Anda di halaman 1dari 11

NAMA: NOR AISYAH BINTI BIRKAMSIN

NO. PELAJAR: DPI20150085

TUGASAN AL-QURAN DAN TAJWID

Tulis 3 artikel berkenaan 3 topik berikut:

1. Pengumpulan Al-Quran pada zaman Rasulullah s.a.w


2. Penulisan Al-Quran pada zaman Uthman bin Affan r.a.
3. Perbezaan dalam pembacaan sabʹatu ahruf.

TAJUK 1: PENGUMPULAN AL-QURAN PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W

Allah telah menurunkan Al-Quran kepada manusia sebagai panduan hidup di akhir zaman
hinggalah ke hari kiamat. Al-Quran ini diturunkan melalui perantaraan malaikat Jibril a.s.
kepada Rasulullah s.a.w sebagai utusan Allah kepada umat manusia, dalam menyampaikan
ajaran dan hukum-hukum NYA. Rasulullah telah menyempurnakan tugasnya sebagai
penyampai risalah Allah dengan mengajarkan Al-Quran kepada para sahabat r.a dan
mewariskan mereka dengan Al-Quran itu dalam dada dan amalan mereka.

Para sahabat pula meneruskan tugas ini dengan mengajarkan Al-Quran kepada para
tabi’ien selepas mereka, kemudian mewariskan Al-Quran kepada kita dalam bentuk tulisan
untuk menjaga Al-Quran itu dari terus luput dari dada (hafazan) umat Islam. Walaupun Al-
Quran itu telah disusun dalam bentuk tulisan oleh Saidina Uthman r.a., beliau tidak
mengabaikan sunnah penyampaian Al-Quran yang mestilah diwarisi terus dari mulut ke
mulut. Dalam menjaga kesahihan bacaaan Al-Quran, Mushaf Al-Quran yang ditulis tangan
pada permulaan Islam, telah dikirimkan bersama guru-guru untuk mengajarkan bacaannya
ke negeri-negeri umat Islam pada masa itu. Begitulah berkembangnya penyampaian Al-
Quran yang diwarisi dari generasi ke generasi sehinggalah sampai kepada kita pada hari ini.

Pembacaan Al-Quran itu adalah suatu ilmu yang diwarisi secara turun-temurun secara mulut
ke mulut, bermula dari Nabi kita Muhammad s.a.w yang menerima bacaannya dari malaikat
Jibril a.s. Kemudian Rasulullah s.a.w mewariskan pembacaan tersebut kepada para
sahabat. Kemudian dari merekalah Al-Quran itu diwarisi secara musyafahah (mulut ke
mulut) serta dipelihara keaslian dan ketetapan bacaannya sampai kepada kita hari ini.

Al-Quran diturunkan pertama kali kepada Nabi Muhammad SAW pada 17 Ramadhan iaitu
ketika Nabi berusia 41 tahun. Wahyu yang turun pada waktu itu adalah surah Al-Alaq ayat 1
- 5, ketika Nabi sedang berada di Gua Hira’. Wahyu terakhir Nabi Muhammad s.a.w ialah
surah Al-Maidah ayat 3, ketika Nabi sedang melakukan haji Wada’.

Usaha-usaha pemeliharaan Al-Quran dari terus luput ditelan zaman, telah dilakukan sejak
zaman Rasulullah s.a.w lagi. Rasulullah telah melantik penulis wahyu di kalangan sahabat.
Antara penulis-penulis wahyu itu adalah seperti berikut:

1) Abu Bakar r.a 3) Uthman bin Affan


2) Umar bin Al-Khattab 4) Ali bin Abi Talib

1
5) Abban bin Sa’id 8) Khalid bin Al-Walid
6) Ubay bin Ka’ab 9) Zaid bin Thabit
7) Thabit bin Qais 10) Muawiyah bin Abi Sufyan

Cara pengumpulan Al-Quran pada zaman Rasulullah s.a.w adalah melalui dua cara berikut:
1) Hafazan : oleh para sahabat yang begitu ramai (mutawattir)
2) Tulisan : Al-Quran ditulis oleh penulis wahyu yang dilantik oleh Rasulullah

Penulisan Al-Quran pada zaman Rasulullah s.a.w tertumpu kepada penyusunan surah dan
ayat secara sistematik. Penyusunan ayat dan kedudukan surah ini adalah wahyu dari Allah
kepada Rasulullah dan baginda sendiri yang menunjukkan kedudukan ayat-ayat dan surah-
surah Al-Quran kepada para sahabat. Perkara ini disebut dalam sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Uthman bin Affan r.a katanya:

Maksudnya: “Apabila diturunkan suatu (ayat), Rasulullah s.a.w akan menyuruh penulis-
penulis wahyu-NYA menulis ayat tersebut. Maka baginda akan mengatakan: letakkan ayat-
ayat ini dalam surah yang ada menyebut tentang perkara yang begitu dan begini. Dan
apabila diturunkan suatu ayat, maka baginda akan mengatakan: letakkan ayat tersebut
dalam surah yang ada menyebut perkara itu dan ini”. (Hadis ke-668 Sunan Abu Daud dan
ke-3011 Jamik at-Tirmizi, kata Imam Tirmizi, hadis ini hassan lagi sahih)

Pada zaman Rasulullah s.a.w, Al-Quran telah ditulis di pelepah kurma, papan batu, belikat
dan belulang binatang, dan lain-lain. Apabila Rasulullah s.a.w wafat, Al-Quran itu kekal
terpelihara dalam bentuk hafazan dalam dada para sahabat dan tulisan yang sempat ditulis
pada lembaran-lembaran yang telah disebutkan tadi. Ketika itu, penulisan ayat Al-Quran
masih berserakan dan tidak terkumpul dalam satu mushaf seperti sekarang. Namun
demikian semuanya telah ditulis dan mencakup tujuh huruf.

Untuk menghindari tercampurnya Al-Quran dengan yang lain (seperti hadis), maka
Rasulullah memerintahkan kepada para sahabat untuk tidak menuliskan sesuatu selain Al-
Quran. Hal ini sebagaimana hadis yang diriwayatkan Imam Muslim dari Abu Sa’in Al Khudri
r.a, bahawasanya Rasulullah bersabda : “Janganlah kalian tulis sesuatu dariku. Dan barang
siapa yang telah menulis dariku selain Al-Quran hendaklah dihapus”.

Ada beberapa sebab mengapa pada zaman Rasulullah s.a.w Al-Quran belum ditulis dan
dibukukan menjadi satu mushaf, di antaranya:

1) Para penghafal di kalangan sahabat masih banyak jumlahnya,


2) Nabi masih selalu menunggu akan turunnya wahyu dari waktu ke waktu,
3) Kemungkinan adanya ayat Al-Quran yang me’nasakh’ (memansuhkan) beberapa
ketentuan hukum yang telah turun sebelumnya.

PENULISAN AL-QURAN PADA ZAMAN KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ R.A

Walaupun lembaran-lembaran Al-Quran yang ditulis itu telah lengkap ditulis kesemuanya
semasa zaman Rasulullah s.a.w, tetapi ia terpisah-pisah dan tidak terkumpul dalam satu
mushaf. Setelah Rasulullah s.a.w wafat, telah berlaku perang Yamamah. Perang ini berlaku
pada penghujung tahun 11 Hijrah ketika pemerintahan Khalifah Saidina Abu Bakar as-

2
Siddiq. Peperangan ini adalah peperangan yang memerangi orang-orang murtad dan orang
Islam yang enggan membayar zakat. Ramai penghafaz Al-Quran (Huffaz) telah mati syahid
iaitu lebih kurang 70 orang. Perkara ini membimbangkan Umar bin al-Khattab.

Kebimbangan tentang hilangnya para Huffaz di kalangan sahabat, seterusnya mencetuskan


usaha pengumpulan Al-Quran. Ini diceritakan oleh Zaid bin Thabit, katanya: (berikut
ringkasan cerita itu).

Kerisauan Umar bin al-Khattab tentang banyaknya Huffaz yang mati syahid dalam perang
Yamamah, telah membuatkan Umar memberi cadangan kepada Abu Bakar as-Siddiq
supaya Al-Quran dikumpulkan, ditulis dan dibukukan. Beliau (Umar) bimbang akan gugur
ramai lagi di kalangan mereka di tempat-tempat lain, maka pasti akan hilang ramai
penghafaz Al-Quran. Pada mulanya, Abu Bakar menolak cadangan Umar dan Umar
berkata: “Adakah kamu hendak melakukan sesuatu yang Rasulullah s.a.w tidak pernah
lakukan?” dan Umar menjawab: “Insha Allah perkara ini baik”. Umar berulangkali menemui
Abu Bakar sehingga Allah melapangkan hati Abu Bakar untuk melakukan perkara ini dan
Abu Bakar berpendapat sama seperti Umar.

Kemudian Abu Bakar berkata kepada Zaid bin Thabit: “Wahai Zaid, kamu adalah orang
muda yang pintar dan kami berdua (Umar dan Abu Bakar) tidak pernah menganggap kamu
melakukan kejahatan dan kamu juga adalah penulis wahyu ketika Nabi s.a.w masih hidup,
maka, aku memerintahkan kamu, carilah dan kumpulkanlah Al-Quran.

Zaid pun pada mulanya menolak cadangan ini. Kata Zaid:”Jika kamu semua memerintahkan
aku memindahkan mana-mana bukit tidaklah ianya suatu yang berat untuk aku pikul
berbanding dengan bebanan untuk mengumpulkan Al-Quran ini”. Zaid berkata lagi: “Adakah
kamu hendak melakukan sesuatu yang Rasulullah s.a.w tidak pernah lakukan?” dan Abu
Bakar menjawab: “Insha Allah perkara ini baik”. Abu Bakar berulangkali menemui Zaid
sehingga Allah melapangkan hati Zaid untuk melakukan perkara ini sama seperti Allah
melapangkan hati Abu Bakar dan Umar.

Maka Zaid pun mencari mereka yang ada menyimpan Al-Quran dan mengumpulkan Al-
Quran yang tertulis pada pelepah tamar, kulit, tulang, batu dan hafalan daripada penghafaz-
penghafaznya. Zaid meneruskan pengumpulan Al-Quran bukan dengan hafalannya sahaja
tetapi disemak dengan sumber hafalan sahabat yang lain dan sumber tulisan yang ditulis
pada zaman Rasulullah s.a.w. Zaid sungguh teliti dan berhati – hati dalam melakukan
kerjanya hinggakan Zaid memperoleh ayat akhir surah at-Taubah hanya dari Abi Khuzaimah
al-Ansori yang tidak diperolehi dari sahabat yang lain. Iaitu dari ayat ‫لقد جاءكم رسول من‬
‫ أنفسكم عزيز عليه ما عنتم‬hinggalah ke akhir at-Taubah.

Setelah selesai pengumpulan Al-Quran yang dilakukannya, beliau menyerahkannya kepada


khalifah Abu Bakar dan Abu Bakar menyimpan baik-baik mushaf ini sehingga wafat. Setelah
Abu Bakar wafat, mushaf ini diserahkan kepada Umar dan setelah Umar wafat, mushaf ini
diserahkan pula kepada anak perempuan Umar iaitu Hafsah. Untuk pengetahuan Hafsah
juga merupakan isteri Rasulullah s.a.w.

[1167 patah perkataan]

3
TAJUK 2: PENULISAN AL-QURAN PADA ZAMAN UTHMAN BIN AFFAN R.A.

Semasa zaman pemerintahan Uthman bin Affan, Islam telah tersebar luas ke banyak
tempat. Para sahabat r.a yang mengajar dan menghafazkan Al-Quran kepada umat Islam di
segenap ceruk rantau, ada yang mengajar Al-Quran secara satu atau dua qiraat sahaja
daripada tujuh perbezaan bacaan (qiraat) yang dibenarkan oleh Rasulullah s.a.w. Maka
lama-kelamaan timbullah kecelaruan dalam fahaman umat Islam tentang mana satukah
qiraat yang benar atau mana satukah qiraat yang lebih hebat daripada yang lain.

Pertikaian ini menjadi semakin hebat, sehingga masing-masing menganggap qiraat mereka
sahajalah yang betul dan qiraat orang lain adalah salah sehingga menimbulkan
persengketaan sesama mereka.

Usaha pengumpulan Al-Quran dan salinan semula Al-Quran daripada mushaf yang
disimpan oleh Hafsah menjadi suatu yang serius pada pemerintahan Khalifah Uthman bin
Affan r.a. Faktor-faktor yang menjadi pendorong terkumpulnya Al-Quran pada ketika itu
adalah seperti berikut:

1) Wujudnya mushaf peribadi para sahabat r.a

Di kalangan para sahabat r.a itu, ada yang menulis Al-Quran untuk rujukan dan
simpanan mereka sendiri. Antara mushaf yang masyhur adalah mushaf Abdullah
ibnu Mas’ud, mushaf Ubay bin Ka’ab, mushaf Abu Musa Al-Asy’ari, mushaf al-
Miqdad bin ’Amr dan lain-lain lagi.

Sesetengah mushaf peribadi ini ditambah dengan catatan mereka (para sahabat)
tentang maksud atau peringatan sesuatu ayat. Ada juga antara mushaf itu yang
terputus dan tidak lengkap susunan ayat-ayatnya atau surah-surahnya.

Perkara ini berlaku kerana Al-Quran itu diturunkan kepada Rasulullah s.a.w dalam
tempoh 23 tahun. Oleh itu tidak semua sahabat dapat mengikuti perkembangan
penurunan ayat kepada Rasulullah s.a.w dan ada juga yang tidak sempat
memperolehinya terus daripada Rasulullah s.a.w atau sahabat yang lain. Setelah
sempurna penulisan semula Al-Quran, Saidina Uthman mengarahkan supaya semua
mushaf lain dimusnahkan bagi menyatukan umat Islam di bawah satu mushaf
sahaja.

Perkara ini diceritakan oleh Anas bin Malik seperti berikut:


Maksudnya: “Setelah selesai (Saidina Uthman) menulis Al-Quran beliau telah
menulis surat kepada sahabat-sahabat yang lain yang menjadi wakil beliau di setiap
pelosok: “Aku telah melakukan begitu dan begini (mengumpul dan menulis
keseluruhan Al-Quran), setelah itu aku musnahkan apa (mushaf) yang aku ada,
maka hendaklah kamu juga musnahkan apa (mushaf) yang ada pada kamu”.
(Direkod dalam kitab Jami’ul Bayan oleh at-Tobari, jilid 1, ms:20)

4
2) Perbezaan Qiraat yang membawa kepada pertikaian Umat Islam

Walaupun terdapat keringanan (rukhsah) dalam perbezaan cara bacaan Al-Quran,


hal ini telah mencetuskan pertikaian di kalangan umat Islam selepas baginda s.a.w
wafat. Ini berlaku kerana, apabila mereka mempelajari satu jenis Qiraat Al-Quran,
masing-masing menganggap qiraat mereka sahajalah yang betul dan qiraat orang
lain adalah salah. Hal ini hingga ke tahap kafir-mengkafirkan sehingga menimbulkan
persengketaan sesama mereka.

Perbezaan Qiraat ini lama-kelamaan menimbulkan kecelaruan di kalangan umat


Islam walaupun mereka berada di Madinah dan Saidina Uthman masih hidup. Jika
Ini belum dikira lagi kecelaruan yang berlaku di tempat-tempat jajahan Islam yang
lain yang terletak jauh dari Madinah.

Abu Ayyub meriwayatkan bahawa Saidina Uthman r.a. pernah berkhutbah, katanya:

Maksudnya: “Kamu berselisihan (sedangkan aku) di sisi kamu, dan saling


menyalahkan bacaan (sesama kamu), maka bagaimanakah keadaan mereka
(saudara kita) yang berada jauh dariku di negeri-negeri umat Islam, (sudah tentu)
lebih dahsyat perselisihannya dan kesalahan bacaannya, maka (ayuh) bersatulah
kita wahai umat Muhammad, dan tulislah (satu mushaf yang) akan menjadi Imam
(induk bagi kita) ”.
(Direkod dalam kitab Jami’ul Bayan oleh at-Tobari, jilid 1, ms:20)

Bertitik tolak dari pertikaian bacaan yang menimbulkan persengketaan inilah, usaha
pengumpulan Al-Quran pada zaman Saidina Uthman mempunyai objektif yang
sedikit berbeza iaitu untuk menyeragamkan Al-Quran pada satu mushaf sahaja.
Kemudian Al-Quran yang disalin sebanyak 7 salinan itu dikirimkan ke jajahan Islam
yang lain. Resam Uthmani meraikan perbezaan bacaan “Sab’atu Ahruf” yang ada
dan usaha ini bukan calang-calang pekerjaan, memerlukan usaha menyeluruh dan
tekun daripada sahabat seperti Zaid bin Thabit (wafat 45H), Abdullah bin Zubair
(wafat 73H), Sa’id bin Al-’As (wafat 58H) dan ’Abdur Rahman bin Harith bin Hisyam
(wafat 43H)

Anas bin Malik radiallahu ‘anhu menceritakan:

‫يجا َن َم َع أَهْ ِل‬ َ ‫ازي أَهْ َل ال َّشأْ ِم فِي َف ْت ِح إِرْ مِي ِن َي َة َوأَ ْذ َر ِب‬ َ ‫ان َو َك‬
ِ ‫ان ي َُغ‬ َ ‫ان َق ِد َم َعلَى ع ُْث َم‬ َ َّ‫أَن‬
ِ ‫حُذ ْي َف َة ب َْن ْال َي َم‬
‫ِين أَ ْد ِركْ َه ِذ ِِ اُأ ُ َّم َة‬ َ ‫ِير ْالم ُْؤ ِمن‬ َ ‫ان َيا أَم‬َ ‫حُذ ْي َف ُة لِع ُْث َم‬
َ ‫اخ ِتالَفُ ُه ْم فِي ْالق َِرا َء ِة َف َقا َل‬ َ ‫اق َفأ َ ْف َز َع‬
ْ ‫حُذ ْي َف َة‬ ِ ‫ْالع َِر‬
‫ارى‬ َ ‫ص‬َ ‫ف ْال َيهُو ِد َوال َّن‬ ْ ‫ب‬
َ َ‫اخ ِتال‬ ِ ‫َق ْب َل أَنْ َي ْخ َتلِفُوا فِي ْال ِك َتا‬

Huzaifah bin al-Yaman radiallahu ‘anhu datang kepada Uthman radiallahu ‘anhu.
Huzaifah telah menyertai peperangan penduduk Syam dalam pembukaan Armaniah
dan Azarbaijan bersama-sama dengan penduduk Iraq. Huzaifah terkejut apabila
mendapati perbezaan mereka dalam membaca Al-Quran. Huzaifah menyatakan
kepada Uthman: Wahai Amirul Mukminin, selamatkanlah umat ini sebelum mereka
akan berselisih tentang Al-Quran sebagaimana berselisihnya Yahudi dan Nasrani.

5
ِ‫صاحِفِ ُث َّم َنرُ ُّد َها إِلَيْك‬ َ ‫ص َة أَنْ أَرْ سِ لِي إِلَ ْي َنا ِبالصُّحُفِ َن ْن َس ُخ َها فِي ْال َم‬َ ‫َفأَرْ َس َل ع ُْث َمانُ إِلَى َح ْف‬
‫ان‬َ ‫ص ُة إِلَى ع ُْث َم‬ َ ‫ت ِب َها َح ْف‬ ْ َ‫َفأَرْ َسل‬
‫ْن ِه َش ٍام‬ ِ ‫ثب‬ ِ ‫ار‬ ِ ‫اص َو َع ْب َد الرَّ حْ َم ِن ب َْن ْال َح‬
ِ ‫الز َبي ِْر َو َسعِيدَ ب َْن ْال َع‬ ِ َّ ‫ت َو َع ْب َد‬
ُّ ‫َّللا ب َْن‬ ٍ ‫َفأ َ َم َر َزيْدَ ب َْن َث ِاب‬
ِ‫صاحِف‬ َ ‫َف َن َس ُخو َها فِي ْال َم‬

Kemudian Uthman menghantar surat kepada Hafsah yang bertulis: Hantarlah


kepada kami mushaf Al-Quran agar kami dapat menyalinnya menjadi beberapa
mushaf, kemudian kami akan memulangkannya kepada engkau. Lalu Hafsah
mengirimkan mushaf itu kepada Uthman. Lalu Uthman mengarahkan Zaid bin Tsabit,
‘Abdullah bin Az-Zubair, Sa’id bin al-‘As, dan ‘Abdul Rahman bin Al-Harith (untuk
menyalinnya). Lalu kami pun menyalinnya menjadi beberapa mushaf.

ِ ْ‫ت فِي َشىْ ٍء م َِن ا ْلقُر‬


ُِ‫آن َفا ْك ُتبُو‬ ٍ ‫اخ َتلَ ْف ُت ْم أَ ْن ُت ْم َو َز ْي ُد بْنُ َث ِاب‬ َّ ‫ِّين‬
ْ ‫الثالَ َث ِة إِ َذا‬ َ ‫َو َقا َل ع ُْث َمانُ لِلرَّ هْ طِ ْالقُ َرشِ ي‬
ُ‫صاحِفِ َر َّد ُع ْث َمان‬َ ‫ُّحُف فِي ْال َم‬
َ ‫ْش َفإِ َّن َما َن َز َل ِبل َِسان ِِه ْم َف َف َعلُوا َح َّتى إِ َذا َن َس ُخوا الص‬ ٍ ‫ان قُ َري‬ِ ‫ِبل َِس‬
‫ف ِممَّا َن َس ُخوا َوأَ َم َر ِب َما سِ َواُِ م َِن ْالقُرْ آ ِن فِي ُك ِّل‬ ٍ ‫ص َة َوأَرْ َس َل إِلَى ُك ِّل أُفُ ٍق ِبمُصْ َح‬ َ ‫ُّحُف إِلَى َح ْف‬
َ ‫الص‬
‫صحِي َف ٍة أَ ْو مُصْ َحفٍ أَنْ يُحْ َر َق‬. َ

Uthman berkata kepada tiga orang Quraisy tersebut: Apabila kalian berbeza
pendapat dengan Zaid dalam menulis Al-Quran, maka tulislah ia dengan loghat
orang Quraisy. Sesungguhnya Al-Quran turun dengan loghat mereka. Lalu mereka
pun melakukan hal tersebut sehingga mereka telah membuat beberapa naskhah
mushaf, kemudian Uthman memulangkannya mushaf asal kepada Hafsah.
Kemudian Uthman mengirimkan mushaf-mushaf itu ke semua tempat dan
memerintahkan agar mushaf-mushaf Al-Quran yang lain dibakar.
(Seperti direkod dalam Sahih al-Bukhari, Kitab Fadhail Al-Quran, hadis no: 4987)

Jumlah Naskah Mushaf Uthmani

Terdapat beberapa pendapat dan pandangan ulama’ tentang jumlah naskah Mushaf
Uthmani yang telah ditulis dan dikirim oleh Saidina Uthman r.a. Tentang jumlah
sebenar naskah Uthmani bukan satu perkara yang perlu diperdebatkan. Cuma apa
yang perlu diketahui daripada Mushaf Uthmani yang berasal daripada beberapa
naskah itulah berkembangnya penulisan dan percetakan Al-Quran selepas itu.
Naskah-naskah Al-Quran ini kemudian digelar sebagai “AL-QURAN MUSHAF
UTHMANI” atau “AL-QURAN RASM UTHMANI” sebagai memperingati jasa beliau
yang amat agung itu.

6
7 naskah
JUMLAH NASKAH * Seperti pendapat yang diberikan oleh
MUSHAF UTHMANI Abu Bakr Al-Sijistani (wafat 316H)
* Mushaf ini dihantar dan dikirim ke
negara-negara berikut:
a) Mekah b) Basrah
c) Syam d) Kufah
e) Yaman f) Bahrain
g) Madinah (merupakan Naskah induk
yang utama dikenali sebagai Al-Mushaf
al-Imam)

5 naskah
6 naskah
Jalaluddin as-Suyuti (wafat 911H) pula
Abu 'Amr ad-Dani pula
menyatakan jumlah naskah Mushaf ini
menyatakan jumlah naskah
ada 5 yang dikirim ke:
Mushaf ini ada 6 yg dikirim ke:
a) Mekah b) Syam
a) Mekah b) Syam
c) Basrah d) Kufah
c) Basrah d) Kufah
e) Iraq
e) Iraq f) Madinah

Ciri – ciri Mushaf Uthmani

Secara ringkasnya, berikut merupakan ciri-ciri Mushaf Uthmani:


1) Rasm Uthmani ditulis bersesuaian dengan perbezaan bacaan “Tujuh Ahruf =
Sab’atu Ahruf”.
*Sab’atu Ahruf bermaksud perbezaan 7 loghat Bahasa Arab. Terdapat sebahagian
perkataan dalam Al-Quran yang diturunkan dengan tujuh perkataan yang berbeza,
yang mana semua perkataan itu maksudnya sama. Cuma setiap bangsa Arab guna
perkataan yang berbeza.

2) Menggunakan Qiraat yang terakhir iaitu dikenali sebagai ‫العردة األخيرة‬


(Pengemukaan Terakhir).
Apa yang dimaksudkan dengan Qiraat terakhir ini, berkait dengan tahun kewafatan
nabi. Kebiasaannya nabi menyemak bacaan kepada Jibril setahun sekali. Tetapi
pada tahun kewafatan nabi, nabi menyemak bacaan 2 kali kepada Jibril dan pada
waktu ini Jibril memberi 2 Qiraat yang berbeza. Antara sahabat yang mengetahui
Qiraat terakhir ini adalah Abdullah ibnu Mas’ud dan Zaid bin Thabit.

Dalam “Pengemukaan Terakhir” itu, terdapat ayat-ayat Al-Quran yang Mansukh dan
diganti dengan ayat yang lain dan perkara ini diketahui oleh sahabat nabi yang
disebut tadi iaitu Abdullah ibnu Mas’ud dan Zaid bin Thabit. Bacaan Al-Quran para
sahabat seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Zaid bin Thabit, para muhajirin dan Ansar
adalah satu iaitu yang mengikut qiraat yang Rasulullah s.a.w baca dua kali pada

7
tahun kewafatan baginda (Iaitu yang mengikut “Pengemukaan Terakhir”). Semua
sahabat Rasulullah s.a.w mengikuti cara bacaan ini sehingga nabi wafat. Asas ini
jugalah yang dipegang oleh Abu Bakar as-Siddiq dalam pengumpulan Al-Quran pada
zaman beliau dan dasar ini jugalah yang dipegang oleh Saidina Uthman r.a semasa
beliau menulis semula mushaf-mushafnya.

Bolehlah dijelaskan di sini bahawa, walaupun Al-Quran itu diturunkan dalam tempoh 23
tahun dan berlaku padanya perubahan seperti ayat yang mansukh (hapus) dan diganti ayat
yang lain, pertukaran ayat dan pertukaran surah, tetapi apa yang dikemukakan 2 kali pada
tahun kewafatan nabi itulah merupakan Al-Quran pemutus bagi keseluruhan ayat-ayat,
surah-surahnya, susunan dan begitu juga qiraat bacaan yang mencakupi 7 cara bacaan
yang berbeza.

[1320 patah perkataan]

8
TAJUK 3: PERBEZAAN DALAM PEMBACAAN SABʹATU AHRUF

Apakah yang dimaksudkan Al-Quran diturunkan dengan 7 huruf? Secara ringkasnya, ia


adalah seperti berikut:
1) Ia bermaksud Al-Quran diturunkan dengan 7 loghat Bahasa Arab. Terdapat
sebahagian perkataan dalam Al-Quran yang diturunkan dengan tujuh perkataan
yang berbeza, yang mana semua perkataan itu maksudnya sama. Cuma setiap
bangsa Arab menggunakan perkataan yang berbeza. (Ini merupakan ta'rif 7 huruf
yang dipilih dalam Mabahith Fi 'Ulum Al-Quran).
2) Ia untuk memudahkan umat Islam ketika itu memahami Al-Quran.
3) Ia kekal hingga di zaman Uthman r.a. Uthman r.a akhirnya mengarahkan agar Al-
Quran dibaca dengan loghat Quraisy kerana muncul perpecahan dan pergaduhan
sesama Muslim lantaran Al-Quran dibaca berbeza-beza sedangkan semuanya
daripada Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w membenarkan para sahabatnya membaca Al-Quran mengikut Lahjah


(loghat/dialek) mereka sendiri, yang mana mereka semua adalah berbahasa Arab sama
seperti Bahasa Al-Quran yang diturunkan itu. Maka di kalangan para sahabat itu, terdapat
variasi bacaan yang diperakui sah oleh Rasulullah s.a.w sendiri.

Hadis yang menunjukkan Al-Quran itu diturunkan dengan 7 huruf berbeza adalah seperti
berikut. Hadis dari riwayat Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w memberitahunya;
Maksudnya: “Jibril a.s. membacakan kepada aku Al-Quran dengan satu cara sahaja, maka
aku berulang-ulang meminta supaya ditambah bacaan lain, dan Jibril pun menambahnya
hinggalah lengkap 7 perbezaan bacaan”.
(Direkod dalam Sahih Al-Bukhari, hadis ke 4607)

Tujuh perbezaan bacaan yang disebut dalam hadis ini bukan bermaksud Qiraat tujuh.
Berikut merupakan pendapat tokoh-tokoh utama ilmu Tajwid tentang 7 perbezaan bacaan
itu:
1) Mujahid (wafat 324H) dan Imam Syatibi mengehadkan jumlah Qiraat kepada 7 imam
sahaja.
2) Imam Al-Jazari pula menyatakan ada 10 Qiraat.
3) Ad-Dimyatil Banna’ (wafat 1117H) pela menyatakan ada 14 Qiraat.
4) Ibnu Jarir at-Tobari (wafat 310H) terdapat lebih 20 Qiraat.

Walaupun begitu, pendapat Imam al-Jazari mengehadkan Qiraat kepada 10 imam sahaja
adalah lebih terpilih daripada pendapat-pendapat yang lain.

As-Syeikh Abdul Fattah Al-Qodhi (wafat pada 1403H) memetik pendapat Abul Fadhil Ar-
Razi bahawa maksud Tujuh Ahruf ialah adanya 7 perbezaan utama yang menjadi sebab Al-
Quran itu dibaca dengan lafaz-lafaz yang berlainan. Jadual di muka surat seterusnya
menunjukkan dengan jelas 7 perbezaan utama itu.

9
Perbezaan Sab’atu Ahruf / 7 Huruf
No. Jenis Perbezaan Penerangan Contoh
1. Bilangan Perbezaan ‫( مفرد‬tunggal) , ‫( تثنية‬duaan) dan ‫( جمع‬ramai)  Perkataan ‫( خطيئته‬Surah Al-Baqarah:81) yang
bermaksud ‘dosanya’ dibaca mufrad di sisi Qiraat ‘Asim
 Dibaca dengan jamak ‫ خطيئاته‬di sisi Qiraat lain.
2. Bentuk waktu kata kerja Perbezaan dalam bentuk waktu kata kerja samada
 Perkataan ‫( تطوع‬Surah Al-Baqarah:158) yang
perbuatan yang telah berlaku (‫)ماضي‬, sekarang bermaksud ‘dengan sukarela telah melakukannya’
(‫ )مضارع‬dan perintah (‫)أمر‬ dibaca fi’el madhi di sisi Qiraat ‘Asim
 Dibaca dengan fi’el mudhorie’ ‫ يطوع‬di sisi Qiraat lain.
3. I’rab (baris) Sesuatu perkataan yang dibaca dengan baris atas di sisi  Perkataan ‫( حسنة‬Surah An-Nisa’:40) yang bermaksud
Qiraat ‘Asim dan perkataan yang dibaca dengan baris
‘baik’ dibaca dengan baris atas di sisi Qiraat ‘Asim
depan dengan Qiraat imam lain.
 Dibaca dengan baris depan ‫ حسنة‬di sisi Qiraat lain.
4. Ithbat (mengekalkan) atau Mengekalkan suatu perkataan seperti ‫ هو‬dalam Qiraat  Surah Al-Hadid ayat 24: ‫فان َّللا هو الغني الحميد‬
Hazf (membuang) )Sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Kaya lagi
‘Asim dan membuang perkataan ‫ هو‬itu pada Qiraat lain.
Terpuji)
5. Taqdim (mendahulukan) atau Mendahulukan salah satu dari 2 perkataan, yang mana  Perkataan ‫( وقتلواوقتلوا‬Surah Ali Imran:195) yang
Ta’khir (mengemudiankan) walaupun dibaca dengan mendahului atau bermaksud ‘mereka memerangi dan diperangi’ dibaca
mengemudiankan masih mempunyai maksud yang dengan mendahulukan di sisi Qiraat ‘Asim
sama.
 Dibaca dengan mengemudiankan ‫ وقتلواوقتلوا‬di sisi
Qiraat lain.
6. Ibdal (penukaran huruf) Penukaran huruf sesuatu perkataan.  Perkataan ‫( فتبينوا‬Surah An-Nisa’:94) yang bermaksud
‘kamu selidikilah dia’ di sisi Qiraat ‘Asim
 Dibaca dengan ‫ فتثبتوا‬yang bermaksud ‘kamu
pastikanlah ia’ di sisi Qiraat lain.
7. Lahjah (Loghat/Dialek) Sebutan sesuatu perkataan mengikut dialek. Sesuatu perkataan itu mesti dibaca secara fath, imalah,
taqlil, ibdal, naqal, tashil, isymam, raum, idgham, izhar,
ikhfa’, tarqiq, tafkhim, taghliz atau lain-lain.

10
Kelonggaran cara bacaan ini dibenarkan oleh Rasulullah s.a.w kerana bangsa Arab terdiri
daripada pelbagai suku dan loghat Bahasa Arab yang berbeza. Maka jika mereka dipaksa
untuk membaca Al-Quran dengan satu cara dan gaya sahaja, pasti perkara ini akan
menyukarkan mereka kerana mereka telah terbiasa dengan sesuatu gaya bahasa dan
pertuturan harian mereka. Pada masa itu, tiada bahasa rasmi menjadi penyatuan sesama
mereka. Oleh sebab itulah, Rasulullah s.a.w memberi kebebasa kepada bangsa Arab yang
berbagai puak pada zaman itu untuk membaca Al-Quran berdasarkan tujuh perbezaan
tersebut.

Berikut adalah beberapa istilah berkaitan cara bacaan Al-Quran ini seperti berikut:
 Cara bacaan Al-Quran yang berbeza dikenali sebagai Qiraat.
 Warisan bacaan guru kepada murid secara langsung dikenali sebagai riwayat.
 Kemudian, murid-murid tadi mewariskan kepada orang-orang seterusnya dikenali
sebagai Toriq iaitu aliran/jalan bagi bacaan tersebut.
 Imam : Iaitu orang yang disandarkan bacaan kepadanya serta menjadi ikutan umat
khususnya bagi mereka yang sezaman dengannya.
 Rawi: Iaitu orang yang meriwayatkan bacaan daripada imam Qurra’.

[775 patah perkataan]

Rujukan untuk ketiga-tiga artikel:

1) Dr. Surul Shahbudin al-Nadwi (Mac 2016) Perbahasan Ilmu Tajwid Menurut Riwayat Hafs
‘an Asim melalui Toriq Asy-Syatibiyyah
2) http://www.kl.utm.my/islamic-center/ask-imaam-2/al-quran-hadith/pengenalan-ilmu-qiraat/
3) Laman Internet www.alkahfi.com.my
4) Sunan Abu Daud dan Jami’ Tirmizi.

11

Anda mungkin juga menyukai