Anda di halaman 1dari 17

Buku Poket 4

Pemimpin Nusa Yang Dinantikan


ANWAR IBRAHIM
ANWAR IBRAHIM, SAHABAT DAN PEJUANG
KEMULIAAN INSAN
Buku Poket 4 ANWAR IBRAHIM, SAHABAT DAN PEJUANG KEMULIAAN INSAN

A
nwar Ibrahim tokoh pejuang rakyat yang istiqa-
mah kepada perjuangannya menegakkan ne-
gara Malaysia berteraskan kebenaran, keadilan,
ketelusan, berintegriti dan berakhlak mulia. Sewaktu
memimpin gerakan Islam selaku Presiden ABIM 1972-
1982 dan kemudian berkecimpung dalam arena politik
1982 sehingga kini, Anwar menjadikan usaha memart-
abatkan karamah insan – kemuliaan insan sebagai sua-
tu objektif terpenting perjuangan reformasi.

METODOLOGI PEMIKIRAN PENDIDIKAN KARAMAH INSAN

Susur galur dan minat Anwar Ibrahim kepada dunia


keilmuan dapat dilihat sejak dia
berada di Kolej Melayu Kuala
Kangsar (MCKK). Keaktifannya
menggerakkan Badan Revolusi
Ugama MCKK telah mendekat-
kannya dengan pembacaan
buku-buku agama yang ditulis
oleh ulama’ dan ilmuan tem-
patan serta antarabangsa.

Semasa Anwar memimpin Per-


satuan Mahasiswa Universiti Ma-
laya dan Persatuan Kebang-
saan Pelajar Islam Kebangsaan
(PKPIM), dia mula membahas-
kan persoalan karamah insan

2 PEMIMPIN NUSA YANG DINANTIKAN: ANWAR IBRAHIM


ANWAR IBRAHIM, SAHABAT DAN PEJUANG KEMULIAAN INSAN Buku Poket 4

dengan memaparkan idea-idea tokoh-tokoh gerakan


dakwah antarabangsa seperti Imam Hasan al Banna,
Sayyid Abul ‘Ala Maududi, Sayyid Qutb dan lain-lain.

Perbincangan karamah insan kupasan tokoh-tokoh ger-


akan Islam antarabangsa adalah dirujuk dan diambil
daripada al Qur’an dan al Sunnah. Ini menjadikan asas
pemikiran Islam Anwar lebih kental.

Anwar menetapkan Tafsir al Qur’an berbahasa Inggeris


karya Abdullah Yusuf Ali sebagai salah sebuah rujukan
utama usrah-usrah awal ABIM. Anwar bersama rakan-ra-
kan pengasas ABIM menelaah kitab Ihya’ Ulum Al Din,
karya penting Hujjatul Islam Imam al Ghazali r.h. bersa-
ma seorang guru pembimbing kerohanian.

Kitab Ihya’ Ulum Al Din membicarakan persoalan kara-


mah insan secara komprehensif. Anwar juga mempe-
lajari kitab Minhaj Al Salihin Min Ahadith Wa Sunnati Al
Khatami Al Anbiya’ Wal Al Mursalin karangan ‘Izzudin
Baliq (Beirut: 1978). Kitab ini rujukan penting selain dari-
pada Tafsir Fi Zilal Al Qur’an karya Sayyid Qutb.

Anwar mengupas dan mengemukakan idea-idea ‘Al-


lamah Muhammad Iqbal, failasuf dan penyair terkenal
dengan sentuhan-sentuhan karamah insan pada sya’ir-
sya’ir Iqbal seperti The Secrets of the Self dan The Myster-
ies of Selflessness. Selanjutnya, kupasan pemikiran guru
dan mentornya di UM dan ABIM, Sayyid Muhammad

PEMIMPIN NUSA YANG DINANTIKAN: ANWAR IBRAHIM 3


Buku Poket 4 ANWAR IBRAHIM, SAHABAT DAN PEJUANG KEMULIAAN INSAN

Naquib al Attas. Karya al Attas, Islam and Secularism di-


terbitkan oleh ABIM menjadi rujukan penting pada wa-
cana-wacana ilmiah anjuran ABIM. Anwar mengguna-
kan karya Syed Hossein Nasr, The Encounter of Man and
Nature: The Spiritual Crisis of Modern Man (1968) yang
banyak membahaskan tema insan dan persoalannya
dengan modenisme.

Anwar Ibrahim juga menyorot pemikiran Malek Bennabi,


tokoh ilmuan Algeria yang banyak membicarakan per-
soalan tamaddun. Malek Bennabi mengolah kepentin-
gan manusia dengan Allah swt dalam konteks tamadun
(al hadarah) yang baru di dunia Islam dengan meng-
gunakan prinsip insan, tanah dan zaman. Metodologi
pemikiran Anwar juga memperlihatkan hubungannya
yang rapat dengan dia orang tokoh ilmuan Universiti Al
Azhar, Syaikh Muhammad al Ghazali dan Syaikh Yusuf
al Qaradawi. Anwar juga gemar merujuk kepada figur
Islam di Amerika, Malcolm X atau nama Islamnya al Hajj
Abdul Malik Shabbaz.

Dia menekankan betapa tingginya konsep karamah


insan dalam Islam melalui peristiwa dan pengajaran
apabila Malcolm menyaksikan dengan matanya sendiri
himpunan raksasa jemaah haji dari seluruh dunia ber-
sidang di ‘Arafah dengan hanya memakai kain ihram
berwarna putih menandakan persamaan manusia tan-
pa mengira bangsa, warna kulit atau status sosial.

4 PEMIMPIN NUSA YANG DINANTIKAN: ANWAR IBRAHIM


ANWAR IBRAHIM, SAHABAT DAN PEJUANG KEMULIAAN INSAN Buku Poket 4

Suatu keunikan pemikiran Anwar Ibrahim adalah dia


bukan sahaja membahaskan subjek dengan rujukan-ru-
jukan Islam tetapi juga merujuk pemikiran tokoh-tokoh
kemanusiaan aliran Konfusius, Kristian dan Marxis. Anwar
juga menggunakan ideal Paulo Freire, tokoh pendidik
Brazil yang membicarakan tentang A Pedagogy of Lib-
eration.

ASAS-ASAS KARAMAH INSAN DAN KEMANUSIAAN


SEJAGAT

Keprihatinan Anwar Ibrahim tentang perjuangan me-


martabatkan insan bertunjang kepada dua khazanah
terpenting Islam
iaitu al Qur’an dan
al Sunnah.

‘Dan sesungguh-
nya telah Kami
muliakan anak-
anak Adam, Kami
angkut mereka
di daratan dan di
lautan, Kami beri
mereka rezeki dari
yang baik-baik
dan Kami lebihkan
mereka dengan
kelebihan yang

PEMIMPIN NUSA YANG DINANTIKAN: ANWAR IBRAHIM 5


Buku Poket 4 ANWAR IBRAHIM, SAHABAT DAN PEJUANG KEMULIAAN INSAN

sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami


ciptakan.’ (al isra’: 70)

Islam mengiktiraf perbedaan bahasa dan warna kulit bu-


kan sebagai unsur perpecahan. Sebaliknya perbedaan
tersebut adalah tanda kekuasaan Allah swt.

‘Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah men-


ciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu
dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian
itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang
yang mengetahui.’ (al ruum:22)

PERBEDAAN UNTUK SALING BERKENALAN DI ANTARA SATU


DENGAN YANG LAIN

‘Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah men-


ciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami
telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku
puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah
mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih
taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan
atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Meng-
etahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan
keadaan dan amalan kamu).’ (Al-Hujuraat:13)

Lantaran umat manusia dijadikan daripada sumber yang

6 PEMIMPIN NUSA YANG DINANTIKAN: ANWAR IBRAHIM


ANWAR IBRAHIM, SAHABAT DAN PEJUANG KEMULIAAN INSAN Buku Poket 4

satu dengan anugerah penghormatan dan peranan


yang sama maka Islam memupuk semangat kesatuan
manusia (wihdah insaniyyah) yang disatukan oleh se-
mangat kemanusiaan. (Anwar Ibrahim, 1978)

Islam menentang keras amalan diskriminasi bangsa dan


kaum. Sebaliknya Islam menganjurkan toleransi, persa-
habatan dan timbang rasa sesama manusia. Islam me-
letakkan nilai taqwa serta ta’awun (tolong-menolong
dalam kebaikan) sebagai nilai tertinggi hubungan sesa-
ma manusia.

Islam meleburkan faham fanatik (‘asabiyah qaumiyyah)


ekstrim kerana kemudaratannya kepada manusia. Ha-
dith junjungan kita Muhammad s.a.w. menjamin kara-
mah insan berlaku sesama manusia.

“Semua kamu berasal dari Adam dan Adam berasal


dari tanah. Tidak ada kelebihan seorang Arab ke atas
seorang bukan Arab kecuali ketaqwaannya.”

Abu Dhar al Ghifari r.a. seorang yang terkenal dengan


kezuhudannya pernah tiba-tiba memanggil Bilal ibn
Rabah r.a., ‘’Ya Ibnu Sauda” (Wahai anak orang hitam).
Rasulullah s.a.w. segera memberikan teguran keras den-
gan nada kemarahan, “Sungguh sungguh terlalu; sung-
guh terlalu; sungguh terlalu. Tidak ada kelebihan anak
orang hitam daripada anak orang putih. Tidak ada

PEMIMPIN NUSA YANG DINANTIKAN: ANWAR IBRAHIM 7


Buku Poket 4 ANWAR IBRAHIM, SAHABAT DAN PEJUANG KEMULIAAN INSAN

perbedaan dalam memuliakan manusia, baikpun yang


hidup ataupun yang telah mati.”

Penghormatan tinggi Islam ke atas manusia berlainan


agama dapat disaksikan pada contoh teladan junjun-
gan kita Muhammad s.a.w. yang menunjukkan tanda
hormat ke atas jenazah seorang Yahudi yang secara ke-
betulan dibawa lalu di hadapan Baginda s.a.w. Apabila
sahabat yang bersamanya mempersoalkan, Rasulullah
s.a.w. menegur mereka dengan berkata: “alaysat naf-
san!”(bukankah dia juga manusia (bernyawa)).

Anwar Ibrahim mengukuhkan hujahnya tentang


kemuliaan darjat insan dengan memetik pemikiran Syai-
kh Yusuf al Qaradawi bahawa asas tasamuh (toleransi)
dalam Islam adalah ‘ I’tiqad seorang Muslim tentang
karamah insan’. Keduanya, I’tiqad Muslim bahawa per-
bedaan agama adalah kekuasaan Allah swt.

‘Jika Tuhanmu menghendaki, tentu Dia jadikan manu-


sia umat yang satu, tetapi mereka senantiasa berselisih
(pendapat), kecuali orang yang diberi rahmat oleh Tu-
hanmu. Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka.
Kalimat Tuhanmu (keputusan-Nya) telah ditetapkan:
sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka Jahannam
dengan jin dan manusia (yang durhaka) semuanya.’
(Hud 118-119)

8 PEMIMPIN NUSA YANG DINANTIKAN: ANWAR IBRAHIM


ANWAR IBRAHIM, SAHABAT DAN PEJUANG KEMULIAAN INSAN Buku Poket 4

Anwar menegaskan keperluan melaksanakan prinsip


keadilan dan akhlak mulia bagi semua manusia serta
tindakan yang adil diambil jika orang Muslim menzalimi
orang bukan Muslim.

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu


menjadi orang-orang yang selalu menegakkan kebe-
naran karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan
janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum mem-
buatmu tidak berlaku adil. Berbuat adillah karena ia lebih
mendekati ketakwaan.” (al Ma’idah: ayat 8)

Jaminan tegas mempertahankan hak asasi rakyat ber-


paksi kepada prinsip kemuliaan insan yang begitu jelas
diisytiharkan oleh junjungan kita Muhammad s.a.w. pada
rapat wada’ yang dihadiri 100,000 umat Islam dengan
sabda keramatnya: “Sesungguhnya nyawa, harta dan
kehormatan kamu adalah suci sepertimana kesucian
hari Hajj.” (Anwar Ibrahim, 1978)

PELAKSANAAN KARAMAH INSAN DALAM SISTEM


PENDIDIKAN NEGARA

Sejarah mengangkat martabat insan secara praktis di


negara ini terpahat kukuh dengan penubuhan Yayas-
an Anda Akademik (YAA), Jalan Daud, Kampung Baru,
Kuala Lumpur pada awal 70’an. Anwar Ibrahim ber-
sama rakan-rakan ABIM dan PKPIM mendirikan institusi

PEMIMPIN NUSA YANG DINANTIKAN: ANWAR IBRAHIM 9


Buku Poket 4 ANWAR IBRAHIM, SAHABAT DAN PEJUANG KEMULIAAN INSAN

pendidikan rakyat dengan bertujuan mengangkat posisi


anak-anak muda Melayu yang terpinggir kerana kemi-
skinan terutama masyarakat luar bandar. Yayasan Anda
mencernakan semula anak muda agar menjadi insan
beridealisme tinggi serta berketrampilan dari segi ilumu
pengetahuan. Pada dasarnya, Yayasan Anda berjaya
memanusiawikan sebahagian besar pelajarnya.

Pelantikan Anwar menjadi Menteri Pendidikan di dalam


kabinet Dr Mahathir sememangnya sesuatu yang dinan-
ti-nantikan oleh segenap lapisan masyarakat. Mereka
prihatin dengan hasrat kejelasan hala tuju falsafah pen-
didikan negara serta isi kandungan sistem pendidikan.

10 PEMIMPIN NUSA YANG DINANTIKAN: ANWAR IBRAHIM


ANWAR IBRAHIM, SAHABAT DAN PEJUANG KEMULIAAN INSAN Buku Poket 4

Apabila Anwar mengambil tampuk kementerian, dia


telah melaksanakan beberapa perkara penting. Dia
menukar nama kementerian pelajaran kepada kemen-
terian pendidikan kerana ada perbedaan bahawa pen-
didikan lebih komprehensif sifatnya.

Anwar Ibrahim beruzlah bersama para ilmuan dan peg-


awai-pegawai kementeriannya di IAB bagi mengemuka-
kan suatu pandangan baru tentang kurikulum sekolah.
Kurikulum baru dinamakan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM). Justeru penekanan menangani inte-
grasi ilmu pengetahuan berasaskan tawhid dan insan.

Suatu falsafah baru pendidikan negara (FPN) dikemuka-


kan iaitu ‘Pendidikan di Malaysia adalah usaha berter-
usan ke arah memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, ro-
hani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan’.

Anwar berusaha melihat keberkesanan karamah insan


dalam sistem pendidikan negara dengan iltizamnya
mewujudkan dasar pendemokrasian pendidikan. Semua
rakyat tanpa mengira bangsa, warna kulit, bahasa dan
agama hendaklah dijamin peluang secara adil dan sak-
sama mendapat tempat di bangku sekolah, kolej dan
universiti. Hak ini menepati prinsip Hak Asasi Manusia PBB
dan Pengisytiharan Hak Asasi Islam OIC. Anwar sangat

PEMIMPIN NUSA YANG DINANTIKAN: ANWAR IBRAHIM 11


Buku Poket 4 ANWAR IBRAHIM, SAHABAT DAN PEJUANG KEMULIAAN INSAN

mengambil berat kaum mustadh’afin di negara ini di-


bela dengan jaminan mendapat pendidikan sama baik
dengan golongan berada. Anwar sering merujuk pe-
mikiran Paola Freire, penulis buku A Pedagogy for Liber-
ation: Dialogues on Transforming Education. Pendidikan
mesti menjadi satu wahana meningkat kesedaran hakiki
manusia (human consciousness)

KARAMAH INSAN DALAM KONTEKS RENAISSANCE


(AL-NAHDAH) DI NEGARA-NEGARA ASIA

Anwar Ibrahim meluaskan daerah


wacana karamah insan bukan
sahaja pada dunia Islam. Pada
karya terpenting Anwar, The Asian
Renaissance (1997), dia membic-
arakan keperluan tasawur – world
view Asia sepadu dengan mener-
ima hakikat bahawa masyarakat
madani hendaklah menjadikan
konsep insan sebagai makhluk
yang berakhlak dengan memili-
ki prinsip-prinsip ketuhanan yang
tinggi (transcendence), bukan
sahaja dianugerahkan dengan
hak-hak yang tidak terpisah, tetapi mempunyai tanggu-
ngjawab yang tidak tergugat dengan Allah, keluarga,
manusia dan alam tabi’i.

12 PEMIMPIN NUSA YANG DINANTIKAN: ANWAR IBRAHIM


ANWAR IBRAHIM, SAHABAT DAN PEJUANG KEMULIAAN INSAN Buku Poket 4

Anwar memugarkan semula idealisme dan nilai-nilai


sejagat kehormatan insan seperti yang telah diper-
juangkan oleh tokoh-tokoh kemanusiaan ternama sperti
Rabindranath Tagore, Muhammad Iqbal, Jose Rizal, Sun
Yat Sen dan Mahatma Gandhi. Kesemua mereka men-
jadikan Asia dan ‘keasianan’ sebahagian struktur dunia
yang terbina di atas paksi maruah insan. Suatu idea
yang selama ini hanya dimonopoli oleh dunia Barat.
(Anwar Ibrahim, 1997)

KARAMAH INSAN DALAM KONTEKS DIALOG AGAMA


DAN KETAMADUNAN

Anwar Ibrahim adalah pelopor awal dialog antara ag-


ama dan tamadun di Malaysia sejak dekad 70’an. Uca-
pannya pada Muktamar Senawi ABIM 1978 di DTC UKM
dapat dicatat sebagai sangat bernilai tentang Islam
dan hubungannya dengan masyarakat majmuk nega-
ra ini. Dia menekankan prinsip karamah insan sebagai
asas terpenting bagi mewujudkan persefahaman di
antara pelbagai agama dan tamadun.

Impak daripada ucapan tersebut difahamkan Anwar


diundang hadir ke retreat kepimpinan DAP di Cameron
Highlands waktu itu. Mereka berpeluang mendengar
tawaran Islam tentang konsep kemanusiaan sejagat
demi kerukunan hidup bersama di dalam negara jamak
bangsa, agama dan budaya di Malaysia.

PEMIMPIN NUSA YANG DINANTIKAN: ANWAR IBRAHIM 13


Buku Poket 4 ANWAR IBRAHIM, SAHABAT DAN PEJUANG KEMULIAAN INSAN

Selaku Timbalan Perdana Menteri, Anwar berjaya men-


ganjurkan sebuah Persidangan Antarabangsa tentang Is-
lam and Confucianism, anjuran Pusat Dialog Peradaban
UM pada 1997. Inilah julungkalinya di dunia Islam, sebuah
seminar penting diadakan yang dapat menghimpunkan
tokoh-tokoh ilmuan daripada dua tamadun besar dunia
Islam dan Cina dengan fokus perbahasan mengenai isu
kemanusiaan dalam tradisi Islam dan Cina.

PENDIDIKAN KARAMAH INSAN DALAM SIASAH

Anwar Ibrahim memilih jalur siasah bagi menterjemah-


kan idealisme kependidikan insan dalam dirinya. Ini jelas
kelihatan pada 17 perkara perjuangan Parti KeAdilan

14 PEMIMPIN NUSA YANG DINANTIKAN: ANWAR IBRAHIM


ANWAR IBRAHIM, SAHABAT DAN PEJUANG KEMULIAAN INSAN Buku Poket 4

Rakyat 1999 dan Pengiystiharan Permatang Pauh 1998.


Anwar menegaskan tunjang kepada demokrasi dan
masyarakat madani ialah konsep karamah insan –
kemuliaan darjat insan seperti yang ditegaskan oleh
Allah swt pada surah al isra’ ayat 70.

Anwar sentiasa merujuk keperluan melakukan islah


(reformasi) ke atas dirinya sendiri sebagai makhluk Al-
lah swt yang dicipta dengan segala keistimewaannya.
Inilah ketegasan al islah mastata’tu yang diisytiharkan
Nabi Syu’ib a.s.

‘Syu’aib berkata: “Hai kaumku, bagaimana fikiranmu


jika aku mempunyai bukti yang nyata dari Tuhanku dan
dianugerahi-Nya aku dari pada-Nya rezeki yang baik
(patutkah aku menyalahi perintah-Nya)? Dan aku tidak
berkehendak menyalahi kamu (dengan mengerjakan)
apa yang aku larang. Aku tidak bermaksud kecuali
(mendatangkan) perbaikan selama aku masih berk-
esanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan
dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku
bertawakkal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali.’
(Hud: 88)

KESIMPULAN

Perjuangan mengangkat karamah insan bagi meng-


hadapi cabaran getir pada saat ini menjadi semakin

PEMIMPIN NUSA YANG DINANTIKAN: ANWAR IBRAHIM 15


Buku Poket 4 ANWAR IBRAHIM, SAHABAT DAN PEJUANG KEMULIAAN INSAN

mendesak. Pencabulan hak asasi oleh pemerintah se-


makin berwewenang. Meskipun kedengaran suara-suara
pihak berkuasa melaungkan keinginan dasar wasatiyyah
Islam, nampaknya semakin deras proses ‘nyah-manusia-
wi’ (dehumanisation) berlaku. Kita wajar bersatu fikrah
dan bersatu tindakan bagi menyelamatkan masyarakat
dan negara Malaysia daripada mengalami kerosakan
parah di tangan orang-orang yang merosakkan bumi
Allah ini (al mufsiduna fi al ard).

‘Dan apa bila di katakan kepada mereka ‘janganlah


berbuat kerosakan di bumi’ mereka menjawab, ‘sesung-
guhnya kami justru orang-orang yang melakukan perbai-
kan’. Ingatlah, sesungguhnya merekalah yang berbuat
kerosakan tetapi mereka tidak menyedari.’ (al Baqarah:
11-12)

16 PEMIMPIN NUSA YANG DINANTIKAN: ANWAR IBRAHIM


Dato’ Dr Muhammad Nur Manuty (2016)
Disunting oleh Islah Media

Anda mungkin juga menyukai