Anda di halaman 1dari 18

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL

_______________________________________________________________________________________

MENANGKIS KEJAHATAN ILMU HITAM

Muqaddimah
Pengetahuan tentang rawatan mengenai fizikal dan mental sedikit sebanyak
tersimpan dalam pengetahuan saya,telah saya pelajari dan amalkan sejak berumur
belasan tahun lagi. Rawatan penyakit yang berpunca dari gangguan makhluk halus
adalah satu bidang yang amat rumit ,sama rumitnya dengan penyakit itu sendiri.Pada
kebiasaannya penyakit yang sedemikian tidak dapat dikesan oleh perubatan Alopty.
Bidang rawatan ini memerlukan persediaan rohani dan jasmani dengan pengetahuan
yang menyeluruh tentang hakikat kejadian dan kewujudan makhluk tersebut yang
dipelajari dari Al-Quran dan As-Sunnah.
Makhluk-makhluk halus adalah suatu reality yang wujud di alam ini.Kehadirannya
dalam alam manusia sejak kejadian Adam A.S.Perangai dan niat jahat makhluk ini untuk
merosak dan menyesatkan anak Adam jelas tersebut di dalam Al-Quran dan As-
Sunnah.Kebolehan makhluk ini mengatasi manusia dan kebolehan manusia mengatasi
makhluk tersebut tersurat jelas dalam sejarah.Hakikat tersebut telah dijelaskan dalam Al-
Quran dan tafsir yang muktabar begitu juga dalam As-Sunnah dan ulasannya yang sohih
tentang kewujudan makhluk tersebut dengan menyebut nama seperti jin, iblis, syaitan,
ifrit, qorin dan sebagainya.Semuanya ini menunjukkan betapa banyaknya makhluk ini
yang berkongsi hidup bersama-sama dengan penghidupan manuasia di alam ini.Oleh
sebab ilmu penetahuan manusia mutaakhir ini banyak tertumpu kepada penerokaan alam
zahiriah maka penetahuan tentang alam ghaibiah boleh dikatakan tidak diendahkan
padahal kewujudan ghaibiah tersebut begitu jelas dan begitu menonjol seperti yang
termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
Kedua-dua makhluk ini sering berlaku permusuhan dan apabila permusuhan telah
berlaku maka berbagai-bagai cara dipergunakan untuk mengatasi pihak lawan.Ada cara
halus dan ada cara kasar,cara tersebut adalah untuk menyampaikan matlamat jahat
untuk merosakkan pihak lawannya.Oleh sebab permusuhan diantara makhluk halus dan
manusia itu dimulakan oleh makhluk halus itu sendiri tanpa kesalahan manusia,maka
manusia pada umumnya berada pada situasi mempertahankan diri,bukan pada tahap
menyerang.Di antara yang bertahan dan menyerang pada kebiasaannya pihak yang
menyerang lebih banyak mempunyai peluang untuk membinasakan lawannya,kerugian
dan kesengsaraan lebih banyak ditanggung yang bertahan.Dalam situasi permusuhan

1
Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL
_______________________________________________________________________________________

antara manusia dan makhluk halus,manusialah yang lebih banyak menanggung


akibat.Hasilnya manusia menghadapi berbagai-bagai masalah.Terjadi demikian kerana
manusia tidak memahami keadaan musuh serta kurang persediaan untuk menghadapi
musuh tersebut.
Yang paling ditakuti oleh manusia ialah tentangan yang dibuat oleh tukang sihir
dengan kerjasama dengan makhluk halus ini.Biasanya kerjasama ini,tukang sihir akan
melakukan perkara-perkara yang mengandungi unsure syirik atau perbuatan
kufur,samada secara sembunyi-sembunyi ataupun terang-terangan.Maka dalam siri
perbentangan kali ini sama-sama kita menerokai hakikat ilmu hitam atau yang lebih
dikenali sebagai ilmu sihir.Tidak dapat dinafikan bahawa persoalan sihir merupakan
masalah penting yang mesti diperhatikan oleh setiap insan lebih-lebih lagi mahasiswa dan
mahasiswi kita di sini sebagai bakal ulama' yang perlu melakukan perbahasan
pendalaman dan penulisan kerana ia termasuk masalah yang berlaku dalam
masyarakatyang boleh menimbulkan kerosakan di tengah-tengah masyarakat
kita.Sememangnya tukang sihir bekerja mendapatkan imbalan wang ringgit dari orang-
orang nyang lemah jiwa dan penjahat yang dengki terhadap saudara seagama
mereka.Mereka merasa senang dan berpuas hati melihat saudara-saudara mereka
sendiri menderita dan terseksa akibat sihir yang mereka lakukan. Justeru,
menjaditanggungjawab dan kewajipan para pendokong Islam untuk menjelaskan kepada
masyarakat tentang bahaya sihir tersebut bahkan yang lebih penting dari itu ialah
berusaha memberikan rawatan yang sesuai dengan ajaran Islam bagi mereka yang
terkena sihir.Sekaligus dapat menangkis kejahatan ilmu hitam ini.

Pengertian Sihir
Syeikh al-Azhar membuat penta'rifan bahawa sihir ialah amalan perbuatan yang
dilakukan dengan cara mendekatkan diri kepada syaitan dan meminta tolong kepadanya.
Asal pengertian kalimah sihir itu ialah memalingkan sesuatu dari hakikatnya kepada yang
selainnya. Maka orang yang kena sihir melihat kebatilan sebagai kebenaran dan
membayangkan sesuatu tidak menurut yang sebenarnya.Manakala dalam kamus Muhit
disebut :
"Sihir ialah mengeluarkan sesuatu dalam bentuk penampilannya yang terbaik
sehingga sesuatu itu mempersona dan mengkagumkan bagi orang memandangnya."

2
Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL
_______________________________________________________________________________________

Pengertian Sihir Dari Segi Syariah


Pendapat Ibn Qudamah al-Maqdisi berkata:
Sihir ialah ikatan,jampi dan perkataan yang diucapakan atau ditulis atau dibuat
sesuatau yang mendatangkan kesan dan akibat terhadap tubuh orang yang disihir atau
terhadap hati dan akal tanpa menyentuhnya secara langsung.
Maka dengan taarif ini dapatlah disimpul bahawa sihir adalah hasil kesepakatan
antara penyihir dan syaitan.Biasanya syaitan akan berjanji kepada tukang sihir bahawa
penyihir mesti melakukan sebahagian perbuatan yang diharamkan atau hal-hal yang
mengandungi unsur syirik sebagai imbalan bantuan dan ketaatan syaitan terhadapnya
untuk menyampaikan apa yang berkaitan dengan perkara yang dingininya

Cara Tukang Sihir Mendekati Syaitan


Sesetengah tukang sihir ada yang menjadikan al-Quran sebagai alas kaki untuk
masuk ke tandas.Ada yang menulis sebahagian ayat al-Quran dengan menggunakan
kotoran atau menulisnya dengan darah haid. Ada pula yang menulis sebahagian ayat al-
Quran di telapak kaki atau menulis al-Fatihah secara songsang, dimulai dari akhir ayat
dan berakhir ke awalannya sehingga merosakkan ayat tersebut. Ada yang sembahyang
tanpa wudu' atau tetap dalam keadaan junub. Ada yang menyembelih untuk syaitan dan
tidak menyebut nama Allah s.w.t pada waktu menyembelih kemudian membalingkan
sembelihan tersebut ke suatu tempat yang telah ditentukan oleh syaitan. Berdasarkan
penjelasan tersebut maka jelas kepada kita bahawa syaitan atau jin tidak akan membantu
tukang sihir dan menjadi pesuruh(khadam) kepadanya melainkan dengan syarat-syarat
tertentu yang menguntungkan syaitan.Maka sejauh mana kekafiran seorang tukang sihir
maka sejauh itu pula ketaatan syaitan kepadanya dan semakin cepat melaksanakan
perintahnya.

Dalil Kewujudan Sihir


*Dalil al-Quran,Allah s.w.t. berfirman maksudnya:
"Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan kepada
Sulaiman(dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mempunyai kerajaan
sihir,sedangkan Sulaiman tidak kafir)tidak mengajarkan sihir kepada manusia dan apa
yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil yakni Harut dan Marut,sedangkan
kedua-duanya tidak mengajarnya(sesuatu)kepada seorang pun sebelum

3
Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL
_______________________________________________________________________________________

mengatakan:"sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu),sebab itu janganlah kamu


kafir.Maka mereka mempelajari dari kedua-dua malaikat itu apa yang dengannya mereka
dapat menceraikan antara seorang(suami)dan isterinya.Dan mereka itu( ahli sihir)tidak
memberi mudharat dengan sihir tersebut kepada seorang pun melainkan dengan kuasa
Allah s. w. t.Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudharat kepadanya dan
tidak memberi manfaat.Demi sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa sesiapa yang
menukarnya(kitab Allah)dengan sihir itu,tiadalah baginya keuntungan di akhirat dan amat
jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir kalau mereka mengetahui."

*Dalil al-Sunnah:
Diriwayat oleh Abu Musa al-Asy'ari r.a bahawa Rasulullah s.w.a. bersabda: "Tidak
akan masuk syurga penagih khamar juga tidak akan masuk syurga orang yang percaya
kepada sihir sebagaimana halnya tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan
silaturrahim".

Pembahagian Sihir

Ulama'telah membahagikan sihir kepada 8 bahagian:


1. Sihir orang-orang kildan dan kisydan yang menyembah 7 bintang.
2. Sihir orang-orang yang berilusi dan berjiwa kuat.
3. Meminta bantuan dengan roh-roh rendah ya'ni jin.
4. Khayal,hipnopsis atau silap mata.
5. Perbuatan aneh yang nampak dari penyusunan alat-alat berdasarkan
ukuran- ukuran tententu.
6. Menggunakan ubat-ubat khusus ya'ni dalam berbagai-bagai bentuk
makanan dan minyak.
7. Menggantungkan ke hati mangsa bahawa si tukang sihir mengetahui nama dan
apabila muncul rasa takut maka akan lemah pula kekuatan pancaindera mangsa.
8. Mendekat dengan cara yang ringan dan lembut.Ini telah menjadi perkara
lumrah di kalangan masyarakat.

Cara Tukang Sihir Mendatangkan Jin


1. Menerusi sumpah atas nama jin atau syaitan

4
Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL
_______________________________________________________________________________________

Tukang sihir masuk ke dalam bilik gelap kemudian menyalakan api dan
Meletakkan kemenyan atau yang sejenisnya di atas api tersebut sesuai dengan
tujuan yang di minta.
2. Menerusi penyembelihan.
Tukang sihir mendatangkan haiwan seperti burung,ayam atau yang lainnya
dengan sifat-sifat tertentu sesuai dengan permintaan jin.Biasanya jin suka dengan warna
hitam,kemudian menyembelih tanpa menyebut nama Allah.
3. Menulis ayat-ayat al-Quran dengan najis
Biasanya tukang sihir menuliskan ayat al-Quran menggunakan darah haid atau benda-
benda najis yang lain.Setelah itu,dia mengucapkan jampi-jampi yang mengandungi unsur
syirik hingga datang jin yang diinginkan.
4. Menulis ayat-ayat al-Quran terbalik
Ayat al-Quran ditulis dengan huruf-huruf terpisah secara songsang ya'ni dari belakang ke
depan.
5. Menggunakan bintang
Cara ini seolah-olah mengintai bintang kerana tukang sihir menunggu-nunggu
kemunculan bintang tertentu kemudian bercakap kepadanya denag bacaan sihir lalu
membaca jampi-jampi lain yang mengandungi unsur syirik dan kekufuran kepada Allah.
6. Menerusi tapak tangan
Cara ini yang digunakan oleh tukang sihir untuk mencapai maksudnya.Dengan
menggunakan kanak-kanak yang belum baligh dengan syarat kanak-kanak itu tidak
dalam keadaan berwudu' setelah itu dia mengambil tapak tangan kiri anak tersebut lalu
menggambarkan segi empat kemudian dijampi dengan unsur syirik.
7. Menerusi apa yang dipakai
Cara ini digunakan oleh tukang sihir dengan meminta dari pesakit apa sahaja yang
dipakainya seperti sapu tangan,serban,baju,dan sebagainya kemudian dilanjutkan
dengan jampi seperti dengan cara yang lepas.

Mengenali Tukang Sihir


Sekiranya anda melihat salah satu tanda dari tanda-tanda berikut ini pada salah
seorang pengubat maka tidak diragukan lagi bahawa dia adalah tukang sihir.Tanda-tanda
itu ialah:
1) Meminta sesuatu yang berupa bekas atau apa yang pernah pesakit seperti
kain,baju,sapu tangan dan sebagainya.

5
Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL
_______________________________________________________________________________________

2) Menyuruh pesakit membawa haiwan dengan sifat-sifat tertentu dipakai oleh


untukdisembelih tanpa menyebut nama Allah;Adakalanya juga melumurkan darahnya
kebahagian tubuh yang sakit ataupun mencampakkan sembelihan ke tempat yang
sunyi(tidak ada penghuni).
3) Memberi azimat-azimat tertentu.
4) Membaca jampi serapah ke atas azimat itu menggunakan bahasa yang tidak difahami.
5) Menggunakan kain yang berbentuk empat segi di dalamnya ada beberapa huruf atau
nombor.
6) Menyuruh pesakit supaya tidak menyentuh air selama masa tertentu biasanya empat
puluh hari.Tanda ini menunjukkan bahawa jin yang melayani tukang sihir tersebut
beragama kristian
7) Menyuruh pesakit supaya menghindari orang atau memencilkan diri selama masa
tertentu di bilik yang tidak dimasuki sinar mentari.
8) Menyuruh pesakit untuk menanam sesuatu benda di dalam tanah.
9) Memberi pesakit sesuatu untuk dibakar dan di suruh berasap dengannya
10) Dia membaca sesuatu yang tidak difahami.
11) Memberitahu pesakit tentang namanya,negeri asalnya dan persoalan yang akan
ditanyakan.
12) Menulis huruf-huruf pada potongan kertas atau pada tembikar bewarna putih dan
menyuruh pesakit
melarutkannya di dalam air dan meminumnya.

Jenis-Jenis Sihir Dan Pengaruhnya Terhadap Mangsa Dan Cara Rawatan


1.Memisahkan suami isteri dengan sihir
2. Guna-guna atau sihir percintaan
3. Memperdayakan pandangan silap mata(hipnotis)
4. Sihir yang membuat gila
5. Sihir membuat orang tidak bermaya
6. Sihir mendengar panggilan
7.Sihir membuat penyakit
8. Sihir melakukan pendarahan
9. Sihir menahan penikahan

6
Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL
_______________________________________________________________________________________

Sihir Memisahkan Suami Isteri


Takrif dan pengertiannya
Sihir yang digunakan untuk memisahkan atau menceraikan suami isteri dengan
menimbulkan kebencian dan permusuhan antara dua sahabat atau dua orang rakan
kongsi.

Jenis-jenis sihir memisah

1) Memutuskan hubungan seseorang dengan ibunya.


2) Memutuskan hubungan antara seseorang dengan ayahnya
3) Memutuskan hubungan antara seseorang dengan saudaranya
4) Memutuskan hubungan antara seseorang dengan kawan nya
5) Memutuskan hubungan antara seseorang dengan rakan kongsinya dalam peniagaan
atau seumpamanya
6) Memisahkan antara suami dengan isterinya.

Tanda-tanda sihir pemisah

1) Perubahan secara tiba-tiba dari cinta menjadi benci


2) Berlaku keraguan antara suami isteri
3) Enggan meminta maaf
4) Membesar-besarkan perselisihan walaupun penyebab itu sebenarnya kecil.
5) Pandangan buruk seorang suami terhadap isterinya dan sebaliknya sehingga seorang
suami melihat isterinya sangat hodoh walaupun di mata orang lain isterinya itu sangat
cantik
6) Orang yang kena sihir benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh suami atau
isterinya

Guna-Guna Atau Sihir Percintaan


Tanda-tanda sihir percintaan
1) Gejolak cinta yang keterlaluan
2) Hasrat yang berlebihan untuk melakukan hubungan seksual
3) Sukar mengawal cinta
4) Rindu bayang yang berlebihan

7
Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL
_______________________________________________________________________________________

5) Patuh secara membuta tuli

Cara sihir percintaan berlaku:


Pertengkaran suami isteri selalunya belaku,hal itu sudah lumrah kehidupan rumah
tangga,dan biasanya cepat mereda dan kembali seperti biasa.Namun ada beberapa
wanita yang tidak sabar menghadapi masalah tersebut sehingga mereka segera pergi ke
tukang sihir untuk melakukan guna-guna supaya suaminya tetap mencintainya.Tindakan
ini tentu kerana lemahnya agama wanita tersebut atau kerana kejahilannya bahawa
tindakan itu haram dan tidak boleh.

Kesan dari sihir percintaan:


1) Adakalanya seorang suami akan menanggung sakit dalam jangkamasa yang lama
2) Adakalanya kesan daripada sihir itu terbalik sehingga suami menbenci isterinya.ini
ajkibat tidak mengetahui kebanyakan tukang sihir tentang dasar-dasar sihir
3) Adakalnya seoarang isteri mengerjakan sihir berganda-ganda kepada suaminya
dengan tujuan dia membenci setiap wanita dan hanya mencintainya sahaja, sehingga
menyebabkan suami membenci ibu, saudara mara perempuan dan semua wanita
yang masih ada hubungan kerabat.

Sebab-sebab sihir percintaan.


1) Timbulnya berbagai-bagai perselisihan antara suami isteri
2) Perasaan cemburu wanita memang hebat,mereka selalu cemas jika suaminya akan
berkahwin lagi.

Sihir yang dihalalkan.


Saya ingin menyampaikan kepada setiap muslimah bahawa sesungguhnya wanita boleh
menyihir suaminya dengan cara yang dihalalkan oleh Allah, iaitu dengan berhias dan
mempercantikkan suami di hadapan suami.Menjaga supaya suaminya tidak melihat
sesuatu yang buruk darinya, tidak mencium bau yang tidag sedap, selalu senyum manis,
berkata baik ,lembut,menjaga harta suami,merawat anak-anak dengan kasih
sayang,mentaatinya selagi tidak menyuruh perkara maksiat kepada Allah.

Sihir Memperdayakan Pandangan(Hipnopsis)

8
Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL
_______________________________________________________________________________________

Tukang sihir mendatangkan sesuatu yang diketahui orang,kemudian mengucapkan


jampi-unsur syiriknya dan azimat-azimat kekufuran lalu meminta bantuan syaitan
sehingga orang ramao melihat sesuatu itu tidak sebagaimana sebenar.Tukang sihir
pernah menceritakan kepada saya bahawa dia meletakkan telor di hadapan mereka
kemudian dia membaca jampi-jampi kepadanya sehingga mereka melihat telor bergerak
dengan cepat.

Tanda-tanda Hinoptis:
1) Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak dan sebaliknya.
2) Melihat yang kecil menjadi besar dan sebaliknya.
3) Melihat sesuatu tidak sebagaimana yang sebenarnya , seperti melihat tali dan tongkat
menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah nabi Musa.

Sihir Yang Membuat Gila:

Tanda-tanda Sihir Gila:


0 1) Melatur, benggung dan lupa sesuatu.
ㄱ2) Kacau dalam perbicaraan.
ㄴ3) Mata kuyu{moyok}
ㄷ4) Tidak boleh tenang di satu tempat.
ㄹ5) Tidak boleh melanjutkan pekerjaan tertentu.
ㅁ6) Tidak mengambil berat tentang penampilan {selekeh}.
ㅂ7) Sampai kesatu tahap bahawa berjalan tidak tahu dan adakalanya tidur di tempat-
tempat sunyi.

Cara Berlaku Sihir Gila:


Jin yang diberi tugas melakukan sihir masuk kedalam tubuh orang yang disihir dan
berpusat di otak kemudian menekan sel-sel yang berkaitan dengan daya fikir dan daya
ingatan.

Sihir Membuat Orang Tidak Bermaya:


Tanda-Tanda Sihir Ini:
1) Suka berseorangan.
2) Diam terus.

9
Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL
_______________________________________________________________________________________

3) Tidak suka berbagai-bagai pertemuan.


4) Fikiran meracau.
5) Selalu pening.
6) Selalu lesu dan tidak bermaya.
7) Menutup diri sepenuhnya.

Cara Berlaku Sihir Tidak Bermaya:


Tukang sihir mengutuskan jin kepada orang yang disihir dan disuruhkan supaya
tinggalkan di otaknya serta membuat mangsa mengeramdan menutup diri.Kemudian jin
melakukan tugasnya sedapat mungkin sehingga muncullah tanda gejala{tidak bermaya}
pada orang yang disihir.

Sihir Mendengar Panggilan


Tanda-tandanya:
1) Selalu mengalami mimpi ngeri.
2) Bermimpi mendengar orang memanggil nama.
3) Mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tidak melihat
orangnya.
4) Selalu was-was.
5) Selalu meragukan teman dan orang-orang yang mencintainya.
6) Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat tinggi.
7) Mimpi melihat haiwan yang mengejarnya.

Cara-cara berlaku Sihir Ini:


Tukang sihir mengirimkan jin yang diberikaan tugasnya untuk menyibukkan orang
yang disihir pada waktu tidur dan jaga, kemudian jin itu menampakkan dalam diri dalam
tidurnya berupa berbagai-bagai haiwan buas yang mengancamnya atau memanggilnya
ketika jaga kadang-kadang dengan suara manusia yang dikenalnya atau dengan suara-
suara aneh.

Sihir Membuat Penyakit:


Tanda-tandanya:
1) Selalu sakit pada salah satu anggota badan.

10
Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL
_______________________________________________________________________________________

2) Saraf tersumbat.
3) Lumpuh salah satu anggota tubuh.
4) Tidak berfungsi salah satu pancaindera.
5) Lumpuh menyeluruh.

Cara berlakunya Sihir Ini:


Sekiranya ada orang yang kena sihir ini maka jin akan menetap di otak, benar-
benar ditempat yang dikehendaki oleh yang memberi tugas iaitu tukang sihir, kemudian
dia menetap di pusat pendengaran, penglihatan dan sebagainya.Ketika itu, anggota tubuh
berada di antara 3 keadaan:
Menegah isyarat-isyarat untuk sampai kepada anggota tubuh sehingga anggota
tubuh tersebut tidak berfungsi lalu pesakit mengalami bisu, buta, tuli dan lumpuh.
Adakalanya membiarkannya sehingga adakalanya anggota tubuh berfungsi dan
adakalanya tidak. Menyebabkan otak memberikan isyarat berturut-turut dan cepat tanpa
sebab sehingga anggota tubuh menjadi kaku dan tidak bergerak sekalipun tidak sampai
lumpuh.

Sihir Pendarahan:
Sesungguhnya sihir ini tidak berlaku melainkan kepada wanita. Seorang
perempuan yang ingin disihir kemudian jin itu diberikan tugas untuk mengeluarkan darah,
dengan cara tersebut dan jin akan berjalan bersama darah.
Sabda Rasullulah{s.a.w}:
" Syaitan berjalan dalam tubuh manusia pada peredaran darah"

Pengertian Pendarahan:
Adapun sihir pendarahan ini ialah apa yang disebut oleh ahli feqah dengan
istihadah dan dan dikalangan doktor biasanya disebut pendarahan.Kemungkinan
pendarahan ini berlangsung sampai beberapa bulan dan mungkin jumlah darahnya
sedikit atau banyak.

Sihir Menahan Pernikahan:

Tanda-tandanya:
1. Pening kepala yang berterusan, tidak terhenti sekalipun diberikan ubat oleh doktor.

11
Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL
_______________________________________________________________________________________

2. Sesak di dada terutamanya setelah asar hingga tengah malam.


3. Melihat pelamar bermuka hodoh.
4. Banyak berfikir{fikiran melayang}
5. Selalu gelisah waktu tidur.
6. Selalu rasa sakit di perut.
7. Rasa sakit ditulang punggung bahagian bawah.

Cara berlakunya Sihir Ini:


Tukang sihir menugaskan beberapa jin mendekati gadis tersebut hingga dapat
masuk kepadanya. Selepas itu jin akan melakukan satu diantara dua:
. Masuk ke dalam wanita tersebut menyebabkan dia benci kepada setiap calon
suami yang mengemukakan lamaran kepadanya.
. Atau jin menipu penglihatan dengan membayangkan bahawa wajah lelaki yang
ingin melamarnya berwajah buruk.

Rawatan
Orang yang terkena sihir akan menerusi tiga peringkat rawatan.

Pertama: Peringkat sebelum rawatan .


1) Mewujudkan suasana yang benar-benar sesuai dengan kehendak islam.
2) Bersihkan rumah dari sebarang azimat atau penangkal yang ada pada pesakit dan
bakarlah azimat tersebut.
3) Jauhkan rumah dari lagu-laguatau alat muzik atau suara muzik.
4) Jangan sekali-kali melakukan perbuatan dosa dan maksiat di rumah itu seperti lelaki
memakai emas dan wanita membuka aurat atau menghisap rokok.
5) Mengajar akidah yang betul kepada pesakit dan keluarganya hingga hati mereka tidak
memiliki pergantungan selain daripada Allah.
6) Berwuduk sebelum memulai rawatan dan suruh pula orang yang bersama anda
mengambil air sembahyang.
7) Sekiranya pesakit itu seorang wanita, janganlah anda memulai rawatan sehingga
anda pastikan dia telah menutup auratnya supaya tidak terbuka ketika rawatan.
8) Janganlah anda mengubati seorang wanita ketika dia dalam keadaan melakukan
pelanggaran syariat seperti mendedahkan aurat, memakai wangian atau memakai
pewarna seperti wanita-wanita kafir.

12
Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL
_______________________________________________________________________________________

9) Jangan anda mengubati seorang wanita melainkan ditemani oleh muhrimnya.


10) Jangan anda masukkan bersama anda orang yang bukan muhrim.
11) Bacalah:

Kedua : Peringkat Rawatan


Letak tangan anda di atas kepala pesakit dan bacalah ruqyah di telinganya
dengan tertil dan suara yang kuat.Kemudian baca ayat-ayat berikut :

1) Surah AL-Fatihah
2) Surah Al-Baqarah : 5
3) Surah Al-Baqarah :102
4) Surah Al-Baqarah : 163 & 164
5) Surah Al-Baqarah : 255
6) Surah Al-Baqarah : 285 & 286
7) Surah Ali Imran : 18 &19
8) Surah Al-A’raf : 54-56
9) Surah Al-A’raf : 122
10) Surah Yunus : 81-82
11) Surah Thaha : 69
12) Surah Al-Mukminun : 115-118
13) Surah As-Shoffat : 1 -10
14) SurahAl-Ahqaf : 32
15) Surah Ar-Rahman : 36
16) Al-Haysr : 24
17) Surah Al-Jin : 9]
18) Surah Al-Ikhlas
19) SurahAl-Falaq
20) Surah an-Nas

Ketiga : Peringkat Setelah Selesai Rawatan:


Sekiranya Allah{s.w.t}telah menyembuhkan melalui usaha anda dan dia sudah
merasa sihat maka pujilah Allah yang telah memperkenankan usaha dan doa anda.
Tingkatkan pergantungan anda kepada Allah supaya Allah memberikan taufiq-Nya
kepada anda menghadapi keadaan-keadaan yang lainnya. Janganlah sampai perkara

13
Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL
_______________________________________________________________________________________

tersebut menjadi kesombongan anda. Pada peringkat ini pesakit terancam disebabkan
datangnya sihir baru kerana kebanyakkan orang yang mengerjakan sihir apabila tahu
bahawa pesakit telah pergi kepada salah seorang Mu'alij untuk berubat, maka akan
kembali lagi kepad tukang sihir untuk menyihirnya lagi. Maka, pesakit hendaklah jangan
memberitahu perkara tersebut kepada sesiapa pun. Selain itu berilah beberapa
pembenteng diri berikut ini:
1) Memelihara sembahyang berjemaah.
2) Menghindari lagu-lagu dan muzik.
3) Mengambil air sembahyang sebelum tidur dan membaca ayat Kursi.
4) Bacalah basmalah setiap kali memulai sesuatu.
5) Sesudah sembahyang Subuh bacalah sebanyak 100 kali zikir yang berikut:

"LAAILAAHAILLALAH WAH DAHUULAA SYARIKALAH


LAHULMULKUWALAHULHAMDU YUHYI WA YUMIIT WAHUWA A'LAAKULLI SYAIIN
QADIR"

6) Mesti membaca Al-Quran setiap hari walaupun sedikit atau sekurang-kurang


mendengarkanya andainya tidak boleh membaca.
7) Berkawanlah dengan orang-orang yang baik .
8) Jangan tinggalkan zikir-zikir waktu pagi dan petang.

Maklumat-Maklumat Berharga Tentang Sihir:


1) Rasa sakit terus menerus di perut orang yang kena sihir, petanda bahawa sihir
tersebut berupa makanan dan minuman.
2) Tidak dapat melakukan secara islam melainkan 2 syarat:
*Istiqomah orang yang melakukan rawatan{mu'alij} dengan perintah Allah s.w.t.
*Keyakinan pesakit atau kemujaraban berubat dengan Al-Quran.
3) Hampirsemua jenis sihir memiliki tanda ini iaitu merasa sesak di dada terutama pada
waktu malam.
4) Anda boleh membaca ruqyah di minyak habbatussauda', lalu anda menggosok di
bahagian yang sakit dengan minyak tersebut tiap pagi dan petang.
5) Untuk mengubati orang terkena sihir dan juga kerasukan, anda boleh mengubatinya
melalui mendengar kaset yang telah dirakamkan khusus, yang mana dalam kaset
tersebut mengandungi ayat-ayat jampi yang boleh menyakitkan jin serta membakarnya

14
Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL
_______________________________________________________________________________________

didalam tubuh manusia. Apabila pesakit mendengar kaset ini kemungkinan perkara ini
akan berlaku seperti berikut:

· Pesakit akan terus pengsan apabila mendengarnya.


· Pesakit akan menunjukkan reaksi ganas apabila mendengarnya.
· Pesakit mungkin terus tertidur.
· Kemungkinan juga kaki pesakit akan merasa sejuk.

Sekiranya perkara ini berlaku biarkan saja pesakit itu dengan izin Allah s.w.t jin
akan keluar dari tubuh pesakit tersebut.

7) Antara makhluk kejadian Allah yang ditakuti oleh jin dan syaitan{makhluk halus} ialah
sejenis kayu yang dinamakan Kemuning Hitam. Dalam sebuah kitab perubatan kayu ini
boleh menyembuh 9999 jenis penyakit dengan izin Allah S.W.T. Antara kegunaan dan
kelebihannya sebagaimana dilampirkan.

Penutup:
Perbicangan yang berkaitan dengan ilmu hitam ini amat susah untuk difahami oleh
seseorang, selama mana tidak mengambil tahu tentangnya dan terlibat secara langsung
mengenainya, yang hanya difahami oleh mereka yang terlibat secara khusus sahaja,
seumpama pawing atau bomoh.
Dalam masyarakat Melayu kita, perbuatan ilmu hitam ini dengan perantaraan
makhluk-makhluk halus yang jahat boleh dikatakan banyak berlaku, biar pun agama
mereka anuti itu melarang keras perbuatan tersebut. Banyak orang terkena sihir, santau,
kena rasuk dan sebagainya, menyebabkan manusia hilang pertimbangan akal,
menjadikan bercakap bersendirian, sasar, bingung, tidak siuman, sakit kepala
berpanjangan dan sebagainya .
Semoga risalah yang tidak seberapa ini dapat memberi sedikit manfaat dan
dijadikan panduan untuk kita semua. Dan juga mudah-mudahan dengan mendalami dan
menghayati risalah ini dapat menambah pengetahuan dan permasaalahan makhluk halus
ini. Akhirnya pesanan saya untuk semua janganlah kita memandang remeh dalam
perkara tersebut bahkan ianya satu bidang yang harus diketahui bersama. Marilah sama-
sama kita berdoa memohon kepada Allah SWT agar kita diselamatkan daripada
gangguan makhluk halus dan selamat dunia akhirat.

15
Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL
_______________________________________________________________________________________

Sekian,Wassalam.
Rujukan:
1) Al-Quran al-Karim.
2) Sunnah Nabawi.
3) Alam Jin Wa Malaikat - Umar al-Asyqar.
4) Talbis Iblis - Abu al Farj Ibnu Jauzi.
5) Tanbih al Ghafilin - Abu al Laist al Samarqandi.
6) Alam al Jin Wa Syayatin - Abdul Karim Naufan.
7) Alam Jin Fi Dhau'I Kitab - Abdul Karim Naufan.

Kayu Kemuninng hitam / penawar hitam.

Kayu kemuning hitam ini berusia ribuan tahun dan sudah tiada zaman sekarang
serta banyak khasiatnya seperti yang dibawah ini:
Antara kelebihan yang tuhan ciptakan pada kayu ini yang sangat ditakuti syaitan
dan jin-jin kafir. Lebih baik dijadikan batu cincin oleh lelaki dan batu loket (rantai) bagi
wanita. Kayu ini telah dimasukkan bacaan ayat-ayat suci Al Quran oleh seorang perawat
islam yang terkenal di Mesir dan di Kelantan. Justeru itu, kayu ini dilarang untuk dibawa
masuk kedalam tandas dan jangan dilangkah. Insya Allah jika di izinkan Allah boleh
menghindarkan khianat manusia melalui sihir atau tuju-tuju yang menggunakan khidmat
syaitan atau jin-jin kafir.
Cara menggunakan kayu ini ialah dengaan mengasahkannya di belakang pasu
dengan dicampurkan sedikit air. Asah sedikit sahaja dan sambil mengasah hendaklah
membaca surah Al Fatihah dan ayat Kursi tanpa berhenti. Kemudian asahan tadi
masukkan kedalam segelas air. Air tersebut dikacau bersama asahan tadi sehingga air
kelihatan hitam warnanya. Setelah itu minumlah air tersebut sambil selawat 3 kali. Insya
Allah boleh mengubati:
1) Memulihkan haid yang tidak teratur dan mengubati sengugut.
2) Memulihkan cirit-birit (berak cair).
3) Menjadi penawar gigitan serangga segala binatang berbisa. (sapu ) atau lekatkan.
4) Mengeluarkan bisa-bisa santau.
5) Mengeluarkan sisa- sisa dadah.
6) Menghilangkan gatal-gatal kulit (disapu).

16
Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL
_______________________________________________________________________________________

7) Menghindarkan sihir atau tuju-tuju .(dibuat cincin atau loket).


8) Memulihkan kanak-kanak yang sering menangis malam (letakkan di tempat tidur).
9) Mengeluarkan syaitan didalam badan.
10) Menghindarkan mabuk semasa menaiki kenderaan.
11) Seandainya anda memakai cincin atau loket akan terhindar daripada gangguan
makhluk halus dan kebal menghadapi sihir.
12) Menghilangkan jerawat resdung (seduan) (basuh muka dengan air).
13) Untuk menyembuhkan darah tinggi dan kencing manis.
14) Untuk menghilangkan lenguh-lenguh sendi (romatisem).
15) Untuk menghindari sakit kepala (migrain).
16) Untuk membersihkan darah dalam tubuh.
17) Untuk menghilangkan batu karang.
18) Untuk mengeluarkan angin yang tersekat dalan badan.
19) Untuk menghilangkan sakit gigi.
20) Untuk menghilangkan sakit dada.
21) Boleh dicuba pada semua penyakit.

· Hendaklah direndam dalam air sehingga air menjadi kuning ataupun diasah pada pasu
dan air diminum.
· Peringatan sebelum minum hendaklah baca al Fatihah dan ayat Kursi.

Disediakan dan dibentangkan oleh : Us. Syarhan Syafie


Anjuran BKAN dan DPM
Lokasi : Dewan Zajlatul Abidah, Iskandariah.
Tarikh : 12 Julai 2000

HAK CIPTA TERPELIHARA ®


TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA
BENTUK SEKALIPUN, MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN PENERBIT.
HARGAILAH PENGORBANAN ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS
MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN MENERBITKANNYA DALAM APA JUA

17
Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL
_______________________________________________________________________________________

BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN DIKIRA BERCANGGAH


DENGAN SYARIAH ISLAM.

18

Anda mungkin juga menyukai