Anda di halaman 1dari 2

Projek/aktiviti : Bulan Sains peringkat SK Seri Kelana

Peranan yang diberikan : Menghasilkan penanda buku


Tarikh : 8 Julai 2019 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik guru
LAPORAN PERANAN

Sebelum
Pada 8 Julai 2019, semua guru pelatih diberi tugasan untuk membantu guru mata pelajaran
Sains SK Seri Kelana untuk menghasilkan penanda buku berkaitan Sains bagi jualan
sepanjang bulan Sains peringkat SK Seri Kelana. Semua guru pelatih telah bekerjasama
membantu guru-guru Sains untuk menyiapkan 1000 keping penanda buku untuk dijual
kepada murid-murid SK Seri Kelana.

Semasa
Saya dan lapan orang guru pelatih yang lain telah bersama-sama membuat penanda buku
tersebut. Kami perlu menggunting dan laminate penanda buku tersebut agar dapat tahan
lama. Kami bekerjasama menghasilkan penanda buku tersebut agar dapat menyiapkannya
sebelum hari Rabu iaitu 10 Julai 2019. Hal ini demikian kerana, 10 Julai 2019 merupakan
praperasmian Bulan Sains peringkat SK Seri Kelana dan penanda buku tersebut akan dijual
kepada murid-murid pada hari tersebut.

Selepas
Banyak penanda buku yang telah habis dijual kepada murid-murid SK Seri Kelana.

Refleksi
Tugasan yang diberikan iaitu membantu guru-guru Sains menghasilkan penanda buku untuk
dijual kepada murid-murid SK Seri Kelana merupakan pengalaman yang bermakna kepada
saya dan guru-guru pelatih yang lain. Hal ini demikian kerana, kami dapat merasakan tugas
sebenar seorang guru kelak iaitu bukan sahaja mengajar di dalam kelas malah banyak lagi
tugasan yang perlu dilakukan oleh seorang guru. Sepanjang menghasilkan penanda buku ini
turut memberi kesedaran kepada kami bahawa sesuatu pekerjaan dapat dilaksanakan
dengan cepat dan lancar apabila semua orang bekerjasama. Kerjasama antara guru pelatih
sepanjang membuat penanda buku ini telah berjaya menghasilkan penanda buku yang
sangat banyak dalam tempoh yang singkat. Kerjasama sangat penting dalam melakukan
sesuatu tugasan.

T. tangan pelajar

___________________
(Aiman Bin Azharl)

Anda mungkin juga menyukai