Anda di halaman 1dari 12

Buku Poket 1

Pemimpin Nusa Yang Dinantikan


ANWAR IBRAHIM
TENTANG ANWAR IBRAHIM, CERITA
PERSAHABATAN & KISAH KEBANGKITAN ISLAM
TENTANG ANWAR IBRAHIM, CERITA
Buku Poket 1 PERSAHABATAN & KISAH KEBANGKITAN ISLAM

R
akan-rakan di universiti tempatan, di maktab per-
guruan, di seberang laut, malah di asrama-asrama
sekolah akan mengesahkan kisah gerakan Islam,
fenomena kebangkitan Islam adalah cerita persa-
habatan, pengalaman keakraban yang memungkin-
kan tercetusnya suatu perubahan.

Persahabatan dalam usia muda, bertenaga, bercita-ci-


ta dan beraspirasi mulia ingin meraihkan idealisme.
Persahabatan yang merentasi benua, membina hubu-
ngan, persaudaraan, melebarkan rangkaian yang
menghasilkan suatu nahdah, suatu kesedaran Islam
yang dipelopori anak-anak muda, kebanyakannya ma-
hasiswa yang berani menjelajah, tekun berkarya, cekal
aktivisme, menerokai pembaharuan, islah dan tajdid.

2 PEMIMPIN NUSA YANG DINANTIKAN: ANWAR IBRAHIM


TENTANG ANWAR IBRAHIM, CERITA
PERSAHABATAN & KISAH KEBANGKITAN ISLAM Buku Poket 1

Persahabatan yang menghasilkan pergerakan tersusun,


berorganisasi yang ampuh dn mampu membawa trans-
formasi bersejarah, merubah budaya dan pemikiran
umat. Persahabatan yang membawa kepada kese-
daran merata, keyakinan beragama, hasrat agar lebih
beragama sehingga mempengaruhi politik dan urustad-
bir negara. Perubahan dan kesedaran yang menggem-
belengkan umat menuntut penyelesaian Islam.

Pelajar-pelajar berkumpul, berusrah di PJ, di Kg Baru,


di Jalan Pantai Baru sehinggalah pelajar-pelajar yang
berkunjung, berusrah di Bangi di rumah Ustaz Dr Abdul
Halim el Muhammady serta merata pelusuk. Semuanya
dirangkaikan dan dieratkan melalui suatu idealisme per-
juangan, kesatuan wehdah, fikrah dan pautan hati-hati.

Pelajar-pelajar antarabangsa samada di Dundee,


di Manchester, di London, di Kahirah, di Madinah, di
Bloomington, di Carbondale akan berhimpun, bersan-
tai, bersembang hingga larut malam bersentang mata
hingga solat subuh, membincang, membahas, mencari
penyelesaian bagi setiap permasalahan umat, yang
memang sarat hambatannya, tekad agar apabila kem-
bali ke negara asal nanti akan sambung usaha dakwah
dan islah.

Sedih, menyayatkan dan gusar apabila diceritakan


nasib umat di merata dunia waktu itu. Kisah pemu-
da-pemuda ditahan di Damsyik semata-mata kera-

PEMIMPIN NUSA YANG DINANTIKAN: ANWAR IBRAHIM 3


TENTANG ANWAR IBRAHIM, CERITA
Buku Poket 1 PERSAHABATAN & KISAH KEBANGKITAN ISLAM

na berjanggut. Sisters di Syria direntap hijab mereka


oleh askar-askar regim Hafez Assad. Pemuda-pemuda
bawah 40 tahun ditangkap beramai-ramai di Libya oleh
regim Gaddafi hanya kerana mereka hadir solat subuh
berjemaah. Pelajar-pelajar Iraq terpaksa melilit kafiyeh
melitupi muka apabila ke masjid atau hadir program
Campus Muslim Students Society di UK kerana waspada
pengintip-pengintip regim Baath Saddam. Semua ini
terjadi pada zaman transformasi sosial hebat di mana
berlaku cetusan ledakan idea-idea dan peristiwa-peristi-
wa berbetulan serta bertindan dengan aktivisme maha-
siswa, kebangkitan agama dan pergolakan politik.

Sisi kemanusiaan penting dalam setiap perbahasan


peradaban. Persahabatan yang tulus dan bersandar-
kan kepada persaudaraan serta rahmah kemanusiaan.
Itulah sebab ramai tokoh-tokoh Islam, alim ulama’ besar
serta komuniti Islam sangat bersimpati, menyokong dan
mendoakan gerakan kebangkitan umat ini dan para
pimpinannya.

Persahabatan demi kebangkitan Islam dan cita-cita


Islamiyyah, demi tajdid, menegakkan kebenaran dan
keadilan, didasari iman, keikhlasan, kasih sayang bukan
kepura-puraan, bukan untuk tujuan-tujuan kepentin-
gan tersembunyi, bukan bagi merekayasa komplot dan
rancangan jahat. Bukan dengan perasaan kibr, ujub,
takabbur, riya’. Persahabatan atas dasar thiqah, trust,
saling mempercayai yang berupaya menangani perbe-

4 PEMIMPIN NUSA YANG DINANTIKAN: ANWAR IBRAHIM


TENTANG ANWAR IBRAHIM, CERITA
PERSAHABATAN & KISAH KEBANGKITAN ISLAM Buku Poket 1

daan, menjauhi pengkhianatan. Sudah tentu ada mak-


na dan ertinya pengikut mengelilingi dan mengenali
Rasulullah dinamakan sahabah.

Persahabatanlah yang menjamin, melestari sokongan


moral dan material, dana-dana yang sangat diperlu-
kan bagi program-program dakwah dan kemanusiaan.
Juga tidak kurang pentingnya, dokongan kerohanian,
titipan doa’ dan tulus ingatan sahabat-sahabat seper-
juangan dalam perjalanan menempuh dunia fana ini
agar sentiasa berada di bawah naungan dan rahmat
Allah swt, agar teguh dan tabah berjuang di atas jalan-
Nya.

Konflik politik, pertembungan kepentingan, ketidak-

PEMIMPIN NUSA YANG DINANTIKAN: ANWAR IBRAHIM 5


TENTANG ANWAR IBRAHIM, CERITA
Buku Poket 1 PERSAHABATAN & KISAH KEBANGKITAN ISLAM

serasian personaliti tidak harus menjejaskan hubungan


persahabatan. Ini semua tidak patut membawa kepada
pengkhianatan, penindasan dan tindakan kekejaman.
Sisi kemanusiaan itu, sisi personal dan emosional berpan-
dukan pedoman akan membebaskan diri-diri daripada
terperangkap jerat-jerat perlawanan kuasa, pertembun-
gan ego dan pertandingan mengejar habuan fana.

Dalam gerakan Islam, sosok yang dikenali dan mempun-


yai kelebihan karisma adalah Anwar Ibrahim kerana kel-
ebaran jaringan persahabatannya yang unik, akrab dan
lingkaran jejak kenalannya boleh dikesan di tanah air
serta di serata dunia. Jalinan persahabatan yang meren-
tasi jurang kaum dan kabilah, agama serta geografi.

Semua terkesan dengan jalinan persabahatan Anwar


Ibrahim sejak dia menjadi aktivis remaja, pelajar dan be-
lia bersama rakan-rakan FOSIS, IIFSO, MSA, ISNA, WAMY,
IIIT dan kemudiannya Pertubuhan Kesatuan Ulama Se-
dunia, bersama dalam suatu rangkaian persahabatan
seangkatan yang dapat bersatu hati, pemikiran dan tin-
dakan. Nama-nama mereka AbdulHamid AbuSulayman,
Hisham Talib, Ahmad Totonji, Jamal Barzanji, Jamal Bad-
awi, Kurshid Ahmad, Rashid Ghanoushi, Erbakan, Yusuf
Nada, Osman Makki, Taha Jabir Alalwani, Hasan Turabi,
Ebrahim Moosa dan banyak lagi nama-nama yang wa-
jar dikenali oleh umat dari seantero dunia.

Kesatuan yang bukan mudah direalisasikan dan kehad-

6 PEMIMPIN NUSA YANG DINANTIKAN: ANWAR IBRAHIM


TENTANG ANWAR IBRAHIM, CERITA
PERSAHABATAN & KISAH KEBANGKITAN ISLAM Buku Poket 1

iran mereka merupakan suatu rahmat kepada umat


bahawa telah berlaku pada masa itu satu kesatuan hati,
fikir dan amal di peringkat global diusahakan dan dig-
erakkan oleh pemuda-pemudi beridealisme Islam pada
waktu itu.

Gerakan yang berjaya menongkah arus nasionalisme


sempit, sekularisme, sosialisme dan liberalisme yang se-
dang mendominasi umat dan dunia pada ketika itu.

Angkatan persahabatan inilah yg berjasa menyumbang


kepada kebangkitan Islam alami pada era itu. Angka-
tan persahabatan yang berupaya meleraikan pelbagai
bibit-bibit perbedaan geografik dan merentasi mazhab
bagi mengutamakan matlamat pemerataan kefaha-

PEMIMPIN NUSA YANG DINANTIKAN: ANWAR IBRAHIM 7


TENTANG ANWAR IBRAHIM, CERITA
Buku Poket 1 PERSAHABATAN & KISAH KEBANGKITAN ISLAM

man Islam, Islamisasi dan maslahat umat bukan seperti


sekarang dengan kehadiran kumpulan-kumpulan yang

dapat diperkotak katik berupakan pelbagai aliran aktivis


Islam yang saling berantakan tanpa tujuan memperti-
kaikan setiap perkara furu’ dan sering memperbesarkan
polemik yang tidak perlu diperbesarkan. Bukan juga
macam gerakan islah, Kaum Muda tahun 20’an idealis
yang dikenang sebagai mereka yang cenderung tim-
bulkan kontroversi perkara ranting. Sebaliknya, kebang-
kitan era ini digalas oleh gerakan ummatik.

Angkatan yang mendampingi para ilmuwan, alim ula-


ma dan sarjana, menadah ilmu dan pengalaman, den-
gan penuh tawaduk, merendahkan diri, cukup rajin be-

8 PEMIMPIN NUSA YANG DINANTIKAN: ANWAR IBRAHIM


TENTANG ANWAR IBRAHIM, CERITA
PERSAHABATAN & KISAH KEBANGKITAN ISLAM Buku Poket 1

lajar di depan kaki-kaki ‘ulama, pengarang, sarjana dan


cendekiawan dari seluruh dunia. Mereka menziarahi Al
Mawdudi, Al Nadwi, Fathi Yakan, Al Faruqi, Al Attas, Pak
Natsir, Muhammad al Ghazali, Al Qaradawi, Al Tilmisani
dan para ulama’ serta pemikir terkenal. Angkatan yang
tekun menelaah buku-buku, kitab-kitab, menjelajahi pus-
taka dan menghadam pemikiran dan idea besar, lazat
berbahas dan berwacana sesama mereka.

Mereka tidak berhenti mengunjungi pemimpin-pemimpin


negara, tokoh-tokoh, mengutus surat, meraih dokongan,
melebarkan jaringan kenalan, mengumpul sokongan ser-
ta memujuk dan merayu, menggubal memorandum dan
deraf petisyen bagi tuntutan-tuntutan pembela umat
serta menganjurkan gagasan-gagasan kebangkitan.
Persahabatan ini juga merentasi sempadan agama dan
dengan semangat dialog berusaha bagi merapatkan
persefahaman komuniti Non-Muslim antarabangsa, civil
society dan mendapat penerimaan tokoh-tokoh akade-
mik Non Muslim yang bersikap lebih terbuka.

Cerita dan iktibar persahabatan ini patut mengatasi bu-


ruk sangka politik partisan. Namun persahabatan diuji
juga apabila suasana berubah dan kepentingan diri
dirasai terancam. Itulah mehnah kilauan harta, pangkat
dan kuasa. Ada yang kecundang kerana tidak sanggup
melepaskan posisi dan jawatan tinggi. Ada yang menye-
but seakan-akan menyesali hadir usrah bersama dahulu
kerana bimbang dilabel.

PEMIMPIN NUSA YANG DINANTIKAN: ANWAR IBRAHIM 9


TENTANG ANWAR IBRAHIM, CERITA
Buku Poket 1 PERSAHABATAN & KISAH KEBANGKITAN ISLAM

Ada yang masih berkata mereka bersama gerakan dan


idealismenya tetapi berusaha menggunakan posisi mere-
ka untuk melenyapkan, memadamkan, menghakis kesan
tokoh-tokoh gerakan, membendung kesedaran pelajar
kampus, berusaha sedaya upaya tidak mahu dikaitkan
padahal semua yang memerhatikan hanya melihat suatu
kesipuan gelagat manusia yang tidak tahu erti malu. Ada
yang lebih jauh tersungkur sehingga sanggup berkomplot,
mengkhianati, menzalimi sahabat termasuk menfitnah,
menuduh palsu dan memenjarakan. Ada yang merasa
lega dan bergembira apabila dapat menjatuhkan saba-
hatnya tanpa rasa bersalah atau dosa, seolah-olah ber-
mati-matian mahu memadam sejarah hubungannya.

Itulah malangnya apabila kekuatan karisma dan per-


sahabatan inilah yang cuba dieksploit penguasa poli-
tik secara songsang – ‘reverse psychosis’ dan dengan
kaedah yang amat jelek bagi menjatuhkan pula karakter
tokoh-tokoh gerakan Islam melalui ‘pengakuan berpaling
tadah’ bekas-bekas sahabat.

Namun sebaliknya, sahabat-sahabat seangkatan yang


setia, memiliki kepercayaan dan keyakinan akan mem-
pertahankan dan membela rakannya, menangis di
malam hari untuknya sewaktu tiada sesiapa mengeta-
hui, mendoakan sesama sahabat yang teraniaya. Sa-
habat-sahabat yang tekun tidak mengharapkan apa-
apa habuan atau ghanimah, tanpa mengidamkan
sebarang balasan.

10 PEMIMPIN NUSA YANG DINANTIKAN: ANWAR IBRAHIM


TENTANG ANWAR IBRAHIM, CERITA
PERSAHABATAN & KISAH KEBANGKITAN ISLAM Buku Poket 1

Pengkisahan-pengkisahan menginspirasikan dalam se-


jarah kebangkitan Islam bukanlah bertujuan mengkul-
tuskan sesiapa atau mengangkat ikon berlebih-lebihan
tetapi adalah bertujuan agar menyentuh dhamir dan
nurani umat terutama angkatan muda agar menghargai
persahabatan, mengeratkannya, setia kepadanya, me-
lebarkannya dan menjadikan persahabatan itu sebagai
sumber dan kekuatan demi berjuang di jalan Allah swt
dan memperolehi ridha Ilahi.

“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang


yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada
Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di
antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan
mereka tidak merubah (janjinya)”
(Al Ahzab: 23)

PEMIMPIN NUSA YANG DINANTIKAN: ANWAR IBRAHIM 11


Diselenggara oleh Islah Media & Bitara+

Anda mungkin juga menyukai