Anda di halaman 1dari 3

UNDANG-UNDANG PENGAKAP

Dipercayai
Taat
Berguna
Bersaudara
Berbudi
Kasihkan Binatang
Menurut Perintah
Tabah Hati
Berjimat
Suci Fikiran, Suci Perkataan, Suci Perbuatan
UNDANG-UNDANG PENGAKAP

1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan


kehormatan dirinya ( Dipercayai )
2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta
Raja_Raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakap, ibubapa, majikannya
dan orang-orang bawahannya ( Taat )
3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang
pada setiap masa ( Berguna )
4. Pengakap adalah bersahabat kepada sekelian orang dan bersaudara
kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun
(Bersaudara)
5. Pengakap adalah baik dan sempurna budipekertinya dan sentiasa berbudi
( Berbudi )
6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang ( Kasihkan
Binatang)
7. Pengakap adalah seorang yang menurut perintah dan suruhan ibubapanya,
ketua patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengan tiada
bantahan (Menurut Perintah)
8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya di masa
susah ( Tabah Hati )
9. Pengakap adalah jimat dan cermat ( Berjimat )
10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan
perbuatannya ( Suci fikiran, perkataan dan perbuatan ).