Anda di halaman 1dari 17

Buku Poket 3

Pemimpin Nusa Yang Dinantikan


ANWAR IBRAHIM
ANWAR IBRAHIM & PERJUANGAN
KEPENDIDIKAN UMAT
Buku Poket 3 ANWAR IBRAHIM & PERJUANGAN KEPENDIDIKAN UMAT

D
alam era kekuasaan media, kita selalu tertipu
dengan propaganda. Media sebagai image
maker banyak melakukan pemalsuan citra, yang
kecil diperbesar dan yang besar diperkecil.

Antara yang cuba dimangsakan adalah Anwar Ibra-


him, tokoh yang sumbangannya selalu dinafikan, dan
kebesarannya selalu diperkecilkan. Mudah-mudahan
kita masih memiliki kejujuran nurani, daya fikir kritis dan
keberanian bersikap objektif dalam menilai seseorang.

Anwar Ibrahim adalah tokoh multi-dimensi dalam pen-


gertian memiliki kemampuan yang pelbagai. Umum
mengenalinya sebagai pemimpin karismatik, ahli politik

2 PEMIMPIN NUSA YANG DINANTIKAN: ANWAR IBRAHIM


ANWAR IBRAHIM & PERJUANGAN KEPENDIDIKAN UMAT Buku Poket 3

berkaliber dan strategis yang cemerlang. Tetapi selain


itu beliau juga sebenarnya adalah seorang pemikir serius
dan ilmuwan berwawasan luas.

Banyak wawasan dan gagasannya yang segar dan


menginspirasikan: wawasan kebangkitan Islam, wawa-
san kebangkitan Asia, wawasan ekonomi kemanusian,
wawasan pendidikan keinsanan, wawasan masyarakat
madani, dan yang terkini gagasan World Forum for Mus-
lim Democrats.

WAWASAN KEPENDIDIKAN

Anwar Ibrahim adalah pemimpin-pendidik yang gigih


memperjuangkan pendidikan sebagai birth right, hak
yang lahir bersama kelahiran setiap anak manusia. Sejak
muda beliau sangat memprihatinkan nasib anak-anak
yang tidak mendapat peluang dan kemudahan belajar,
terutama kanak-kanak di luar bandar. Mereka adalah
antara korban kepincangan dasar urban biased devel-
opment, dasar pembangunan yang lebih memusat di
kawasan bandar.

Sementara itu mereka yang berpeluang mendapat


pendidikan pula, banyak dirosakkan oleh sistem pendidi-
kan yang terlalu bersifat pragmatik dan utilitarian seh-
ingga mengabaikan objektif utama islah al-insan (pem-
baikan insan). Akibatnya berleluasalah gejala moral
decadence, kebejatan moral dalam pelbagai bentukn-

PEMIMPIN NUSA YANG DINANTIKAN: ANWAR IBRAHIM 3


Buku Poket 3 ANWAR IBRAHIM & PERJUANGAN KEPENDIDIKAN UMAT

ya. Yang paling mencolok adalah hypocrisy elit kepimp-


inan sebagaimana yang dirumuskan oleh Anwar sendiri
pada peringkat awal perjuangannya,

“Para pemimpin mengecam rasuah, tetapi mereka


sendiri mengaut dan memperkaya diri mereka. Mereka
bercakap mengenai nasionalisme Melayu tetapi mere-
ka benar terasing dari masyarakat Melayu. Mereka tak-
sub dengan barat. Mereka tidak akur dengan rakyat.
Mereka sangat lambat dalam melaksanakan dasar
nasional dalam pendidikan dan bahasa. Kami tidak sa-
bar dan marah dengan keadaan orang Melayu, pen-
didikan mereka, pembangunan luar bandar, kesihatan
luar bandar. Ada Hospital Universiti yang besar ini, tetapi
tidak ada klinik di kawasan luar bandar. Di sana adalah
sekolah yang tidak mempunyai makmal, tidak ada per-
pustakaan dan tidak mempunyai guru berkelayakan.
Kami sangat gusar, meluat dan kritikal terhadap kera-
jaan. Nampaknya keadaan tidak mempunyai landasan
moral dan panduan rohani. Kami beralih kepada Islam
untuk mengisi kekosongan ini dan mencari jalan penyel-
esaian.”

Ketempangan sedemikian itulah yang membibitkan


kesedaran reformatif-islahi yang kemudiannya men-
gorientasikan gerakan kesiswaan PKPIM (Persatuan
Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia) yang dipimpinn-
ya. Dalam wawasan reformasi-islahinya, agenda pen-
didikan menempati posisi teras sebagaimana terserlah

4 PEMIMPIN NUSA YANG DINANTIKAN: ANWAR IBRAHIM


ANWAR IBRAHIM & PERJUANGAN KEPENDIDIKAN UMAT Buku Poket 3

dalam orientasi gerakan kepemudaan yang muncul


menyusul pada tahun 1971 iaitu Angkatan Belia Islam
Malaysia (ABIM).

Sebaik sahaja menamatkan pengajiannya di Universiti


Malaya, Anwar Ibrahim terus terjun ke dunia pendidi-
kan kerakyatan dengan menubuhkan Yayasan Anda,
sebuah sekolah menengah kerakyatan di Kampung
Baru, Kuala Lumpur, yang menampung pelajar-pelajar
yang tidak mendapat tempat di sekolah-sekolah kera-
jaan. Mengenai sekolah ini Judith Nagata menyebut-
nya sebagai gabungan pola pendidikan agama dan
sekular:

“Pendidikan agama
dan sekular dicorak-
kan sedemikian rupa
sehingga pelajar dap-
at manfaat kedua-du-
anya iaitu menduduki
peperiksaan kebang-
saan yang membuka
pintu peluang pek-
erjaan kepada kera-
jaan dan swasta, dan
menerima pendidikan
asas agama dan mor-
al yang kukuh untuk
hidup sebagai orang

PEMIMPIN NUSA YANG DINANTIKAN: ANWAR IBRAHIM 5


Buku Poket 3 ANWAR IBRAHIM & PERJUANGAN KEPENDIDIKAN UMAT

Islam yang menghayati agamanya.”

Persekolahan model Yayasan Anda segera berkembang


dengan memakai nama yang berbeza-beza di Ipoh,
Taiping, Sungai Petani, Alor Star dan Kota Kinabalu. Yang
menjadi ciri khas persekolahan model ini ialah pengaja-
ran subjek Prinsip Islam yang memperkenalkan shumuli-
yyat al-Islam, iaitu sebagai cara hidup yang utuh dan
menyeluruh. Selain itu ialah orientasi keislamannya yang
kental sebagai jelmaan semangat kebangkitan Islam
yang menggelora ketika itu.

Sekolah-sekolah tersebut rata-rata dikendalikan oleh ak-


tivis-aktivis gerakan Islam ABIM. Majoriti besar aktivis ABIM
ketika itu adalah guru-guru, dan mereka memang san-
gat instrumental dalam gerakan pemerataan kesedaran
Islamiah yang berteraskan pendidikan.

Gerakan kependidikan ini juga didukung kekuatan idea


demokratisasi pendidikan, bahawa pendidikan tidak se-
harusnya menjadi hak eksklusif golongan istimewa, seba-
liknya harus dapat dinikmati secara kolektif oleh seluruh
rakyat, tanpa mengira kaum dan agama atau status
sosialnya.

Komitmen terhadap semangat democratization of ed-


ucation yang dikobarkan oleh Anwar Ibrahim telah
membangkitkan kesedaran pemerataan pendidikan, di

6 PEMIMPIN NUSA YANG DINANTIKAN: ANWAR IBRAHIM


ANWAR IBRAHIM & PERJUANGAN KEPENDIDIKAN UMAT Buku Poket 3

samping pemerataan kesedaran tentang hak mendap-


at pendidikan berkualiti.

PENDIDIKAN KEINSANAN

Komitmen kependidikan Anwar Ibrahim juga terbina


hasil penjelajahannya yang luas dalam dunia keintelek-
tualan. Pelbagai aliran pemikiran, Timur dan Barat dipe-
lajari dengan tekun, untuk kemudiannya diadun menjadi
suatu gagasan yang segar.

Demikianlah beliau mengadun pemikiran Paolo Freire


dari Brazil dengan pemikiran ‘Abd al-Rahman al-Ka-

PEMIMPIN NUSA YANG DINANTIKAN: ANWAR IBRAHIM 7


Buku Poket 3 ANWAR IBRAHIM & PERJUANGAN KEPENDIDIKAN UMAT

wakibiy dari Syria untuk menggagaskan pendidikan


pembebasan dan pemberdayaan.

Paolo Freire (1921-1997) adalah tokoh pemikir yang


menggagaskan pendidikan untuk kaum tertindas. An-
tara bukunya yang banyak dibicarakan dalam kal-
angan masyarakat pendidik ialah Pedagogy of the
Oppressed dan Education as the Practice of Freedom.
Paolo Freire menggunakan pendidikan sebagai waha-
na membangkitkan kaum tertindas yang buta huruf dan
terbenam dalam budaya bisu.

Freire berkeyakinan bahawa manusia betapa pun ja-


hilnya, dan berapa pun lamanya terbenam dalam bu-
daya bisu (submerged in the culture of silence), ia tetap
berpotensi untuk mampu melihat dunianya secara kritis.
Pendidikan yang tepat akan membangkitkan kese-
daran tentang hakikat dirinya sebagai manusia yang
bermartabat. Pendidikan yang tepat juga akan mem-
bebaskannya dari budaya bisu, dan seterusnya mem-
berinya keberanian tampil di pentas dialog kritis.
Dengan kata lain, pendidikan liberatif mampu mencip-
takan transformasi radikal, merubah manusia buta huruf
yang pasif dan bisu, menjadi manusia baru yang bera-
ni bangkit menggugat budaya dan order masyarakat
yang menindasnya selama ini.

`Abd al-Rahman al-Kawakibiy (1854-1902) adalah ilmu-

8 PEMIMPIN NUSA YANG DINANTIKAN: ANWAR IBRAHIM


ANWAR IBRAHIM & PERJUANGAN KEPENDIDIKAN UMAT Buku Poket 3

wan-pejuang yang termasuk dalam rangkaian tokoh-to-


koh gerakan islah akhir abad ke-19 dan awal abad
ke-20 yang dipelopori oleh Jamal al-din al-Afghaniy,
Muhammad `Abduh dan Rashid Rida. Kekuatan al-Ka-
wakibiy adalah analisisnya tentang gejala penindasan
sebagaimana yang tertuang dalam bukunya Taba’i`
al-Istibdad wa Masari` al-Isti`bad.

Bagi al-Kawakibiy, ibu segala bentuk penindasan adalah


penindasan politik. Rakyat diindoktrinasi untuk menerima
hakikat bahawa golongan penguasa memang dicip-
takan untuk memerintah semahu mereka, sementara
rakyat pula memang dicipta untuk mengabdi kepada
penguasa, adil atau zalim. Al-Kawakibiy mengatakan
bahawa rakyat yang tertindas dalam pemerintahan des-
potik dilayani bagaikan anjing yang dihina tetapi tetap
setia, rela mengabdi walaupun hanya diberi tulang.
Rakyat Muslimin di pelbagai rantau dunia terbelenggu
dalam kezaliman para penguasa yang dibantu oleh
fuqaha’ al-istibdad (ulama penindasan). Umat diindok-
trinasi dengan fiqh al-istibdad (fiqh penindasan) yang
berintikan ajaran syukur kalau penguasa adil, sabar kalau
mereka zalim.

Satu-satunya cara melawan penindasan bagi Al-Ka-


wakibiy adalah pendidikan pembebasan, ilmu yang
dapat menyedarkan umat tentang betapa buruknya
kehidupan yang sedang mereka alami, dan sekali gus

PEMIMPIN NUSA YANG DINANTIKAN: ANWAR IBRAHIM 9


Buku Poket 3 ANWAR IBRAHIM & PERJUANGAN KEPENDIDIKAN UMAT

memberikan harapan bahawa mereka boleh memper-


baikinya. Dengan kesedaran sedemikian, mereka akan
mulai merasakan sakitnya ditindas dan diperas.

Wacana penindasan dan pentingnya pendidikan pem-


bebasan memang sangat relevan dalam konteks mas-
yarakat pasca-kolonial yang masih terbelenggu dalam
sikap jiwa hamba warisan penjajahan, dan dilanjutkan
oleh penguasa pasca-kemerdekaan. Anwar dan ra-
kan-rakannya menyedari bahawa kemerdekaan telah
tidak diisi dengan pembinaan jiwa merdeka, malah telah
berlaku proses dehumanisasi (penghakisan ciri dan nilai
keinsanan).

Manusia yang kehilangan hak dan martabatnya adalah


manusia yang telah kehilangan kemanusiaannya. Kerana
itu isu insaniyyat al-insan menjadi keprihatinan utama, dan
seterusnya membangkitkan kesedaran tentang pendidi-
kan keinsanan.

Pendidikan yang berorientasi keinsanan inilah yang men-


jadi tumpuan utama ketika Anwar Ibrahim menjadi Men-
teri Pendidikan. Antara sumbangan besar beliau sebagai
Menteri Pendidikan ialah perumusan Falsafah Pendidikan
Negara yang berintikan idea keinsanan, “...memperkem-
bangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani ber-
dasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.”

10 PEMIMPIN NUSA YANG DINANTIKAN: ANWAR IBRAHIM


ANWAR IBRAHIM & PERJUANGAN KEPENDIDIKAN UMAT Buku Poket 3

Bagi Anwar human development adalah paksi pemban-


gunan di segala sektor dan bidang, termasuk pemban-
gunan ekonomi yang harus menjadi bahagian integral
daripada keseluruhan falsafah pembangunan insan.

Beliau mengingatkan bahawa manusia yang dimaksud-


kan dalam konteks pembangunan ekonomi yang diga-
gaskannya, bukan manusia menurut definisi humanisme
sekular yang sentiasa haus dan rakus, tetapi manusia
unggul seperti yang dikonsepsikan dalam tamadun-tam-
adun besar dunia, iaitu seperti chun tzu (manusia sem-
purna) dalam Konfusianisme, dan insan salih (manusia
baik) dalam Islam.

Pembangunan ekonomi tidak dilihat dari perspektif


homo economicus yang materialistik, tetapi dari perspek-
tif homo islamicus yang mampu menciptakan keseim-
bangan material-spiritual.

UNIVERSITI DAN KUALITI KEINTELEKTUALAN

Berbicara tentang kebangkitan Asia, Anwar Ibrahim


mengingatkan peri pentingnya kecemerlangan intele-
ktual dan pengayaan budaya (intellectual excellence
and cultural enrichment). Mediokriti harus segera digan-
tikan dengan kecemerlangan (intelektual). Justeru, ke-
majuan dan kebangkitan tidak mungkin berlaku di ten-
gah kebekuan dan kegersangan intelektual. Mengenai

PEMIMPIN NUSA YANG DINANTIKAN: ANWAR IBRAHIM 11


Buku Poket 3 ANWAR IBRAHIM & PERJUANGAN KEPENDIDIKAN UMAT

kepentingan iklim keintelektualan yang segar sebagai


prasyarat perubahan, beliau mengatakan,

“Perubahan masyarakat, untuk menjadikannya lebih


terbuka, telus dan toleran, juga bergantung pada iklim
intelektual yang meriah. “

Ternyata Anwar Ibrahim sangat memprihatinkan kualiti


keintelektualan di negara ini, dan seterusnya kepiawaian
para graduan yang ditampilkan oleh universiti-universiti
tempatan. Dilatari keprihatinan tersebut, ketika menjadi
Menteri Pendidikan, beliau telah mengarahkan semua
Naib Canselor membaca sebuah laporan tentang ke-
merosotan pengajian tinggi di Amerika Syarikat. Laporan
berjudul A Nation at Risk (1983) itu mengungkapkan kepr-
ihatinan terhadap tahap kekuatan intelektual, moral dan
spiritual bangsa Amerika,

“Keprihatinan kami, bagaimanapun, merentasi hal-hal


seperti industri dan perdagangan. Ini juga merangkumi
kekuatan intelektual, moral dan spiritual warga kita yang
menyatukan struktur masyarakat kita. “

Perhatiannya terhadap mutu pengajian tinggi tidak ter-


batas hanya ketika menjadi Menteri Pendidikan, tetapi
berterusan hingga sekarang. Dalam pesanan khasnya
kepada penulis, beliau menyarankan agar diteliti juga
laporan selepas A Nation at Risk di atas, iaitu A Test of
Leadership (2006) yang memprihatinkan pelbagai gejala

12 PEMIMPIN NUSA YANG DINANTIKAN: ANWAR IBRAHIM


ANWAR IBRAHIM & PERJUANGAN KEPENDIDIKAN UMAT Buku Poket 3

kemorosotan dalam pendidikan tinggi Amerika Syarikat.


Kesimpulan laporan tersebut menyatakan:

“Masa depan kolej dan universiti negara kita terancam


oleh tekanan kompetitif global, pengembangan te-
knologi yang rancak, kekangan peruntukan kewangan
awam, dan batasan struktur serius yang ‘merayu’ untuk
pembaharuan.

Laporan ini mengesyorkan tindakan strategik yang


dirancang untuk menjadikan pendidikan tinggi lebih
mudah diakses, lebih dimampui warga, dan lebih ber-
tanggungjawab dan berakauntabiliti, sambil mengeka-
lkan kualiti bertaraf dunia. Kolej dan universiti kita mesti
menjadi lebih telus, lebih pantas untuk bertindak balas
kepada keadaan yang cepat berubah dan semakin
produktif agar dapat menangani dengan berkesan
arus perubahan yang deras yang kini dihadapi.”

Laporan-laporan sedemikian menarik perhatian An-


war, kerana beliau sendiri memang mengaspirasikan
universiti berkualiti tinggi yang dapat menjadi pusat
pengembangan minda kreatif dan adventurous. Beliau
menerima pentingnya pengkhususan, tetapi tidak ha-
rus terkurung dalam kepompong pengkhususan. Se-
baliknya harus ada pendedahan secukupnya kepada
idea-idea penting dari disiplin lain dan perkembangan
pemikiran umum semasa. Di samping cemerlang dalam
bidang masing-masing, para graduan juga harus memi-

PEMIMPIN NUSA YANG DINANTIKAN: ANWAR IBRAHIM 13


Buku Poket 3 ANWAR IBRAHIM & PERJUANGAN KEPENDIDIKAN UMAT

liki cita rasa seni, sastera, musik dan karya-karya yang


tinggi nilai estetikanya. Para graduan universiti yang men-
guasai bidang yang pelbagai itulah yang beliau sebut
sebagai multidimensional men.

Beliau juga menginginkan agar institusi-institusi pengajian


tinggi memiliki kesanggupan dan keberanian melakukan
penerokaan baru dalam pelbagai bidang falsafah, ag-
ama, perundangan, ekonomi, seni dan sains. Pelajar-pe-
lajar universiti pula tidak harus hanya terpaku pada bu-
ku-buku teks semata-mata, tetapi harus dibimbing untuk
meneroka idea-idea dari karya sarjana-sarjana besar,
dan mengikuti polemik intelektual dari pelbagai aliran.

14 PEMIMPIN NUSA YANG DINANTIKAN: ANWAR IBRAHIM


ANWAR IBRAHIM & PERJUANGAN KEPENDIDIKAN UMAT Buku Poket 3

Di samping membangkitkan ghairah keintelektualan,


beliau juga mengingatkan pentingnya nilai-nilai murni
kerohanian seperti keihlasan, kerendahan dan kemura-
han hati, serta kecintaan pada kebenaran dan keadilan.
Tanpa didasari nilai-nilai tersebut, ilmu setinggi mana pun
tidak akan membawa kebaikan. (Anwar Ibrahim, 1997:
106-107).

Anwar Ibrahim memang sangat komited dengan epis-


temologi Islam. Peranan kuncinya dalam penubuhan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membukti-
kan kesungguhannya dalam usaha membangun semula
tamadun keilmuan Islam berteraskan epistemologi taw-
hidik dalam pengertian Islamisasi ilmu. Sebagai ilmuwan
Islamis, beliau cukup menyedari masalah-masalah yang
membelit tradisi keilmuan sekular Barat dengan segala
akibatnya. Kritiknya yang konsisten terhadap sekularisme,
mengimplikasikan komitmen terhadap de-sekularisasi
ilmu, untuk seterusnya dikembalikan kepada tawhid se-
bagai prinsip dan kaedah integratif menuju kesepaduan
ilmu dalam suluhan wahyu Ilahi.

KHATIMAH

Anwar Ibrahim adalah contoh manusia pencinta ilmu


yang setulennya. Beliau benar-benar telah mengecapi
ladhdhat al-ma`rifah (kelazatan ilmu). Kerana itu beliau
selamanya sangat akrab dengan ilmu dan ilmuwan.

PEMIMPIN NUSA YANG DINANTIKAN: ANWAR IBRAHIM 15


Buku Poket 3 ANWAR IBRAHIM & PERJUANGAN KEPENDIDIKAN UMAT

Apabila berbicara tentang sesuatu, dapat dipastikan


beliau memang tahu apa yang dibicarakannya, bukan
pura-pura tahu seperti sesetengah orang.

Pidato-pidatonya yang memukau, bukan hanya ker-


ana gaya retorikanya yang istimewa, tetapi lebih dari-
pada itu adalah kekentalan ideanya yang terhasil dari
penjelajahannya dalam dunia keilmuan yang memang
cukup luas. Kemanusiaan seorang manusia, bukan
pada raga jasmaninya, tetapi pada akal budinya. De-
mikianlah keyakinan dan pegangan hidup Anwar Ibra-
him yang ternyata sangat teruja dengan bait-bait puisi
Abu al-Fath al-Busti:

Ya khadima ‘l-jismi, kam tashqa li khidmatihi,


Litatluba ‘r-ribha mimma fihi khusranu,
Aqbil `ala ‘n-nafsi wa ‘stakmil fada’ilaha,
Fa anta bi ‘n-nafsi, la bi ‘l-jismi insanu.

Wahai pengabdi jasmani, betapa penat kau merawat-


nya,
Bak mencari laba, di pasar ruginya segala niaga
Hadap sajalah jiwa dan minda, bina hingga sempurna
Dengan akal budi, bukan raga jasmani, kau jadi manu-
sia.

16 PEMIMPIN NUSA YANG DINANTIKAN: ANWAR IBRAHIM


Prof Dato’ Dr Siddiq Fadzil (2016)
Disunting oleh ISLAH MEDIA

Anda mungkin juga menyukai