Anda di halaman 1dari 4

5 cara kekalkan positif

Di sini saya akan kongsikan 5 tips atau cara untuk mengekalkan momentum
untuk terus positif dalam kehidupan dan 5 kelebihan apabila kekal positif.

a) Bersyukur.
 Perkataan yang selalu didengari tetapi ianya membawa maksud yang
sangat bermakna kepada kita. Tidak kira apapun yang berlaku dalam
hidup, keluarga, kerjaya mahupun bisnes kena selalu rasa bersyukur
dengan nikmat yang kita peroleh dan terima setiap hari.
 Amalkan setiap pagi, ambil masa selama 5 minit selepas bangun tidur
untuk mensyukuri segala nikmat yang kita dapat, bersyukur masih
diberikan kesempatan untuk berjuang dan melakukan perubahan ke arah
yang lebih baik, mensyukuri segala kurniaan rezeki dabpelbagai lagi
untuk menzahirkan rasa syukur. Pesanan ringkas, bangun sahaja
daripada tidur jangan dulu ambil telefon atau buat benda lain.

b) Bersabar
 Rasa sabar ini perlu diterapkan dan dipupuk dalam diri agar konsisten
dalam berfikiran positif. Dengan rasa sabar yang kuat di dalam diri, apa
pun ujian atau cabaran yang mendatang kita akan jadi lebih kuat untuk
menghadapinya dan dapat mengekalkan positif.

c) Memaafkan
 Satu ungkapan yang mudah diucap tapi melakukan dengan seikhlas hati
itu susah. Ajarlah diri kita untuk memaafkan orang yang berada di
sekeliling kita dengan seikhlas hati. Iya hal ini memang sukar namun
hasilnya yang bakal kamu dapat luar dari apa yang dibayangkan.

 Jika kita berkeras hati untuk tidak memaafkan orang walaupun


kesalahannya itu berat untuk dilupakan, akan timbul satu titik hitam dalam
hati. Titik hitam ini umpama aura negatif dan amatlah susah untuk kita
menarik aura positif kekal masuk ke dalam diri kita. Jadi, ajari dan
paksalah diri untuk memaafkan.

d) Bergaul dengan orang-orang positif.


 Bila mana diri kita masuk dalam kelompok atau “circle” orang yang
berfikiran positif ini, sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk kekalkan
momentum berfikiran positif. Kita dapat lihat daripada cara mereka berfikir,
cara mereka bergaul malah daripada cara mereka berkomunikasi.
 Apabila kita berada dalam kelompok ini, secara automatik kita akan
terbiasa dan terdidik untuk terus kekal positif.

e) Bercakap yang baik-baik.


 Dari segi percakapan harian juga perlu dijaga dengan bercakap perkara
yang baik-baik, cara percakapan yang berhemah untuk kita terus
kekalkan momentum berfikiran positif dan aura positif dalam diri
bertambah kuat.
 Bila mana kita amalkan untuk berfikiran positif selalu, secara automatik
rezeki dari segi kesihatan, pendapatan bahkan kehidupan jadi lebih
tenang.
5 kelebihan kekalkan positif

1. Mengatasi stress atau tekanan


~ Berfikiran positif dapat membantu mengatasi stress atau tekanan dan
mengabaikan pemikiran negatif dengan menggantikan pemikiran pesimis
kepada optimis.
2. Menjadi lebih sihat
~ Kesihatan tubuh badan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Bahkan,
pemikiran kita secara langsung mempengaruhi tubuh badan dan bagaimana
ianya berfungsi.
3. Boleh mengambil keputusan yang betul
~ Dengan berfikiran positif ini, setiap keputusan yang diambil akan lebih tepat
kerana anda dalam keadaan waras dan ianya dapat mencegah daripada
memilih keputusan yang merugikan anda.
4. Memliki banyak kawan
~ Kebiasaannya orang yang berfikiran positif ini memliki ramai kawan kerana
mereka mudah didekati dan memahami rakan-rakannya yang lain.
5. Hidup lebih bahagia
~ Percaya pada diri sendiri dan bahagia menjadi diri sendiri dengan memiliki
semangat berfikiran positif, hidup akan selalu bahagia dan ketenangan dapat
dirasai.

Apa yang boleh dikaitkan dalam pembimbing rakan sebaya ( PRS )


 Sebagai seorang ahli pembimbing rakan sebaya, kita perlulah kekal
positif dalam pelbagai aspek untuk membimbing dan menarik rakan
sebaya agar turut berfikiran positif dan melakukan perubahan ke
arah yang lebih baik.
 Jika diri sendiri pun tidak dapat untuk mengekalkan positif di dalam
diri bagaimana pula kita mahu menolong rakan sebaya untuk turut
berfikiran positif kan?.
 Dengan kekalkan positif ini juga kita dapat menerapkan sifat-sifat
mahmudah ke dalam diri sendiri dan orang sekeliling.
RUJUKAN.
1) https://www.azizanosman.com/5-kelebihan-bersikap-positif/
2) https://daimixmedia.com/5-cara-untuk-kekal-positif/

Anda mungkin juga menyukai