Anda di halaman 1dari 2

Undang-Undang Pengakap

1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.
2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya,
pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang
dibawahnya.
3. Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.
4. Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri,
pangkat dan agamanya sekalipun.
5. Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.
6. Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.
7. Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya
atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan.
8. Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.
9. Pengakap itu jimat dan cermat
10. Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

Makna Undang-undang Pengakap

Kehormatan Diri Seorang Pengakap Itu Boleh Dipercayai Untuk Menjalankan


1. Dipercayai
Tugas-Tugas Yang Diberikanya Dengan Sehabis Daya- Upayanya.
Pengakap Adalah Seorang Yang Taat Kepada Tuhan, Raja, Negara,
2. Taat Pemimpin-Pemimpin Pengakap, Ibu Bapa, Majikan Dan Orang-Orang Di
Bawahnya.
Tugas Seorang Pengakap Ialah Menjadikan Dirinya Berguna Dan Menolong
3. Berguna
Orang Pada Setiap Masa
Pengakap Adalah Sahabat Kepada Semua Orang Dan Saudara Kepada Lain-
4. Bersaudara Lain Pengakap, Tidak Kira Dari Apa Negara, Bangsa, Pangkat Atau Agama
Sekalipun.
Pengakap Adalah Seorang Yang Baik Budi Pekertinya Yakni Dia Hormat
5. Berbudi Kepada Semua Orang Terutamanya Orang Perempuan, Kanak-Kanak, Orang
Tua, Orang Sakit, Orang Cacat Dan Sebagainya.
Pengakap Adalah Sahabat Kepada Semua Binatang Iaitu Kasihkannya Serta
6. Kasihkan binatang Menyelamatkan Binatang Daripada Menderita Kesakitan Dan Jangan
Membunuhnya Tanpa Sebab Kecuali Binatang Yang Merbahaya.
Pengakap Menurut Perintah Ibu Bapa, Ketua Patrol Atau Pemimpin-
7. Menurut perintah Pemimpin Pengakapnya Tanpa Sebarang Bantahan Walaupun Menerima
Perintah Yang Tidak Disukainya.
Pengakap Mestilah Sentiasa Senang Hatinya Dan Bersabar Selalu Walaupun
8. Tabah hati
Dalam Kesusahan.
Pengakap Mestilah Sentiasa Berjimat Cermat Dalam Semua Hal
9. Berjimat
Perbelanjaannya.
Suci fikiran, Pengakap Sentiasa Bersih Fikiran, Perkataanya Dan Perbuatannya Dari
10.perkataan dan Melakukan Perkara-Perkara Yang Kotor Dan Tidak Mengalah Kepada Nafsu
perbuatan Untuk Bercakap, Berfikir Atau Berbuat Sesuatu Yang Keji

Anda mungkin juga menyukai