Anda di halaman 1dari 10

1

1.0 Pendahuluan

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Islam dibina bagi memenuhi
keperluan Pendidikan Islam secara holistik, bersepadu dan berkembang serta bersifat
autentik selaras dengan keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diperkenalkan
dalam sistem pendidikan negara.

Analisis ini menghuraikan kandungan kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah


berpandukan DSKP berdasarkan bidang-bidang dalam Pendidikan Islam dengan terperinci.
Analisis ini dilaksanakan untuk melihat perkembangan kandungan DSKP. Penulisan ini
difokuskan kepada bidang Ibadah dari tahun satu hingga tahun enam. Selain itu, kajian ini
juga turut dikaitkan dengan cabaran Pendidikan Islam dalam norma baharu pembelajaran
masa kini.

Secara khusus, objektif Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Islam


dalam bidang ibadah ini bertujuan membolehkan murid dapat mengamalkan konsep asas
ibadat sebagai memenuhi tuntutan fardu ain dan fardu kifayah untuk diamalkan secara
istiqomah dalam kehidupan harian.
2

2.0 Analisis Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam

2.1 Tahun Satu

Ibadah Penggal Tajuk Standard Kandungan

1. Air dalam - Memahami bahagian-bahagian air mutlak dan


kehidupan kegunaannya serta mengamalkan adab
penggunaan air dalam kehidupan harian.

2. Kebersihan - Memahami dan mengamalkan konsep beristinjak


amalanku selain daripada air dalam kehidupan harian.
1

Tahun 1
3. Wuduk sempurna - Memahami dan mengamalkan konsep berwuduk
dengan sempurna.

4. Solat tiang - Memahami dan mengamalkan solat fardu.


2 agama

5. Solat sempurna - Memahami dan mengamalkan rukun solat dengan


sempurna.

Analisis :

Bab bersuci merupakan pendidikan awal yang wajib dipelajari oleh setiap murid Islam
Tahun 1 di samping dapat memenuhi tuntutan fardu ain dengan menekankan kemahiran-
kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh individu Muslim. Ini kerana bersuci adalah perkara
utama dalam permulaan kehidupan Muslim kerana menjadi prasyarat penerimaan amal
ibadah.

Bab solat dimulakan dalam sukatan tahun 1 ini juga kerana ia merupakan asas
ibadah seorang muslim. Solat merupakan ibadat yang paling utama dan wajib difahami serta
diamalkan oleh setiap muslim. Maka, sukatan solat ini diajar serta dibimbing sejak dari awal
persekolahan murid-murid lagi.
3

Ibadah Penggal Tajuk Standard Kandungan

1. Diriku bersih - Memahami dan mengamalkan konsep


beristinjak selain daripada air dalam
kehidupan harian.

1 2. Solatku sempurna - Memahami syarat wajib dan syarat sah solat


serta mengaplikasikan dalam kehidupan
Tahun 2 harian.

3. Bacaan wajib - Membaca dan menghafaz bacaan wajib dalam


2 solatku solat.

4. Bacaan sunat - Membaca dan menghafaz bacaan – bacaan


solatku sunat hayyiat dalam solat.

2.2 Tahun Dua

Analisis :

Dalam ibadah tahun dua ini, konsep beristinjak selain dari air dihuraikan untuk memberi
pendedahan berkenaan rukhsah iaitu kemudahan bersuci bagi yang tidak punyai air atau
sedang dalam kesakitan untuk berwuduk bagi menunaikan solat.

Seterusnya, topik berkenaan ibadah solat iaitu rukun Islam yang kedua yang
difardukan ke atas orang Islam yang mukallaf. Dalam topik ini dihuraikan berkenaan syarat
wajib serta syarat sah solat yang menjadi panduan dalam pelaksanaan solat. Selain itu,
huraian berkenaan bacaan wajib dalam solat juga dibincangkan dalam topik ini di samping
menghuraikan bacaan serta hafazan sunat hayyiat dalam solat. Pendidikan solat perlu
dimulakan pada usia awal lagi. Oleh itu, topik ini sesuai diberi pendedahan awal kepada
semua murid-murid.
4

Ibadah Penggal Tajuk Standard Kandungan

1. Bersuci - Merumus konsep bersuci daripada hadas besar


daripada dan mengamalkannya dalam kehidupan harian
hadas. secara beradab dan istiqomah.

2. Solat yang - Menilai perkara yang membatalkan solat dan


Tahun 3
sempurna. mengamalkan solat dengan sempurna.

- Merumus konsep sunat ab’ad dan sunat hayyiat


2 3. Sunat ab’ad serta mengamalkannya dalam solat secara
dan hayyiat. beradab dan istiqomah.

2.3 Tahun Tiga

Analisis :

Dalam analisis bidang ibadah tahun tiga ini, dilihat penekanan berkenaan
bersuci daripada hadas besar turut dihuraikan dengan lebih terperinci lantaran
bersuci itu adalah sesuatu yang wajib di dalam ajaran Islam serta kunci penerimaan sesuatu
ibadat. Topik bersuci ini memfokuskan kepada perbincangan mengenai hadas besar dan
cara untuk bersuci darinya.

Dalam pada itu, penelitian berkenaan solat juga dibincangkan serta difokuskan
kepada perkara-perkara yang boleh membatalkan solat di samping menyatakan konsep
sunat ab’ad dan sunat hayyiat bagi memberi pendedahan yang lebih luas kepada murid-
murid. Tajuk ini sesuai diberikan kepada murid tahun tiga sebagai asas dan panduan dalam
melaksanakan ibadah solat dengan lebih sempurna.

2.4 Tahun Empat


5

Ibadah Penggal Tajuk Standard Kandungan

1. Mari bersuci - Merumus dan mengamalkan konsep bersuci


daripada najis mukhaffafah, mutawasitah dan
mugholazoh dengan betul secara beradab dan
istiqomah.
1

2. Menyambut seruan - Merumus konsep azan dan iqomah serta


Tahun 4
Ilahi mengamalkannya dan menghayatinya secara
beradab dan istiqomah.

2 3. Bulan penyucian - Merumus konsep puasa Ramadhan dan


jiwa menghayatinya secara beradab dan istiqomah.

Analisis :

Bidang ibadah tahun empat menekankan konsep bersuci dengan lebih mendalam iaitu
berkenaan jenis-jenis najis serta cara penyuciannya. Dalam pada itu, topik azan serta
iqamah turut dihuraikan sebagai simbol dan syiar Islam terus berkembang kukuh di dunia ini.

Selain itu, rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa di Bulan Ramadhan dan ia
merupakan satu ibadah yang praktikal serta mengandungi pelbagai syarat dan rukun dalam
pelaksanaannya. Maka, topik ini membincangkan pelaksanaan puasa secara terperinci dan
topik ini tentunya memberi satu pendedahan ilmu yang sangat penting bagi semua murid
Islam.

2.5 Tahun Lima


6

Ibadah Penggal Tajuk Standard Kandungan

1. Tayamum - Merumus dan mengamalkan konsep


tayamum dengan betul secara beradab.

1
2. Solat berjemaah - Merumus konsep solat berjemaah dan
Tahun 5 membentuk mengamalkan serta menghayatinya secara
kekuatan umat beradab dan istiqomah.

- Merumus konsep solat Jumaat dan


2 3. Jumaat penuh mengamalkan serta menghayatinya secara
barakah beradab dan istiqomah.

4. Dua hari raya yang - Merumus konsep solat sunat dua hari raya
mulia dan mengamalkan serta menghayatinya
secara beradab dan istiqomah.

Analisis :

Topik ini memberi pengetahuan kepada murid berkenaan tayamum sebagai rukhsah dalam
melaksanakan ibadah jika mengalami masalah dan boleh dijadikan sebagai ganti wuduk.
Bidang ini juga memberi tumpuan kepada pembahagian solat sunat hari raya di samping
menghuraikan kepentingan solat berjemaah serta solat Jumaat dalam kalangan muslimin
sebagai tanda keteguhan takwa serta perpaduan umat Islam. Setiap topik dihuraikan secara
terperinci dan dikukuhkan dengan dalil naqli berkenaan hukum pelaksanaannya.

Dalam pada itu, pengajaran serta amalan solat sunat dua hari raya juga dihuraikan
bagi memberi pendedahan kepada semua murid. Murid dapat mengamalkannya dengan
ilmu yang diperolehi dengan cara yang betul secara berterusan.

2.6 Tahun Enam


7

Ibadah Penggal Tajuk Standard Kandungan

1. Ibadah puasa - Memahami, melaksanakan dan menghayati


pada bulan puasa di bulan Ramadhan.
Ramadhan

1
2. Solat sunat dua - Memahami, mendirikan dan menghayati solat
Tahun 6 hari raya sunat Aidil Fitri dan Aidil Adha.

3. Solatlah sebelum - Memahami, mendirikan dan menghayati solat


2 kamu disolatkan jenazah.

Analisis :

Semua murid didedahkan ilmu asas dalam fardu ain serta perlu memahami fardu kifayah
sebagai tuntutan kewajipan bagi umat Islam. Topik berkenaan ibadah puasa serta solat
sunat hari raya dihuraikan walaupun topik ini sudah dibincangkan pada tahun-tahun
sebelumnya. Format seperti ini dirancang bagi membuat pengukuhan tentang kepentingan
topik ini.

Dalam pada itu, topik tahun enam ini juga membincangkan berkenaan kepentingan
serta pelaksanaan solat jenazah bagi memberi panduan asas bagi murid dalam menghadapi
tanggungjawab hidup bermasyarakat dengan menunaikan kewajipan fardu kifayah.
8

3.0 Cabaran Pendidikan Islam Dalam Norma Baharu Pembelajaran

Dalam menghadapi ini, guru memainkan peranan yang penting bagi memastikan murid
dapat terus mengikuti pembelajaran agama dengan baik serta berkesan. Contohnya guru
dapat menyediakan modul Pendidikan Islam kepada murid yang tidak mempunyai buku
aktiviti seperti murid pra sekolah. Pentaksiran secara bertulis dengan penyemakan modul
yang telah disiapkan oleh murid dapat memberi satu kesedaran kepada guru mengenai
tahap penguasaan murid dan guru dapat mempelbagaikan strategi pembelajaran.

Selain itu, guru juga mahir dalam memberi pendedahan ilmu serta pengukuhan
pengetahuan berbentuk tugasan dalam talian seperti video pembelajaran, kuiz secara online
dan sebgainya. Pentaksiran yang dapat dilakukan adalah berbentuk pemerhatian. Guru juga
dapat memberi tugasan berbentuk praktikal seperti latihan amali wuduk, membuat video
tayamum, pergerakan solat dan sebagainya. Bagi pentaksiran berbentuk lisan pula, guru
boleh melaksanakan tasmik bacaan al-Quran dan Iqra’ serta bacaan dalam solat sebagai
contohnya. Pembelajaran kendiri juga dapat dilakukan dalam kalangan murid seperti
membuat diari Ramadhan, buku skrap solat dan sebagainya. Guru boleh menilai tahap
penguasaan murid dalam subjek Pendidikan Islam melalui pelbagai pendekatan
pembelajaran ini.

4.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, melalui pengetahuan dan pemahaman tentang konsep ibadah, individu
dapat menghayati, memahami dan mengerjakan amal ibadah dengan betul dan sempurna.
Pengetahuan ini perlu diberi pendedahan serta diasuh sejak dari awal perkembangan anak-
anak lagi. Pelbagai bidang dalam Pendidikan Islam yang telah disusun dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) ini bertujuan untuk melahirkan individu yang serba
lengkap sama ada dari segi rohani dan jasmani mahupun dari segi material atau sosial bagi
mencapai kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Proses pendidikan Islam ini akan membentuk
serta mengembangkan aspek-aspek kesempurnaan manusia yang mencakupi fizikal,
rohani, mental dan sosial menurut pembentukan rabbani bagi melahirkan insan kamil dan
individu yang bertaqwa.
9

5.1 Rujukan

Abd Aziz Yusof. (2013). Pengurusan Pendidikan Islam, Mekanisme Transformasi Ummah.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Ishak. (2000). Perkembangan pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Ahmad Mohd. Salleh. (2011). Kurikulum Metodologi Dan Pedagogi Pengajian Islam: KPLI

Pengajian islam & j-QAF (Edisi Kedua). Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Al-Ghazali. (2013). Mutiara Ihya Ulumuddin. (Al-Syeikh Muhammmad Jamaluddin Al-Qasimi

Ad-Dimasqi. Terj.). Shah Alam: Illusion Network.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

(DSKP) Pendidikan Islam Tahun 3. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Bahagian Pembangunan Malaysia. (2019). Pentaksiran Bilik Darjah. Kementerian


Pendidikan

Malaysia.

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam

Tingkatan 1-5. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.

Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam: kaedah pengajaran dan

pembelajaran. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM.

Putrajaya: Bahagian Perkembangan Kurikulum KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah.

Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Noor Hisham Md Nawi. (2011). Konsepsualisasi semula kurikulum pendidikan Islam.


Tanjung

Malim Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Othman, L., Siti Esah, M., Ahmad Fuaad, D., Azali, R., & Omar Hisham, B. (2013).
Pembinaan
10

standard pentaksiran berasaskan sekolah bagi sekolah rendah di Malaysia. Tanjung


Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Anda mungkin juga menyukai