Anda di halaman 1dari 12

Tarikh : 7 April 2015

Hari : Selasa

Masa : 8.30 – 9.30 (60 Minit)

Kelas :Tahun 5 Harapan

Bil Murid : 36 Orang

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia

Tema : Warisan Bangsa

Topik/ Tajuk : Indahnya Budaya Kita

- Penulisan

Hasil Pembelajaran :
1.2 Aras 2 (i) Mengemukakan soalan yang .relevan tentang topik yang berkaitan.
8.1 Aras 1 (i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat.
8.2 Aras 3 (i) Menulis cerita berdasarkan sesuatu tajuk dengan menggunakan pelbagai
jenis ayat.

Standard pembelajaran :
2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan
sebutan yang betul.
2.5 Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam
pelbagai bahan dengan betul.
3.2 Menulis huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan betul dan
kemas.

Objektif : Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini murid dapat:

a. Membaca teks yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk.

b. Menulis sebuah karangan sepanjang 80 patah perkataan berbentuk deskriptif dan


imaginatif berdasarkan teks.

c. Menghasilkan penulisan yang baik dari segi isi, struktur ayat, tatabahasa, ejaan, tanda
baca dan penggunaan huruf besar ditempat yang sesuai.

Pengetahuan sedia ada: Murid sudah mempunyai pengetahuan tentang susunan dan organisasi
sesebuah karangan serta cara membuat peta minda.

Sistem bahasa : Tatabahasa – kata nama, kata hubung,ayat majmuk,ayat penyata,tanda baca
Kosa kata -budaya, unik, menghargai, berharga
Pengisian Kurikulum : Ilmu –PKJR/ Pendidikan Sivk dan Kewarganegaraan/ Kajian
Tempatan/ Pendidikan Moral

Nilai – Hormat menghormati, menghargai kebudayaan

KBT- Kontekstual – mengalipakasi, menghubungkait

Media Pengajaran : Media (video), Realia, Kad Manila, Laptop dan LCD.

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan


pembelajaran)

Langkah / Isi Pelajaran Aktiviti Pembelajaran dan Catatan


Masa Pengajaran
Aktiviti Guru Aktiviti murid
Set Induksi Bacaan Doa Murid diminta Murid
5 Minit bersedia untuk membaca doa
membaca doa penerang hati
penerang hati. secara
serentak.
Penyampaian video Guru memasang
video tentang Murid
kebudayaan di memberikan
Malaysia. perhatian
terhadap video
yang dipasang.
KBT – Menjana Idea
Guru bertanya Murid
kepada murid bercerita
tentang tentang
kebudayaan yang kebudayaan
Mencungkil
mereka tahu dan yang mereka
pengetahuan sedia
amal. tahu dan
ada.
masih
amalkan.
(individu)
Langkah 1 Memperlihatkan Guru Murid-murid KBT
(10 minit) beberapa jenis mengarahkan akan memberi - Menjana idea
pakaian tradisional pelajar untuk reaksi ke atas - Membuat
dan gambar-gambar memakai pakaian soalan-soalan kajian dan
perayaan di Malaysia tradisional yang diajukan. perhubungan
kepada kelas. masing-masing - menganalisa
Penyampaian yang dibawa. Beberapa - menyatakan
tentang pakaian Guru mengajukan orang murid sebab
tradisional mengikut soalan: secara - Merumus
kaum. - Apakah individu diberi
nama peluang untuk
pakaian menyatakan
yang jawapan atau
ditunjukka pendapat.
n?
- Apakah
gambar
perayaan
yang
ditunjukka
n?
- Bilakah
pakaian-
pakaian
tersebut
dipakai?
- Apakah
kelebihan
mengekalk
an tradisi
pemakaian
tersebut?
Langkah 2 Menjawab soalan Guru Murid KBT:
(25 minit) pemahaman membahagikan bersedia -Menjana idea
berdasarkan teks murid kepada 6 menurut
yang diberikan kumpulan. arahan.
melalui kaedah Guru KBT:
permainan ‘dam mengarahkan -Pembelajaran
ular’. pelajar Kontekstuan
menyenaraikan
kata majmuk -Kemahiran belajar
‘dan’,’atau’ dan cara belajar
‘sambil’ di dalam
teks. -Pembelajaran
Guru Konstruktivisme
mengarahkan
murid untuk -Perbincangan
membaca teks
Tahun Baru Cina
beramai-ramai.

Guru
mengarahkan
murid bermain
‘dam ular’ yang
mengandungi
soalan-soalan
pemahaman
berdasarkan teks.

Guru
memberhentikan
permainan setelah
mendapat
pemenang yang
pertama
menamatkan
permainan
tersebut.
Langkah 3 Mengenalpasti isi-isi Guru memberikan Murid KBT:
(10 minit) penting di dalam teks Hari Gawai bersedia -Mengenalpasti idea
teks. kepada murid dan menurut utama
membaca dengan arahan.
teliti bagi -Mencirikan
mengenalpasti isi-
isi penting di -Mengumpul maklumat
dalam teks
tersebut. -Membuat analogi
Langkah 4 Menjawab soalan Guru menyuruh Murid KBT
(15 minit) pemahaman yang murid menjawab menjawab
diberikan oleh guru. soalan pemahaman latihan secara -Membuat gambaran
yang diberikan. individu. mental

Guru memberikan Murid -Belajar cara belajar


bimbingan. membuat
Guru pembetulan
membincangkan atas kesilapan
jawapan bersama yang
murid. dilakukan.

Penutup Merumus isi Guru merumus isi Murid -Peneguhan


(5 minit) pelajaran. pelajaran sebagai memberi
penutup. perhatian.
Lampiran 1 : Contoh Dam Ular
Lampiran 2 : Contoh Teks kebudayaan di Malaysia

Tahun Baru Cina

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun
baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun
dan dinamakan sempena nama haiwan iaitu tikus, kambing, ayam jantan, kuda, harimau,
naga, lembu, ular, arnab, monyet, anjing dan khinzir.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan
kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali
berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka
tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah
malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib
malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan
pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga
akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut,
dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang
ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang
berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan
diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas
perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap
Goh Mei.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut
dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi
oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.

Hari Gawai
Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk
meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak.
Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan Mei atau awal bulan Jun setiap
tahun. Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan
persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak
telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.

Pada hari pesta Gawai, pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan
kepada Dewa Padi dan Kekayaan. Satu puisi khas untuk Pesta Gawai akan dibacakan oleh
salah seorang daripada mereka sebelum merenjiskan darah ayam jantan ke atas bahan
persembahan. Bahan persembahan yang basah dengan darah ayam jantan itu dianggap
sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai. Setelah upacara persembahan telah selesai, perayaan
Gawai secara tradisi dimulakan. Seluruh masyarakat berkumpul sekitar 'ranyai' atau pokok
istiadat yang dibawa masuk kedalam dan diletakkan di serambi umum di rumah panjang.
Perayaan berpusat sekitar ranyai dengan makanan dan minuman tuak. Perayaan Gawai
merupakan masa untuk semua orang bersuka-ria sambil menjamu hidangan bersama air tuak.
Salah satu acara paling menarik pada perayaan Gawai adalah Ngajat Lesong. Penari akan
menunjukkan kekuatan dengan mengangkat lesung menumbuk padi dengan menggunakan
giginya.

Ketika perayaan Gawai, perhiasan tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada
manik-manik yang diwarisi turun temurun dan tidak ternilai harganya, akan dipakai untuk
dipamirkan. Anak dara orang Iban juga akan mengenakan perhiasan perak yang menonjolkan
lagi kecantikan paras rupa mereka.

Pesta Gawai dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat dibuang.
Lampiran 3 : Contoh Soalan Dam Ular

Soalan

1. Apakah perayaan yang disambut oleh kaum Iban dan Bidayuh? – Hari Gawai
2. Mengapakah Hari Gawai disambut? – meraikan tamatnya musim menuai padi
3. Kalendar Cina disebut sebagai_________? – kalendar qamari
4. Berikan 5 haiwan yang terdapat di dalam calendar Cina – tikus, khinzir, lembu, kuda,
kambing, ayam jantan, harimau, naga, monyet, ular, anjing.
5. Apakah kuih yang dimakan pada Tahun Baru Cina? – Yee Sang dan kuih bakul
6. Apakah nama minuman yang diminum pada perayaan Hari Gawai? – Tuak
7. Mengapakah rumah-rumah dihiasi dengan buah limau pada Tahun Baru Cina –
Simbol murah rezeki
8. Kepada siapakah kononnya air minuman ‘tuak’ dipersembahkan? – Dewa Padi dan
Kekayaan
9. Apakah acara yang paling menarik pada Perayaan Gawai? – Ngajat Lesong
10. Apa yang sering dimakan pada acara makan besar sebelum Tahun Baru Cina? –
Daging itik salai, kuih pulut, sosej, limau mandarin
11. Kenapakah mercun dibakar pada malam Tahun Baru Cina? – Menghalau puaka dan
nasib malang
12. Apakah nama sampul merah yang diberikan pada Tahun Baru Cina? – Angpau
13. Pokok isitiadat yang diletakkan di serambi umum rumah panjang juga disebut sebagai
_________ - Ranyai
14. Apakah persembahan khas yang dimainkan sebagai pembukaan Pesta Gawai? –
Bacaan puisi khas kemudian merenjis darah ayam jantan bahan persembahan.
15. Pada bulan berapakah lazimnya Hari Gawai disambut? Mei atau Jun
16. Mengapakah tarian pada Hari Gawai disebut sebagai ‘Ngajat Lesong’? – Penari
menari menggunakan lesung bagi menumbuk padi
17. Perhiasan tradisional Orang Ulu diperbuat daripada_______________ - manik
18. Apakah tarian yang dipersembahkan pada Tahun Baru Cina? – Tarian naga dan singa
19. Apakah perayaan yang disambut 15 hari selepas Tahun Baru Cina? – Chap Go Mei
20. Apakah perayaan yang menamatkan Tahun Baru Cina? – Chap Go Mei
21. Perayaan Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting bagi masyarakat Cina.
Betul atau salah?

Soalan (tanda soal) – bukan dari teks (pengetahuan am)

(Jika betul, kumpulan tersebut boleh memilih untuk maju 2 tapak ke hadapan atau meminta
mana-mana kumpulan lain untuk undur 2 tapak ke belakang)

1. Rumah panjang juga disebut sebagai __________________ - Rumah Panjai


2. Berikan 2 perayaan kaum Hindu? – Deepavali & Thaipusam
3. Mengapakah umat Islam diwajibkan berpuasa? – Menahan diri dari melakukan dosa
di samping memperingati golongan yang tidak berkemampuan.
4. Apakah nama bulan mengikut calendar Islam, umat Islam meraikan Hari Raya
AidilFitri dan Aidiladha? – Syawal & Zulhijjah
5. Berikan pakaian yang dipakai ketika Tahun Baru Cina. – Cheongsam
6. Berikan perayaan yang disambut oleh kaum Kristian? – Krismas
7. Berikan makanan yang dimakan oleh Kaum Hindu pada Hari Deepavali. – Laddu
(manisan) , Murukku, Thosai
8. Perayaan Hari Thaipusam adalah sama dengan Hari Deepavali. Betul atau salah? –
Salah
Contoh gambar perayaan:

Anda mungkin juga menyukai