Anda di halaman 1dari 3

SK (LKTP) SELENDANG 4, 26800 KUALA ROMPIN PAHANG

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA


PEMILIHAN KWAPM MURID TAHUN 2 HINGGA TAHUN 5 2018

Tarikh : 21 November 2017


Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK (LKTP) Selendang 4
Pengerusi : Tn Hj Ismael bin Mokhtar
Kehadiran (Bilangan) : 10 orang
Yang Hadir : Semua ahli mesyuarat hadir
(Seperti lampiran Kehadiran Mesyuarat)
Turut Hadir (Jika ada) : En Md Nazar bin Md Yasin ( Guru Besar)

1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1. Pengerusi mengucapkan salam dan memaklumkan bahawa tujuan
mesyuarat adalah untuk memutuskan murid Tahun 2 hingga Tahun
6 yang layak menerima KWAPM bagi sesi 2018.
1.2. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru
yang dapat hadir dalam mesyuarat unit KWAPM bagi tahun ini.
1.3. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang
telah memberikan kerjasama yang padu dalam menjalankan tugas
yang telah diberikan.

Tindakan: Makluman

2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT


YANG LEPAS.
2.1. Minit Mesyuarat Bil. 2/ Tahun 2017 diterima setelah semakan
dibuat.
2.2. Dicadang untuk disahkan oleh Pn Moriza binti Mohamad@Alias
2.3 Disokong oleh Pn N.Kamilah binti N.Mohd @ N.Mohamad
Yusoff

3 PERKARA BERBANGKIT:
3.1. Tiada perkara berbangkit.
Tindakan:
Makluman

4 LAPORAN KWAPM 2017 DAN LANTIKAN PENYELARAS


ALIRAN 2018
4.1. Seramai 33 orang murid layak memohon bantuan KWAPM pada
akhir tahun 2017 melalui maklumat APDM.
4.2. Unit KWAPM telah mengedarkan borang untuk tahun 2017 pada
bulan Oktober 2017.
4.3. Unit KWAPM akan mencari dan mengenalpasti murid yang layak
menerima bantuan KWAPM berdasarkan PGK Nasional iaitu gaji
minimum sebanyak RM920.00 dan perkapita sebanyak RM230.00.
4.4. Penyelaras aliran akan menyemak semula bilangan murid yang
layak menerima bantuan KWAPM dengan mengasingkan borang
murid yang layak dan tidak layak dan mengisi data mengemaskini
data APDM secara online sekiranya terdapat murid yang memohon
dan layak menerima bantuan KWAPM.
4.5. Penyelaras Aliran Unit KWAPM adalah seperti berikut:
Tahun 1 : Cik Nurhanis Marsilla binti Hassan Basri
Tahun 2 : En Darul Ezuan bin Duhim
Tahun 3 : Pn Zawiah binti Zakaria
Tahun 4 : En Wan Nazreen bin Osman
Tahun 5 : Pn N.Kamilah binti N.Mohd @ N.Mohamad Yusoff

Tindakan: Guru KWAPM dan Penyelaras Aliran

KELULUSAN BANTUAN KWAPM BAGI TAHUN 2018


5.1. Mesyuarat memutuskan bahawa seramai 23 orang
murid dari tahun 2 hingga tahun 6 diperakukan lulus bagi
menerima bantuan KWAPM tahun 2018 . Senarai nama adalah
seperti di Lampiran A. (Hendaklah disertakan bersama dengan
lampiran yang mengandungi senarai nama pelajar) .
5.2. Mesyuarat bersetuju bahawa kaedah pengagihan
bantuan KWAPM kepada murid dibuat dalam bentuk wang tunai
dam diedarkan kepada ibubapa/penjaga.
5.3. Mesyuarat memutuskan tarikh agihan Bantuan
KWAPM adalah dalam tempoh 14 hari daripada peruntukan
diterima oleh sekolah sebagaimana yang tercatat dalam Surat
Pekeliling Kewangan Bilangan 6 Tahun 2010 mengenai Bantuan
KWAPM.
Tindakan: Makluman

6 HAL-HAL LAIN
6.1. Mesyuarat memutuskan pemilihan adalah muktamad.
6.2. Tn Hj Ismael mengingatkan guru – guru kelas supaya sentiasa
mengemaskini maklumat murid terutama pendapatan ibubapa/penjaga ini
adalah sangat penting kerana ia melibatkan biasiswa dan lain – lain
bantuan
Tindakan: Makluman

7 PENUTUP
7.1. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat
dan
penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya akan diberitahu
kelak.
7.2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

…………………........................................
……………………...............................……….
(SITI BAYYINAH BINTI OMAR) (TN HJ ISMAEL BIN
MOKHTAR)
Setiausaha Jawatankuasa Kebajikan Penolong Kanan HEM
SK (LKTP) Selendang 4 SK (LKTP) SELENDANG 4

Tarikh: Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai