Anda di halaman 1dari 45

EDUP2132:

GURU DAN PROFESIONALISME GURU

4. PEMBANGUNAN
PROFESONALISME GURU

OLEH:
DR. MASHIRA BINTI YAHAYA
IPG KAMPUS DARULAMAN
KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFSESSIONAL
(PLC)
Definisi: PLC

Merujuk kepada para pendidik yang komited


dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan
dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan
untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk
murid-murid mereka.
Rosenholtz,(1989); Little & McLaughlin, (1993) dan
DuFour, Eaker, & Many (2006)
Definisi: PLC

Merujuk kepada para pendidik yang komited dan


bekerja secara kolaboratif serta berterusan
dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan
untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk
murid-murid mereka.

Rosenholtz,(1989); Little & McLaughlin, (1993) dan


DuFour, Eaker, & Many (2006)
KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFSESSIONAL
(PLC)
PEMBUDAYAAN
KOMUNITI PEMBELAJARAN
PROFESIONAL
(PLC)

Surat Siaran KPM: Pelaksanaan PLC di sekolah


Tarikh: 3 Disember 2015
No Ruj: KP(BPG)9094/600/3/5 Jld. 5 (95)
Aktiviti
PPB

Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan KPM (2014:32)


Tujuan PLC
Mantapkan amalan instruksional

Tingkatkan pembelajaran murid

Hasil positif pada murid


Tayangan video

Apakah idea-idea utama yang


dipaparkan dalam video?
3 Idea Utama

IDEA
• Memastikan Semua • Membina Budaya •UTAMA
Fokus
IDEA
Murid Belajar IDEA
Kolaboratif Outcome Murid
UTAMA UTAMA #3
#2 #3

1 2 3

Source : DuFour (2004)


4 Soalan Kritikal

• Apakah aspek yang kita ingin murid belajar? (fokus)


1

• Bagaimana kita tahu yang mereka sedang belajar? (inkuiri)


2

• Bagaimana kita respon sekiranya mereka tidak belajar? (inovasi)


3

• Bagaimana kita respon sekiranya mereka belajar? (impak)


4

Source : DuFour (2004)


PROSES PELAKSANAAN PLC

7. 1. BINA
PENAMBAHBAIKAN KUMPULAN

2.TENTUKAN
6. REFLEKSI FOKUS

5. PRAKTIS 3. INKUIRI

4. INOVASI
Alat Kolaboratif

Learning Lesson Peer


Walk Study Coaching

Teacher
Action Video
Sharing
Research Critique
Session

Data Analysis Book Club sebagainya


Matriks Pelaksanaan PLC
PROTOKOL PENGGUNAAN ALAT KOLABORATIF
PROSES
TAHAP PELAKSANAAN SOALAN-SOALAN KRITIKAL TEACHERS
PLC PEER LEARNING
LESSON STUDY SHARING
COACHING WALK
SESSION

BINA KUMPULAN Siapakah ahli? Adakah secara sukarela? FORM LESSON


Perlukan gunakan struktur sedia ada spt STUDY GROUP
panitia?
PLAN
TENTUKAN FOKUS Bgm fokus ditentukan? Apakah data awal
digunakan? Bgm LW P/GB dapat bantu DECIDE GOAL FOR
fokus? Perlukah rujuk dokumen lain untuk LESSON
tentukan fokus?

INKUIRI Bagaimaa inkuiri dibuat? Adakah hanya pre &


post sahaja merupakan kaedah membuat
inkuri?

INOVASI Apakah inovasi yang sesuai? Bgm gunakan DEVELOP


inovasi utk sasaran murid yang berbeza? Di LESSON PLAN
mana sumber rujukan inovasi? Bagaimana
adopt and adapt inovasi? Bagaimana ukur
keberkesanan inovasi?

DO PRAKTIS Bagaimana melaksanakannya? Apakah isu TEACH & OBSERVE


yang akan dihadapi? Bgm tanganinya? Bgm
kumpul data keberkesanan inovasi semasa
melaksanakannya?

CHECK REFLEKSI What works and what didn’t work? REFLECT &
What are the small wins? EVALUATE LESSON

ACT PENAMBAHBAIKAN Apakah yang akan diubah? Bgm REVISE LESSON


penambahbaikan akan dilaksanakan? PLAN
Whats next?
RUMUSAN
Menjelaskan Konsep PLC dalam meningkatkan
profesionalisme guru dan dikaitkan dengan TS25

Mengenal pasti Proses pelaksanaan PLC

Menyenaraikan Alat-alat Kolaboratif PLC

Mengenal pasti elemen-elemen Matriks


Pelaksanaan PLC

Menyediakan Tindakan pelaksanaan PLC


PEMBANGUNAN PROFESIONALISME
BERTERUSAN
PEMBANGUNAN PROFESIONALISME
BERTERUSAN
TAKRIFAN: Pengalaman pembelajaran guru dan pemimpin
sekolah melalui pelibatan secara formal dan tidak formal
dalam pelbagai aktiviti PPB sepanjang kerjaya untuk
peningkatan pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan
amalan nilai serta ciri-ciri profesional yang berkaitan bagi
meningkatkan kualiti pendidikan untuk memenuhi keperluan
pendidikan abad ke-21.

(Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan KPM


Edisi 2014)
PEMBANGUNAN PROFESIONALISME
BERTERUSAN
Matlamat PPB adalah untuk membangunkan kompetensi
profesional ke arah memantapkan atribut yang dihasratkan agar
guru dan pemimpin sekolah dapat melaksanakan peranan dan
tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan dengan lebih
berkesan dan cemerlang secara berterusan. Hal ini penting bagi
melahirkan modal insan yang holistik selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN
Kompetensi Profesional

Pembangunan kompetensi profesional, melibatkan dimensi nilai profesional,


pengetahuan dan kemahiran.

Sepanjang tempoh perkhidmatan guru dan pemimpin sekolah perlu memperoleh,


menguasai pengetahuan dan kemahiran baharu serta meningkatkan amalan nilai
profesional.

Nilai profesional menjadi tunjang pembangunan kendiri kerana nilaI merupakan unsur
kritikal untuk memupuk dan memantapkan jiwa guru dan pemimpin sekolah sebagai
pendidik.

Guru dan pemimpin sekolah yang berjiwa pendidik akan sentiasa menjunjung etika
keguruan dan mempunyai integriti profesional yang tinggi dalam melaksanakan
tanggungjawabnya untuk meningkatkan keberhasilan murid.
PEMBANGUNAN PROFESIONALISME
BERTERUSAN
Seiring dengan amalan nilai profesional, guru dan pemimpin sekolah hendaklah memperluas,
mendalami, dan meningkatkan penguasaan pengetahuan dan kemahiran sedia ada serta baharu
sehingga tahap tinggi selaras dengan tugas dan tanggungjawab.

Penguasaan kompetensi ini bertujuan agar guru dapat memberikan penekanan kepada amalan
pedagogi terbaik dalam bilik darjah bagi memastikan PdP dilaksanakan secara inovatif,
menyeronokkan dan berkesan.

Bagi pemimpin sekolah, penekanan adalah kepada pengukuhan dan pemantapan amalan
kepimpinan dan pengurusan pendidikan dalam organisasi masing-masing.

Kompetensi guru memberikan fokus kepada pelaksanaan PdP, manakala kompetensi pemimpin
sekolah pula memberikan fokus kepada kepimpinan Pendidikan.
KEPENTINGAN PEMBANGUNAN
PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPB)
PPB adalah penting bagi memastikan guru dan pemimpin sekolah kekal relevan
sebagai pendidik profesional yang dapat meningkatkan kualiti pendidikan secara
tekal dan berterusan ke arah pencapaian kualiti pendidikan setaraf negara
berpencapaian tinggi dalam bidang pendidikan. Pelibatan guru dan pemimpin
sekolah dalam aktiviti PPB akan dapat:

• meningkatkan keberhasilan murid bagi memenuhi keperluan pasaran tenaga


kerja abad ke-21;

• memperoleh pengalaman baharu melalui aplikasi pengetahuan dan kemahiran


yang terkini;
KEPENTINGAN PEMBANGUNAN
PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPB)
• meningkatkan prestasi dan produktiviti kerja yang memaksimumkan pulangan
pelaburan;

• membangunkan kompetensi, potensi, bakat dan kualiti diri setaraf guru di


negara berpencapaian tinggi dalam bidang pendidikan;

• meningkatkan kapasiti pembelajaran kendiri dan pembelajaran sepanjang hayat


supaya dapat memberikan sumbangan secara berterusan dan berkesan; dan

• memenuhi kepuasan kendiri melalui peningkatan imej profesional dan kemajuan


kerjaya.
AKTIVITI PEMBANGUNAN PROFESIONALISME
BERTERUSAN (PPB)
KITARAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPB)
PEMBELAJARAN
SEPANJANG HAYAT
Konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat

 Konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat dan


konsep penerokaan ilmu bukanlah perkara
yang baru diperkatakan, tetapi konsep
tersebut telah wujud sejak zaman berzaman
yang dibuktikan melalui penciptaan pepatah
petitih dalam setiap masyarakat.
PENGENALAN
 Pepatah Melayu yang menyebut 'Menuntut ilmu dari buaian
hingga ke liang lahat' berrnaksud keperluan menuntut ilmu
sepatutnyatidak berhenti sehingga kita meninggal dunia.

 Menggambarkan bahawa pencarian ilmu adalah suatu tuntutan


yang sepatutnya ditunaikan bermula dari awal kehidupan
seseorang insan sehinggalah insan tersebut
meninggalkan dunia yang fana ini.

 Pepatah tersebut mencerminkan Pembelajaran Sepanjang Hayat


telah diilhamkan lebih awal oleh nenek moyang kita yang
terdahulu.
KONSEP PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH)

 Basil Yeaxlee & Edward Lindman (1926)


Pendidikan merupakan aspek yang berterusan
dalam kehidupan seharian manusia.

 PSH bermaksud motivasi kendiri ke arah


pencarian dan peningkatan ilmu secara
sukarela berdasarkan keperluan personal
atau profesional

34
CONTOH PROGRAM PSH..

Menghadiri seminar & bengkel

Menyertai kursus pendek & kursus panjang

Mengadakan lawatan ke sekolah & lawatan penandaarasan

Aktif dalam pertubuhan & persatuan akademik : persatuan Sejarah, Persatuan


Geografi.

Setiap guru perlu mempunyai pelan pembelajaran kendiri yang perlu direbut
dalam usaha meningkatkan ilmu & pengetahuan
35
 PSH bermaksud aktiviti pelajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan sepanjang hayat khususnya orang dewasa.

 PSH bermanfaat kepada individu:

membaiki kehidupan seseorang


menerusi peningkatan kemahiran
kerja

penambahan ilmu
pengetahuan

penambahbaikan
sahsiah diri
36
BUDAYA MEMBACA

BUDAYA
MENYELIDIK
 Dalam konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat, kita tidak lagi
membataskan pencarian ilmu menurut masa dan tempat,
iaitu hanya melalui pembelajaran pada waktu kanak-kanak
yang berlaku di bilik-bilik darjah semata-mata.

 Sebaliknya pembelajaran perlu berlaku sepanjang hayat


dalam pelbagai situasi, tambahan dengan perkembangan
teknologi maklumat dan komunikasi pada hari ini pencarian
ilmu bukanlah sesuatu yang mustahil.
 Pembelajaran Sepanjang Hayat memerlukan guru-guru bersiap
sedia dengan pelan pembelajaran peribadi yang antaranya adalah
seperti yang berikut:

(a) Pembelajaran di Rumah dianggap sebagai pembelajaran secara


tidak formal.
 Pembelajaran di rumah biasanya dikendalikan oleh ibu bapa atau
tutor.
 Pembelajaran boleh berlaku melalui pengawasan sesuatu pihak
yang menyediakan kurikulum yang telah diluluskan.
 Pada masa sekarang terdapat beberapa program pendidikan
yang boleh berlangsung di rumah, antaranya pembelajaran
melalui talian atau dikenali sebagai online learning (OLL) .
 OLL merupakan suatu pendekatan yang membolehkan
seseorang meneruskan pengajian tanpa perlu berada di
kolej atau universiti untuk berinteraksi secara bersemuka
dengan guru atau pensyarah.

 Pembelajaran berbantukan modul juga semakin terkenal


pada hari ini dan banyak membantu pelajar mencapai
kejayaan dalam bidang akademik.
 Pendidikan Dewasa berupa proses pembelajaran dalam
kalangan dewasa melalui kursus-kursus atau program-program
pengajian lanjutan sama ada di kolej atau universiti.

 Peluang meningkatkan ilmu turut berlaku di tempat-tempat


kerja yang kerap dirujuk sebagai Latihan Pembangunan Staf
(LPS) untuk meningkatkan tahap kecekapan dan kompetensi
dalam kerjaya masing-masing.

 Pembelajaran dalam kalangan dewasa yang telah bersara


lebih tertumpu kepada pengajian agama dan pembelajaran
ini berlaku di masjid atau surau. Kalangan pesara kerap
menghadiri kelas membaca al-Quran dan tajwid, bahasa Arab,
terjemahan dan pelbagai bidang agama yang dirasakan tidak
berpeluang dipelajari oleh mereka ketika usia muda.
 Pendidikan Berterusan hampir serupa dengan konsep
Pendidikan Dewasa yang lebih tertumpu kepada usaha
seseorang untuk menyambung pengajiannya di sesebuah kolej
atau universiti untuk memperoleh sijil, diploma atau ijazah
lanjutan sama ada secara sepenuh masa atau secara sambilan.

 Pendidikan berterusan merupakan peluang kepada seseorang


untuk mencapai pendidikan yang lebih tinggi.

 Di Malaysia pendidikan berterusan semakin menarik minat ramai


graduan.

 Bilangan yang memiliki ijazah kedua (Sarjana) dan ijazah ketiga


(Ph.D) bertambah pada setiap tahun.
 Pengetahuan pekerja menjadi kayu pengukur terhadap
pengetahuan dan keupayaan seseorang dalam bidang
pekerjaan yang sedang dijalankan oleh mereka.

 Seseorang guru perlu meneroka bidang kerjaya mereka yang


berkaitan dengan pengetahuan pedagogi (pedagogical content
knowledge) kandungan mata pelajaran (subject content
knowledge), psikologi murid dan perkara-perkara yang
melibatkan pengurusan bilik darjah.

 Sehubungan itu, kajian tindakan ialah satu cara yang


membolehkan guru mendalami profesion keguruan sehingga
mampu memperkenalkan teknik dan kaedah terkini dalam
melonjakkan sistem pendidikan negara.
 Persekitaran Pembelajaran Kendiri (PPK) berupa suasana
sistem pembelajaran yang memerlukan pelajar mengurus dan
mengawal pembelajaran sendiri.

 Pelajar perlu memahami dan menentukan matlamat pembelajaran,


menguruskan pembelajaran sendiri dan bersedia berinteraksi dengan pihak
lain dalam memastikan proses pembelajaran mencapai matlamat.

 Pengalaman belajar secara formal dan tidak formal merupakan


gabungan yang menyempurnakan sesuatu persekitaran pem-
belajaran kendiri.

 Pelajar perlu memiliki kemahiran sosial yang membolehkan mereka


berhubung dengan pihak lain dalam usaha perkongsian ilmu dan merentas
sempadan institusi untuk memperoleh pelbagai sumber. Konsep
Pembelajaran Sepanjang Hayat menerusi PPK adalah sesuatu yang baru dan
selaras dengan itu konsep e-learning yang diperkenalkan.
Budaya Menyelidik
 Budaya menyelidik dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya kalangan guru
masih belum menyeluruh.

 Penyelidikan merupakan salah satu aktiviti yang sangat berkesan dalam


Pembelajaran Sepanjang Hayat memadangkan menerusi penyelidikan kita mula
berfikir, merancang, melakukan tinjauan dengan membaca pelbagai bahan terutama
hasil dapatan kajian pihak lain, menyediakan item- item soalan, menganalisis dan
menulis laporan.

 Proses menyelidik mendorong ke arah pemikiran yang tinggi sehingga ke peringkat


analisis dan melatih kita menjadi lebih peka dan berpemikiran kritis.

 Selain itu, penyelidikan membolehkan kita mencungkil pelbagai perkara baharu


yang membolehkan kita mencadangkan sesuatu tindakan yang lebih tekini dan
sesuai.

Anda mungkin juga menyukai