Anda di halaman 1dari 2

Di dalam bab pertama yang bertajuk, Peradaban Islam Di Antara Peradaban Masa

Silam, penulis menekankan tentang peradaban dunia saat Islam datang. Sebelum Islam
datang, berbagai jenis peradaban telah disaksikan dunia. Di dalam buku ini, penulis telah
menghuraikan watak dan karakter peradaban-peradaban seperti Yunani, India, Persia,
Romawi, Arab sebelum Islam dan Teori umum tentang alam semesta sebelum Islam. Penulis
menyimpulkan bahawa bumi sebelum kedatangan Islam sangat membutuhkan sentuhan
cahaya Isla. Abu Hasan An-Nadawi mengatakan tiada umat yang mampu memberi warna dan
mampu berdiri di atas dasar-dasar akhlak dan kemuliaan sebelum diutusnya Rasulullah.
Keadaan waktu sebelum Islam datang banyak kerosakkan dari setiap sisi kehidupan, politik,
ekonomi, masyarakat dan agama. Penulis juga menyatakan bahawa manusia zaman sebelum
peradaban Islam menyembah batu-batu, matahari, bulan dan api.

Seterusnya, penulis juga menjelaskan tentang dasar dasar petunjuk peradaban Islam
yang dapat menghilangkan kegelapan malam yang menyelimuti umat manusia sebelum
kedatangan Islam. Kedatangan Islam telah menyinari seluruh alam semesta kehidupan yang
menyentuh pemikiran, politik, syariat, masyarakat dan ekonomi dunia kearah yang lebih baik.
Petunjuk-petunjuk yang dirujuk terdapat tiga iaitu yang pertama ialah Al-Quran dan Sunnah,
yang kedua iaitu penduduk Islam dan yang ketiga iaitu pembuka kepada pihak lain. Dasar
petunjuk dapat memberi manfaat kepada peradaban yang dapat membuka akal seseorang
Muslim.

Bukan itu sahaja, penulis juga menyatakan karakteristik peradaban Islam di dalam Bab
1 ini. Setiap peradaban mempunyai ciri dan karakteristik tersendiri yang berbeda di antara
satu sama lain. Contohnya, penulis menyatakan tentang peradaban Yunani yang terkenal
dengan penggunaan akal dan pelbagai lagi peradaban. Karakteristik peradaban Islam
mempunyai keunggulan tersendiri yang terbahagi kepada empat pembahasan iaitu
universalitas, tauhid, seimbang dan moderat dan yang terakhir iaitu akhlak. Penulis juga
menyatakan bahawa Allah telah memberikan kemuliaan kepada setiap manusia secara sama
rata. Kemuliaan yang Allah cipta adalah dikhususkan Allah kepada setiap manusia secara
berbeza.

Secara konklusi untuk Bab 1, peradaban Islam adalah selaras dengan karakter abadi dan
terus menerus dari dasar dasar Islam yang lurus. Jika kondisi keadaan peradaban Islam
berubah, peradaban Islam mampu untuk mengadaptasi sesuai dengan perubahan sesuatu
situasi tanpa membuang dasar dasar yang penting di dalam peradaban Islam secara asas dan
umum.

Anda mungkin juga menyukai