Anda di halaman 1dari 5

Indonesia File

Sastra Persia Dalam Lintasan Sejarah


Senin, 14 April 2008
Last Updated Senin, 14 April 2008

Kebudayaan Persia merupakan salah satu kebudayaan tertua di dunia, begitu pula kesusasteraan nasionalnya. Pada
awalnya bahasa yang dipergunakan ialah Bahasa Avesta, iaitu satu daripada dialek bahasa Iran Purba yang digunakan
untuk penulisan kitab suci agama mereka. Pada zaman berikutnya bahasa Pahlewi atau Parsi yang dipergunakan dalam
penulisan.
Bahasa Parsi termasuk di dalam rumpun bahasa Indo Arya atau Indo Eropah. Rumpun bahasa ini berasal dari Dataran
Tinggi Iran. Termasuk ke dalam rumpun bahasa ini ialah bahasa Sanskrit dan cabang-cabangnya di India seperti bahasa
Hindi, Shindi, Urdu, Bengali dan lain-lain. Bahasa-bahasa Eropah seperti Latin, Italia, Jerman, Belanda dan lain-lain juga
termasuk di dalam rumpun bahasa ini. Tersebar luasnya rumpun bahasa ini di Asia dan Eropah disebabkan perpindahan
besar-besaran bangsa Arya dari Kaukasus dan Dataran Tinggi Iran secara berkelanjutan dan berkesinambungan sejak
tahun 3000 SM sehingga abad ke-13 M. Nama Parsi atau Persia diambil dari nama sebuah kabilah atau puak yang
berhasil membangun dua kemaharajaan Iran Purba, yakni Hakshiminia dan Parthi. Kedua puak ini berasal dari propinsi
Pars, sebuah wilayah timur laut Iran. Pada tahun 770-550 M kedua puak ini berjaya menaklukkan Babylonia, Assyria,
Asia Kecil dan Mediterania atau Eropah Selatan. Karena raja-raja daripada Dinasti Hakshiminia (Achemenia) dan Parthi
ini berasal daripada Pars, maka orang-orang Yunani, Rumawi, Yahudi dan Arab menyebut orang-orang daripada
kawasan Dataran Tinggi Iran sebagai bangsa Persia. Bahasa Parsi sesungguhnya hanya satu saja dari banyak bahasa
atau dialek yang digunakan penduduk Dataran Tinggi Iran. Tetapi karena orang-orang Pars memiliki kuasa ekonomi,
politik dan budaya yang besar, dan dalam kalangan mereka terdapat banyak cendekiawan dan pemuka agama yang
menonjol, maka bahasa Parsi menjadi bahasa yang menonjol di lingkungan kemaharajaan Persia. Plato dan beberapa
penulis Yunani lain menyebut orang-orang Dataran Tinggi Iran sebagai bangsa Aryan. Dari sebutan Aryan inilah nama
Iran berasal. Pada tahun 300 SM negeri Parsi ditakluk oleh raja Macedonia Iskandar Agung. Kebudayaan Yunani atau
Hellen mengubur kebudayaan Parsi dan bahsanya untuk beberapa waktu lamanya. Tetapi pada tahun 250 SM bangsa
Parsi berhasil membebaskan diri dari cengkraman kekuasaan bangsa Macedonia. Pemimpin mereka, Arshak, membina
kemaharajaan baru Hakshiminia atau Achemenia. Kemaharajaannya diberi nama kemaharajaan Persia. Bahasa Parsi
disebut bahasa Pahlewi, sempana nama maharaja Persia yang pertama. Sejak pada masa itulah bahasa, kesusastraan
dan kebudayaan Parsi tumbuh dan berkembang semula. Namun perkembangan kebudayaan dan kesusastraan Persia
mencapai kemuncaknya pada zaman Bani Sassan (220-672 M). Agama Zoroaster atau Majusi merupakan agama resmi
kemaharajaan Parsi. Pengaruh agama ini sangat besar terhadap perkembangan kesusasteraannya. Pada abad ke-3 M
sebuah agama baru yang dianjurkan oleh Mani muncul. Agama ini disebut agama Mani dan merupakan percampuran
agama Zoroaster, Buddhisme dan Kristian. Walaupun agama Mani tidak mendapat penerimaan luas dalam kalangan
penduduk Iran, namun pemimpin mereka memainkan peranan penting dalam kehidupan intelektual dan sastera. Agama
ini tersebar di Asia Tengah dan China. Pemimpinnya sering berdakwah melalui kegiatan seni halus dan kesusasteraan,
dan mereka juga sering terlibat dalam perdebatan agama dan falsafah. Karya-karya yang dihasilkan pada zaman Bani
Sassan ini banyak disalin dan ditulis ulang pada zaman Islam. Karena diberi corak Islam maka karya-karya tersebut
menjelma menjadi kesusasteraan baru. Karya yang dipandang sebagai hasil kemuncak kesusasteraan Parsi Lama ialah
Avesta, kitab suci agama Zoroaster. Bahasa Avesta mirip bahasa Sanskrit di India. Kitab Avesta terdiri daripada gatha
(nyanyian kerohanian atau ketuhanan). doa-doa, uraian etika dan falsafah hidup, serta masalah yang berkaitan dengan
geografi bangsa Iran Purba. Bahasa Parsi yang digunakan dalam kitab Avesta sangat indah dan puitik. 2. Bangsa Parsi
dan Islam Pada tahun 651 M kemaharajaan Parsi di bawah kekuasaan Bani Sassan berakhir. Bangsa Arab di bawah
kepimpinan Bani Umayyah menakluki negeri Parsi dalam peperangan besar yang berlangsung lebih kurang sepuluh
tahun lamanya. Raja Bani Sassan terakhir Yashgidir II melarikan diri daripada istana beliau dan meninggal dunia pada
tahun 652 M. Peperangan antara negeri Parsi dan Arab bukanlah perkara baru dalam sejarah. Jauh sebelum
kedatangan agama Islam di negeri Arab kemaharajaan Parsi telah beberapa kali berperang dengan bangsa Arab dan
bangsa-bangsa lain di persekitarannya. Malahan kemaharajaan Parsi pernah mempunyai wilayah protektorat iaitu
Bahrain dan Oman. Tidak lama selepas Nabi Muhammad s.a.w. wafat, yaitu pada zaman khalifah Abu Bakar Siddiq,
Umar bin Khatab, Usman bin Affan dan Ali bin Abi Thalib, juga pernah terjadi peperangan antara negeri Parsi dan Arab.
Baru pada zaman Bani Umayyah negeri Parsi dapat ditakluki oleh bangsa Arab. Dengan penaklukan tersebut negeri
Parsi yang luas itu menjadi bahagian daripada wilayah Daulah Bani Umayyah yang memegang tampuk pemerintahan di
Damaskus. Kemudiannya selepas Bani Umayyah dijatuhkan oleh Bani Abbasiyah yang memegang tampuk
pemerintahan Islam di Baghdad, maka negeri Parsi menjadi bahagian daripada wilayah kekhalifatan Baghdad atau
Abbasiyah. Kedatangan bangsa Arab dan Islam membuat kedudukan bahasa Parsi dan huruf Pahlewinya tenggelam,
diganti oleh bahasa Arab. Bahasa Parsi tidak digunakan lagi sebagai bahasa rasmi dan huruf Pahlewi diganti oleh huruf
Arab. Walaupun demikian tidak bermakna bahasa Parsi tidak dipergunakan lagi dalam percakapan sehari-hari. Kerana
besarnya pengaruh bahasa dan huruf Arab lama kelamaan bahasa Parsi banyak mengambil kosa kata Arab dan tumbuh
menjadi bahasa baru dengan menggunakan huruf Arab. Bahasa Parsi yang dipengaruhi bahasa Arab inilah
kemudiannya yang berkembang menjadi bahasa Parsi baru dan dipergunakan sebagai bahasa kesusasteraan baru.
Tumbuhnya kembali disebabkan banyak faktor. Salah satu di antaranya ialah kerana bahasa Parsi inilah yang ternyata
berjaya menjadi media penyebaran agama Islam ke wilayah timur dan utara Iran. Sememangnya pula penaklukan
bangsa Arab tidak bermakna penjajahan bangsa Arab terhadap bangsa Parsi. Di antara kedua bangsa yang sama
memeluk agama Islam ini terjadi percampuran. Orang-orang Parsi juga banyak memegang jawatan dalam pemerintahan
dan memainkan peranan penting dalam pentadbiran dan kehidupan intelektual. Pada awal abad ke-8 M para
http://indonesiafile.com Powered by MI.eNGINE! Generated: 1 April, 2009, 13:21
Indonesia File

cendekiawan Parsi semakin mendominasi kegiatan intelektual dan keagamaan. Mereka semakin bertambah pula
penguasaannya terhadap agama Islam dan bahasa Arab. Tidak sedikit penulis-penulis bangsa Parsi ini muncul sebagai
pelopor penting perkembangan kesusasteraan Arab. Menonjolnya peranan sasterawan dan cendekiawan Parsi ini
disebabkan kerana mereka telah memiliki tradisi intelektual dan sastera yang kaya, yakni jauh sebelum kedatangan
agama Islam. Tidak menghairankan apabila dalam kalangan mereka muncul ramai penulis, apalagi pada ketika ramai
daripada mereka telah menguasai bahasa Arab dan selok belok agama Islam. Di antara penulis-penulis awal Parsi
terkemuka yang telah memberikan sumbangan besar terhadap perkembangan kesusasteraan Arab dan wacana
intelektual Islam ialah: 1. Ibn al-Muqaffa? (w. 757 M). Sebelum masuk Islam beliau ialah seorang penganut agama
Zoroaster. Karyanya yang masyhur dalam bahasa Arab ialah Kalilah wa Dimnah. Dalam bahasa Parsi ialah Kudhay-
namah (Kitab Raja-raja Parsi). 2. Ibn al-`Uqba (w. 758 M), penulis kitab riwayat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling
awal. 3. Muhammad bin al-Sa`ib al-Kalbi (w. 763 M), penulis sejarah Arab purba. 4. Ibn `Ishaq (w. 767 M), penulis Sirah
al-Muhammad (Sejarah Nabi Muhammad s.a.w 5. `Isa bin `Umar al-Thaqafi (w. 766 M), pengasas nahu Arab terkemuka.
6. Abu Hanifah al-Nu`man (w. 767 M), pengasas aliran Hanafi dalam madzab Sunnah wa al-Jama`ah. 7. Hammad bin
Saphur al-Rawiyah (w. 775 M) penghimpun dan penyunting puisi-puisi Arab lama (mu`allaqat). 8. Jabir bin Hayyan (w.
776 M) penulis kitab astrologi. 9. Muhammad bin Abdullah al-Azdi (w. 777 M) penulis kitab sejarah. 10. Abu Dulama (w.
777 M) penulis kisah-kisah humor. 11. Basyar bin Burd (w. 783 M), penyair. 12. Mufadal al-Dabbi (w. 786 M) penyair dan
penghimpun puisi-puisi Arab lama. 13. Sayyid al-Himyari (w. 789 M), penyair. 14. Khalil bin Ahmad (w. 791 M) ahli nahu
dan teori kesusasteraan. 15. Sibawayhi (w. 793 M) pengasas nahu Arab terkemuka dan paling berpengaruh dalam
kalangan sarjana bahasa. Raja Ali Haji dipengaruhi oleh Sibawayhi. 16. Abu Tammam (w. 846 M), penyair terkenal pada
zaman Bani Abbasiyah. 3. Gerakan Cendekiawan Parsi Pada awal abad ke-8 M, tiga dekad sebelum kekuasaan Bani
Umayyah runtuh, sebuah pergerakan kebangsaan Parsi muncul. Pergerakan ini dipelopori oleh beberapa cendekiawan
terkemuka. Salah satu matlamat pergerakan ini ialah menghidupkan semula kesesusasteraan dalam bahasa Parsi.
Walaupun golongan ini berpecah kepada beberapa kumpulan, namun pergerakan ini berjasa menghidupkan semula
perkembangan bahasa dan kesusasteraan Parsi. Kumpulan pertama berkeinginan membangkitkan semula kebudayaan
Parsi pra-Islam, sedangkan kumpulan kedua berhasrat membina kebudayaan Parsi baru yang berlandaskan Islam. Pada
awalnya pergerakan ini muncul di provinsi Khurasan dan Pars. Selain mempunyai matlamat budaya, pergerakan ini
berjuang menjatuhkan pemerintahan Bani Umayyah yang dipandang penuh ketidakadilan dan menyimpang daripada
ajaran Islam. Pada tahun 750 M pergerakan ini mencapai matlamatnya. Bani Umayyah runtuh dan tampuk pemerintahan
Islam diambil alih oleh Bani Abbasiyah. Bani Abbasiyah berasal daripada sebuah puak keturunan Arab-Parsi.
Pemerintahan baru memindahkan ibu negeri kekhalifatan Islam ke Baghdad. Kerana kebijaksanaan politiknya yang
terbuka dan pentadbirannya yang baik, Baghdad dengan cepat berkembang menjadi sebuah pusat tamaddun dunia dan
kebudayaan Islam. Maraknya perkembangan kebudayaan Islam terutamanya terjadi pada zaman pemerintahan Harun al-
Rasyid dan putranya al-Makmun. Sebagaimana telah dikemukakan dalam pelajaran pertama bahagian pertama, raja-
raja Bani Abbasiyah ialah pencinta-pencinta kebudayaan dan ilmu pengetahuan. Pada zaman inilah semakin ramai
cendekiawan Parsi memainkan peranan penting dalam pentadbiran, pendidikan, kegiatan keagamaan, ilmu
pengetahuan, falsafah dan kesusasteraan. Kesusasteraan Parsi sekali bertunas terus berkembang, dan kesuburan
perembangannya mapat menandingi perkembangan kesusasteraan Arab. Apabila pada zaman Bani Umayyah penulis-
penulis dan cendekiawan Parsi hanya menggunakan bahasa Arab, pada zaman Bani Abbasiyah mereka menggunakan
kedua-dua bahasa tersebut. Mereka menggunakan bahasa Arab apabila menulis buku keagamaan dan ilmu
pengetahuan, namun menggunakan bahasa Parsi apabila mereka menulis karya sastera. Sudah barang tentu pengaruh
bahasa Arab tidak dapat dihindari, malahan pengaruh tersebut justru mempersubur perkembangan bahasa Parsi.
Daripada adanya percampuran dengan unsur-unsur Arab inilah bahasa Parsi baru muncul. Huruf Pahlewi sudah pula
dilupakan dan sejak pada masa itu mereka menggunakan tulisan Arab. Pada akhir abad ke-13, bertepatan dengan
ditaklukinya kekhalifatan Abbasiyah oleh orang Mongol di bawah kepimpinan Jengis Khan, Ogotay dan Hulagu Khan,
kesusasteraan Arab mengalami kemerosotan di negeri Islam sebelah timur. Kebalikannya kesusasteraan Parsi mulai
menapak zaman kemuncaknya. Antara abad ke-13 sehingga abad ke-17 karya-karya bercorak Islam yang dihasilkan
para penulis Parsi lebih banyak dibandingkan karya-karya sejenis yang dihasilkan oleh penulis Arab. Kesusasteraan
Parsi mempengaruhi kesusasteraan Islam lain, termasuk Benua Kecil India (Indo-Pakistan), Asia Tengah, kepulauan
Nusantara dan bahkan negeri-negeri Arab. Pencapaian bangsa Parsi dan bangsa-bangsa-bangsa Muslim lain yang
berkebudayaan Parsi, juga sangat menonjol pada kurun-kurun tersebut. Bukan sahaja dalam bidang kesusasteraan,
namun juga dalam ilmu tasawuf, falsafah, seni halus, arsitektur dan lain-lain. 4. Sastra Persia Modern Yang disebut
kesusastraan Persia modern ialah karya-karya sastra yang muncul pada zaman Islam. Perkembangan kesusastraan
modern Parsi ini bermula pada zaman pemerintahan Bani Tahir (820-870 M). Pada zaman ini Khurasan telah menjadi
sebuah kerajaan autonom. Raja-raja Bani Tahir yang berasal dari keluarga Iran mempertingkatkan kedudukan bahasa
Parsi menjadi bahasa pentadbiran dan kebudayaan. Selain daripada itu bahasa Parsi juga digunakan sebagai bahasa
penyebaran agama Islam di wilayah utara dan timur Iran. Kedudukan bahasa Parsi menjadi kian penting pada zaman
pemerintahan Bani Saffar (870-892 M). Pada zaman inilah kesusasteraan Parsi berkembang dalam arti sesungguhnya.
Tetapi perkembangan yang lebih pesat dan maju terjadi secara berturut-turut pada zaman Bani Samman (892-989 M)
dan Bani Ghaznawi (989-1109 M). Semua pemegang tampuk pemerintahan kerajaan Parsi ini berasal dari wilayah timur
daya dan utara Iran, yaitu Khurasan, Balkh dan Ghazna. Di wilayah-wilayah inilah pergerakan kebangsaan cendekiawan
Parsi untuk pertama kalinya muncul pada awal abad ke-8 M. Perkembangan sebenar bahasa dan kesusasteraan Parsi
terjadi pada zaman Bani Ghaznawi. Bukan saja di wilayah utara dan timur daya Iran, tetapi juga di wilayah barat Iran
bahasa Parsi menggantikan peranan dan kedudukan bahasa Arab. Bani Ghaznawi juga giat menyebarluaskan
penggunaan bahasa Parsi ke timur pada ketika dia menaklukan India pada awal abad ke-12. Sejak pada masa itu
sehingga awal abad ke-19 bahasa Parsi digunakan sebagai bahasa pentadbiran dan kebudayaan di India Utara.
http://indonesiafile.com Powered by MI.eNGINE! Generated: 1 April, 2009, 13:21
Indonesia File

Sebagaimana perkembangan kesusasteraan dunia yang lain, perkembangan kesusasteraan Parsi modern dimulai
dengan perkembangan puisinya. Penyair yang dipandang paling awal menulis dalam bahasa Parsi Islam ialah Abu al-
Abbas, daripada Merwan, sebuah bandar penting di provinsi Khurasan. Beliau menulis qasidah yang dipersembahkan
kepada Sultan Makmun pada tahun 809 M. Pada masa itu Sultan Makmun menjawat sebagai gubenur Khurasan. Sultan
Makmun ialah putera Khalifah Harun al-Rasyid, ibu baginda ialah seorang wanita Iran yang berasal daripada Khurasan.
Selepas Abu al-Abbas ramai penyair Persi bermunculan. Di antaranya ialah Hanzala, Mahmud Warraq, Abu Salik
Jurjani. Muhammad bin Wasif Sukri, Firouz Masyriqi dan lain-lain. Penyair-penyair ini menulis qasidah, sajak-sajak cinta
dan kepahlawanan (epik), serta sajak-sajak kritikan sosial. Ssebuah sajak Hanzala diterjemahkan oleh Muhammad
Bukhari Lubis, yang bermaksud: Andai keagungan tersua di rahang singa rempuh bahaya cari di rahang Sama ada
meriba kebesaran kehormatan kenikmatan kemuliaan atau dirimu bagai insan wajah ke wajah dengan kematian Pada
abad ke-10 M puisi Parsi mulai mencapai zaman kematangannya. Bani Samman yang memegang tampuk pemerintahan
selama lebih kurang 90 tahun merupakan pelindung utama kebudayaan dan kesusasteraan Parsi. Dalam istana beliau
berpuluh-puluh sasterawan dan cendekiawan bekerja mengembangkan kebudayaan Parsi dan pendidikan agama Islam.
Hal ini merupakan faktor utama berkembangnya tradisi intelektual dalam kalangan rakyat berbahasa Parsi. Penyair-
penyair penting pada zaman Bani Zamman ialah Abdul Syukur, Abu al-Mu`ayyad, Abu al-Hasan Syahid, Kisa`i, Rudagi,
Daqiqi, Imara dan lain-lain. Rudagi dan Daqiqi dipandang sebagai penyair paling terkemuka pada abad ke-10. Rudagi
berasal daripada Samarkand, mulai menulis pada tahun 915 M. Beliau menghasilkan banyak sajak terdiri daripada lirik,
qasidah, elegi dan epik. Beliau juga meggubah semula kisah Kalilah wa Dimnah dalam bentuk puisi naratif yang panjang
dan sangat indah penyajiannya. Daqiqi (w. 980 M) ialah penyair yang masih menganut agama Zoroaster pada waktu
milai menulis. Baru pada masa tuanya beliau memeluk agama Islam. Beliau ialah penulis lirik dan epik yang terkemuka.
Dalam sebuah sajaknya beliau mengatakan bahawa Zarathustra, pengasas agama Zoroaster, ialah seorang nabi yang
juga mengajarkan agama Tauhid. Kerana itu beliau menyatakan bahawa ajaran Islam tentang keesaan Tuhan bukan hal
baru untuk orang-orang Parsi. Walaupun agak lambat perkembangannya dibanding puisi, prosa juga telah mulai ditulis
pada abad ke-9 oleh penulis-penulis Parsi. Di antara karya prosa awal yang muncul dalam bahasa Parsi Islam ialah
Hikayat Pembrontakan Hamzah menentang khalifah Abbasiyah. Hikayat ini ditulis oleh Mas`udi dari Merwan. Penulis
Parsi sangat menyukai epik atau kisah kepahlawanan. Kecenderungan ini berakar umbi dalam tradisi mereka sejak
zaman Bani Sassan. Di antara kisah kepahlawan yang terkenal ialah Shah-Namah karangan Firdausi. Pada abad ke-10
karya Tabari, Sejarah Dunia, diterjemahkan oleh Abu `Ali al-Ba`lami, seorang penulis karya bercorak kesejarahan yang
terkenal. Sebuah karya agung lain yang muncul ialah Tafsir al-Qur`an. Ibn Sina, seorang filosof dan ahli perubatan
terkenal, juga menulis sajak-sajaknya dalam bahasa Parsi. Sajak-sajaknya bercorak filosofis dan mistikal. Di antara
sajaknya, ialah yang bertajuk ?Batas Pengetahuan?: Di gurun kehidupan maha luas Terlalu banyak yang dicari fikiran
Rambut dibelah, tak jumpa benang pengikat Dalam pikiran ratusan matahari terbit Namun rahsia sebutir zarrah Tak
kunjung tersingkap Pada zaman pemerintahan Bani Ghaznawi kematangan kesusasteraan Parsi semakin nampak. Pada
masa ini muncul seorang penulis epik terkenal, yang karyanya masih diingat dan dibaca luas bangsa Parsi sehingga kini.
Penulis tersebut ialah Abu al-Qasim al-Firdawsi. Karya beliau Shah-Namah (Kitah Raja-raja) ditulis selama 30 tahun
sejak pada tahun 980 M. Buku ini ditulis dalam bentuk puisi naratif yang indah, menceritakan kepahlawanan raja-raja
Parsi lama, terutamanya raja-raja Bani Sassan. Sebagai epik besar Shah-Namah dipandang menyamai epik Yunani
terkenal Iliad karya Homeros dan epik India yang masyhur Ramayana karya Walmiki Penceritaan Shah-Namah dimulai
dengan pujian kepada Allah s.w.t. dan salawat kepada Nabi Muhammad s.a.w., kemudiannya dilanjutkan dengan
sanjungan kepada Sultan Mahmud al-Ghaznawi yang menjadi pelindung Firdawsi. Karya Firdawsi yang lain ialah Yusuf
dan Zuleikha, yang kisahnya diambil daripada al-Qur`an. Firdawsi juga menulis banyak lirik. Penyair terkemuka lain pada
zaman Bani Ghaznawi ialah Unsursi, Manuchcheri, Abu Sa`id al-Khayr, Baba Tahir `Uryan, Baba Kuhi, Bayazid al-
Bhistami, Khwaja Abdullah `Ansari dan lain-lain. Abu Sa`id al-Khayr, Baba Tahir, Baba Kuhi, Bayazid, dan Ansari dikenali
sebagai penyair sufi. Perkembangan kesusasteraan yang subur pada zaman Bani Ghaznawi disokong pula oleh
perkembangan sains, falsafah dan tasawuf. Tasawuf sangat mempengaruhi jiwa para penulis Parsi sejak abad ke-11 M.
Di antara risalah tasawuf tertua dalam bahasa Parsi ialah Kasyf al-Mahjub (Ketersingkapan Hijab) karya Ali Usman al-
Hujwiri Tokoh-tokoh tasawuf terkenal pada abad ke-10 dan 11 M seperti Bayazid al-Bhistami, Niffari, Sahl al-Tustari,
Mansur al-Hallaj, Junaid al-Baghdadi dan lain-lain berkebangsaan Parsi. Tidak mengherankan apabila sebagian besar
hasil-hasil kesusastraan Parsi sejak abad ke-17 sehingga pada masa yang akhir sangat dipengaruhi oleh tasawuf dan
falsafah, khasnya falsafah masyriqiyah (ketimuran) yang diajarkan Ibn Sina dan falsafah `isyraqiyah (cahaya) yang
diajarkan oleh Suhrawardi Maqtul. Ibn Sina dan Suhrawardi juga berkebangsaan Parsi, walaupun mereka juga menulis
dalam bahasa Arab. Besarnya pengaruh falsafah dan tasawuf nampak jelas pada karya sasterawan-sasterawan agung
Parsi, yang karya-karya mereka akan dikaji dalam pelajaran ini, yaitu Umar al-Khayyami (Omar Khayyam), Farid al-Din
al-`Attar, Jalal al-Din Rumi dan Sa`di. Kerana itu tak dapat kita mengkaji karya-karya penulis Parsi tanpa mengetahui
serba sedikit mengenai perkembangan falsafah Islam dan tasawuf, yang sebahagian besar tokoh-tokohnya ialah para
cendekiawan, sarjana dan ulama Parsi. 5. Sastra, Falsafah dan Tasawuf Dalam tradisi Islam falsafah berkembang pada
abad ke-9 M pada zaman Bani Abbasiyah. Kegiatan penerjemahan buku-buku Yunani, Syria, Parsi Lama dan India
sangat mendorong perkembangan tersebut. Peranan cendekiawan Parsi sangat penting sejak awal lagi dalam
perkembangan kajian dan pemikiran falsafah Islam. Kota-kota penting yang merupakan pusat-pusat tamaddun
(perabadan) Islam yang awal, seperti Baghdad, Kufa dan Basrah terletak di sempadan negeri Arab dan Parsi, dan
merupakan pusat pertemuan orang-orang Parsi dan Arab. Pada abad ke-9 M pula Khurasan, sebuah provinsi
kekhalifatan Bani Abbasiyah yang terletak di wilayah utara Iran, tumbuh pula menjadi pusat tamaddun Islam yang utama.
Dalam perkembangannya yang awal filosof Muslim menerjemahkan, mengkaji dan menafsir ulang karya para filosof
Yunani, Parsi Lama dan Asia Kecil secara intensif, sehingga kemudiannya menghasilkan berbagai bentuk pemikiran
falsafah baru. Untuk memperkukuh pemikiran falsafahnya para filosof Muslim juga mengkaji dan menafsirkan ayat-ayat
http://indonesiafile.com Powered by MI.eNGINE! Generated: 1 April, 2009, 13:21
Indonesia File

al-Qur`an dan Hadits. Kitab al-Qur`an dan Hadits itulah yang dijadikan landasan dan sumber ilham pemikiran mereka.
Sebagai jalan rasional dalam mencari kebenaran dan landasan teoritikal ilmu pengetahuan, falsafah sangat digemari
oleh para cendekiawan Muslim pada abad-abad ke-9 dan 10 M sehingga pada abad-abad selanjutnya. Kitab suci al-
Qur`an sendiri banyak memuat firman Allah yang mengajarkan agar manusia giat berfikir untuk memahami berbagai
selok-belok kejadian di alam semesta dan peristiwa-peristiwa sejarah, serta untuk memahamkan betapa agungnya
Tuhan. Namun pemikiran berdasarkan akal tidaklah memadai. Ia mesti dilandasi keimanan dan petunjuk (al-huda) Ilahi
sebagaimana terkandung dalam ayat-ayat suci al-Qur`an. Dan al-Qur`an dinyatakan dalam firman Tuhan sebagai kitab
yang berisi petunjuk yang tidak dapat diragui. Sebutan lain untuk falsafah ialah al-hikmah. Makna al-hikmah ialah
kearifan yang dimiliki seseorang disebabkan telah mencapai pengetahuan yang tinggi tentang hakikat kehidupan.
Pengetahuan tersebut diperolehi selepas seorang arif mengkaji, merenungkan dan memikirkan selok belok kejadian di
alam semesta dan kehidupan manusia. Dalam perkembangannya terdapat banyak aliran pemikiran falsafah, begitu
cabang-cabang disiplin falsafah juga berkembang. Cabang-cabang falsafah ialah metafisika, logika, etika, falsafah
ketuhanan, psikologi, estetika, epistemologi (falsafah ilmu pengetahuan), falsafah alam (fisik), falsafah sejarah, falsafah
politik dan lain-lain. Di antara aliran pemikiran tersebut ada golongan pemikir yang mempercayai bahwa hanya jalan akal
yang dapat membawa manusia kepada kebenaran. Aliran ini sering tidak bersesuaian dengan pandangan para ulama.
Golongan ini dikenali sebagai Mu`tazilah. Golongan ini juga sering disebut sebagai pemikir bebas (free-thinker), dan
pendapat mereka sangat kritikal terhadap pandangan golongan ulama tradisional. Kadang mereka juga menghasilkan
pemikiran yang skeptikal, yaitu pandangan yang meragukan perkara-perkara yang tidak dapat difahami oleh akal. Sajak-
sajak al-Ma`arri yang awal, dan juga sajak-sajak Umar al-Khayyamii (Umar Khayyam), sering mencerminkan pandangan
skeptikal golongan pemikir bebas ini. Tetapi di sampiing itu muncul pula para filosof yang berjaya mendamaikan jalan
pemikiran rasional dan jalan agama atau spiritualiti. Golongan ini selain memberi keutamaan pada akal, terutamanya
dalam penelitian ilmiah, juga memberi tempat kepada spiritualitas. Dua aliran penting yang menggabungkan jalan
rasional dan jalan spiritual ialah filosof masyriqiyah (ketimuran) dan filosof `isyraqiyah. Pengasas aliran masyriqiyah ialah
Ibn Sina dan pengasas aliran `isyraqiyyah ialah Suhrawardi al-Maqtul Kedua-dua aliran pemikiran ini berpengaruh
kepada perkembangan kesusasteraan Arab dan Parsi, misalnya sebagaimana nampak dalam karya Ibn Tufayl: Risalah
Hayy Ibn Yaqzan. Falsafah masyriqiyah bermakna falsafah ketimuran.. Disebut demikian karena timur merupakan
tempat terbitnya matahari atau cahaya. Suhrawardi al-Maqtul, pengasas falsafah `isyraqiyah atau falsafah cahaya,
misalnya mengemukakan konsep bahawa Cahaya yang merupakan pembimbing alam sejagat termasuk manusia, dan
setiap yang hidup merupakan cahaya tulen dan Tuhan ialah Cahaya segala cahaya. Dengan itu filosof aliran ini.meyakini
bahwa dalam diri manusia terdapat cahaya, yang harus disingkap, dan cahaya itu ialah akal aktif. Menurut pandangan
filosof masyriqiyah, dalam pencapaiannya yang tertinggi pemikiran rasional akhirnya tertunduk kepada kebenaran
agama, karena dalam penglihatan fikiran yang tinggi yang nampak pada akhirnya ialah Hakikat Tertinggi kehidupan,
yaitu Tuhan, Sang Maujudat Tunggal. Tokoh-tokoh falsafah Islam seperti al-Kindi, al-Farabi, Ibn Sina, al-Biruni,
Zakariyah al-Razi, Umar al-Khayyami, Ibn Haytam, Amiri dan lain-lain ialah orang-orang Parsi, walaupun mereka menulis
banyak risalah dalam bahasa Arab. Pengaruh falsafah dan tasawuf sangat kuat dalam sajak-sajak Umar al-Khayyami.
Karena adanya pengaruh falsafah itu kadang terdapat sajak-sajak Umar al-Khayyami yang mencerminkan pandangan
skeptikal (ragu) dan pesimistik. Hal ini disebabkan karena segala sesuatu dilihat semata daripada kacamata akal. Segala
yang menimbulkan keraguan kepada akal, tidak dengan mudahnya dipercayai sebagai kebenaran. Tetapi Umar al-
Khayyami juga dipengaruhi pemikiran ahli falsafah masyriqiyah dan tasawuf. Beliau pada akhirnya mencapai kepastian
dan sampai di jalan agama. Tetapi di antara filosof-filosof Parsi yang pemikirannya benar-benar bercorak religius dan
berpengaruh dalam kesusasteraan Islam ialah Zakariya al-Razi (864-925 M), Abu Nasr al-Farabi (870-950 M), Ibn Sina
(980-1037 M), Imam al-Ghazali (w. 1111 M) dan Suhrawardi al-Maqtul.Imam al-Ghazali dan Suhrawardi al-Maqtul
malahan juga dikenali sebagai ahli-ahli sufi terkemuka yang menulis banyak puisi atau karya sastera bercorak alegori
dan simbolikal. Corak religius dan mistikal pemikiran al-Razi nampak dalam karyanya al-Tibb al-Ruhani dan al-Sirat al-
falsafiyyah. Teori beliau yang masyhur ialah tentang jiwa. Menurut beliau walaupun jiwa mempunyai sifat jasmaniyah,
tetapi jiwa lebih bersifat ruhaniyah. Beliau memberi tafsir mistikal terhadap kata ?jiwa? (al-nafs) yang terdapat dalam al-
Qur`an. Jiwa ialah sebuah zat kerohanian yang terpenjaran dalam rumah jasmani. Menurut al-Razi jiwa bersatu dengan
jasmani untuk mengjasilkan bentuk-bentuk yang merupakan sumber kenikmatan dan kesenangan tubuh dan jiwa. Filosof
yang pemikirannya sangat berpengaruh terhadap perkembangan tasawuf dan kesusasteraan Parsi ialah al-Farabi dan
Ibn Sina. serta Imam al-Ghazali. Pemikiran al-Farabi dan Ibn Sina bersesuaian dengan pemikiran para sufi, khasnya
yang berkenaan metafizika. Menurut kedua-dua filosof itu Wujud tunggal yang hakiki ialah Tuhan, sedang ciptaan-Nya
yang banyak bukan wujud dalam erti sebenar. Wujud Tuhan disebut Wajib al-wujud, iaitu wujud yang harus ada dan ada
dengan sendirinya. Sedang wujud ciptaan yang banyak disebut mumkin al-wujud atau wujud wahmi. Arti mumkin al-
wujud ialah wujud yang kewujudannya tidak terjadi dengan sendirinya, namun disebabkan kehendak Wujud Hakiki, iaitu
Tuhan. Disebut wujud wahmi karena wujud ciptaan yang banyak itu bersifat khayali (wahmi), dan kewujudannya
tergantung kepada Wujud Tunggal Yang Hakiki dan Abadi. Sebagai filosof al-Farabi juga dikenali sebagai seorang ahli
zuhudiyyah. Dalam kehidupannuya beliau tidak begitu mempersoalkan kekayaan dan kedudukan. Beliau memecahkan
persoalan falsafah dengan cahaya tasawuf. Karya beliau yang masyhur ialah Kitab al-Fusus. Dalam bukunya itu beliau
antara lain menulis, ?Tiada wujud lebih sempurna dibandingkan kewujudan-Nya. Dia tidak tersembunyi dalam
kewujudan-Nya, namun mata manusia tidak dapat melihat-Nya sebab Dia itu Transenden. Allah sebagai Wujud Hakiki
dan Abadi merupakan sebab segala sesuatu. Kewujudan segala sesuatu (ciptaan-Nya yang banyak) berasal daripada
tajalli-Nya, iaitu manifestasi kreatif ketuhanan-Nya. Kewujudan yang sebenar bersifat rohani atau Ruh. Tuhan ialah Zat
ruhani yang paling murni dan tidak bercampur dengan apa pun. Tetapi terdapat perbedaan antara filosof dan sufi dalam
ikhtiar mereka mencapai penyatuan dengan Yang Hakiki. Selain mempergunakan jalan akal dan pengetahuan, para sufi
juga mempergunakan jalan cinta dan kalbu. Para sufi dalam ikhtiarnya itu merumuskan disiplin jalan kerohanian.
http://indonesiafile.com Powered by MI.eNGINE! Generated: 1 April, 2009, 13:21
Indonesia File

Misalnya dengan memperbanyak ibadah dan berbagai latihan kerohanian lain. Di Parsi tasawuf berkembang dengan
subur sejak pada abad ke-10 M. Pemikiran tasawuf yang awal nampak dalam karya Abu al-Hasan Kharraqani dan
Bayazid al-Bhistami. Tokoh-tokoh dan sasterawan sufi terkenal selain kedua-dua tokoh di atas ialah Abu Bakr al-
Kalabadhi ( w. 1000 M), Abu Nasr al-Sarraj (w. 988 M), Abu Thalib al-Makki (w. 996 M), Abu Abdul Rahman al-Sulami
(w. 1023 M), Abu Nu`aym al-Isfahani (w. 1038 M) dan lain-lain. Karya al-Kalabadhi Kitab al-Ta`arruf telah pun dikutip
dalam bahagian pertama pelajaran kedua buku ini. Dalam buku itu beliau menjelaskan tahapan-tahapan kerohanian
(maqam) perjalanan seorang sufi, dan keadaan-keadaan rohani/jiwa (ahwal) yang terbit selama perjalanan dilakukan,
Dalam perjalanan kerohanian itu penyucian diri dan kalbu sangat diutamakan. Abu Thalib al-Makki terkenal kerana
karyanya Qut al-qulub. Di dalam bukunya itu beliau menjelaskan jalan kalbu mencapai kebenaran tertinggi dan peringkat-
peringkat keadaan kalbu. Beliau juga menjelaskan kaitan ilmu hakikat dengan syariat. Sedangkan Sulami terkenal
kerana karyanya Tabaqat al-Sufiyyah. Dalam bukunya itu beliau menguraikan kehidupan wali-wali sufi dan perjalanan
kerohanian mereka dalam jalan tasawuf. Sedangkan Abu Nu`aym terkenal kerana bukunya Hilyat al-`Awliya?. Bukunya
ini merupakan sebuah ensiklopedi sufi yang luas kandungannya. Abu Bakar al-Sarraj terkenal dengan bukunya Kitab al-
Luma? fi al-Tasawuf. Dalam buku itu beliau menguraikan ajaran para sufi, khususnya tentang peringkat-peringkat
kerohanian dan keadaan-keadaan rohani. Pada awal abad ke-12 M tasawuf tidak hanya diterima secara luas di negeri-
negeri Arab dan Parsi, tetapi juga di negeri Islam lain. Kesusasteraannya pun berkembang. Di Parsi sendiri muncul
banyak penyair sufi terkemuka seperti Abu Sa`id al-Khayr, Khwaja Abdullah Ansari, Baba Kuhi, Baba Tahir `Uryan,
Sana`i dan lain-lain.Daftar Bacaan A. J. Arberry (1967). Classical Persian Literature. London: George Allen & Unwin Ltd.
Edward G. Browne (1969). A Literary History of Persia. Vol. I & II. Cambridge: Cambridge University Press. R. N. Frye
(Ed. 1975). The Cambridge History of Iran. Vol. IV. Cambridge: Cambridge University Press. Muhammad Bukhari Lubis
(1990). Bunga Rampai Sastera Parsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1990.

http://indonesiafile.com Powered by MI.eNGINE! Generated: 1 April, 2009, 13:21

Anda mungkin juga menyukai