Anda di halaman 1dari 3

PROSES KAJIAN TINDAKAN

Terdapat pelbagai bentuk kajian tindakan yang boleh dijalankan. Walaupun bentu kajian
adalah berbeza, namun setiap bentuk kajian perlu mempunyai ciri am yang sama, iaitu kajian
tindakan yang dilaksanakan dalam bentuk gegelung yang merangkumi langkah-langkah
seperti berikut:

Langkah 1: tinjauan awal, iaitu mengenal pasti masalah dan memahami masalah.
Langkah 2: merancang tindakan.
Langkah 3: pelaksanaan tindakan pemerhatian dan analisis data.
Langkah 4: melakukan penilaian dan refleksi
Langkah 5: sekiranya perlu masuk semula ke gelung ke dua dengan merancang semula.
    Proses dalam kajian tindakan akan berulang sehingga ia mantap dan dapat mencari jalan
penyelesaiannya.

PENJELASAN TENTANG LANGKAH-LANGKAH DALAM KAJIAN TINDAKAN


Langkah 1: Tinjauan awal
a.      Mengenal pasti masalah
Masalah kajian pada asasnya dimulakan dengan persoalan atau tumpuan utama kepada
penyiasatan yang akan dijalankan. Dalam mengenal pasti masalah, ia melibatkan persoalan
seperti yang berikut:
                                i.            Apa yang kita hendak ketahui?

                              ii.            Apakah soalan-soalan yang boleh ditanya untuk memahami masalah tersebut?

                            iii.            Apakah (individu, artifak, amalan dan lain-lain) yang hendak dikaji?

                            iv.            Mengapakah masalah atau persoalan tersebut penting?adakah ia merupakan persoalan yang

signifikan dan akan menyumbang kepada bidang atau amalan?


                              v.            Adakah masalah boleh dikaji berdasarkan sumber-sumber yang ada?

Oleh itu, sesuatu masalah atau persoalan kajian itu perlulah:


                                i.            Ditulis dengan jelas dengan menggunakan bahasa yang tidak terlalu teknikal atau serta

dapat merangsang minat pembaca.


                              ii.            Skopnya cukup kecil supaya mudah diurus.

                            iii.            Diletakkan dengan baik dalam konteks teori dan penyelidikan semasa.

                            iv.            Masalah yang memerlukan tindakan segera di mana masalah tersebut merupakan

keutamaan daripada dua atau lebih masalah yang telah dikenal pasti.
                              v.            Penyelesaian masalah itu sangat penting.

                            vi.            Data dapat dikutip dengan cepat dan mudah dalam apa jua situasi.

                          vii.            Bidang kajian berada di dalam ruang lingkup kuasa anda.

      

Contoh refleksi yang dibuat oleh seorang pensyarah yang boleh dijadikan masalah          
serta fokus kajian.
“...walaupun dalam kursus ini pelajar diberi pendedahan dalam membuat pemilihan kata
kerja berdasarkan kepada Taksonomi Bloom dalam penulisan RPH (Rancangan Pengajaran
Harian), namun dalam penulisan persediaan mengajar mereka tidak dapat menggunakan
kata kerja yang tepat seiring dengan aktiviti yang mereka rancang. Akibat daripada itu hasil
pembelajaran yang hendak dicapai tidak jelas.”

         Oleh itu, saya akan fokuskan kepada kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar,
iaitu:
a.       Kesilapan penggunaan kata kerja.
b.      Kegagalan membuat perkaitan antara aras pencapaian dalam aktiviti dan hasil pembelajaran
yang hendak dicapai.
c.       Penulisan hasil pembelajaran tidak secara komprehensif.

b.      Memahami masalah
Setelah masalah kajian telah dikenal pasti, langkah seterusnya ialah memahami dan
mengetahui tentang masalah tersebut secara lebih terperinci. Maklumat perlu di kumpul
dengan menggunakan pelbagai cara untuk mengetahui dan memahami masalah dengan lebih
baik. Antara contohnya ialah dengan mengadakan ujian, temu bual atau menganalisis
dokumen berkaitan seperti rekod kemajuan pelajar, keputusan ujian atau dokumen yang
berkaitan dengan permasalahan kajian yang hendak dijalankan. Setelah maklumat tersebut
telah dianalisis, kita akan dapat mengetahui tentang punca masalah tersebut dan dapat
membuat perancangan tindakan yang lebih sesuai untuk mengatasinya.

Langkah 2: Merancang tindakan


Dalam perancangan tindakan, perkara-perkara berikut boleh dipertimbangkan. Antaranya:
        i.            Tentukan matlamat cadangan tindakan.

      ii.            Mengapa tindakan itu diambil

    iii.            Senaraikan tindakan yang perlu diambil dan nyatakan bentuknya seperti aktiviti, bahan,

tanggungjawab dan tugas.

Perancangan kajian tindakan merupakan pemikiran tentang tindakan-tindakan yang akan


dijalankan bagi masalah yang telah dikenal pasti dan difahami. Langkah-langkah berikut:
                                i.            Menulis penyataan fokus kajian.

                              ii.            Definisikan pemboleh ubah yang berkaitan.

                            iii.            Bentuk soalan kajian.

                            iv.            Jelaskan intervensi atau inovasi atau aktiviti-aktiviti yang dicadangkan.

                              v.            Jelaskan rakan-rakan pengkaji yang akan terlibat.

                            vi.            Jelaskan perundingan yang perlu dijalankan.

                          vii.            Bina garis masa kajian.

                        viii.            Nyatakan sumber-sumber yang boleh dan akan digunakan.

                            ix.            Nyatakan idea-idea tentang pengumpulan data.

                              x.            Nyatakan cara-cara pemantauan perubahan, penilaian perubahan sama ada formatif atau

sumatif.
                            xi.            Nyatakan keperluan-keperluan lain seperti bahan rujukan, kewangan, kemudahan,

kelengkapan, tenaga dan masa.

Sebagai contoh, sekiranya masalah yang hendak dikaji berkaitan dengan ‘pelajar tidak
berminat belajar,’ sudah tentu perkara-perkara yang hendak diketahui lebih lanjut adalah
seperti berikut:
i.
                                             Pelajar manakah yang tidak berminat?
                              ii.            Apakah yang mereka lakukan selain daripada belajar?
                            iii.            Adakah mereka tidak berminat membuat perkara yang sama atau yang berbeza?

                            iv.            Adakah pada masa, topik-topik tertentu atau mata pelajaran tertentu sahaja yang

menunjukkan mereka kurang berminat?


                              v.            Apakah bentuk-bentuk perlakuan yang menunjukkan mereka tidak berminat belajar?

Soalan-soalan di atas boleh membantu menjelaskan lagi bentuk masalah yang dikaji.

Langkah 3: Menjalankan tindakan, iaitu pemerhatian dan analisis data.


Perkara yang dirancang perlu dilaksanakan untuk melihat keberkesanannya. Kumpulan akan
memastikan segala yang dirancang dilaksanakan. Ada pihak yang terlibat dalam
melaksanakan rancangan dan ada pula yang terlibat dalam mengumpul data untuk mengesan
keberkesanan tindakan yang dibuat. Sekiranya apa yang dirancang adalah satu sesi
pengajaran, maka perlu ada ahli kumpulan yang melaksanakan pengajaran yang ada yang
memerhatikan pengajaran untuk mengumpul maklumat yang diperlukan. Terdapat pelbagai
cara boleh dilakukan untuk mengumpul data dan ia bergantung pada keperluan kajian.
contohnya:
                                i.            Bahan-bahan dokumentasi seperti kerja pelajar dalam bentuk projek atau kerja rumah,

minit mesyuarat, rekod kedatangan pelajar, skor ujian bulanan, rekod keputusan peperiksaan
dan sebagainya.
                              ii.            Rakaman video atau audio mengenai pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, luar kelas,

pelaksanaan program kokurikulum.


                            iii.            Nota yang dibuat hasil temu bual dengan pelajar.

                            iv.            Foto dan gambar menunjukkan kegiatan yang dikaji.

                              v.            Catatan buku diari dan nota-nota pelajar.

                            vi.            Ujian bertulis dan soal selidik kepada pelajar.

Langkah 4: Melakukan penilaian dan refleksi.


Refleksi bermaksud melihat sama ada terdapat perubahan dan adakah perubahan tersebut
disokong oleh data yang diperoleh. Guru perlu mengkaji dan meneliti data berkenaan dengan
cermat. Guru perlu membuat analisis dengan menyemak data untuk mencari perkara-perkara
yang di luar jangkaan. Penilaian refleksi boleh dijalankan oleh pengkaji atau bersama rakan
pengkaji melalui perbincangan. Satu proses yang penting dalam tahap ini adalah, refleksi
melibatkan analisis, sintesis, interpretasi, memperjelas dan membuat kesimpulan.
            Brookfield (1995) menyatakan bahawa proses refleksi adalah melibatkan seseorang
itu aktif mengimbas kembali segala permasalahan yang dihadapi dan berusaha
mempertimbangkan segala kemungkinan yang akan berlaku serta bertungkus-lumus mencari
jalan bagi menyelesaikan segala permasalahan tersebut. Oleh itu, refleksi boleh diperjelaskan
bahawa refleksi ialah tindakan yang bertujuan dan berhati-hati melalui penilaian secara
kritikal yang melibatkan pengujian strategi seseorang untuk memberi respons kepada sesuatu
situasi atau tindakan.
            Langkah menilai dan refleksi juga melibatkan pengambilan keputusan tentang apa
yang berlaku seperti melihat semula fokus kajian, kekangan yang terdapat dalam situasi,
pencapaian dan limitasi langkah pada tindakan pertama, mempertimbangkan kesannya
(termasuk kesan yang tidak dijangka dan kesan sampingan), dan mula memikirkan
implikasinya untuk tindakan pada masa depan.

Anda mungkin juga menyukai