that way…..", aku pula yang serba-salah.

"Its Ok, I faham", ujarnya.

Itulah titik perkenalan aku dengan Ezman. Semenjak hari itu, ada sahaja panggilan, sms atau
email darinya. Sungguh tidak ku duga, aku dan Ezman cepat mesra. Ezman memang pandai
melayan kerenahku. Orangnya cukup "dewasa" dalam pemikiran dan punya prinsip hidup yang
jitu. Maklumlah dia pun dah masuk umur tiga-puluhan. Mungkinkah orang yang macam ini
yang aku cari selama ini?

Malam ini kami dah janji nak keluar "dinner". Inilah "official date" kami yang pertama selepas
dua bulan berkenalan. Debaran di jantungku hanya Tuhan sahaja yang tahu. Aku sendiri
hairan dengan reaksiku ini. Sudah lama rasanya aku tidak berperasaan begini. Aku gugup.
Berkali-kali aku memandang kelibatku di cermin.

"Hoi dahlah tu…..pecah jugak nanti cermin tu..", tegur Maria yang tercegat di pintu kamarku
yang memang terbuka.

"Eh..ok tak aku pakai baju ni?", tanyaku, membelek gaun panjang berwarna hijau di badanku.
"Oklah tu……", jawab Maria sambil menarik tanganku keluar dari kamar.

Kebetulan saat itu kedengaran suara memberi salam di luar pintu.

"Hah, tu dah sampai pun…", ujar Maria.

Kami sama-sama bergerak menuju ke arah pintu. Perlahan tombol pintu aku putar.Dalam
kepalaku sudah terbayang wajah Ezman seperti mana aku melihatnya dulu. Tetapi saat daun
pintu terbuka, wajah lain yang terpampang di depan aku dan Maria. Yang tercegat di depan
pintuku saat ini bukan Ezman tetapi "mamat handsome" di tepi pagar di rumah Ezman
tempohari.

"Hai….", sapanya.

Mulutku terkunci. Aku dan Maria saling berpandangan. Tidak mungkin kami salah pandang.
Sandiwara apa yang hendak dilakunkan Ezman dan kawannya ini?

"Ju….Juliana?", suara mamat handsome ini mengejutkan kami.

"Sori….yes, saya Juliana, and you must be…..", ada getaran di suaraku.

"KhairulEzman….", sambungnya, lalu menghulur tangan.

Aku semakin serba-salah. Kalau pun Ezman memang tak sukakan aku mengapa mesti
mengaturkan rancangan seperti ini? Mengapa harus dia menyuruh teman serumahnya
menyamar seperti dirinya. Jatuh rasanya harga diriku saat itu. Ku sangka Ezman adalah lelaki
jujur yang ku cari selama ini, tetapi ternyata tangapanku meleset sama-sekali. Tapi, tidak
mengapa. Aku bukan jenis wanita yang senang menyerah kalah. Kalau inilah permainan yang
ingin Ezman lakukan, akan aku turut serta. Tapi jangan sangka aku boleh dikalahkan begitu
sahaja.

Lalu dengan serta-merta, aku palitkan senyuman yang paling manis di wajahku. Salaman
"Ezman" palsu itu aku sambut.

"Sori…..this is my housemate, Maria..", kataku lalu mencubit perlahan peha Maria yang
sememangnya terpegun dengan reaksiku.

"Hello…", tegur Ezman dan menghulurkan tangannya mahu bersalaman dengan Maria.

"Oh…hai..hai..", jawab Maria, gugup.

"Rasanya I macam pernah lihat you berdua ni…di mana ya?", tanya Ezman.

"No…I don’t think so…kan Maria…?", selindungku

"Ya..ya…I don’t think so jugak..", Maria menyokongku walaupun pada hakikat yang sebenar,
dia pun sama macam aku - terperanjat!

"You tunggu sekejap, I ambil bag dan jaket I ya…", pintaku dan tanpa menunggu jawapan
darinya, aku mengheret Maria bersamaku masuk ke kamar.

"Damn it….!",serakahku bila kami berdua sudah berada di kamar.

"Dia…dia…dia..tu…bukan Ezmankan…",kata Maria, masih gugup.

"Eeee geramnya aku…Dalam telefon cukup manis mulut…Kalau dah tak suka cakap ajelah, tak
payah nak berlakun macam ni semua…", aku melepas geram.
"He…tak kisahlah…mamat tu pun hensem apa..", ketawa Maria, cuba berjenaka.

"Tak apalah dia belum kenal siapa aku lagi…..",kataku tanpa memperdulikan jenaka Maria.

"Habis kau nak buat apa hah?", tanya Maria.

"Aku nak ikutkan sahaja rentaknya. Sampai masa nanti..tahulah apa aku nak buat..",
jawapku, lalu mencapai bag dan jaketku dan keluar semula dengan dikuti oleh Maria.
Sebenarnya di saat dan ketika ini belum terlintas di benakku apa rancangan aku seterusnya.

"Boleh kita pergi sekarang?", tanyaku pada "Ezman" dengan senyuman yang di buat-buat.

"Ezman" mengangguk,. Kami menuju kearah kereta Hyundai Coupe berwarna biru laut. Dalam
kereta mindaku berpusing mencari akal untuk penyelesaian lakunan yang direka oleh Ezman.
Manakala "Ezman" di sebelahku ini tidak menunjukkan sebarang reaksi negatif yang boleh
membuka tembelang lakunannya. Memang calon aktor terbaik.

"Tak sangka ya….", kata "Ezman" sebaik sahaja pelayan restauran berlalu dengan pesanan
kami.

"Tak sangka apanya?", tanyaku, masih mengawal rasa kecewa dan marahku.

"Yalah…wanita cantik macam Ju ni belum berpunya sampai sekarang?", ujarnya.

"I pun hairan macam mana you yang hensem mengalahkan model ni pun rela di aturkan
pertemuan yang macam ni…", lurus perkataan yang keluar dari mulutku.

"Macam I pernah cakap dekat email tu, I pun pernah kecewa macam you. Bayangkanlah
disaat kami hampir ditunangkan, dia kata dia dah tak ada hati dengan I?", ceritanya.

"Itulah manusiakan…. Makhluk Allah yang suka menyakitkan hati orang lain…", perliku.

"Tapi..I harap you tak akan buat begitu pada I?", kata-kata yang "Ezman" ucapkan membuat
aku terpegun. Perasan, kutukku dalam hati. Dia yang nak menipu, dia cakap aku pulak
macam tu. Apa dia ingat, dia hensem aku boleh jatuh hati? Nantilah, tahulah apa aku nak
buat.

Selepas "date" malam tu, kami masih berhubungan seperti biasa. Dan aku melayan dia seperti
mana yang telah aku rancangkan. Biar dia jatuh hati padaku dahulu. Dia juga yang akan
terima padahnya nanti. Yang hairannya, tak pernah dia menunjukkan tanda-tanda yang dia
sebenarnya menyamar. Perbualan dan emailnya seperti biasa. Ketika kami bertemu, dia
malah lebih mesra dengan aku. Tak ada rasa bersalah ke dalam hatinya? Hah gasaklah, dia
yang akan kecewa nanti bukan aku.

Pada Maria sudah ku terangkan duduk perkara yang sebenar. Dia memang kurang setuju
dengan rancanganku. Kata Maria, walaupun siapa "Ezman" palsu tu yang sebenarnya, dia
memang menunjukkan ciri-ciri yang dia memang sukakan aku. Tapi pada aku itu semua taktik
untuk mengecewakan aku di belakang hari. Mana mungkin aku menerima lelaki yang sudah
pandai berbohong dari mula lagi. Aku tak sanggup melalui kegagalan untuk kali yang kedua.

Memang sebenarnya aku sukakan si "Ezman" ni. Dia pandai melayan kerenahku. Wajahnya
yang tak pernah lokek dengan senyuman itu boleh terbawa dalam tidurku. Cara lawaknya,
cara cakapnya, bisa mencairkan jantung gadis mana sekali pun. Tapi aku sudah nekad. Walau
apapun terjadi aku harus buat Ezman "has a taste of his own medicine". Ini semua rancangan
dia, bukan aku. Dan ini perlu aku lakukan sebelum aku sendiri benar-benar jatuh cinta dengan
dia.

"Ooi…kau tak siap lagi ke? Sekejap lagi pakwe kau datang jemput", tanya Maria bila melihat
aku masih berbaring di atas katil.
"Malaslah aku. Bosan aku dengan lakunan dia….Aku tak boleh nak terima lagi dah…", jawabku
malas.

"Habis kau nak buat apa lagi? Tak kesian ke kau dengan mak kau di kampung tu yang
mengharap sangat agar kali ini…..", kata-kata Maria terputus di situ bila dia perasan aku
merenungnya dengan tajam.

"Eh Maria, kau ingat aku tak kesian ke dekat mak aku? Kau ingat aku tak nak kahwin? Macam
mana aku nak kahwin dengan lelaki penipu macam tu? Lagipun kau sendiri tahu yang dia
bukan Ezman yang mak aku nak jodohkan dengan aku. Kau sanggup tengok aku merana
selepas kahwin. Heh Maria, lelaki hensem macam tu, kau ingat tidak ada orang yang tunggu…
kau sendiri pun aku tengok kalau pandang dia tak berkelip mata", celotehku.

"Yelah, yelah…suka hati kau lah. Aku tak nak masuk campur.", kata Maria seperti merajuk.

"Sorilah kalau aku kecikkan hati kau….", aku memegang tangan Maria.

Maria hanya tersenyum memandangku. Begitu aku dengan Maria, tidak pernah ada sakit hati
di antara kami berdua.

"Hah tu dah sampai tu…", kata Maria sebaiknya kami terdengar ketukan pintu dan salam dari
luar.

"Kau bukakanlah…nanti aku keluar. Aku belum "prepare" nak cakap apa lagi ni..", pintaku.

"Well, Cik Juliana, all the best..", Maria mencuit hidungku dan berlalu membuka pintu.

Dari dalam kamar, aku dengar Maria mempelawa "Ezman" untuk masuk. Aku berdiri dengan
dada yang penuh debaran.

"This is it..", kataku sendiri dan keluar ke halaman tamu. Tiada kelibat Maria. Mungkin dia
mengurungkan diri di kamarnya. "Ezman" pula duduk dikerusi menghadap kamarku.

"Hi Ju…tak siap lagi ke..kata nak keluar?", tanya "Ezman" sebaik sahaja melihat aku yang
masih memakai seluar "track"dan kemeja T yang agak ronyok.

"Malas…", jawabku pendek dan lalu duduk di kerusi yang menghadap pintu utama.

"Kenapa ni? Macam merajuk aje bunyinya? I ada buat salah ke dengan you?", tanyanya lagi,
tentu hairan dengan jawapanku.

"Sudahlah Ezman, or whatever your name maybe…I dah tahu dah tembelang you..", ujarku
acuh tak acuh.

"Tembelang? Tembelang apa?", berkerut dahinya tanda hairan yang amat sangat.

"You ingat I tak tahu yang you bukan Ezman yang sebenarnya.dan you cuma
housematenya?", herdikku.

"Apa ni Ju. I tak faham…."

"Jangan buat-buat tak faham. Masa you mula-mula jumpa I dan Maria, you kata you pernah
jumpa kita orang. Memang betul. I pergi rumah you bila saje I dapat alamat you dari mak I. I
pura-pura cari rumah kawan I, yang alamatnya I reka sendiri. You ingat tak, 52, Jalan
Mengkudu?", aku renung wajahnya. Dan aku lihat dia cuba mengingati apa yang telah aku
cakapkan.

"Dan bila you tak tahu, you tanya mamat yang tengah cuci kereta kancil tu. Dan bila mamat
tu pun tak tahu, dia suruh you tanya Ezman. Dan ternyata Ezman tu mamat yang tengah
duduk baca suratkabar, dan bukan you!", tambahku lagi.

"Oh…jadi itulah you dan Maria…", katanya. Sebentar kemudian dia ketawa. Ketawanya itu
lebih menyakitkan hatiku yang sememangnya sudah bengkak.

"It’s not funny you know", herdikku lagi, lalu berdiri dari dudukku.

"OK Ok. Let’s be serious", katanya dalam ketawa yang masih bersisa.

"Please duduk dulu, let me explain….please..", pujuknya. Aku mengalah.

"Cik Juliana, awak ni dah salah faham sebenarnya?", dia memulakan kata.

"Mana mungkin I salah sangka…I sendiri yang dengar. Maria pun…", aku berkeras. Masakan
dia masih mahu menafikan perkara yang sudah terang.

"Dengar dulu sayang….", katanya. Tersentak aku dengan panggilan itu. Inilah pertama kali dia
mengucapkan perkataan itu. Ini tentu nak ambil hati aku.

"Mamat yang ada kereta kancil tu, namanya Harun. Seorang komputer programmer dekat
jabatan kemasyarakatan. Yang tengah baca surat kabar tu, namanya Norisman, seorang
pengawai tentera, dan kami panggil dia Isman. Dan yang di depan you sekarang ini Khairul
Ezman, seorang inspektor polis, dan kawan-kawan panggil Khai atau Khairul, bukan Ezman.
Yang panggil Ezman cuma family I dan teman-teman sekampung I", terangnya sambil
merenung wajahku. Terperanjat aku dengan penerangannya. Hampir pengsan rasanya aku
menahan perasaan malu. Namun ku gagahi juga dengan muka yang merah padam.

"I tak percaya…mungkin ini semua helah you…", aku masih berkeras.

"OK…ni kira nak buktilah ni?", katanya seakan memperli. Dia mengeluarkan dompet dari saku
seluarnya. Lalu di keluarkan segala macam kad yang tertera nama dan gambarnya, termasuk
kad waran polisnya.

Aku yang masih cuba menutup malu, membelek satu persatu kad-kad itu.

"Puas hati Cik Juliana…?", katanya lembut, masih merenung wajahku. Aku serba-salah, tidak
mungkin dapat aku balas tenungannya. Ya Allah, malunya aku.

"I’m sorry Ok…., I salah sangka rupanya…I ingat you nak..", kata-kataku terputus di situ.
Dalam keadaan yang macam ini, aku kehilangan akal dan inspirasi untuk meneruskan kata-
kata.

"You ingat I nak mempermainkan you kan?", tanya Ezman. Aku hanya mampu mengangguk.
Kesal dengan tindakan terburuku. Aku telah menghancurkan peluangku sendiri untuk
menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang ternyata ikhlas untuk bersahabat
denganku.

"Well, Cik Juliana. Bukan you sorang saje yang pandai jadi detektif. You sendiri tahu jenis
kerja I. You pernah tertanya kenape I ambil masa seminggu sebelum menelefon you buat kali
pertama. I sebenarnya menyelidiki siapa you. Sebelum I telefon you dulu, I sebenarnya dah
tahu latar belakang you. Kat mana you tinggal, kat mana you kerja. Siapa kawan-kawan you.
Sebab macam you I pun takut dikecewakan lagi.", ujarnya, menambahkan lagi rasa serba-
salah ku.

"Sori Ezman, I, I benar-benar minta maaf. I rasa perasaan serik tu masih kuat dalam diri I.
Tapi itu bukan alasan yang kuat untuk I menegakkan benang yang basah", aku berlembut
juga. Wajahku ku tundukkan. Tidak sanggup merenung wajahnya.
Tiba-tiba tanganku di pegang Ezman. Tersentak aku dibuatnya.

"Ju….biarlah I berterus-terang. I sebenarnya suka dekat you. Setelah seminggu mengekori


you secara diam-diam, I rasa I dah jatuh hati dengan you. Sebab itulah I ambil keputusan
untuk mengenali you dengan lebih dekat lagi. Ternyata you memang gadis yang I cari selama
ini. I minta pada you sekarang ini, tolonglah jangan hampakan harapan I", rayunya.

Mataku tiba-tiba terasa panas, titik-titik jernih mula menitis. Terharu aku dengan
permintaannya.

"Mampukah I membahagiakan you Ezman…", soalku, bukan sahaja pada Ezman tetapi pada
diriku sendiri.

"I yakin…..", kata Ezman lalu mengucup tanganku.

"Kalau you yakin, I akan cuba. Itu janji I…", kataku dalam esakan tangis.

Rupanya calon mak memang menepati ciri-ciri lelaki idamanku. Betapa aku sedar kasih
sayang mak buat aku adalah untuk selamanya. Inilah hadiah di atas kasih sayang itu. Dan
sebagaimana kasihnya mak terhadap ayahku, aku juga akan mengasihi Ezman sepenuh hati
ini. Semoga jodoh kami kekal hingga ke syurga. Amin.

Anda mungkin juga menyukai