Anda di halaman 1dari 27

1.

0 Pengenalan

Profession perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis
pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara.
Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu
pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru
menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat
keguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan
dihormati seterusnya dapat merealisasikan misi nasional kerajaan. Bersesuaian dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan beserta Wawasan 2020, pelbagai program pembangunan
pendidikan yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan bagi merealisasikan teras-teras
serta cabaran yang telah diutarakan. Tidak dinafikan bahawa pembangunan di dalam sektor
pendidikan berupaya mengangkat martabat negara di peringkat antarabangsa malah
membolehkan modal insan kita bersaing setara dengan negara-negara maju namun, isu-isu
berbangkit tidak dapat ditepis dalam melaksanakannya.
Antara isu yang harus kita kaji dalam melaksanakan program pembangunan
pendidikan ini ialah pembangunan pendidikan melonggarkan perpaduan, meningkatkan
masalah sosial, menyebabkan pembaziran sumber serta menjadi pusat perniagaan.

1
2.0 Konsep

Konsep Pendidikan

I. Tokoh Islam
Menurut Imam al Ghazali, proses pendidikan adalah berterusan sejak lahir hinggalah
ke liang lahad. Pendidikan juga merangkumi pemupukan budi pekerti yang mulia,
sifat berani, sabar, hormati orang lain serta kecergasan jasmani.

II. Tokoh barat


Menurut Plato, beliau menegaskan bahawa pendidikan ialah sesuatu yang mampu
atau berkeupayaan membentuk individu agar bersifat mulia.

Konsep Peranan Pendidikan

I. Sufean Hussin ( 2002 )


Beliau menjelaskan dalam bukunya bahawa untuk menghadapi cabaran khasnya
cabaran globalisasi dan pembangunan ICT iaitu Information And Communication
Technology atau teknologi informasi dan maklumat, Malaysia perlu membangungkan
ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan. Seiring dengan itu, sektor pendidikan
khasnya pendidikan sains dan teknologi akan memainkan peranan penting dalam
merealisasikan objektif tersebut.

II. Dasar – Dasar Pembangunan Malaysia


Di bawah rancangan Malaysia Ke Enam, ( 1991 – 1995 ) program pendidikan dan
latihan akan dipertingkatkan untuk melahirkan tenaga kerja yang berpendidikan,
mahir dan terlatih. Keutamaan yang lebih diberikan kepada pendidikan dan latihan,
kerana ia akan membantu kepada pencapaian Dasar Pembangunan Negara.

III. Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman ( 2003 )


Di Dalam buku mereka ada menyatakan tentang melahirkan individu yang berilmu,
berbudi pekerti yang tinggi, sopan bertanggungjawab, berketerampilan, dan

2
memperkembangkan potensi individu. Penyataan ini adalah berasaskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Peranan pendidikan menurut kedua – dua tokoh di atas secara umumnya boleh dilihat
dari 2 dimensi iaitu dimensi instrinsik dan dimensi sosial.
Menyentuh peranan pendidikan dari dimensi sosial, pendidikan sering kali dikenal
pasti sebagai jentera dalam proses untuk menyediakan tenaga kerja yang terlatih dalam
pelbagai bidang ilmu pengetahuan dan kemahiran di pelbagai peringkat untuk
pembangunan dan kemakmuran masyarakat dan juga negara.

IV. Mohd Kamal Hassan ( 1988 )


Menurut beliau, pendidikan bukan hanya penguasaan ilmu pengetahuan dan
kemahiran, tetapi mencakupi pengalaman – pengalaman yang didapati di luar institusi
formaliaitu sekolah.
Objektif segera yang harus dicapai dalam konteks pembangunan ummah seperti
kesatuan politik, etika dan pengurusan sosial yang mulia, penguasaan ilmu dan
teknologi,dan taraf ekonomi yang setanding dengan negara – negara maju.

Pengertian

Sufian Hussin ( 2002 ) juga menekankan tentang peri pentingnya pengetahuan dalam
menghadapi cabaran yang bersifat globalisasi, pada hari ini. Pembangunan ekonomi
berasaskan pendidikan dan pembangunan ICT di lihat mampu mempengaruhi pembangunan
sesebuah negara.

Dalam Rancangan Malaysia Ke Enam juga memberi keutamaan kepada tenaga kerja
yang berpendidikan. Tenaga kerja yang berpendidikan di lihat dapat memberi sumbangan
terhadap pembangunan negara, kerana tenaga kerja ini amat penting dalam menghasilkan
sesuatu produktiviti yang berkuantiti dan berkualiti.

Abu Bakar Nordin ( 2003 ) juga berpendapat pendidikan sebagai satu jentera dalam
menyediakan platform pekerjaan dalam pembangunan negara. Kamal Hassan ( 1988 ) pula
menekankan tentang peranan pendidikan serta pengalaman dalam mempengaruhi
pembangunan sesebuah masyarakat dan juga negara.

3
Rumusan

Melihat dari pandangan kedua – dua tokoh Islam dan Barat iaitu Imam Al Ghazali dan
Plato tentang konsep pendidikan, terdapat persamaan antara pendapat mereka. Mereka
berpendapat bahawa, pendidikan berperanan dalam melahirkan seta membentuk individu
atau seseorang yang bersifat mulia.

Tokoh – tokoh lain pula menjelaskan tentang konsep peranan pendidikan itu sendiri dari
pelbagai aspek. Mereka berpendapat pendidikan memainkan perana penting dalam
melahirkan tenaga kerja yang mahir dalam menjalankan prodiktiviti bagi pembangunan
sesebuah negara.

Mereka juga menjelaskan dalam buku mereka bahawa pendidikan membantu dalam
membangunkan teknologi tertentu di mana teknologi mampu menjadi pemangkin dalam
pembangunan sesebuah negara, selain menekankan ekonomi berasaskan pengetahuan bagi
memenuhi matlamat tersebut. Secara ringkasnya bolehlah dirumuskan bahawa kesemua
tokoh – tokoh di atas telah menjelaskan tentang peranan pendidikan itu sendiri dalam
mempengaruhi pembangunan sesebuah negara. Oleh yang demikian, tidak dapat tidak,
pendidikan memainkan peranan penting dalam pembangunan negara kita iaitu negara
Malaysia.

3.0 Isu

3.1 Pembangunan Pendidikan Melonggarkan Perpaduan

Memandangkan masyarakat di negara kita ini tergolong dari pelbagai golongan etnik,
latar belakang, bahasa, budaya dan agama yang berbeza dan ditambah dengan taburan
penduduk terutamanya penduduk bandar dengan luar bandar yang memperlihat pengasingan
etnik yang jelas, maka perlu ada usaha untuk menggalakkan interaksi antara etnik di negara
ini bagi memupuk persefahaman dan perpaduan dalam kalangan mereka.

Namun di dalam sistem pendidikan pada hari ini memperlihat pengasingan etnik
berlaku di setiap tahap perkembangan pendidikan di Malaysia. Di peringkat sekolah rendah

4
sebagai bukti, wujud beberapa sekolah rendah mengikut etnik atau bangsa, misalnya sekolah
kebangsaan (SK) untuk etnik Melayu, sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SJKC) untuk
etnik Cina dan sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) untuk etnik India.

Isu pengasingan etnik ini perlu dilihat dan dinilai secara serius oleh pihak berwajib
terutamanya kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia, (KPM) yang
bertanggungjawab dalam soal pendidikan di negara ini. Kewujudan beberapa jenis sekolah di
peringkat sekolah rendah lagi menyebabkan penerapan persefahaman dan perpaduan tidak
dapat dipupuk sejak dari awal lagi. Persefahaman dan perpaduan perlu dipupuk sejak awal
lagi memandangkan di negara ini mempunyai masyarakat yang berbilang kaum atau
masyarakat majmuk.

Isu ini sebenarnya telah menjadi bahan bualan oleh banyak pihak terutama
kementerian pelajaran, yang sering kali dilihat mengambil pelbagai inisiatif bagi memuaskan
kemahuan semua pihak terutama ibu bapa di negara ini. Pelbagai langkah dan pendekatan
diambil kerajaan dalam mengatasi isu atau masalah pengasingan etnik ini, misalnya
muwujudkan sekolah bestari dan sekolah wawasan. Namun harus diingat bahawa setiap
langkah mahupun pendekatan yang diambil oleh KPM , pasti tidak dapat lari dari cabaran
dan halangan yang tertentu yang bakal menuntut jalan penyelesaian yang berkesan.

3.1.1 Peringkat Pendidikan Sekolah Rendah

Di dalam pengenalan telah menyentuh tentang isu pengasingan etnik sejak pada
peringkat pendidikan rendah lagi. Pada peringkat ini, selain sekolah kebangsaan (SK) yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, terdapat juga sekolah rendah
vernakular, iaitu sekolah jenis kebangsaan Cina SJK( C ) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil
SJK( T ) yang menawarkan pendidikan bahsa ibunda kepada golongan etnik minoriti di
negara ini.

Walaupun SK merupakan sekolah aliran perdana yang diharapkan kerajaan menjadi


agen sosialisasi atau penghubung kepada penduduk berbilang kaum di negara ini, namun
secara amnya, SK telah menjadi sekolah rendah yang diikuti terutamanya oleh murid Melayu
(Tan Yao Sua, 2007). Hal ini menyebabkan SK dianggap oleh masyarakat umum di negara
ini sebagai sekolah Melayu. Bilangan pelajar bukan Melayu yang memasuki SK begitu

5
kurang. Hakikatnya, kira – kira 80 peratus hingga 90 peratus murid Cina belajar di SJK( C )
dan kira – kira 50 peratus murid India belajar di SJK( T ), (Young, 2003).

Berdasarkan pola enrolmen ini, Jasbir dab Mukherjee (1990) mendakwa sistem
pendidikan rendah di negara ini, mengajar dan mensosialisasiskan generasi muda daripada
umur 6 tahun sehingga 12 tahun di bawah bumbung yang memperlihatkan tiga persekitaran
yang berbeza kaum. Selain SK, SJK( C ), dan SJK( T ) terdapat juga sekolah rendah agama
negeri yang dikhususkan untuk pelajar beragama Islam. Banyak sekolah agama dibina oleh
kerajaan negeri menerusi jabatan agama. Sekolah agama ini dikenali sebagai sekolah agama
negeri (SAN). Sementara itu sekolah agama juga dibina oleh individu atau komuniti, dan
dikenali sebagai sekolah agama rakyat (SAR).

Kekurangan sekolah rendah bercampuran etnik di negara ini begitu ketara.


Kebanyakan sekolah ini merupakan sekolah rendah aliran Inggeris yang terletak di kawasan
bandar. Namun bilangan murid bukan Melayu memasuki sekolah ini semakin berkurangan,
berikutan pertukaran sekolah tersebut ke aliran Melayu pada tahun 1970-an. Ekoran dari
pertukaran tersebut, sekolah tersebut hilang tarikannya, terutama dalam kalangan ibu bapa
Cina. Sebaliknya SJK ( C ) yang terletak di kawasan bandar dengan kemudahan dan guru
yang baik serta peluang mempelajari 3 jenis bahasa, iaitu bahasa Cina, bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris menjadi pilihan utama mereka (Loh Kok Wah 1984).

3.1.2 Peringkat Pendidikan Sekolah Menengah

Di peringkat ini pula, walaupun pola pelajar tidak meunjukkan pegasingan etnik yang
begitu ketara seperti di peringkat sekolah rendah, masalah pengasingan etnik tetap wujud dan
tidak boleh di pandang ringan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Realitinya, terdapat 2
jenis sekolah menengah aliran kebangsaan di negara ini. Pertama SMK, yang merupakan
sekolah aliran perdana, dan yang kedua adalah SMJK yang merupakan bekas sekolah
menengah vernakular Cina yang bertukar kepada aliran kebangsaan pada tahun 1960-an.
SMJK masih dianggap oleh orang Cina sebagai sekolah Cina.

Pada hakikatnya, kebanyakan ibu bapa Cina di negara ini, lebih mengutamakan
SMJK daripada SMK ternama yang terletak di kawasan yang sama (Nanyang Siang Pau, 18
November 2006). Jika bukan kerana persaingan daripada SMJK yang kebanyakannya

6
terletak di kawasan bandar, jumlah pelajar bukan Melayu di SMK ini akan lebih meningkat.
Terdapat 78 buah SMJK di negara ini, dengan jumlah pelajar kira – kira 130, 000 orang
(Cheah See Kian, 2007). Hampir semua SMJK ini terdiri daripada pelajar Cina lepasan SJK
(C). Keadaan ini jelas menunjukkan wujudnya pengasingan etnik di peringkat sekolah
menengah.

Walau bagaimanapun, perlu ditegaskan bahawa pengasingan etnik di SMK campuran


tetap berlaku , terutama dari segi penglibatan pelajar dalam sesetengah aktiviti kokurikulum
(Tan Yao Sua, 2007). Misalnya, Persatuan Bahasa Cina dan Persatuan Bahasa Tamil rata –
ratanya dianggotai oleh ahli dari satu – satu kaum sahaja. Dalam sesetengah aktiviti
permainan pula, seperti bola sepak, bola takraw dan bola keranjang, pola penglibatan pelajar
mengikut kaum juga begitu ketara. Fenomena ini membuktikan berlakunya pengasingan
etnik turut berlaku di SMK campuran ini.

Selain SMK dan SMKJ terdapat beberapa aliran alternative pendidikan menengah
lain yang cuba memenuhi kepentingan etnik yang berbeza. Sebagai contoh, sekolah
menengah berasrama penuh (SBP), iaitu sekolah menengah sains dan Maktab Rendah Sains
MARA (MRSM) yang didirikan khas untukpelajar bumiputera. Walaupun sekolah berasrama
penuh ini turut menerima masuk pelajar bukan Melayu, namun bilangannya agak kecil, dan
oleh itu tidak dapat mengikis tanggapan umum bahawa ia ditubuhkan khas untuk pelajar
bumiputera. Justeru, jelas sekali mengapa pengasingan etnik masih berlaku di peringkat
sekolah menengah.

3.1.3 Peringkat Pendidikan Tinggi

Pada peringkat pendidikan tinggi, penggubalan dan pemindaan beberapa akta seperti
Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Akta Lembaga Akredetasi Negara 1996, Akta
Universiti dan Kolej Universiti (pindaan 1996) oleh kerajaan pada tahun 1996 telah
mendorong penubuhan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini (Tan Yao Sua
2010). Bilangan IPTS yang begitu banyak, telah menjadikan pendidikan tinggi swasta
sebagai satu aliran pendidikan tinggi alternatif kepada pendidikan awam yang sebelum ini
merupakan aliran pendidikan perdana negara ini.

7
Perkembangan pesat IPTS sejak pertengahan tahun 1990-an telah menawarkan
peluang pendidikan tinggi yang begitu banyak kepada pelajar di negara ini, ia telah
mewujudkan masalah pengasingan etnik yang merungsingkan kerana “lebih 90% pelajar
IPTS terdiri daripada pelajar bukan Melayu” (Lee, 1998). Terdapat 3 faktor utama yang
menyebabkan kurangnya pelajar Melayu di IPTS. Pertama, kebanyakan pelajar Melayu
berjaya memperoleh tempat di IPTA dan sebilangan besar mereka terdiri daripada pelajar
kolej matrikulasi. Kedua, pelajar Melayu terutamanya mereka yang berasal dari kawasan luar
bandar, lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris dan kelemahan ini menghalang mereka
daripada memasuki IPTS yang menggunakan bahasa pengantar Inggeris. Ketiga, kos
membiayai pendidikan di IPTS yang begitu tinggi.

3.2 Pembangunan pendidikan menyebabkan pembaziran sumber

Pelbagai dasar pendidikan telah dirancang dan dilaksanakan bertujuan memainkan


peranan penting kearah meningkatkan pembangunan Negara. Rentetan dari pelbagai dasar
yang direncanakan itu, maka wujudlah pelbagai sumber seperti LCD, computer dan alatan
teknologi yang lain bertujuan memperkukuhkan lagi dasar yang ingin dilaksanakan itu.
Sebagai contoh, dasar pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran subjek Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di semua sekolah diseluruh negara. Dari segi
pelaksanaan di sekolah, secara umumnya terdapat beberapa pencapaian positif. Antaranya
ialah keyakinan dan kesungguhan guru dalam melaksanakan perubahan. Dari segi profisiensi
bahasa Inggeris, terdapat peningkatan dalam kalangan guru dan murid. Guru-guru juga
semakin mahir mengintegrasikan bahan ICT dalam pengajaran termasuk bahan dari pelbagai
sumber luar darjah.

Bagi memastikan perlaksanaan PPSMI ini telus dan mengikut perangkaan awal,
maka pelbagai strategi awal dan rangkaan rentetan disusun, Pertama, pengurus dan pelaksana
di setiap peringkat perlu mengenal pasti punca utama kelemahan. Dengan ini tindakan yang
khusus dapat dirancang untuk menyelesaikan kelemahan tersebut. Kedua, perlu
mengelakkan dari mengadakan program baru bagi mengurangkan risiko pertambahan beban

8
tugas dan pertindihan program di sekolah. Sebaliknya usaha dibuat untuk memantapkan
pelaksanaan program yang sedia ada.

Ketiga, guru dan murid perlu diberikan ruang untuk membiasakan dengan perubahan,
tetapi tidak boleh ditinggalkan bersendirian tanpa bimbingan dan sokongan. Bantuan perlu
diberikan kepada guru dan murid apabila diperlukan. Keempat ialah memberi tanggungjawab
sepenuhnya (ownership) kepada sekolah dalam menentukan pencapaian serta kemajuan
sekolah masing-masing. Dengan ini sekolah diberikan tanggungjawab sepenuhnya untuk
merancang serta mengambil tindakan sewajarnya. Kaedah ini boleh memberi lebih impak
kerana pihak sekolah lebih mengenali aspek yang perlu dimantapkan serta dapat merancang
dan melaksanakan tindakan yang lebih bersifat spesifik.

Tugas melaksanakan pengajaran di bilik darjah sememangnya menjadi


tanggungjawab guru mata pelajaran. Guru juga perlu meningkatkan keupayaan dan amalan
pengajaran mereka untuk terus meningkatkan pencapaian murid. Namun begitu ia menjadi
tanggungjawabsemua pihak khususnya Pengurus Sekolah untuk memastikan proses ini
berlaku dengan berkesan, serta pencapaian guru dan murid terus meningkat.

Oleh itu, Pengurus Sekolah selaku pemimpin instruksional perlu menjadikan


pembelajaran murid terutamanya keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah sebagai fokus utama. Mereka perlu memastikan pelaksanaan setiap program akademik
di sekolah berjalan lancar dan mencapai sasaran yang ditetapkan. Dari segi pelaksanaan
PPSMI, pengurus dan warga sekolah berdepan dengan suasana kerja yang baru. Pengurus
sekolah perlu memahami kehendak perubahan, merangka strategi pelaksanaan berpandukan
garis panduan yang diberikan, serta menggerakkan guru dan pihak-pihak berkaitan dalam
melaksanakan perubahan tersebut. Cabaran pengurus ialah memastikan kelancaran serta
keberkesanan dasar baru tersebut. Beberapa kompetensi dan amalan yang relevan dengan
PPSMI turut dicadangkan untuk rujukan pengurus dan guru menghadapi cabaran yang belum
pernah dihadapi.

Namun begitu dapatan pemantauan juga menunjukkan wujud beberapa kelemahan,


keadaan sekolah dan penerimaan pelajar mengenai dasar ini membuktikan terdapat
pembaziran sumber yang akan berlaku. Sumber yang dimaksudkan bukanlah berunsurkan

9
wang semata, tetapi ia meliputi aspek teknologi serta infrastruktur yang terdapat di sekolah.
Pelbagai tahap pelaksanaan, serta pencapaian dan kemajuan yang berbeza antara sekolah.
Beberapa kelemahan ini telah dijangkakan terutamanya dalam di peringkat awal pelaksanaan.
Seperti mana-mana perubahan atau reformasi, kemorosotan dari segi pencapaian dan
produktiviti akan berlaku semasa tempoh transisi. Bagaimanapun tindakan perlu dibuat bagi
membaki kelemahan serta mengelakkan fenomena ini berlanjutan. Oleh itu, beberapa
tindakan penambahbaikan dilaksanakan oleh KPM dan JPN ke arah memantapkan
pelaksanaan PPSMI di sekolah.

Pelaksanaan dasar PPSMI disemua sekolah secara serentak diseluruh Negara


memaksa kerajaan memperuntukkan sejumlah wang yang besar bertujuan penyediaan alat
bantuan mengajar berbentuk computer (ABMBK). Pembaziran sumber dapat di buktikan
apabila sesuatu teknologi itu mengalami usia usangnya. Apabila penyediaan alatan teknologi
dari kerajaan yang berbentuk computer, LCD dan sebagainya mencapai tahap usang, maka
penambahbaikkan atau susut nilai perlu dibuat. Tiada Peruntukkan kewangan khas oleh
kerajaan kepada pihak sekolah bagi membaik pulih alatan teknologi tersebut. Ia
menyebabkan pihak sekolah terpaksa menaikkan harga yuran PIBG bagi menampung kos
susut nilai barangan tersebut. Seandainya, penambah baikkan alatan teknologi itu tidak di
laksanakan, maka perkakas-perkakas teknologi itu akan luput dan musnah dimamah hari.

3.3 Pendidikan Lebih Banyak Meningkatkan Masalah Sosial

Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota


masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan
struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Pada lazimnya,
masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah hanya berkisar di sekitar kenakalan mereka
merosakkan harta benda awam, ponteng sekolah, merokok, melepak dan seumpamanya.
Mereka semakin berani melakukan pelbagai perbuatan yang bercanggah dengan norma
masyarakat dan undang-undang negara.

Masalah sosial dikaitkan dengan pendidikan yang semakin lama semakin membangun
dan maju namun membawa kesan yang kurang baik kepada pelajar. Salah satu dasar yang

10
diperkenalkan oleh kerajaan ialah dasar “ 1 murid 1 sukan “. Dasar ini diperkenalkan oleh
kerajaan untuk melahirkan insan yang cerdas dan cergas bagi memperkukuhkan
pembangunan sukan.

Dasar ini mewajibkan semua murid harus terlibat dalam aktiviti sukan dan markah
10 - 15 peratus dikira dalam kurikulum dan salah satu syarat kepada pelajar yang ingin
melayakkan diri untuk menyambung pengajian di Institut Pendidikan Tinggi ( IPT ) turut
diambil kira. Melalui dasar ini menggalakkan pelajar menjadi seperti agresif kerana mereka
lebih mementingkan sukan daripada akademik. Masalah sosial yang sering dilakukan seperti
ponteng, merokok,melawan guru dan pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan tanpa
batasan.

Aktiviti sukan merupakan sesuatu bidang yang baik untuk pelajar bukan sahaja dapat
meningkatkan stamina tetapi pelajar juga dapat melepaskan bebanan kerja di sekolah.
Namun, pelajar menjadi lebih seronok untuk bergiat aktif dalam sukan sehingga tidak mahu
tumpukan dalam bidang akademik dan ada juga pelajar sanggup melawan guru kerana guru
tidak izinkan pelajar terbabit untuk bergiat terlalu aktif dalam sukan. Sikap itu dianggap tidak
bermoral dan tidak menepati matlamat yang diinginkan oleh dasar ini.

Selain itu, terdapat dasar lain yang dilakukan oleh kerajaan namun memberi impak
negatif kepada pelajar dengan peningkatan masalah sosialyang semakin meruncing. Melalui
dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan mungkin memberi impak yg positif namun di zaman
era yang semakin maju ini menjadikan pelajar lebih agresif daripada yang dahulu.

Dasar yang lain menyebabkan berlakunya masalah sosial ialah “Dasar dan Penunjuk
Pelaksanaan Kokurikulum di Sekolah”. Dasar ini merupakan dasar utama iaitu kegiatan
kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum kebangsaan yang menekankan aspek
jasmani,rohani,emosi dan mental. Matlamat dasar ini ialah pelajar wajib untuk melibatkan
diri dalam kokurikulum yang dibahagikan kepada 3 iaitu kelab dan persatuan, unit
beruniform, dan sukan dan permainan. Sekolah mewujudkan peluang kepada murid-murid
mengembangkan bakat dan potensi diri masing-masing dalam bidang-bidang kokurikulum
yang mereka minati ke peringkat yang lebih tinggi sehinggalah ke peringkat antarabangsa.

11
Wujudnya dasar ini memberi peluang kepada pelajar untuk memilih bidang yang
mereka suka supaya minat mereka itu dapat diperkembangkan ke peringkat lebih tinggi.
Walaupun dasar ini memberi kebebasan pelajar untuk memilih namun ini membawa musibah
kepada guru. Contoh yang kita dapat lihat dalam kelab dan persatuan taekwando atau silat
merupakan seni mempertahankan diri yang amat baek untuk pelajar. Namun, jika diteliti
melalui kelab ini juga menjadikan pelajar lebih agresif seperti mempunyai kumpulan sendiri
seperti kumpulan samseng, memeras ugut pelajar lain,dan membuli pelajar lemah dengan
kebolehan yang dimiliki. Hal ini tidak boleh dipandang ringan dan salah satu punca berlaku
pergaduhan kerana pelajar terbabit mempunyai asas dalam seni mempertahankan diri.

Sikap pelajar mudah berubah apabila mereka sudah minat kepada sesuatu dan
perubahan itu berlaku bergantung kepada minat mereka itu ke arah kebaikan atau keburukan.
Namun,dasar yang ada mendatangkan kebaikan bagi sesetengah perkara dan perlu diteliti
dengan masalah sosial yang semakin meruncing dan boleh mendatangkan masalah pada
Negara akan datang kerana pelajar-pelajar ini yang akan menjadi pemangkin kepada Negara
pada masa hadapan.

3.4 Pendidikan Merupakan Pusat Perniagaan:

Sistem pendidikan negara mengalami perubahan yang sungguh pesat.Umumnya


perubahan itu dibuat secara terancang, namun ada kalanya ia dibuat seolah-olah mendadak
menyebabkan para pelajar, pendidik dan orang ramai terkejut dan berasa bimbang. Lantaran
pesatnya perubahan itu berlaku, maka sistem pendidikan pernah dihuraikan sebagai berada di
persimpangan jalan;antara yang lama dengan yang moden. Beberapa ungkapan baru
digunakan untuk menggambarkan perkembangan yang berlaku itu, dikatakan perkembangan
pendidikan hari ini adalah berasaskan pencapaian,pengurusannya adalah bercorakkan budaya
korporat, kawalannya adalah mementingkann kawalan mutu menyeluruh dan bermacam-
macam lagi. Namun, dalam kita sibuk mengejar pembangunan di dalam pendidikan, tidak
kita sedar bahawa akan timbul isu-isu berbangkit yang mana bakal mempengaruhi masa
depan pendidikan negara kita.

12
3.4.1 Sekolah Kluster:

Pelaksanaan Kluster Kecemerlangan  Institusi Pendidikan adalah satu fokus dalam


Teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu melonjakkan Kecemerlangan
Institusi Pendidikan sebagai usaha menyemarakkan kecemerlangan institusi pendidikan ke
arah memupuk pelajar minda kelas pertama. Hasrat ini adalah bertepatan dengan idea yang
telah disuarakan oleh YB Menteri Pelajaran Malaysia pada 3 April 2006 semasa Persidangan
Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah di Langkawi. Selaras dengan Wawasan 2020 dan Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP 2006-2010),Kementerian Pelajaran cuba
merealisasikan cabaran serta teras yang ada di dalam dasar-dasar berkenaan dengan
mewujudkan sekolah kluster.

Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) ialah sekolah-sekolah yang cemerlang dalam


kelompoknya berasaskan aspek akademik, kokurikulum, sahsiah, pengurusan sekolah,
budaya, hubungan dengan pihak luar, pembangunan modal insan  dan sumber. Sekolah ini
juga mempunyai kebitaraan  (niche areas) yang dapat menyerlahkan watak sekolah.
Berdasarkan elemen di atas, sekolah ini berupaya membangunkan modal insan cemerlang
minda kelas pertama yang dapat bersaing pada peringkat global seterusnya menjadi show
case di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 

Antara tujuan pewujudan sekolah kluster kecemerlangan ini ialah untuk


membangunkan modal insan cemerlang minda kelas pertama, melonjakkan kecemerlangan
sekolah menerusi lonjakan saujana dalam aspek modal insan dan kepimpinan, mengangkat
sekolah yang boleh dijadikan role model dalam kelompok yang sana dan membantu sekolah
lain di luar kelompok serta dijadikan contoh di peringkat antarabangsa dan mengembangkan
sepenuhnya potensi institusi pendidikan sehingga membolehkan pengetua,guru dan pelajar
mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.Objektif pewujudan sekolah kluster
ini dapat dilihat memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu “melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”.

13
Peruntukan yang begitu besar telah diluluskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri pada ketika itu yang mana telah  meluluskan peruntukan berjumlah RM 30 juta
(Ringgit Malaysia Tiga Puluh Juta) untuk 60 buah Sekolah Kluster dalam pembentangan
Bajet Tahun 2008 pada 7 September 2007. Bahagian Kewangan juga telah meluluskan
peruntukan bagi penyelenggaraan sebanyak RM 200,000 bagi setiap 30 Sekolah dalam
Mesyuarat Peruntukan Khas Sekolah Kluster Tahun 2008 bertarikh 17 Mac 2008 yang
jumlah keseluruhannya ialah RM 6 juta. Disamping itu, Bahagian Kewangan turut
menyediakan peruntukan sejumlah RM 5,890,000.00 untuk penyelenggaraan tandas bagi 60
buah sekolah kluster.

IV.1 Cabaran
4.1 Ditalu dengan identity masing-masing

Usaha untuk menghapuskan pengasingan etnik adalah satu cabaran besar yang perlu
dipikul oleh kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ). Di negara yang
mempunyai masyarakat majmuk, usaha tersebut mungkin akan menjadi lebih berat dan
membebankan. Hal ini kerana, segala usaha yang bakal diambil dan dilakukan perlu
memuaskan kehendak semua etnik dan bangsa di negara ini. Pengasingan etnik dalam sistem
pendidikan negara ini berpunca daripada dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk
mengurangkan jurang perbezaan sosioekonomi antara orang Melayu dengan orang bukan
Melayu terutama orang Cina. Punca berlakunya jurang perbezaan ini boleh disusur galur
kepada dasar pecah perintah yang diamalkan oleh penjajah Inggeris.

Dasar yang dilaksanakan kerajaan sudah tentu menimbulkan ketidakpuashatian


sesetengah etnik atau kaum di negara ini dan bakal menimbulkan isu yang semakin sulit
untuk diselesaikan. Pada hakikatnya, memang tidak dapat dielakkan bahawa tindakan
alternatif yang memihak kepada sesuatu kumpulan akan menyebabkan kumpulan atau etnik
lain menganggap dirinya didiskriminasi oleh langkah tersebut ( Bullivant, 1992 ).

Realitinya, kewujudan aliran alternatif di samping aliran perdana telah memberikan


pelbagai pilihan aliran persekolahan kepada pelajar di negara ini. Malangnya, pola enrolmen
pelajar dalam aliran alternatif ini memperlihat pengasingan etnik yang begitu jelas. Antara

14
aliran alternatif ini, sistem pendidikan vernakular rendah sering didakwa sesetengah sarjana
Melayu sebagai punca polarisasi perkauman di negara ini ( Sia Keng Yek, 2005 ).

Ketidakpuashatian pelbagai pihak menjadi 1 cabaran besar kepada kerajaan dalam


menjalankan dasar – dasar pendidikan yang melibatkan kepentingan pelbagai etnik dan
bangsa di negara ini. Cabaran lebih besar terpaksa ditanggung KPM untuk memastikan
perjalanan dan pelaksanaan dasar yang diambil mencapai matlamat yang ditetapkan dan
yang paling penting, mampu memuaskan hati semua etnik supaya tidak ada sebarang
tanggapan bahawa diskriminasi kaum berlaku dalam pelaksanaan dasar dan sistem yang
dilaksanakan di negara ini. Seperti yang ditegaskan oleh Chai Hon-Chan ( 1971 ), penasingan
etnik dalam pendidikan memperkukuh prasangka, ancaman dan permusuhan etnik

4.2 Tenaga pengajar tidak memanfaatkan BBM yang sedia ada

Terdapat pelbagai kaedah atau teknik pengajaran yang boleh merangsang


minat pelajar untuk menguasai sesuatu kemahiran. Guru seharusnya memikirkan
pelbagai kaedah atau strategi pengajaran dan pembelajaran, agar kelemahan
belajar oleh pelajar ini dapat diatasi. Oleh yang demikian, satu daripada kaedah
yang ingin diterapkan dalam kalangan pelajar-pelajar ialah pengajaran dan
pembelajaran yang menggunakan bahan bantu mengajar iaitu penggunaan
perisian komputer yang dibangunkan sendiri iaitu ‘Powerpoint’ dan ‘Excel’ serta
penggunaan LCD. Namun begitu, tenaga pengajar atau guru itu sendiri tidak memanfaatkan
BBM yang sedia ada menjadi cabaran utama seterusnya merungkai isu pembaziran sumber.

Punca utama guru tidak memanfaatkan BBM yang sedia ada ialah kurang mahir dalam
mengendalikan peralatan teknologi seperti LCD dan sebagainya. Komputer dan LCD hanya
menyusahkan dan sebenarnya tidak memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Tambahan
lagi pemasangan awal peralatan teknologi itu memakan masa yang lama, ini mengukuhkan
lagi pendapat guru-guru mengenai penggunaan LCD dan computer amat menyusahkan dan
membazir masa.

15
Selain itu, Penggunaan serta penguasaan bahasa Inggeris guru perlu terus ditingkatkan
supaya guru-guru dapat menyampai menggunakan bahasa yang betul, jelas dan berkesan.
Untuk itu guru-guru PPSMI telah diberikan Kursus Bahasa Inggeris (ETeMS) serta beberapa
bentuk bahan bahasa Inggeris dan program sokongan. Namun begitu, pergantungan guru
semata-mata kepada Kursus ETeMS yang diberikan secara one-off boleh menjejaskan usaha
untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Inisiatif ini perlu disokong melalui usaha
guru secara kendiri terutamanya dengan membiasa menggunakan bahasa Ingggeris.

Bagaimanapun, guru tidak harus dibiarkan bersendirian tanpa bimbingan penyeliaan dan
penguatkuasaan. Peranan Pengurus Sekolah ialah memastikan guru menggunakan bahasa
Inggeris dalam pengajaran, membuat persediaan awal sebelum sesi pengajaran serta
membanyakkan pendedahan kepada bahan-bahan dalam bahasa Inggeris. Di samping itu
beberapa inisiatif yang digerakkan oleh Pengurus Sekolah boleh membantu guru
meningkatkan penguasaan dan penggunaan bahasa Inggeris. Antaranya ialah, kursus bahasa
Inggeris secara on-site (dengan manafaatkan BISP) sesi profesional meningkatkan
kemahiran penyampaian, membudaya penggunaan bahasa Inggeris di sekolah mengamalkan
team teaching pelaksanaan Sistem Bimbingan Taulan.

Untuk merancang serta melaksanaan mana-mana inisaitif tersebut, perbincangan perlu


dibuat di peringkat Jawatan Kuasa (JK) Kurikulum atau JK PPSMI sekolah yang
dipengerusikan oleh Pengetua atau Guru Besar. Walaupun tugas pelaksanaan dan tindakan
diagihkan kepada guru atau panitia mata pelajaran, peranan Pengurus Sekolah yang
seterusnya adalah lebih kritikal untuk memastikan pelan tindakan dilaksana sepenuhnya dan
dengan berkesan. Tindakan pengurus sekolah ialah,menjalankan pencerapan pengajaran dan
pembelajaran, meninjau perkembangan bahasa Inggeris guru, menjalankan pemantauan,
penyeliaan dan penilaian program.

4.3 Setiap Pelajar Mempunyai Minat Yang Berlainan

Sekolah merupakan cabang ilmu kepada pelajar untuk mendidik mereka menjadi
seseorang yang mempunyai ilmu serta modal insan yang seimbang. Jika sekolah dijadikan
sebagai tempat masalah sosial berlaku akan menjejaskan lagi imej sekolah yang dahulunya

16
banyak melahirkan pelajar-pelajar yang Berjaya. Begitu juga dalam melaksanakan sesuatu
dasar perlu ada cabaran yang perlu dihadapi terutama apabila melibatkan masalah sosial di
kalangan pelajar yang turut dijadikan salah satu alasan pendidikan menyebabkan masalah
sosial meningkat.

Cabaran yang perlu dihadapi apabila melaksanakan dasar “ 1 murid 1 sukan “ iaitu
mereka tidak mempunyai minat yang sama dalam sukan. Sesetengah pelajar lebih suka
terlibat dalam kokurikulum atau bidang akademik kerana itu merupakan minat mereka. Jika
kita mewajibkan semua pelajar terlibat maka pelajar-pelajar ini akan memberontak kerana
mereka boleh membuat pilihan tanpa perlu dipaksa untuk memilih.

Setiap pelajar mempunyai minat pada sesuatu bidang yang berbeza. Ada setengah
pelajar yang suka dan aktif pada bidang sukan tetapi kurang dalam akademik dan ada juga
pelajar yang aktif dalam akademik dan kokurikulum tetapi kurang dalam bidang sukan.
Pelajar mempunyai pilihan masing-masing dan jika pelajar terlalu didedahkan pada sukan
mungkin akan berlaku masalah sosial seperti merokok dan memonteng kelas dengan
mengikuti latihan sukan semasa waktu pembelajaran dan ini akan menyebabkan pelajar akan
tercicir.

Dasar ini merupakan satu bonus kepada pelajar yang aktif sukan kerana bagi mereka
ini peluang yang baik untuk mereka menonjolkan diri di khalayak. Namun, kita sedia
maklum bahawa pelajar yang aktif sukan pasti akan timbulkan masalah di dalam sekolah
dengan melanggar disiplin sekolah serta etika moral yang patut ada dalam diri semua orang.
Moral itu penting namun jika pelajar itu tidak dipupuk dan dibentuk dengan baik akan
memberi kesan yang mendalam terutama dalam bidang pendidikan.

4.3.1 Pelajar Menyalahguna Kelebihan Yang Ada Pada Diri

Dasar yang diperkenalkan kerajaan sudah lama dilaksanakan namun masalah sosial
masih tidak dapat dibendung malah semakin meningkat. Apabila diteliti ada sesetengah
aktiviti melibatkan sukan atau kokurikulum merupakan aktiviti yang boleh dikaitkan dengan
masalah sosial. Masalah sosial yang pada awalnya dianggap kecil namun menjadi impak
yang besar apabila seorang demi seorang mula terjebak.

17
Kelebihan yang dimiliki seperti mempunyai nama yang kuat di sekolah kerana
kecemerlangannya terlibat dalam sukan atau kokurikulum akan membuatkan seseorang itu
mula melakukan masalah sosial seperti mempunyai kumpulan yang digeruni oleh pelajar-
pelajar lain, membuli dan memeras ugut kepada pelajar bawahan dan mula terjebak dengan
ponteng. Pelajar-pelajar ini telah menyalahgunakan kelebihan yang mereka miliki untuk
kepentingan sendiri. Pelajar ini bertindak sebegitu apabila mereka mempunyai banyak
kemahiran yang diajar dalam kokurikulum atau sukan sehingga mereka mampu untuk
bertindak agresif sehingga ada sesetengah pelajar berani melawan atau memukul guru dan ini
merupakan masalah sosial yang perlu ditangani.

Aktiviti kokurikulum seperti seni mempertahankan diri merupakan sesuatu aktiviti


yang baik untuk pelajar namun disalahguna sehingga berlaku pergaduhan daripada yang kecil
kepada yang besar sehingga menggunaka benda keras untuk melawan. Ini merupakan
masalah yang amat serius kerana ini melibatkan nyawa pelajar lain yang dalam bahaya. Oleh
itu,dasar yang diwujudkan memberi impak yang baik kepada pelajar namun jika tidak
dipupuk dengan cara yang sempurna serta tiada pengawalan yang baik akan menjejaskan
matlamat dasar itu.

4.4 Teknologi usang

Namun pelaburan yang begitu besar ini ada risikonya yang perlu diambil kira oleh pihak
kerajaan. Seperti yang kita sedia maklum, peruntukan yang dibekalkan oleh kerajaan kepada
pihak sekolah kluster ini akan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dengan melengkapkan
infrastruktur sekolah dengan kelengkapan pembelajaran yang canggih dan berkualiti seperti
komputer,alat bantu mengajar dan lain-lain lagi.

Namun pernahkah terlintas di renungan bahawa infrastruktur ini mempunyai tempoh


luputnya? Peralatan komputer yang berkualiti juga pasti akan mengalami tempoh luput yang
mana memerlukan sistem penyelenggaraan yang juga berkualiti.Apakah pihak sekolah
sentiasa diberi peruntukkan berjuta-juta ringgit oleh pihak kerajaan bagi membolehkan
infrastruktur ini di selenggara? Tidak mustahil jika ada segelintir pihak pembekal yang

18
berlumba-lumba untuk mendapatkan tender membekalkan alatan pembelajaran di sekolah-
sekolah kluster.

Namun dikhuatiri pihak pembekal ini tidak menitik beratkan soal kualiti alatan tersebut
dan hanya mementingkan pulangan yang bakal diterima dari pihak sekolah. Bukankah ini
akan menjejaskan standard alatan yang bakal digunakan oleh pelajar sekolah kluster?
Berkemungkinan ibu bapa terpaksa menghulur yuran lebih bagi menampung kekurangan
kewangan yang dialami oleh pihak sekolah dengan berlandaskan demi pembelajaran anak-
anak mereka. Lebih-lebih lagi pada masa yang sama, rata-rata para ibu bapa terpaksa
menyediakan perbelanjaan untuk pakaian sekolah, buku-buku dan peralatan lain untuk
keperluan anak-anak mereka mengikuti pelajaran dalam kelas. Dianggarkan secara purata
setiap ibu bapa perlu memperuntukkan tidak kurang RM300 untuk menyediakan keperluan
lengkap bagi seorang anak mereka yang bersekolah dan bertambah mengikut tahap.
Seharusnya sekolah kluster diwujudkan bagi meningkatkan lagi taraf pendidikan di
Malaysia,namun tidak beerti mereka harus menggadaikan segala yang ada demi mengejar
kemajuan dalam pendidikan.

Selain itu,kemahiran mengendalikan alatan canggih ini seharusnya disedari pihak


kerajaan bahawa tidak semua tenaga pengajar memilikinya. Ini menyulitkan proses
pembelajaran yang sepatutnya menjadi lebih mudah dan cepat kepada guru dan para
pelajar.Sekiranya pihak sekolah ingin mengambil inisiatif dengan mengadakan kursus
kemahiran kepada tenaga pengajar yang kurang berkemahiran,bukankah ini akan melibatkan
kos kewangan yang lebih tinggi kepada sekolah kluster? Guru-guru juga terpaksa
menampung kos perbelanjaan bagi menghadiri kursus tersebut lantaran terpaksa mengejar
arus kemajuan dalam pendidikan.

5.0 Pendekatan
5.1 Penubuhan Sekolah Integrasi

Pendekatan atau langkah kerajaan dalam menyelesaikan isu – isu pengasingan etnik
dalam sistem pendidikan di negara ini dapat dilihat melalui usaha penubuhan sekolah
integrasi pada peringkat sekolah rendah yang dilaksanakan pada tahun 1980-an. Penubuhan

19
sekolah integrasi ini diumumkan oleh menteri peljaran pada masa itu, Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi, pada 5 Ogos 1985. Di bawah rancangan ini, SK, SJK( C ), SJK( T ) yang
terletak berdekatan atau di kawasan sama digabung untuk dijadikan sekolah integrasi. Pada
peringkat awal, kerajaan bercadang menubuhkan 18 buah sekolah integrasi sebagai sekolah
perintis ( Lim Fong Seng, 1987 )

Namun usaha kerajaan untuk menubuhkan sekolah integrasi tidak disambut baik oleh
pendidik Cina. Mereka khuatir penubuhan sekolah integrasi akan mengubah ciri SJK( C )
( Li Yun Xi, 1987 ). Biarpun komuniti India secara amnya tidak membantah usaha kerajaan
menubuhkan sekolah integrasi, namun memandangkan usaha tersebut ditentang oleh
pendidik Cina, maka ia tidak mendatangkan hasil yang diharapkan oleh kerajaan.

Pada tahun 1990-an pula, kerajaan melancarkan 1 lagi usaha untuk mengintegrasikan
pelajar sekolah rendah di negara ini, iaitu sekolah wawasan. Walaupun penubuhan sekolah
wawasan didasari oleh konsep yang agak sama dengan sekolah integrasi, iaitu
menggabungjalinkan tiga jenis sekolah rendah disatu tapak yang sama, namun di bawah
konsep sekolah wawasan, sekolah yang terlibat ditadbir secara berasinagn tanpa kehilanagn
identity sekolah asal. Walaupun sekolah wawasan dapat memberikan peluang kepadapelajar
pelbagai kaum untuk berinteraksi dan berkongsi pengalaman demi memupuk persefahaman
dan toleransi dalam kalangan generasi muda di negara ini ( Ramasamy, 2004 ). Namun
hakikatnya, interaksi etnik menerusi sekolah wawasan hanya terhad kepada aktiviti luar bilik
darjah. Pelajar tetap belajar di bawah bumbung yang berlainan yang memperlihatkan
pengasingan etnik yang begitu jelas.

Biarpun pelbagai langkah di ambil oleh kerajaan untuk menangani masalah


pengasingan etnik, namun langkah tersebut rata – rata ditolak oleh pendidik Cina.
Sebaliknya, mereka lebih menyokong Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP)
yang menggalakkan interaksi etnik menerusi penglibatan bersama dalam aktiviti diluar bilik
darjah tanpa melibatkan penggabungan sekolah. Kini, rancangan ini merangkumi tiga
komponen, iaitu akademik, kokurikulum dan sukan serta e- integrasi dan pelaksanaanya
membabitkan enam bidang (Pendidik, Julai 2007).

20
5.2 Merancang dan melaksana secara berpasukan dan melalui kolaborasi

Untuk menggerak dan membuat penambahbaikan mana-mana dasar atau program


baru yang diperkenalkan oleh KPM (termasuk PPSMI) masih memerlukan perancangan rapi
diperingkat sekolah. Perancangan strategi pelaksanaan PPSMI ini tidak boleh dibuat oleh
pengurus sekolah secara bersendirian. Walaupun ia berkaitan secara langsung dengan
pelaksanaan pengajaran sains dan matematik, tugas ini masih tidak boleh diserahkan
(delegation) sepenuhnya kepada Bidang Sains Matematik, panitia mata pelajaran atau guru.

Perancangan dan pelaksanaan perlu dibuat secara berpasukan kerana ia melibatkan


pelbagai elemen yang boleh mempengaruhi pelaksanaan. Seperti disebutkan oleh Osborne
(1998); ‘even scientists rarely work alone, behind every discovery is a team and
collaboration’. Dalam hal ini, Jawatan Kuasa Kurikulum berperanan untuk merangka hala
tuju, strategi dan pelan tindakan, melaksana, memantau, menilai dan membuat
penambahbaikan dalam aspek pelaksanaan kurikulum, manakala Jawatan Kuasa PPSMI
perlu merancang dan menguruskan tindakan khusus untuk pelaksanaan PPSMI di sekolah.

Bagi memastikan kedua-dua Jawatan Kuasa ini wujud dan berfungsi dengan
berkesan dalam memantapkan program akademik di sekolah, pengurus sekolah perlu
memastikan bahawa kedua-dua Jawatan Kuasa ini dipengerusikan oleh Pengetua/Guru
Besar. Keanggotaan JK PPSMI adalah menyeluruh meliputi panitia Sains, Matematik,
bahasa Inggeris, Pusat Sumber dan ICT mesyuarat JK diadakan tetap dan secara berkala
perbincangan berfokus kepada meningkatkan keberkesanan pengajaran keputusan mesyuarat
didokumentasi untuk rujukan, pemantauan dan penguatkuasaan. Setiap keputusan mesyuarat
difahami guru dan dilaksanaka.

Seterusnya, Menyediakan dan Melaksanakan Pelan Tindakan Keberkesanan sekolah


membuat perubahan dan penambahbaikan kepada program akademik di sekolah boleh
dinilai berpandu kepada perancangan dan pelaksanaan pelan tindakan sekolah. Berasaskan
pemantauan PPSMI, sebahagian besar sekolah didapati telah menyediakan pelan tindakan
masing-masing. Namun begitu terdapat beberapa aspek yang perlu dimantapkan dalam
pelan tindakan sekolah untuk memastikan ianya berfungsisebagai dokumen rujukan utama.
Aspek pertama, memberi penekanan terhadap faktor dan tindakan bagi memantapkan

21
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Ini termasuk aspek profesional guru, pedagogi,
keperluan bahan sokongan, pengurusan program, penggunaan bahan sumber luar dan
infrastruktur.

Kedua, aktiviti yang dirancang perlu bersifat menyeluruh untuk setiap peringkat
dengan tidak memberi fokus hanya kepada kelas peperiksaan. Pemulihan serta peningkatan
prestasi murid hendaklah dimulakan di peringkat lebih awal darjah tanpa menunggu tahun
peperiksaan atau program khas. Dan aspek ketiga pula, kelemahan atau kekangan yang sedia
ada dalam pelaksanaan kurikulum dikenalpasti secara berterusan. Seterusnya tindakan
penyelesaian dirangka untuk mengatasi setiap kelemahan tersebut

Keempat, melaksanakan sesi peningkatan profesional untuk guru dari masa ke semasa
bagi membolehkan guru mengikuti perkembangan ilmu sains, teknologi dan
pedagogi.Aspek-aspek pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan boleh dikenalpasti
melalui pencerapan pengajaran serta maklum balas daripada guru. Aspek kelima
menerangkan matlamat dan sasaran dalam pelan tindakan hendaklah dinyatakan dengan
jelas, boleh di capai (realistik) dan dinilai. Sasaran ini perlu dijadikan sebagai akujanji
untuk pelaksana. Fungsi dan kandungan pelan tindakan tersebut perlu jelas dan boleh
difahami oleh setiap guru. Oleh kerana ia perlu diterjemah dan diaplikasikan apabila
bermula sesi persekolahan, maka perancangan pelan tindakan hendaklah dibuat lebih awal.

5.3 Menekankan Subjek Kerohanian

Pendekatan yang cuba diketengahkan bukan untuk membubarkan dasar yang sedia
ada tetapi membaikpulih apa yang patut ada dalam membentuk modal insan pelajar.
Pendekatan yang dipilih ini berdasarkan matlamat setiap dasar iaitu ingin membentuk pelajar
yang berilmu dalam aspek jasmani, rohani, emosi dan mental. Tiga aspek ini memainkan
peranan penting dalam membentuk pelajar yang berilmu, berpengetahuan dan bermoral.

Pelajar perlu didedahkan subjek kerohanian seperti pendidikan Islam dan pendidikan
Moral dalam membentuk insaniah pelajar. Selama ini subjek ini tidak ditekankan pun
walaupun banyak masalah sosial berlaku namun apa yang ditekankan tidak kepada insaniah

22
pelajar. Dalam membentuk rohani diri pelajar perlu adanya keseimbangan antara jasmani dan
rohani. Kebanyakan dalam aspek sukan atau kokurikulum banyak menekankan aspek
jasmani dan kurang penekanan pada rohani.

Subjek pendidikan Islam dan Moral dipandang ringan oleh sesetengah pihak yang
menganggap subjek ini sebagai subjek teras bukan subjek wajib lulus. Subjek pendidikan
Islam untuk pelajar islam dan subjek pendidikan Moral untuk pelajar bukan islam merupakan
subjek yang tidak digemari oleh mana-mana pelajar dan perlu ada penekanan untuk menarik
minat mereka kepada subjek itu. Seperti dasar lain juga subjek ini perlu dilakukan sebagai
subjek wajib untuk pelajar lulus dan syarat untuk menyambung pelajaran di IPT.

Melalui subjek ini pelajar didedahkan mengenai nilai-nilai murni yang perlu ada pada
diri seseorang seperti kejujuran, hormat-menghormati dan sebagainya yang menekankan ciri-
ciri keperibadian yang baik. Subjek ini perlu ditekankan dalam membentuk insaniah pelajar
dan jika ditekankan aspek jasmani namun rohani pelajar itu kurang tidak dapat menjamin
masa depan pelajar terbabit kerana mungkin kalau pelajar itu berubah hanya dalam jangka
masa yang pendek dan selepas tamat sekolah pelajar terbabit akan melakukan aktiviti
lamanya seperti melepak dan melakukan perkara yang tidak berfaedah.

5.3.1 Kerjasama Daripada Media Massa

Seperti pendekatan yang lain juga peranan media massa merupaka salah satu
alternatif terbaik dalam menyelesaikan sesuatu masalah kerana apabila Negara semakin maju
maka alternatif dalam membentuk insaniah pelajar adalah melalui media massa. Media massa
bukan sahaja media eletronik tetapi berkaitan media media cetak juga kerana masyarakat
terutama pelajar mudah terpengaruh dengan media massa terutama melibatkan eletronik.

Media massa perlu berganding bahu dengan pihak sekolah ( pendidikan ) dalam
menjalankan sesuatu pogram yang melibatkan pengaruh yang besar kepada pelajar. Ini
adalah salah satu pendekatan yang cuba diterapkan untuk membentuk pelajar yang baik dari
segi jasmani, rohani, emosi dan mental. Penekanan harus diberikan kepada mereka kerana
melalui media massa pelajar lebih tertarik kerana media eletronik pandai menarik pelajar
untuk mengikuti pogram yang ditawarkan oleh sekolah dan pogram ini pasti akan mendapat
sambutan oleh pelajar.

23
Mungkin pada awalnya pogram yang ingin dilakukan tidak mendapat sambutan yang
baik oleh pelajar namun jika pogram ini dijalankan dengan baik mungkin pogram ini akna
Berjaya seperti yang diharapkan oleh kerajaan. Kerajaan tidak boleh memandang ringan
kepada kebolehan media massa kerana perubahan pada Negara yang maju menjadikan media
massa merupakan ejen penyampai yang boleh dipercayai oleh orang ramai terutama pelajar
yang mudah tertarik dengan benda-benda baru.

Oleh itu, matlamat dan objektif Negara pada Wawasan 2020 akan Berjaya jika
pelajar-pelajar ini diberi peluang dalam membuat pilihan yang terbaik untuk diri mereka.
Seseorang tidak akan Berjaya jika tiada pertolongan daripada orang sekeliling. Semua pihak
memainkan peranan yang penting dalam membentuk individu yang Berjaya serta berakhlak
mulia seperti yang sering diberitahu oleh kerajaan mengenai matlamat mereka.

5.4 Kaedah pengawasan dan pemerhatian

Terdapat beberapa pendekatan yang boleh ditekankan dalam membendung isu yang
jarang terlintas di fikiran ini antaranya ialah dengan melantik badan khas yang berperanan
memerhati dan mengawasi perjalanan keluar masuk kewangan bagi setiap sekolah kluster.
Tidak keterlaluan jika badan ini dianggap sebagai mata-mata pihak kerajaan agar amanah dan
tanggungjawab yang diserahkan kepada pihak sekolah dijalankan secara telus dan jujur.
Badan khas ini juga seharusnya diberi kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana
pihak yang cuba untuk menyeleweng dana atau bantuan kerajaan atau pihak yang cuba
mengambil kesempatan mendapatkan komisen dengan menjual tender pembekalan alatan
pembelajaran di sekolah kluster.

Pihak sekolah juga harus berusaha mencari inisiatif lain dalam menampung kos
penyelenggaraan alatan pembelajaran di sekolah selain dari menaikkan kadar yuran
tambahan.Pendekatan ini mampu mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung
segelintir ibu bapa yang tidak berkemampuan. Namun pihak Kementerian Pelajaran juga
tidak harus berpeluk tubuh sahaja. Dalam merealisasikan Dasar Globalisasi Pendidikan,
kerjasama dari pihak kerajaan amatlah diperlukan supaya pihak sekolah tidak merasa mereka
tidak dipedulikan.

24
Pendekatan yang seterusnya ialah dengan melahirkan budaya organisasi yang
cemerlang di sekolah. Isu-isu disiplin dan masalah moral dan akhlak di kalangan warga
organisasi pendidikan seharusnya ditangani secara tegas dan bijaksana. Nilai-nilai murni iaitu
nilai teras dan kembangan hendaklah disemaikan dan dibajai supaya
ia subur menjiwai setiap warga organisasi. Kesibukan dengan projek-projek
pembangunan pendidikan seharusnya tidak menjadi alasan untuk lari dari tanggungjawab ini.
Kesedaran pihak-pihak berwajib amatlah penting dalam merealisasikan penghasilan modal
insan cemerlang kelas pertama.

25
6.0 Kesimpulan

Berdasarkan isu-isu pendidikan yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa setiap
usaha yang diambi luntuk mencapai sasaran yang ditetapkan dalam pendidikan ternyata
mempunyai banyak cabaran. Cabaran ini boleh dilihat dari segi pelajar, guru, pihak pentadbir
sekolah, pejabat pendidikan, jabatan pelajaran negeri dan pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Kejayaan sesuatu sistem yang dijalankan bukan sahaja bergantung kepada pelaksanaan
yang telah difikirkan dengan teliti, tetapi juga bergantung kepada penyelarasan dan
pengawasan setiap sistem dengan baik. Antara perkara-perkara yang perlu diberi
pertimbangan semasa memikirkan semula tumpuan sesebuah sistem pendidikan ialah apa
yang mendorong dan menghalang perubahan; pencapaian dan kekurangan dan kesan-kesan
sampingan. Semua ini harus dilihat dari aspek-aspek teminologi dan wacana, aktiviti dan
amalan, dan perhubungan sosial dan bentuk organisasi. Sudut penentangan dan
institutionalisasi juga harus diambil kira dalam melaksanakan sesebuah sistem pendidikan.

Intihanya, setiap sistem yang telah dan akan dilancarkan oleh pihak kerajaan mempunyai
kebaikan dan kelemahannya tersendiri. Pihak kerajaan seharusnya menjalankan kajian
sedalam-dalamnya,mengkaji kesan baik dan buruk sebelum melaksanakan sesuatu dasar atau
sistem pendidikan. Ini bukan sahaja bagi memastikan kelancaran pelaksanaan sistem malah
untuk merealisasikan objektif yang cuba dicapai oleh pihak kerajaan.

26
7.0 Bibliografi

Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. Falsafah Pendidikan dan Kokurikulum, 2003,
Quantum Books.

Sufian Hussin. Dasar Pendidikan Progresif, Perspektif Makro dan Mikro. 2002. Kuala
Lumpur, Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd.

Dasar Pembangunan Malaysia, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). 1994. Lans
Resources Sdn Bhd.

Prof Dr.Mohd Kamal Hassan. Pendidikan dan Pembangunan, Satu Perspektif Bersepadu,.
1988. Kuala Lumpur, Nurin Enterprise.

Isu Bahasa, Etnik dan Pembinaan Negara Bangsa dalam Sistem Pendidikan, Penerbit
USM, 2010, Tan Yao Sua.

Robiah Sidin. Pemikiran Dalam Pendidikan. 1998. Selangor Darul Ehsan, Fajar Bakti
Sdn. Bhd.

27

Anda mungkin juga menyukai