Anda di halaman 1dari 2

MINGGU 11

Matapelajaran : Pendidikan seni visual


Topik/Bidang : Menggambar
Tarikh : 17/08/2021
Masa : 60 minit (1 jam)
Kelas : 4 Meranti
Objektif : a) Akhir pembelajaran murid dapat menghasilkan gambar pemandangan
Aktiviti : 1. Murid membaca dan fahami nota yang di bawah
2. Murid menjawab soalan yang diberi

NOTA
DEFINISI MENGGAMBAR

•Adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata.
•Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata.
•Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek
•Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik.
•Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi
•Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek

ALAT , MEDIA DAN TEKNIK

Murid minat menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur, warna dan berbagai saiz.
Lain-lain kertas seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah dll.
Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau basah semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-
kerja menggambar.

TUJUAN MENGGAMBAR

• Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis


dan membuat gambar
• Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid
• Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berbantukan komputer.

Antara contoh lukisan mengggambar


Aktiviti :1

Arahan: Lukiskan gambar daun-daun pada pokok di bawah supaya menjadi satu lukisan yang lengkap
Murid juga boleh menambahbaik gambar lukisan dengan gambar-gambar yang sesuai

Anda mungkin juga menyukai