Anda di halaman 1dari 3

bakal bergraduan kelak akan menjadi agen perubahan 

masyarakat yang mampu


menjadikan penghayatan nilai yang baik dan positif sebagai cara hidup yang dapat
membina sebuah masyarakat yang beretika dan berperadaban dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelektual. Mereka juga akan menjadi peneraju utama ke arah
membina hubungan positif dan berkekalan sesama manusia, alam sekitar dan
penciptanya.

Selain itu, dengan menghayati etika dan peradaban dalam sanubari masyarakat, ia
dapat membentuk kehidupan yang sempurna dan mendidik masyarakat untuk beretika
dalam menjalani kehidupan. Hal ini kerana kehidupan yang beretika akan memastikan
manusia melaksanakan kewajipan hidup yang memberi faedah kepada diri sendiri dan
juga masyarakat. Sebagai contoh, seseorang itu dikatakan beretika apabila bertindak
jujur, menunjukkan belas kasihan dan kesetiaan manakala perbuatan seperti mencuri,
membunuh, menipu dan memfitnah menunjukkan sikap tidak beretika. Seseorang itu
dianggap mempunyai etika selagi perbuatannya tidak menyimpang dari norma-norma
sosial, peraturan, undang-undang, dan nilai-nilai moral yang boleh memudaratkan diri
sendiri dan orang lain. Pengenalan konsep 1 Malaysia oleh Perdana Menteri Malaysia
ke-6 iaitu Datuk Seri Najib bin Tun Razak juga menerapkan nilai-nilai moral kepada
masyarakat. Nilai-nilai aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1 Malaysia ialah nilai-
nilai yang perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu
negara ke arah mencapai status negara maju. Oleh hal yang demikian, ini
membuktikan etika memang penting dalam kehidupan pada masa kini sebagai
panduan untuk golongan masyarakat hidup dengan aman dan harmoni.

Di samping itu, subjek Etika dan Peradaban dapat melahirkan masyarakat yang
beretika seterusnya membolehkan peradaban manusia berkekalan. Etika merupakan
nilai penting dalam kehidupan masyarakat kerana ia berhubung dengan tingkahlaku
masyarakat sama ada baik atau buruk. Jika sesebuah masyarakat mengamalkan nilai
baik, maka masyarakat tersebut mampu hidup harmoni dan berkembang maju. Jadi,
untuk mencapai keharmonian dan kedamaian dalam masyarakat, setiap anggota
masyarakat akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing sebagai rakyat dengan
mematuhi peraturan dan undang-undang sesuatu tempat atau komuniti. Menurut
seorang ahli falsafah, peraturan masyarakat biasa juga dimaksudkan sebagai tradisi,
norma, kebiasaan atau adat, kod, nilai dan pantang larang masyarakat. Melalui
peraturan tersebut, masyarakat perlu mematuhi dan melaksanakan dalam kehidupan
seharian. Antara peraturan masyarakat berkaitan konsep atau nilai ialah berdikari,
hormat-menghormati, kasih-sayang, keberbersihan dan kerjasama. Sebagai contoh, di
Malaysia, penerapan nilai-nilai ini telah menyatukan masyarakat pelbagai kaum yang
terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Walaupun setiap
perbezaan yang ada di negara kita tidak kira perbezaan kaum, agama, budaya dan
kepercayaan, rakyat kita juga saling menghormati dan menghargai antara satu sama
lain. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh, subjek Etika dan Peradaban memainkan
peranan yang amat penting seterunya menjadikan Malaysia sebuah negara unik di
mata dunia.

Namun begitu, terdapat juga kelemahan subjek Etika dan Peradaban dalam
menjelaskan realiti Tamadun Malaysia. Pada era modenisasi ini, masyarakat telah
didedahkan teknologi-teknologi moden yang akan mempengaruhi pemikiran dan
tingkah laku masyarakat. Perkembangan arus globalisasi sememangnya menimbulkan
banyak keburukan kepada mesyarakat. Hal ini adalah kerana ia tidak seiring dengan
nilai yang diharapkan dalam mewujudkan masyarakat yang harmoni. Masyarakat
tidak memahami media eletronik yamg sering dibaca dan didedahkan mempunyai
unsur-unsur negatif terhadap perkembangan pemikiran dan jiwa. Tambahan pula,
iklan yang sering dipertontonkan oleh media sering menarik perhatian masyarakat
tanpa mengira agama dan bangsa. Contohnya, pakaian yang mendedahkan tubuh
badan bukan sahaja digemari oleh umat islam malah ia juga menjadi ikutan remaja
Islam. Oleh hal yang demikian, isu ini telah menjadi salah satu penghalang bagi
subjek Etika dan Peradaban untuk membentuk dan mendidik masyarakat Malaysia.

Kesimpulannya, etika dan peradaban merupakan satu elemen yang penting


kepada masyarakat untuk diamal dan dilaksanakan dalam kehidupan seharian. Etika
dan peradaban merupakan satu amalan yang perlu ada pada setiap orang supaya
segala tindakan mereka tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang
dikehendaki dalam masyarakat. Etika dan peradaban yang baik dapat melahirkan
insan yang unggul dan utopia. Nilai etika merupakan pencetus kepada penyatuan dan
penyelarasan antara manusia, organisasi, masyarakat dan negara dalam memberi
sumbangan terhadap kesejahteraan dan perpaduan ummah. Walaupun ia merupakan
teori, namun dengan kefahaman dan penghayatan serta mematuhi segala peraturan,
cara dan perbuatan yang ditentukan batasannya, maka matlamat hidup yang
cemerlang akan tercapai.

Anda mungkin juga menyukai