Anda di halaman 1dari 12

SULIT

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA


_________________________________________________________

TEKS JAWAPAN KE ATAS PERSIDANGAN DAN USUL - USUL


BAGI SIDANG III TAHUN 2016, PARLIMEN BELIA MALAYSIA,
PENGGAL 2014 - 2016 (2017)
_________________________________________________________

Yang di-Pertua,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Ahli-ahli Perwakilan Parlimen Belia Malaysia (1st batch/ pioneer) di atas
segala pandangan, pertanyaan dan cadangan yang telah dikemukakan
mengenai Kerajaan Malaysia sepanjang tempoh Persidangan dan Usul-
usul bagi Sidang III Tahun 2016, Parlimen Belia Malaysia, Penggal
2014-2016 (2017) di dalam dewan yang mulia ini.

Yang di-Pertua,

Izinkan saya memberikan ulasan dan pandangan terhadap perkara-


perkara yang telah dibangkitkan sebagaimana berikut:-

1. USUL 1

1 SULIT
SULIT

1.1 Mengulas mengenai usul yang dicadangkan oleh wakil


Kedah 09 supaya Kerajaan memperkasakan penyuburan
patriotisme dan perpaduan sebagai agenda utama dalam
pembentukan negara bangsa. Untuk makluman Ahli
Perwakilan sekalian,

(input KKMM)

1.2 Media sosial merupakan medium terbaik masa kini untuk


semua masyarakat bersama-sama mempromosikan rasa
cintakan negara. Namun begitu, Patriotisme bukanlah
sekadar retorika atau slogan semata-mata tetapi ia adalah
perkara berkaitan dengan semangat, sikap serta tindak-
tanduk merangkumi segala usaha yang dapat meningkatkan
martabat bangsa dan negara dalam pelbagai bidang
kehidupan yang dapat menyumbang kepada pembinaan
peradaban dan ketamadunan bangsa. Gangguan dan
kecelaruan pada sistem ETIKA hormat ini ketika ini sedang
dipengaruhi sebaran media sosial dalam zaman digital dan
siber ini Ia boleh dikatakan zaman dunia tanpa sempadan
atau dikenali juga sekarang sebagai “hyper-connectivity”.
Justeru, masyarakat digesa menolak secara total budaya
menyebarkan maklumat palsu dan perang persepsi yang
sengaja dicetuskan termasuk usaha menjatuhkan kerajaan
melalui media sosial, serta sentimen perkauman dalam
negara.

2 SULIT
SULIT

1.3 Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah
menjalinkan kerjasama dengan pelbagai Kementerian dan
agensi penguatkuasaan dalam memantau serta mengambil
tindakan sewajarnya termasuklah dengan mengambil
langkah sekatan laman web terhadap kandungan-
kandungan yang berunsur negatif serta kegiatan penyebaran
kandungan atau maklumat palsu yang boleh menggugat
kestabilan dan keharmonian negara.

1.4 Secara keseluruhan, antara tahun 2013 sehingga 2016,


pihak SKMM telah menyiasat sebanyak 809 kes
penyalahgunaan Internet dan media sosial melibatkan
penyebaran kandungan dan maklumat palsu melalui platform
WhatsApp, Facebook, Twitter dan sebagainya di bawah Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

1.5 Bagi kesalahan fitnah dan penyebaran maklumat palsu


adalah tertakluk di bawah Akta Fitnah 1957 (Akta 286) yang
diguna pakai bagi mengawal selia tuntutan fitnah di bawah
undang-undang sivil, manakala Kanun Keseksaan (Akta
574) diguna pakai bagi fitnah di bawah undang-undang
jenayah. Perlakuan kesalahan fitnah tidak kira sama ada
berlaku di alam nyata mahupun di platform media sosial
seperti Facebook adalah tertakluk kepada peruntukan
undang-undang tersebut, berlandaskan prinsip apa yang
salah di alam nyata juga salah di alam maya.

3 SULIT
SULIT

1.6 Aduan yang diterima oleh pihak SKMM daripada mana-mana


pihak yang didakwa difitnah akan dimajukan kepada pihak
PDRM untuk penelitian dan siasatan lanjut di bawah akta
yang dikuatkuasakan. SKMM akan memberikan bantuan
kepada pihak PDRM, termasuklah dalam segi bantuan
teknikal.

1.7 Selain aspek penguatkuasaan, Kementerian melalui SKMM


juga turut menggerakkan pelbagai inisiatif berbentuk
kesedaran di seluruh negara, yang antara lain bertujuan
mendidik masyarakat daripada aspek etika dan seterusnya
bagi mengelakkan penyalahgunaan media sosial dan
Internet. Melalui program sebegini, masyarakat dididik agar
tidak berkongsi kandungan dan maklumat yang tidak
ditentusahkan, serta lebih peka dan tidak terlalu mudah
mempercayai setiap perkara yang tersebar tanpa membuat
semakan dengan sumber yang betul.

1.8 Selain itu, antara usaha terkini kementerian ini adalah


menerusi inisiatif aplikasi saringan kendiri kandungan oleh
ibu bapa yang dikenali sebagai “Parental Control Tools”.
Inisiatif yang digerakkan dengan kerjasama pihak penyedia
perkhidmatan Internet (ISP) ini bertujuan mengupayakan
pengguna Internet, khususnya golongan ibu bapa, dengan
kemudahan untuk memantau dan menyaring kandungan
yang diakses oleh keluarga serta anak-anak, bagi
mengelakkan penularan kandungan yang tidak diingini.

4 SULIT
SULIT

1.9 Untuk menjadi sebuah negara merdeka yang maju,


semangat cintakan negara yang tinggi perlu wujud dalam
hati setiap rakyat Malaysia. Sehubungan itu, Kementerian
Komunikasi dan Multimedia akan menyemarakkan lagi
semangat patriotik rakyat melalui pelaksanaan program-
program di bawah PatriotMalaysia bermula pada tahun
2017.

1.10 Kementerian ini akan terus memperkasakan program-


program yang berteraskan semangat patriotisme dengan
memberi fokus kepada golongan generasi muda dan belia
dari berbilang kaum menggunakan tiga saluran utama, iaitu
komunikasi bersemuka, media baru dan media cetak bagi
menjelaskan dasar-dasar dan polisi Kerajaan dalam
menyemai dan meningkatkan semangat patriotisme dan
cintakan negara serta perpaduan dalam kalangan
masyarakat.

(input KPM)

1.11 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa


mengambil berat akan usaha untuk menyemai perpaduan
dalam kalangan murid sekolah. Ini selari dengan aspirasi
perpaduan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Bagi menjayakan
aspirasi perpaduan ini, inisiatif memperkukuh perpaduan di
sekolah melalui kurikulum dilaksanakan dengan menerapkan
konstruk perpaduan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam
dan Pendidikan Moral. Penerapan tersebut adalah bertujuan

5 SULIT
SULIT

untuk meningkatkan penghayatan murid terhadap tiga


konstruk utama perpaduan iaitu belajar untuk menerima
kepelbagaian; belajar untuk menghormati kepelbagaian, dan
belajar untuk mengurus kepelbagaian.

1.12 Di samping itu, KPM telah melaksanakan Rancangan


Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) untuk memupuk
nilai-nilai perpaduan dalam kalangan murid-murid sekolah.
RIMUP dilaksanakan melalui sistem kelompok iaitu dua (2)
atau tiga (3) jenis / aliran sekolah digabungkan sebagai
Rakan Perpaduan untuk melaksana aktiviti integrasi sebagai
aktiviti kokurikulum secara bersama-sama. Sekolah-sekolah
ini dikelompokkan berdasarkan jenis sekolah (SK, SJKC
SJKT, SMKA, SMJK, SBP), jarak dan lokasi.

1.13 Pada masa yang sama, Institut Aminuddin Baki (IAB) sedang
menyediakan Modul Latihan Penerapan Nilai Perpaduan
untuk Pengetua dan Guru Besar. Modul ini akan membantu
pemimpin sekolah dalam merancang dan melaksana aktiviti
atau program yang memberi tumpuan kepada elemen
perpaduan di sekolah masing-masing.

1.14 Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM terus berusaha


mencari formula terbaik serta mengemaskini dan
memantapkan lagi perpaduan khususnya di sekolah. KPM
telah melaksana Makmal Perpaduan 1.0 pada Oktober 2015,
engagement dengan pihak Institut Kajian Etnik (KITA) pada
Januari 2016 dan Makmal Perpaduan 2.0 pada Mac 2016.
Melalui makmal dan engagement dengan pihak berkaitan,

6 SULIT
SULIT

Roadmap Perpaduan lima (5) tahun akan dihasilkan


mengambil kira tiga (3) aspek iaitu dasar, sekolah dan
komuniti dalam memastikan program integrasi/perpaduan
yang dilaksana adalah mantap, konkrit dan menyeluruh.

(input JPNIN)

1.15 Kerajaan sedar pentingnya kepelbagaian kaum dan agama


dan sentiasa terus kreatif mencari jalan untuk memupuk
pemahaman yang lebih baik, hormat menghormati dan
saling menerima antara satu sama lain seperti berikut:

1.16 Mengadakan aktiviti keharmonian agama bersama dengan


badan-badan bukan kerajaan dan masyarakat sivil serta
membangunkan sebuah Pelan Strategik bagi
Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan
Keharmonian Antara Penganut Agama 2016-2017
bertujuan memupuk persefahaman dan keharmonian dalam
kalangan pelbagai kumpulan penganut agama.

1.17 Menyebarkan mesej keharmonian antara agama dan


memupuk semangat muhibah melalui program World
Interfaith Harmony Week yang disambut pada minggu
pertama bulan Februari setiap tahun.

1.18 Penubuhan Pusat Mediasi Komuniti dan memperkasa 1028


orang Mediator Komuniti (MK) di seluruh Negara untuk
menyelesaikan pertikaian dan konflik kaum dan agama

7 SULIT
SULIT

dalam komuniti setempat melalui pendekatan mediasi


komuniti.

1.19 Memupuk semangat toleransi dan kesederhanaan dalam


kalangan rakyat berbilang kaum dan agama melalui
Sambutan Hari Toleransi Sedunia setiap tahun pada 16
November.

1.20 Semangat patriotik di dalam jiwa setiap warganegara


khasnya dalam kalangan golongan muda hendaklah
sentiasa dipupuk dan disuburkan. Menyedari hakikat ini,
JPNIN aktif mengadakan program dan aktiviti seperti berikut:

1.21 Mendidik asas silang budaya melalui aktiviti ko-kurikulum


kepada para pelajar untuk memahami dan menghormati
bahasa, agama dan budaya kaum-kaum lain demi memupuk
perpaduan antara kaum.

1.22 Meningkatkan penghayatan dan pengamalan prinsip-prinsip


Rukun Negara melalui Program MyRukun Negara kepada
pelajar-pelajar di 6,068 Kelab Rukun Negara di sekolah
rendah dan 150 Sekretariat Rukun Negara di Institut
Pengajian Tinggi.

1.23 Meneruskan secara agresif Program Latihan Industri


Perpaduan (PILP) kepada mahasiswa untuk menggalakkan
silang kerjaya dan budaya melalui penempatan pelajar
bumiputera di syarikat-syarikat bukan bumiputera. Pada
tahun 2015, seramai 1022 pelajar berjaya menyertai PLIP.

8 SULIT
SULIT

Bagi, Fasa kedua, program PLIP memberi penumpuan


kepada mahasiswa bukan bumiputera ditempatkan di
Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

1.24 Meningkatkan interaksi dalam kalangan komuniti setempat


melalui Program Sayangi Komuniti di 30 buah Kawasan
Rukun Tetangga di lokasi bandar dan pinggir bandar
(kumpulan B40) yang berisiko tinggi dan terdiri daripada
pelbagai kaum.

1.25 Mewujudkan sebanyak 70 pasukan Skuad Uniti di seluruh


negara di peringkat akar umbi yang menekankan kepada
hubungan kerjasama dan jaringan yang kukuh dalam
kalangan masyarakat pelbagai kaum untuk mengukuhkan
perpaduan khususnya melibatkan golongan muda.

1.26 Menggiatkan kerjasama strategik melalui Strategi Lautan


Biru Kebangsaan (NBOS) di antara Polis Diraja Malaysia
(PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Skim
Rondaan Sukarela (SRS) melalui program RAPAT
(Rondaan Awam, Polis dan Angkatan Tentera Malaysia)
di 90 buah kawasan di seluruh negara untuk memelihara
keamanan dan keselamatan kawasan kejiranan, KOSPEN
dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, Urban Farming
dengan Jabatan Pertanian dan lain-lain.

1.27 Semua inisiatif diambil berupaya meningkatkan penghayatan


rakyat terhadap semangat patriotisme. Menurut sumber Biro
Tatanegara (BTN) melalui kajian 2015 Indeks Patriotisme

9 SULIT
SULIT

Negara, menunjukkan tahap patriotisme rakyat Malaysia


menghampiri tahap yang sangat baik dan tinggi iaitu
4.19 dari skala 5.0. Usaha-usaha memupuk semangat
perpaduan dan patriotisme secara berterusan berupaya
membentuk model bangsa Malaysia yang dihormati dan
disegani dan sekali gus membentuk kesepaduan masyarakat
Malaysia yang lebih harmoni.

1.28 Namun perlu ditekankan bahawa usaha-usaha memupuk


semangat patriotisme ini bukanlah tanggungjawab Kerajaan
semata-mata, malahan semua pihak sama ada agensi
kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan turut digesa
bekerjasama melahirkan warganegara yang cintakan tanah
air.

1.29 Memetik kata-kata YABhg Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi,


Mantan Perdana Menteri ke-5, “ .... Sesungguhnya, segala
kejayaan yang dicapai hari ini ditunjangi oleh usaha dan
pengorbanan pejuang-pejuang kita yang terdahulu.
Tunku Abdul Rahman telah berjuang bagi mencapai
kemerdekaan, Tun Abdul Razak berusaha gigih bagi
membawa pembangunan, Tun Hussein Onn memerah
keringat bagi memupuk perpaduan rakyat dan Tun Dr.
Mahathir Mohamad telah menentang arus bagi mencipta
pemodenan. Mereka, sebagai pemimpin kita
bersama rakyat sekalian, telah membawa Malaysia ke
tahap ia berada hari ini…”

10 SULIT
SULIT

1.30 Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul
Razak pula berkata bahawa “perpaduan nasional di
negara ini hanya akan benar-benar bermakna jika tiada
rakyat yang terpinggir.” Pembinaan negara bangsa
bukanlah suatu proses yang mudah. Ia memerlukan
persefahaman, tolak ansur dan yang paling utama,
komitmen serta pengorbanan yang tinggi.

1. USUL 2

2.1 Terima kasih diucapkan kepada wakil Sarawak 04 yang


mengesyorkan Kerajaan untuk memperkasakan serta
meningkatkan komitmen secara agresif penglibatan
Malaysia di dalam ‘Asean Plan of Action Against
Trafficking in Person, Especially Women and Children’
dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara ikon
di dalam memerangi jenayah pemerdagangan manusia
khususnya wanita dan kanak-kanak di rantau Asia.
Untuk makluman perwakilan,

3. USUL 3

3.1 Terima kasih diucapkan kepada Johor 16 yang


menyarankan Kerajaan untuk menyediakan insentif
cukai kepada syarikat-syarikat swata supaya wajib
menyediakan kemudahan Pusat Penjagaan Kanak-
kanak dan Taska untuk menggalakkan ibu muda
meneruskan kerjaya selepas cuti bersalin. Untuk
makluman,

11 SULIT
SULIT

4. USUL 4

4.1 Terima kasih diucapkan kepada Perak 08 supaya Kerajaan


memperhalusi agenda pemerkasaan sosioekonomi
Bumiputra yang lebih menyeluruh sebagai asas
Transformasi Nasional 2050 (TN50). Untuk makluman Ahli
Perwakilan Parlimen Belia sekalian,

Yang di-Pertua,

Setakat ini sahaja maklum balas dan jawapan saya ke atas usul-usul
dan pertanyaan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Perwakilan
Parlimen Belia Malaysia sekalian. Kementerian Belia dan Sukan akan
memanjangkan kesemua usul yang dibahas dan dibincangkan dalam
Persidangan Parlimen Belia Malaysia (PBM) Sidang II, Tahun 2016 ke
dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan Kementerian dan agensi yang
berkaitan.

Sekian, terima kasih.

Kemas kini sehingga : 9 Ogos 2016/ 5.00 petang

12 SULIT

Anda mungkin juga menyukai