Anda di halaman 1dari 4

Bahagian A Pemahaman Petikan (20%)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan
menggunakan perkataan anda sendiri.

Bagi sesiapa yang pernah mendengar lagu ‘ To Know Malaysia Is To Love Malaysia’, nyanyian
Allahyarham Sudirman Haji Arshad, pasti dapat menghayati keindahan dan keunikan negara kita. Rasa
cinta akan Malaysia juga timbul disebabkan negara kita dikurniakan keindahan dan keajaiban alam
flora dan fauna yang dapat menawan hati sesiapa yang melihatnya. Keunikan inilah yang turut
menambat hati para pelancong bukan sahaja dari dalam negara malah dari seluruh polosok dunia.
Malaysia telah mencatat rekod kedatangan pelancong sebanyak 9,438,592 orang bagi lima bulan
pertama tahun 2012.

Sebut sahaja keutamaan tempat pelancongan, pasti pegawai pelancongan dapat


menyenaraikan pilihan destinasi yang boleh dituju. Bagi mereka yang mencintai keindahan pulau,
Pulau Redang, Pulau Langkawi, Pulau Tioman, dan Pulau Sipadan merupakan antara pulau yang akan
disebut-sebut. Bagi mereka yang ingin bersantai-santai dan berjemur di tepi pantai sambil menikmati
kebiruan laut, Pantai Cherating, Pantai Teluk Cempaka, Pantai Cahaya Bulan, dan Pantai Tanjung Aru
merupakan antara pantai yang dikagumi pelancong.

Bagi mereka yang lebih menghargai bangunan lama atau tinggalan-tinggalan bersejarah,
Melaka Bandaraya Bersejarah akan berada dalam senarai teratas. Untuk mereka yang berjiwa seni,
Kelantan dan Terengganu ialah destinasi pencinta kraf tangan seperti anyaman tikar, wau, barangan
tembikar, ukiran kayu, seni khat dan banyak lagi. Persembahan wayang kulit, gasing, ataupun tarian
kebudayaan di Kampung Budaya Sarawak turut memukau para pelancong yang ingin menikmati
hiburan kebudayaan.

Seterusnya, mereka yang berstamina dan bersemangat kental untuk menawan kemuncak
gunung, tempat yang pasti didaki ialah Gunung Kinabalu dan Gunung Tahan. Taman Tema Genting,
Taman Tema Legoland, Taman Tema Air Sunway Lagoon dan banyak lagi, menjadi tempat pelancong
bercuti bersama dengan keluarga sambil melepaskan tekanan. Bagi kaki beli-belah, segala-galanya
ada di Mid Valley, The Pavillion, Mahkota Parade, Berjaya Times Square, Pusat Beli-belah Suria Kuala
Lumpur City Center (KLCC) dan banyak lagi yang tidak tersenarai. Pelancong yang ingin membeli
barangan unik dan murah pula boleh mendapatkannya di Jalan Petaling, Jalan Masjid Jamek, Jalan
Tunku Abdul Rahman, dan Jalan Masjid India.

Seiring dengan arus peredaran zaman, terdapat banyak tempat pelancongan yang bukan
sahaja menawarkan tempat penginapan, pengangkutan, dan makanan malah menawarkan pelbagai
aktiviti yang menjadikan percutian para pelancong lebih bermakna dan menarik. Antaranya ialah
aktiviti menyelam, berkayak, terjun bungee, flying fox, luncur air, menaiki bot pisang, dan berjalan di
dasar laut.
Selain menambah aktiviti yang baharu di tempat pelancongan, salah satu kaedah yang semakin
ditekankan dalam usaha memajukan industri pelancongan di Negara kita adalah melalui program
Homestay atau Inap Desa yang berkonsepkan rumah orang awam yang menyediakan ruang atau bilik
untuk disewakan kepada pelancong. Di sesetengah kawasan pelancongan, terutamanya kawasan yang
agak terpencil, biasanya tiada perkhidmatan hotel, chalet, atau resort. Dengan adanya konsep inap
desa ini, para pelancong bukan sahaja tidak menghadapi masalah penginapan bahkan juga dapat
merasai kehidupan rutin penduduk di situ sendiri. Konsep inap desa ini juga mendapat sambutan baik
daripada para pelancong yang kurang berminat dengan bangunan pencakar langit atau kesibukan
kota.

Jika kita membuka mata dan hati kepada keunikan tempat-tempat pelancongan di Malaysia,
kita akan mendapati bahawa sebenarnya tidak ada keperluan untuk mengembara dan menjelajah
negara lain untuk bercuti. Sesungguhnya, jika melancong di dalam negara, kita bukan sahaja dapat
menjimatkan kos perbelanjaan malah turut menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara dari
segi pengaliran wang serta peluang pekerjaan.

1. Berikan maksud rangkai kata senarai teratas berdasarkan petikan tersebut. (2%)

2. Apakah keistimewaan lagu ‘ To Know Malaysia Is To Love Malaysia’ yang dinyanyikan oleh
Allahyarham Sudirman Haji Arshad? (2%)

3. Nyatakan antara aktiviti baharu yang diperkenalkan di sesetengah tempat pelancongan.


(7%)

4. Mengapakah konsep inap desa dapat dikembangkan?


(5%)

5. Sekiranya anda ialah seorang pegawai dalam Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Pelancongan, apakah langkah yang akan anda ambil untuk memajukan industri pelancongan di
negara kita?
(4%)
Bahagian B Morfologi dan Sintaksis (20%)

Soalan 1 Pelbagai jenis ayat (10%)

Nyatakan jenis-jenis ayat di bawah. Anda tidak perlu menyalin soalan.

Ayat Penyata Ayat Perintah Ayat Seruan Ayat Tanya


1. Lelaki yang berbaju merah itu siapa?
2. Sekawan burung bangau terbang menuju ke arah utara.
3. Aduhai, kasihannya budak lelaki yang terlibat dalam kemalangan ngeri itu!
4. Tolong balik ke rumah masing-masing.
5. Bilakah rancangan televisyen kegemaran saya akan disiarkan?

Soalan 2 Analisis Ayat (10%)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian, letakkan imbuhan yang tepat pada perkataan yang
bergaris. Anda tidak perlu menyalin ayat semula.

“Ibu! Ibu! Bangun bu! Maafkan Min, bu…” Lamin ___(1) raung___ nama ibunya sambil
memerhatikan doctor dan jururawat menolak ibunya masuk ke bilik ___(2) bedah___. Apabila pintu
bilik pembedahan tertutup rapat, Lamin terus terduduk di kerusi sandar. Lamin terasa seluruh
badannya tidak ___(3) maya__.

“Ibu, __(4) maaf___ Min. Min dah insaf. Min dah insaf, bu.” __(5)Dengar__ suara Lamin yang
masih sebak walaupun dia hanya ___(6) cakap__ dengan diri sendiri.

Lamin mengesat air matanya lalu __(7) pandang__ kea rah jendela. Lamin mengimbas kembali
peristiwa dia ___(8) tekak__ dengan ibunya.

“Min, jangan kau jual benda terkutuk tu! Kalau tak, ibu akan mati di depan kau!” Kata-kata
tegas ibunya masih nyaring bergetar dalam gegendang telinganya.

Semuanya bermula setelah Lamin berkawan dengan Tahrim yang telah __(9) buang__ sekolah
kerana rekod buruk disiplinnya. Pada mulanya, Lamin tidak sekumpulan dengan Tahrim. Namun,
Lamin mula termakan kata-kata Tahrim yang __(10) janji__ satu jalan yang dapat mengubah kedaifan
hidupnya.

Anda mungkin juga menyukai