Anda di halaman 1dari 20

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk membincangkan tentang keperluan kanak-


kanak pintar cerdas supaya proses perkembangan mereka sama seperti
kanak-kanak normal. Selain itu, dalam kajian ini juga bertujuan untuk
menerangkan tentang responden yang telah dipilih untuk menjadi peserta
kajian. Kaedah kajian yang digunakan adalah dengan cara pemerhatian,
senarai semak dan ujian. Dengan itu, dengan penilaian daripada kaedah
kajian tersebut saya dapat membentuk strategi untuk membantu dalam
perkembagan fizikal, emosi dan sosial responden yang dipilih.

1.0 Pengenalan

Di dalam kursus Pintar Cerdas, Berbakat & Kreatif ini ( KBC 1013 ) pelajar yang mengambil
subjek ini akan mengetahui sedikit sebanyak dalam ciri-ciri seseorang yang tergolong dalam
kalangan pintar cerdas, berbakat dan kreatif. Oleh yang demikian, pelajar yang ,mengambil
subjek ini di tugaskan untuk menyiapkan satu kajian kes terhadap seseorang yang dipilih
mempunyai ciri-ciri seseorang yang pintar cerdas, berbakat dan kreatif dalam bidang
akademik ataupun dalam bidang-bidang tertentu yang menonjol kan sifat-sifat tersebut.
Dalam pelajaran ini, pelajar akan menjalankan kajian ini secara berterusan sehingga mencapai
objektif yang diharapkan oleh pengkaji.

Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat untuk memperkembangkan potensi individu


pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh
itu seluruh usaha dan langkah yang diambil dalam sistem pendidikan mestilah mengambil kira
potensi dan keperluan setiap individu pelajar. Setiap individu pelajar yang normal semenjak
dari usia bayi telah memiliki potensi dan bakat yang boleh diperkembang dan dipertingkatkan.
Dewasa kini mereka telah terdedah lebih awal dengan pelbagai sumber maklumat. Fenomena
ini sedikit sebanyak boleh memberi impak yang besar dalam perkembangan dan pertumbuhan
fizikal, kognitif, psikomotor dan emosi mereka, terutama di kalangan mereka yang dikenali
sebagai pelajar pintar cerdas. Pelajar yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta
melebihi kebolehan rakan seusianya lebih dikenali sebagai kanak-kanak pintar cerdas(gifted).
2.0 Definisi Perkembangan Fizikal, Emosi dan Sosial

Perkembangan Fizikal

Pengertian perkembangan ialah perubahan tubuh badan yang bersifat kualitatif. Atan (1982)
menjelaskan, ‘Perubahan yang bersifat kualitatif, iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur
secara kuatitatif tetapi perubahan telah nyata berlaku melihatkan sifat yang berlainan daripada
peringkat yang lebih duhulu’. Sementara Papalia dan Olds (1979) menjelaskan, pembelajaran
tentang perkekmbangan kanak-kanak memfokuskan kepada perubahan kanak-kanak tersebut
secara kuantitatif dan kualitatif.

Secara kesimpulannya dapat dijelaskan bahawa, pertumbuhan adalah bersifat


kuantitatif yang boleh diukur dan diperhatikan berlaku seperti berat, tinggi, saiz dan struktur
badan daripada satu peringkat kesatu peringkat perkembangan. Perkembangan adalah
pertumbuhan kualitatif yang boleh diperhatikan berlaku kepada kanak-kanak seperti
perubahan dalam menggunakan bahasa, penggunaan perkataan untuk menerangkan sesuatu
yang bertambah dari satu masa ke satu masa akibat kematangan, latihan dan pembelajaran.

Pengertian Emosi

Menurut English and English emosi adalah “ A complex feeling state accompanied by
characteristic motor and glandular activities “, iaitu suatu keadaan perasaan yang kompleks
yang disertai karakteristik kegiatan kelenjar dan motoris. Emosi merupakan setiap keadaan
pada diri seseorang yang disertai warna afektif baik pada tingkat lemah maupun pada tingkat
yang luas. Warna afektif disini dapat diartikan sebagai perasaan – perasaan tertentu yang
dialami pada saat menghadapi ( menghayati ) suatu situasi tertentu, contohnya gembira,
bahagia, putus asa, terkejut, benci, tidak senang dan sebagainya ( Yusuf Syamsu, 2006 ).

Menurut Danial Goleman (1995) seorang pakar kecerdasan emosional yang diambil
daripada kamus Oxford English Dictionary memberi maksud emosi sebagai setiap kegiatan
atau pergolakan pemikiran, nafsu, perasaan setiap keadaan mental yang hebat dan meluap-
luap. Emosi merujuk kepada suatu perasaan dan pikiran yang khas, satu keadaan biologis dan
psikologis dan serangkaian kecenderungan untuk bertindak.

Menurut Chaplin (1986) dalam Dictionary Of Psychology, emosi adalah suatu keadaan
yang terancang dari organisme mencakupi perubahan-perubahan yang disedari, yang
mendalam sifatnya perubahan perilaku. Chalin (1986) membezakan emosi dengan perasaan.
Perasaan adalah pengalaman yang disedari yang diaktifkan oleh perangsang eksternal
mahupun oleh bermacam-macam keadaan.

Menurut Crow & Crow (1958) emosi ialah “an emosion is an affective experience that
accompanies generalize inner injustment and mental psykologycal stirredup state in the
individual and sthat show its self in his evert behaviour’. Jadi, emosi adalah warna efektif
yang kuat oleh perubahan-perubahan fisik.

Pengertian Sosial

Perkembangan sosial ialah kebolehan untuk berinteraksi dengan orang lain. Interaksi kanak-
kanak boleh dikesan melalui perkembangannya dalam bermain. Bermain adalah satu aktiviti
penting kanak-kanak sejak dari lahir hingga umur 12 tahun. Menurut mildred Parten, terdapat
enam jenis permainan utama iaitu :

I. Permainan kosong (unoccupied)

Ianya bermaksud tidak wujud sebarang jenis permainan. Kanak-kanak tidak bermain
dengan sesiapa pun mahupun bermain dengan alat permaianan. Dia hanya bersendiri atau
duduk tanpa melakukan sesuatu.

II. Permainan bersendirian (solitary)

Pada peringkat ini, kanak-kanak suka bermain seorang diri hingga tidak menyedari akan
kehadiran kanak-kanak lain. Kanak-kanak hanya bermain dan bercakap dengan alat
permainannya sahaja.

III. Permainan pemerhati (onlooker)

Kanak-kanak Cuma memerhati dan memberi perhatian terhadap permainan kanak-kanak


lain tanpa ada rasa ingin melibatkan diri. Kepuasaan bagi mereka adalah dengan menjadi
pemerhati yang pasif.

IV. Permainan selari (parallel)

Pada tahap ini, kanak-kanak bermain sendirian tetapi permainannya serupa dengan kanak-
kanak lain yang berada di dalam bilik yang sama.
V. Permainan bersosialisasi (associate)

Kanak-kanak bermain dan berinteraksi antara satu sama lain melalui pertanyaan yang
diajukan atau berkongsi bahan-bahan dan alatan tetapi tidak bermain bersama.

VI. Permainan kooperatif

Permainan kooperatif adalah hasil daripada perancangan guru, kanak-kanak terlibat secara
aktif sebagai satu kumpulan untuk bermain bersama dan guru telah menetapkan matlamat
ataupun hasil yang perlu dicapai. Kanak-kanak di dalam kumpulan ini saling bergantung
dan bekerjasama antara satu sama lain.

3.0 Teori Perkembangan Fizikal, Emosi dan Sosial


3.1 Teori perkembangan Fizikal

Robert Havighurst merupakan seorang ahli psikologi Amerika yang terkenal dengan teori
perkembangan sosio budaya dan antropologi. Beliau berpendapat perkembangan kanak-kanak
amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Ini bermakna perkembangan personalitinya juga turut
dipengaruhi oleh nilai-nilai, norma-norma serta budaya masyarakat dan persekitarannya
menurut beliau lagi faktor biologi, sosial dan psikologi juga mempengaruhi perkembangan
seseorang individu.

Selain itu, Robert Havighurst juga memperkenalkan konsep tugas-tugas perkembangan.


Tugas-tugas perkembangan merujuk kepada satu-satu tugas yang lahir pada satu-satu masa
yang lahir dalam hidup individu tersebut. Kejayaan dalam mencapai tugas ini akan
memberikan kegembiraan kepada individu tersebut manakala kegagalan akan membawa
kesedihan dan kesusahan dalam melaksanakan tugas-tugas yang selanjutnya. Beliau telah
membahagikan tugas perkembangan kepada tiga peringkat iaitu :

§ Peringkat Bayi dan Awal Kanak-kanak ( 0-6 tahun)

§ Peringkat Pertengahan Kanak-kanak ( 6-12 tahun )

§ Peringkat Awal Remaja dan Remaja ( 12-18 tahun )

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN

i) Peringkat Bayi dan Awal Kanak-kanak ( 0-6 tahun)

Kebanyakkan kanak-kanak mula berjalan di antara umur 9-15 bulan. Pada peringkat ini,
semua urat dan otot di kaki dan badan mula berkembang ke tahap yang mampu mencapai
tugas perkembangan ini. Kanak-kanak akan mula berlari dan melompat selepas pandai
berjalan. Sistem penghadaman kanak-kanak beransur-ansur bersedia menghadam dan
menyerap pelbagai jenis makanan. Seterusnya organ-organ menguyahnya akan berkembang
sehingga dapat mengunyah makanan pejal apabila umurnya mencapai 2 tahun.

Kanak-kanak mula menyebut dan berkomunikasi dengan menggunakan bunyi untuk


bercakap. Pertuturan menjadi cara mereka meluahkan perasaan mereka sama ada suka atau
tidak terhadap sesuatu. Latihan membuang air kecil dan besar pada masa dan tempat yang
sesuai adalah latihan yang pertama yang diterima oleh kanak-kanak. Kesan latihan ini
mungkin berterusan dan mungkin mempengaruhi waktu kanak-kanak tersebut pada kemudian
hari.

Kanak-kanak juga sedar sejak awal lagi tentang perbezaan jantina manusia. Sejak awal
lagi kanak-kanak diajar bertingkah laku sebagai seorang lelaki dan perempuan serta menjaga
pergaulan mereka. Kemudian ia juga mengetahui perbezaan struktur tubuh lelaki dan
perempuan.

Selain itu pada peringkat ini kanak-kanak juga telah bersedia untuk belajar dengan
memberi fokus kepada tanda-tanda yang mewakili huruf dan perkataan. Kesediaan membaca
juga dapat diasuh melalui pengalaman langsung kanak-kanak. Ketika kanak-kanak berumur 6
tahun, Kanak-kanak belajar juga sudah pandai untuk bertolak ansur dan bertimbang rasa.
Mereka juga sedia mendengar pandangan orang lain dan boleh membezakan betul dan salah.

ii) Peringkat Pertengahan Kanak-kanak ( 6-12 tahun )

Pada peringkat ini kanak-kanak dapat menguasai beberapa kemahiran fizikal dalam
permainan. Hal ini kerana pertumbuhan tulang dan otot kanak-kanak mula berkembang.
Dalam hal ini pengaruh rakan sebaya memainkan yang amat penting terhadap kanak-kanak.
Jadi kana-kanak haruslah diasuh dengan didikan sempurna untuk membina sikap diri yang
baik.

Kanak-kanak mula belajar bertolak-ansur dengan rakan sebaya dalam kehidupan sosial
mereka. Pertumbuhan ini juga akan menyebabkan kanak-kanak berasa jauh dari keluarga dan
akan pergi kepada rakan sebaya. Kanak-kanak juga harus belajar peranan jantina mereka.
Dalam hal ini mereka dibantu oleh pengaruh ibu bapa, adik beradik serta saudara mara . di
sekolah pula guru berperanan memberikan contoh yang terbaik kepada murid-murid.

Pada peringkat ini juga kanak-kanak sudah boleh menguasai kemahiran-kemahiran


asas iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira (3M). Kanak-kanak juga mula berkawan
dengan orang lain dan mampu memahami konsep hidup serta moral. Selain itu, mereka mula
memahami dan belajar membentuk sikap yang mengakui hak, keupayaan dan kelemahan pada
setiap individu.

iii) Peringkat Awal Remaja dan Remaja ( 12-18 tahun )

Pada peringkat ini, golongan remaja akan mengalami perubahan dari segi bentuk
badan dan suara. Kanak-kanak perempuan akan berkelakuan sebagai orang perempuan dan
lelaki akan berkelakuan orang lelaki. Mereka harus memahami bagaimana untuk bergaul dan
bersosial bersama kawan-kawan yang berlainan jantina. Remaja juga belajar membentuk
emosi daripada ibu bapa iaitu belajar untuk menghormati orang yang lebih tua dari mereka.
Selain itu, remaja harus bersedia memilih satu pekerjaan yang sesuai untuk masa depannya.
Remaja juga sedang mempelajari peranan dan tanggungjawab yang sewajarnya dalam
kehidupan mereka pada dewasa kelak.
Implikasi Teori Tugas Perkembangan Robert Havighurst dalam Proses Pembelajaran
Kanak-kanak.

Implikasi melalui teori tugasan perkembangan Robert Havighurst yang dapat dilaksanakan
dalam proses pembelajaran murid-murid adalah guru-guru memerhatikan keupayaan kanak-
kanak dan menggolongkan mereka menurut kebolehan masing-masing. Maksudnya di sini,
kanak-kanak yang mempunyai tahap perkembangan yang berbeza. Terdapat kanak-kanak
yang dapat menyerap dengan cepat input-input yang diberikan oleh guru dan ada juga murid-
murid yang lambat menerima. Oleh yang demikian, guru perlulah membahagikan murid-
murid kepada beberapa kumpulan mengikut tahap perkembangan masing-masing. Selain itu,
guru perlu bijak dalam memilih aktiviti yang sesuai dengan kebolehan dan pengalaman
murid-murid tersebut agar P&P yang dilaksanakan berjalan dengan lancar dan menarik minat
murid. Sementara itu, pihak sekolah perlu menyediakan kemudahan untuk membentuk
kemahiran fizikal murid-murid seperti padang permainan serta peralatan sukan yang lengkap
untuk membentuk murid mencapai tahap tugas perkembangan yang digariskan oleh Robert.

Pada peringkat sekolah rendah, murid-murid perlu membina sikap terhadap diri yang
sempurna seperti sikap terhadap penjagaan diri yang selamat dan bersih serta perasaan yang
normal. Jadi guru perlulah memahami fungsi sosiometri di dalam bilik darjah supaya murid-
murid dapat membina sikap kendiri yang positif. Maksudnya, keadaan bilik darjah yang
bersih dan ceria akan membangkitkan minat murid untuk terus belajar dan tidak mudah berasa
bosan semasa P&P dilaksanakan. Guru juga perlu mempelbagaikan teknik dan kaedah
pengajaran serta aktiviti di dalam kelas untuk merangsangkan pemikiran murid dalam
mewujudkan iklim bilik darjah yang kondusif dan menarik. Selain itu, keadaan penjagaan diri
murid-murid tersebut juga perlu dititikberatkan oleh guru agar suasana pembelajaran di kelas
berada dalam keadaan selesa.

Selain itu, kanak-kanak mulai belajar bertolak ansur dengan rakan sebaya semasa
berada pada peringkat umur 6 – 12 tahun. Mereka mula membina jalinan persahabatan dalam
membentuk kelompok sosial mereka. Kanak-kanak juga dikatakan akan semakin menjauh
dari keluarga dan akan semakin rapat bersama rakan sebaya. Implikasi daripada tugas
perkembangan adalah guru berperanan penting dalam menerangkan konsep fungsi dan
peranan rakan sebaya dalam kehidupan kanak-kanak tersebut. Hal ini adalah bertujuan untuk
memastikan kanak-kanak dapat bergaul dengan baik antara rakan sebaya dan memastikan
agar rakan yang dipilih itu membawa ke arah kebaikan ataupun kebururukan murid tersebut.
Rakan sebaya yang berperangai buruk akan mempengaruhi hidup murid-murid yang lain. Jika
guru tidak mencegah dari awal maka murid tersebut akan terpengaruh dengan anasir-anasir
negatif yang dibawa oleh rakannya itu.

Tugas perkembangan memastikan supaya kanak-kanak mempunyai kemahiran asas


3M iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira. Implikasinya, guru perlu bersedia
dengan banyak ilmu pengetahuan untuk melahirkan suasana kelas yang menyeronokkan. Guru
perlu banyak melatih murid dengan kemahiran-kemahiran asas agar murid tersebut cekap
dalam semua aspek. Guru perlulah sentiasa memberi motivasi dan galakan kepada murid-
murid agar sentiasa memperbaiki kelemahan masing-masing. Kemudahan dan alat bantu
mengajar yang lengkap dapat menghasilkan satu pembelajaran yang berkesan selain dari
kemahiran guru ketika di dalam kelas.

Guru perlu memberi bimbingan dan nasihat yang baik untuk mencapai tingkah laku
murid-murid yang baik. Guru perlu menerapkan nilai-nilai murni dan contoh teladan yang
baik semasa proses P&P berjalan. Nilai-nilai murni ini akan mudah diterima oleh kanak-
kanak kerana mereka senang dibentuk. Mereka juga mudah mengikut perbuatan yang
dilakukan oleh kita. Jadi guru perlulah perperangai baik untuk dijadikan contoh teladan
kepada murid-murid. Selain itu guru juga perlulah menyediakan persekitaran pembelajaran
yang menarik minat murid agar mereka sentiasa positif dan dapat membezakan perbuatan
baik dan buruk.
3.2 Teori perkembagan sosial

Erik Erikson (1902-1994) telah menganalisis perkembangan sosial kanak-kanak dalam jangka
masa kehidupan mereka. Beliau menjelaskan bahawa manusia mempunyai keperluan asas
yang sama dan perkembangan mereka bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan
tersebut. Perkembangan kanak-kanak berlaku mengikut tahap tertentu. Erikson percaya
bahawa setiap tahap mempunyai konflik tertentu yang perlu diatasi supaya tidak menjejaskan
perkembangan kanak-kanak.

Teori Erik Erikson dikenali sebagai Teori Perkembangan Psikososial Erikson kerana ia
mengabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu, iaitu faktor kendiri,
emosi dan sosial.

PRINSIP-PRINSIP TEORI ERIKSON

1. Manusia mempunyai keperluan asas yang sama.

2. perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan-keperluan


asas.
3. perkembangan manusia mengikut tahap-tahap yang tertentu.

4. setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi sebelum individu dapat
berfungsi dengan jayanya pada tahap yang berikutnya.

5. kegagalan mengatasi konflik pada suatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang
berikutnya.
PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN EMOSI TEORI ERIKSON

Tahap 1 - Kepercayaan Lawan ketidakpercayaan (0 -18 bln)

- Mempengaruhi perkembangan bayi melalui pengalaman

- Belajar untuk mempercayai atau tidak mempercayai orang lain

- Mempengaruhi sikapnya terhadap hidup dan interaksinya dengan orang lain

- Kepercayaan akan memudahkan individu menghadapi serta mengatasi masalah dalam hidup

- Bayi mula membentuk perasaan percaya lawan tidak percaya. Perasaan percaya pada
persekitaran dan orang lain akan wujud sekiranya bayi tersebut mendapat penjagaan yang
baik dari penjaganya; terutama daripada ibu. Sebaliknya; jika bayi tersebut tidak mendapat
penjagaan yang sempurna maka akan timbul perasaaan tidak percaya pada tahap ini. Cara
penjagaan bayi akan mempengaruhi emosi dan perasaan percaya dalam diri bayi tersebut.

Tahap 2 - Autonomi lawan malu/kekeliruan (18 bln – 3 thn )

• Konsep diri mula bertambah nyata

• Mula tahu apa yang dicakap dan dibuat merupakan tindakannya bukan orang lain

• Keinginan untuk bertindak bebas (autonomi) meningkat

• Lebih gemar membuat sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain

• Mungkin berpendapat cekap dan berkebolehan

• Rasa diri kurang cekap – malu dan mula meragui kebolehan diri

• Tingkah laku yang sentiasa diterima dan dipuji – lebih yakin

• Sentiasa didenda/dimarah – malu dan ragu-ragu

• Cara terbaik, tingkah laku yang tidak diingini dikawal dan yang diingini dipuji – dapat

mengenal jenis-jenis t/laku yang digalakkan dan yang hendak dielakkan


• Kecenderungan untuk berfungsi secara bebas hendaklah diterima atau didorong

• Pada tahap ini kanak-kanak sudah mula berkeinginan melakukan sesuatu perbuatan sendiri.
Mereka mula berdikari dan tidak suka dibantu atau dikongkong orang dewasa. Situasi ini
merupakan permulaan kepada pembentukan perasaan keyakinan diri pada kanak-kanak
tersebut. Dorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina
perkembangan dan menyelesaikan sesuatu tugasan.

Tahap 3 - Inisiatif lawan Bersalah (3-6 thn)

• Ingin meneroka dan mencuba sesuatu yang baru dan mencabar – inisiatif
• Dapat belajar dan bergerak dengan cepat
• Lebih peka kepada perkara betul dan salah
• Berasa malu apabila diketawakan dan seterusnya membina sikap positif.
• Galakan akan menyedarkan kanak-kanak tentang potensi diri
• Sering dikawal dari mencuba – akan berasa kurang inisiatif
• Pada tahap ini kanak-kanak mula berinteraksi dengan persekitaran. Banyak inisiatif
dilaksanakan bagi memenuhi naluri ingin tahu yang tinggi. Mereka akan cuba melakukan
kerja-kerja yang dibuat oleh orang dewasa. Perkembangan ketika ini tidak boleh disalah asuh
kerana akan menyebabkan kanak-kanak hilang inisiatif, suka menyendiri dan akan
menimbulkan masalah apabila memasuki alam persekolahan.

Tahap 4. ketekunan lawan rasa rendah diri 6-12 tahun


Kanak-kanak mesti menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau sebaliknya menghadapi
risiko perasaan rendah diri, kegagalan dan tidak cekap.

Tahap 5. identiti lawan kekeliruan identiti 12-18 tahun


Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam pekerjaan, peranan jantina, politik dan agama,
jika tidak perasaan rendah diri akan timbul.
Tahap 6. kerapatan lawan pengasingan 18-35 tahun
Dewasa akan membina hubungan rapat atau sebaliknya merasa terasing jika tidak mahir
membina hubungan.

Tahap 7. generativiti lawan pemusatan kendiri (stagnasi) 35-60 tahun


Setiap dewasa mencari jalan untuk memuaskan hati dan menyokong generasi akan datang
atau sebaliknya hanya memusatkan kepada perkembangan /aktiviti diri.

Tahap 8. kesepaduan lawan putus asa 60 tahun – akhir hayat


Kemuncak perkembangan di mana perasaan diterima dengan perasaan kepuasan atau merasa
tidak diterima dan putus asa dengan kehidupannya.

4.0 Kajian Responden

4.1 Latar Belakang Responden

Nama : Ajeng(bukan nama sebenar)

Umur : 19 Tahun

Tempat lahir : Hospital Besar Tanah Merah, Kelantan.

Tarikh Lahir : 27 mac 1991

Jantina : Lelaki

Agama : Islam

Bil. Adik Beradik : 4 orang (anak ke-3)

Berasal : lot 634,Jalan Taman Mutiara,Tanah Merah, Kelantan.

Hobi : memancing dan bersukan

Kecacatan : Tiada kecacatan


Maklumat Pendidikan:

• Sekolah Rendah :Sekolah Kebangsaan Sri Suria (1) Tanah Merah, Kelantan.

• Sekolah Menengah: Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud Paduka Raja (2)

Tanah Merah, Kelantan.

 Universiti Teknologi Malaysia ( UITM ) Arau Perlis ( Kos diploma pengajian


sukan,sains sukan dan rekreasi.

4.2Latar Belakang Keluarga

BAPA klasifikasi IBU

Hanafi bin Abdurl Rahman NAMA Raziah binti Mat Nawi

53 tahun UMUR 50 tahun

Guru PEKERJAAN Guru

Kelantan ASAL Kelantan

Adik beradik

NAMA UMUR SEKOLAH/INSTITUSI

NOR HAZWANI BT HANAFI 25 SURIRUMAH

MUHAMAD HAFIS BIN 21 POLITEKNIK KOTA BHARU


HANAFI

MUHAMAD AMIR FAUZAN 16 SEKOLAH MENENGAH DATO


MAHMUD PADUKA RAJA ( 1)
4.3 Perkembangan Responden

Nama beliau adalah Muhamad Hazim bin Hanafi. Beliau dilahirkan di Hospital besar Tanah
Merah, Kelantan. Beliau lahir pada 21 mac 1991 dan berumur 19 tahun. Beliau merupakan
anak ke 3 daripada 4 adik beradik dan hobi beliau adalah memancing dan bersukan. Sebagai
salah seorang daripada pelajar yang mengambil subjek Pintar cerdas, Berbakat & Kreatif,
saya menjadikan beliau sebagai peserta kajian saya untuk dibuat kajian tentang bakat yang
ada pada beliau.

Saya menjadikan beliau sebagai peserta kajian saya kerana beliau mempunyai bakat
dalam bidang sukan terutama dalam sukan bolasepak. Walaupun beliau bukan lahir daripada
keluarga yang aktif dalam bidang sukan, bakat semulajadi yang ada padanya menarik minat
saya untuk menjadikan beliau sebagai peserta kajian. Semasa beliau kecil, beliau sudah
bermain bola sepak dengan orang yang bukan seusia dengannya. Jika dibandingkan dengan
kawan-kawan yang seusia dengannya bakat beliau lebih menonjol.

Menilai perkembangan resonden saya sehingga sekarang beliau merupakan seorang


yang sagat aktif dalam bidang sukan. Beliau mudah untuk menyesuaikan diri dengan cepat
dalam bidang sukan walaupun sukan tersebut tidak pernah disertai. Kebolehan sedia ada ini
dimanfaatkan sepenuhnya oleh beliau terutama dalam bidang sukan yang paling diminatinya
iaitu bolasepak dan futsal.

Menurut responden saya, bolasepak mahupun futsal bukan sekadar satu permainan
semata-mata. Beliau menyatakan bahawa dengan permainan beliau tahu untuk bekerja dalam
satu kumpulan dan dapat memupuk semangat berkumpulan seperti bekerjasama dan
responden saya menegaskan juga bahawa kunci untuk membawa seseorang itu berjaya adalah
dengan bersatu padu, berkerjasam dan saling bantu membantu kerana kita saking memerlukan
anara satu sama lain.

4.3.1 Perkembangan Fizikal Responden

Perkembangan fizikal responden yang dikaji oleh saya adalah normal. Responden saya tidak
mengalami sebarang kecacatan dari segi fizikal. Dari segi pertumbuhan badan juga adalah
seperti orang normal. Responden saya tidak mengalami masalah berat badan dan ukuran tiggi
adalah id√√eal dengan berat badan yang dimiliki.
Ukuran berat badan responden saya adalah 57kilogram dan ukuran tinggi responden
saya adalah 165cm. Responden saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk melakukan
sebarang aktiviti sama ada aktiviti lasak atau pun aktiviti biasa seperti berjoging.

Responden saya meminati aktiviti sukan dan aktiviti ini menguji pergerakan motor
kasar dan moro halus beliau. Disini saya menyediakan satu senarai semak untuk menilai
perkembangan fizikal responden saya.

NO. QUESTION YES NO

1. Is rhythmic √

2. Is athletic √

3. Likes to play physically √

4. Has a suitable body build √

5 Is coordinated, balanced and confident in physical activities √

6. Is inventive in constructing or modifying games √

7. Is energetic √

8. Is able to understand the intellectual aspects of psychomotor √


activities

9. Demonstrates endurance, stamina and persistence in physical √


activities

10. Demonstrates prowess in physical activities common amongst √


age peers
Berdasarkan senarai semak diatas saya mendapati responden saya tidak mengalami sebarang
masalah dalam perkembagan fizikalnya. Beliau boleh mengikuti sebarang aktiviti dan
responden saya juga dapat bermain sebarang sukan walaupun tiada asas dalam sukan tersebut.
Berdasarkan senarai semak diatas menunjukkan responden saya mempunyai tubuh badan
yang sesuai dan responden saya juga menunjukkan daya tahan, stamina dan ketekunan dalam
aktiviti fizikal.

Selain itu, responden saya juga menunjukkan kecekapan dalam aktiviti fizikal umum di
antara rakan-rakan seusianya. Ini terbukti bahawa responden saya telah menjadi salah seorang
pemain bola sepak bawah 18 tahun disekolahnya walaupun pada masa ini beliau hanya
berusia 15 tahun.

4.3.2 Perkembangan Emosi Responden

Dalam perkembangan emosi pula, responden saya merupakan seorang yang gigih untuk
mencapai kejayaan. Ini terbukti apabila responden saya telah banyak mewakili sekolahnya
dan juga peringkat negeri dalam bidang sukan yang diceburinya. Selain itu, responden saya
juga tidak mudah berputus asa dalam sebarang aktiviti yang diceburi. Contohnya dalam
pemilihan untuk atlet sekolah, responden saya melakukan dengan sebaik mungkin walaupun
pada peringkat permulaan beliau gagal. Tetapi itu tidak menundukkan semangatnya untuk
terus melakukan yang terbaik.

Responden saya seorang yang tidak dapat menerima kegagalan dan sentiasa inginkan
kesempurnaan dalam setiap perkara yang dilakukannya. Jika responden saya menerima
kegagalan beliau akan murung dan berasa sangat kecewa dan akan menyalahkan dirinya
sendiri atas sebab kegagalan tersebut.

4.3.3 Perkembangan Sosial Responden

Perkembangan sosial responden saya adalah sama seperti perkembangan sosial normal.
Responden saya seorang yang mudah mesra dikalangan rakan-rakanya sama ada rakan di
sekolah mahupun rakan semasa dirumah. Responden saya mempunyai ramai kenalan kerana
beliau seorang yang mudah mesra walaupun baru mengenali seseorang itu.
Walaupun responden saya mempunyai ramai kenalan dan juga seorang yang mudah
mesra, tetapi beliau sukar untuk menceritakan sesuatu hal penting kepada rakan-rakanya.
Beliau akan mencari seorang rakan yang benar-benar dipercayai barulah beliau berkongsi
cerita tersebut. Responden saya juga merupakan seorang yang pentingkan kerjasama dalam
berkumpulan oleh kerana beliau sudah terbiasa dengan sukan bola sepak yang memerlukan
kerjasama satu kumpulan.

Disini saya menyediakan satu senarai semak berkaitan dengan tingkahlaku sosial
beliau semasa berusia 6 tahun. Senarai semak ini telah diberikan kepada ibunya.

NO QUESTION YES NO

1. HAS DIFFICULTY FITTING IN GROUPS √

2. DOESN’T KNOW HOW TO APPROACH A GROUP √

3. DOESN’T KNOW HOW TO JOIN IN AND PLAY WITH OTHER KIDS √

4. HAS VERY FEW FRIENDS √

5. HAS DIFFICULTY MAKING OR KEEPING FRIENDS √

6. RARELY GETS INVITED TO BIRTHDAY OR OTHER PARTIES √

7. COMPLAINS OF NOT BELONGING OR FITTING IN √

8. SEEMS TO AVOID SOCIAL SITUATIONS √

9. DOES OK ONE ON ONE WITH ANOTHER CHILD, BUT HAS √


DIFFICULTY GETTING ALONG WITH GROUPS

10. IS QUICK TO ANGER √

Berdasarkan senarai semak yang telah dilakukan ini menunjukkan responden saya seorang
yang boleh bekerja dalam kumpulan. Responden saya tidak mudah berasa marah atau tidak
berpuas hati dalam kumpulan. Responden saya memikirkan perasaan setiap ahli kumpulan
sebelum mengkritik sesuatu perkara yang tidak betul yang dilakukan oleh ahli kumpulan yang
lain. Berdasarkan senarai semak ini juga menunjukkan responden saya seorang yang mudah
mencari kawan dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk mendapat kawan baru.
4.4 Strategi Untuk Membantu Responden

Bagi membantu responden saya dalam perkembangan fizikal, emosi dan fizikal, saya telah
merancang beberapa kaedah khusus untuk membantu dalam perkembagan beliau.
Memandangkan responden saya seorang yang mementingkan kesempurnaan dalam setiap
perkara, beliau akan berasa lebih kecewa jika sesuatu perkara yang dilakukan olehnya itu
tidak menepati ape yang dirancang.
Oleh yang demikian, untuk membantu mengurangkan rasa kekecewaan yang dialami,
saya mengambil pendekatan dengan melakukan teknik kauseling. Sebelum melakukan teknik
kauseling ini, saya membuat pemerhatian terlebih dahulu untuk menilai teknik yang sesuai
untuk dijalankan.
Selain daripada membuat sesi kauseling kepada responden saya, fokus kedua saya
adalah dengan melakukan cara memanggil ibubapa untuk menerangkan tentang
perkembangan anak mereka supaya mereka lebih memahami dan juga dapat mengikuti
perkembangan anak mereka disamping dapat membimbing untuk membentuk emosi yang
stabil.
Memandangkan responden saya tidak mempunyai masalah untuk bekerja dalam
kumpulan, saya menyarankan supaya dia lebih kerap menyertai aktiviti-aktiviti yang
melibatkan acara berkumpulan seperti menyertai perkhemahan untuk membertuk sefat
keterbukaan dalam sesuatu perkara.

5.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya disini dapat saya nyatakan bahawa perkembangan fizikal, emosi dan
sosial seseorang individu adalah berbeza mengikut suasana dan juga persekitaran.
Persekitaran yang baik akan membentuk pertumbuhan yang baik, begitu juga sebaliknya.
Disamping itu, individu yang mempunyai IQ yang tinggi ataupun yang dikenali sebagai pintar
cerdas memerlukan pendekatan yang berbeza dalam melalui proses perkembangan fizikal,
emosi dan sosial. Oleh yang demikian, sebagai salah seorang daripada individu yang
mempunyai ilmu untuk membimbing individu pintar cerdas ini adalah menjadi
tanggungjawab saya untuk memastikan ianya berkembang seperti yang diharapkan dan dapat
memberi manfaat kepada negara, bangsa dan juga ag
RUJUKAN

Azizi Yahaya, Noordin Yahaya & Zurihanmi Zakariya. (2004). Psikologi Sosial. Skudai :
Universiti Teknologi Malaysia.
Jas Laile Suzana Jaafar (1996), Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2003), Psikologi Pendidikan Kontemporari, Kuala
Lumpur : Mcgraw Hill Co.
Papalia.E.D dan Olds, S.W. (1979), Children’s World. Boston:McGrow-Hill Co.
____,____ dan Feldman, R.D. (2001), Human Development. 8th Edition,CA:Mc Grow
Hill Co.
ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan

2.0 Definisi Perkembangan Fizikal, Emosi dan Sosial

3.0 Teori Perkembangan Fizikal, Emosi dan Sosial


3.1 Teori perkembangan Fizikal

3.2 Teori perkembagan sosial

4.0 Kajian Responden

4.1 Latar Belakang Responden

4.2 Latar Belakang Keluarga

4.3 Perkembangan Responden


4.3.1 Perkembangan Fizikal Responden

4.3.2 Perkembangan Emosi Responden

4.3.3 Perkembangan Sosial Responden

4.4 Strategi Untuk Membantu Responden

5.0 Kesimpulan

Anda mungkin juga menyukai