Anda di halaman 1dari 5

Saya telah menjalankan pemerhatian terhadap kelas pendidikan jasmani di Sekolah

Kebangsaan Geting. Kelas yang saya pilih ialah kelas 5 Jaya dan guru yang bertanggungjawab
mengelolakan kelas pendidikan jasmani itu ialah Encik Nik Hasyim. Kami telah berjumpa
dengannya sebelum itu untuk memaklumkan kedatangan kami ingin membuat pemerhatian
tentang kelas pendidikan jasmani yang akan dilakukannya dan dia bersetuju. Pada mulanya dia
bercadang untuk menjalankan aktiviti yang memberi tumpuan terhadap otot besar iaitu otot
peha. Bardasarkan rancangan pengajaran hariannya, dia ingin menjalankan kelas di kawasan
padang dan antara aktiviti yang dicadangkan ialah melompat melepasi ‘hurdles’. Tetapi pada
hari itu hujan turun dan padang tidak dapat digunakan kerana basah dan berlompak dikhuatiri
membahayakan keselamatan murid-murid kerana mungkin berlaku kecelakaan seperti terjatuh
akibat licin dan sebagainya. Encik Nik Hashim terpaksa menjalankan kelas pendidikan
jasmaninya di kelas tetapi dia masih dengan rancangannya untuk memberi tumpuan terhadap
otot peha. Oleh itu dia terpaksa mengubahsuai sedikit rancangan pengajarannya terutama
tentang alatan dan kawasan yang digunakan. Hal ini bertujuan untuk memastikan keselamatan
murid-murid disamping melicinkan proses pengajaran dan pembelajarannya. Masa bagi kelas
pendidikan jasmaninya ialah selama setengah jam bermula 7.45 sehingga 8.15 pagi.

Sebelum memulakan kelas, guru memberi penerangan mengenai kawasan kelas dan
menekankan tentang keselamatan terutamanya apabila menjalankan aktiviti kerana dikhuatiri
kawasan berbahaya seperti bucu kerusi dan meja boleh memberi kesan. Kelas dimulakan
dengan aktiviti memanaskan badan. Guru menyuruh murid berdiri dan memasukkan kerusi di
bawah meja. Ini bertujuan supaya lebih ruang dapat digunakan untuk aktiviti disamping untuk
tujuan kesalamatan. Selain itu, guru menyuruh murid mendepakan tangan dan memastikan
supaya murid tidak bersentuhan sekali gus dapat memberikan ruang secukupnya kepada
murid-murid supaya tidak berlaku sebarang perlanggaran antara murid semasa melakukan
aktiviti yang mungkin menyebabkan kecelakaan dan sebagainya. Aktiviti memanaskan badan
dimulakan dengan menarik nafas dan seterusnya pergerakkan ringan dari kepala hingga ke
kaki. Guru lebih menumpukan pergerakkan dibahagian anterior badan iaitu bawah badan dari
pinggang ke kaki kerana rancangan pengajarannya mengenai otot paha. Pergerakkan yang
berat seperti melompat dan berlari tidak dapat dijalankan kerana kawasan yang digunakan iaitu
kelas kurang sesuai dan juga mungkin membahayakan. Guru juga memastikan murid tidak
terlalu membongkokkan badan semasa memanaskan badan kerana ia mungkin akan
membahayakan otot-otot, sendi dan lain-lain anggota bada. Guru juga menerangkan
kepentingan memanaskan badan kepada murid-murid iaitu bertujuan untuk menyediakan otot-
otot badan bagi pergerakkan-pergerakkan yang lebih berat. Memanaskan badan memainkan
peranan yang penting kepada tubuh badan seperti menyediakan kestabilan tubuh untuk
menanggung beban, mengurangkan kebarangkalian kecederaan dan penyediaan minda untuk
menjalani aktiviti. Di samping itu memanaskan badan juga bertujuan untuk mengelakkan
kecederaan semasa melakukan aktiviti-aktiviti seterusnya seperti kekejangan dan sebagainya.
Melalui aktiviti memanaskan badan murid-murid dapat membiasakan diri dengan kawasan kelas
yang jarang digunakan sebagai kelas pendidikan jasmani. Sambil melakukan aktiviti
memanaskan badan guru tidak lupa memberi peringatan tentang keselamatan murid-murid
supaya berjaga-jaga semasa memanaskan badan supaya tidak terlanggar bucu-bucu meja dan
kerusi. Guru juga mengingatkan supaya memerhati kawan-kawan lain juga dan tidak
mementingkan diri sendiri sahaja. Perkara ini dapat membentuk semangat kerjasama antara
murid-murid disamping keselamatan akan lebih terjamin.

Selepas aktiviti memanaskan badan dijalankan, guru seterusnya mengajar tentang


pengajaran yang ingin dijalankannya iaitu mengenai otot peha. Disebabkan aktiviti melompat
berdasarkan rancangan asalnya tidak dapat dijalankan kerana padang tidak dapat dijalankan
dan kelas digunakan, guru memulakan pengajaran dengan menyuruh murid mendepakan
tangan kemudian membengkokkan lutut sehingga ke bawah secara bersama-sama dan
perlahan-lahan beberapa kali mengikut arahan turun dan naik. Sebelum naik guru memberi
peringatan kepada murid tentang bucu meja supaya tidak terkena kepala semasa hendak naik.
Guru juga memastikan murid sentiasa meluruskan badan dan tidak membengkokkan badan
kerana ia mungkin membahayakan otot-otot, sendi dan lain-lain anggota badan. Setelah lebih
kurang lima kali dilakukan, guru menyuruh murid memegangkan kerusu dengan kedua belah
tanga sebagai penyokong dan membengkokkan lutut secara 45 darjah dan meminta murid
menahan selama beberapa saat sebelum naik mengikut arahan turun dan naik. Aktiviti itu juga
dijalankan beberapa kali diselangi dengan menarik nafas sebanyak tiga kali bertujuan untuk
memberi ruang rehat kepada murid-murid. Kerusi digunakan sebagai ganti kepada peralatan
pendidikan jasmani dan bertujuan sebagai penyokong kepada murid-murid semasa melakukan
aktiviti supaya murid tidak terjatuh dan sebagainya. Aktiviti yang sama diteruskan dengan
tambahan iaitu murid dikehendaki menjengketkan kaki. Guru menekankan supaya murid
memegang kerusi sebagai alat untuk mengimbangkan badan dan mengelakkan daripada
terjatuh.
Setelah beberapa kali, guru meminta murid berdiri dan menerangkan kepada murid
tentang aktiviti yang dijalankan dan melibatkan bahagian-bahagian mana di badan. Guru
melukiskankan di papan putih gambarajah dari pinggang hingga ke kaki menerangkan
bahagian-bahagian yang terlibat antaranya pinggang, peha dan lutut. Antara otot-otot yang
terlibat ialah hamstring, quadriceps dan sartorius. Guru juga menerangkan implikasi
menegakkan badan dan menjengketkan kaki semasa aktiviti dijalankan. guru menerangkan
kepentingan bahagian-bahagian otot yang terlibat dan kecederaan yang mungkin berlaku akibat
kesalahan teknik dan sebagainya. Guru melakukan sedikit aktiviti interaktif dengan bersoal
jawab dengan murid seperti permainan apa yang melibatkan kawasan-kawasan yang dipelajari.
Antara permainan yang melibatkan bahagian-bahagian badan yang dipelajari ialah lari
berpagar, lompat tinggi, lompat jauh dan lompat kijang. Guru juga menyuruh murid
memberitahu bahagian-bahagian yang terlibat dalam aktiviti yang dijalankan.

Setelah selessai sesi pengajaran guru beralih pula kepada aktiviti permainan.
Permainan mini yang dijalankan berkitan dengan apa yang dipelajari dan menekankan tentang
otot besar yang dipelajari. Permainan yang dijalankan juga haruslah sesuai dengan keadaan
persekitaran dan tidak membahayakan murid-murid. Guru telah menjalankan permainan
‘Mexican Wave’. Guru membahagikan murid-murid kepada empat kumpulan mengikut tempat
duduk mereka di kelas. Sebelum itu guru menerangkan apa itu ‘Mexican Wave’. Kumpulan-
kumpulan itu dikenali mengikut nombor satu hingga empat. Guru membri penerangan dimana
murid-murid bermula dari keadaan membengkokkan lutut ke bawah dan apabila nombor
kumpulannya disebut, kumpulan itu dikehendaki bangun sambil mendepakan tangan. Guru juga
memberitahu kumpulan mana yang tidak peka dengan arahan akan diberi denda. Guru
memberi penerangan tentang keselamatan supaya tidak terlalu agresif keranan mungkin
mengakibatkan pelanggaran dengan meja atau dengan murid-murid lain. Sebelum permainan
sebenar dimulakan, guru memberi peluang kepada murid-murid untuk mencuba dahulu. Guru
menyebut nombor kumpulan berulang kali mengikut turutan dan murid-murid memberikan
respon yang baik dengan mengikut arahan yang diberikan. Sekali-sekala guru mungubah
turutan nombor yang disebut dan kadang kala mengulang sesuatu nombor berulang kali
menyebabkan murid menjadi teragak-agak kerana telah biasa dengan nombor yang disebut
mengikut urutan. Semasa permainan sebenar dijalankan terdapat seorang dari satu kumpulan
yang tidak dapat mengikut arahan menyebabkan satu kumpulan didenda oleh guru. Mereka
dikehendaki menyanyi di depan kelas. Hal ini dapat melatih murid supaya bersifat mengambil
berat terhadap satu sama lain dan tidak mementingkan diri sendiri sahaja.
Selepas itu sesi ‘warm down’ dilakukan. Guru menyuruh murid menarik nafas dan
melakukan aktiviti meregangkan badan. Guru sendiri menjadi contoh aktiviti ‘warm down’ dan
diikuti oleh murid-murid. Sambil itu guru memberitahu penjelasan keperluan ‘warm down’
kepada murid-murid sebagai pengetahuan. Warm-down amat penting kerana ia memastikan
asid laktik yang terhasil di otot-otot hasil daripada latihan yang dilakukan dapat mengalir ke
seluruh badan. Asid laktik yang terkumpul pada sesuatu bahagian badan boleh menyebabkan
kelenguhan pada bahagian tersebut. Selain itu warm-down berperanan memulihkan kembali
otot-otot yang tegang. Selepas itu guru melakukan sesi refleksi di mana guru bertanya kepada
murid-murid apa yang dipelajari tadi.

Peralatan yang digunakan dalam rancangan pengajaran harian guru ialah ‘hurdles’ yang
digunakan untuk melompat. Tetapi disebabkan keadaan hujan yang menyebabkan ‘hurdles’
tidak dapat digunakan guru menggunakan kerusi di kelas sebagai penyokong semasa
melakukan aktiviti membengkokkan lutut. Walaupun aktiviti melompat tidak dapat dijalankan di
kelas kerana berbahaya, guru masih menumpukan terhadap otot besar yang diberi perhatian
iaitu kawasan peha.

Kelas ini dijalankan selama setengah jam. Walaupun pada mulanya saya mengaggap
bahawa masa ini tidak mencukupi untuk menjalankan kelas pendidikan jasmani, tetapi setelah
melakukan pemerhatian saya mendapati bahawa masa yang diberi cukup untuk menjalankan
kelas bermula dari pendahuluan sehingga ke penutup. Pada lima minit pertama guru
menjalankan aktiviti memanaskan badan sambil menerangkan tentang implikasi memanaskan
badan. Kemudian guru mengambil masa selama tujuh minit sebagai sesi pengenalan aktiviti
yang ingin dipelajari. Seterusnya guru mengambil masa selama enam minit untuk mengajar
secara tradisional melalui papan putih dan sesi soal jawab bersama murid. Tujuh minit
seterusnya digunakan guru untuk melakukan aktiviti permainan melibatkan otot besar yang
dipelajari. Akhir sekali guru mengambil masa lima minit untuk menjalankan sesi ‘warm down’
dan refleksi.

Mengikut pemerhatian saya, terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan


oleh guru dalam kelas pendidikan jasmani ini. Antaranya ialah kawasan kelas. Sekiranya
padang tidak dapat digunakan, guru haruslah menjadikan dewan sekolah sebagai jalan
penyelesaian utama. Apabila kawasan seluas itu dapat digunakan, pelbagai aktiviti juga dapat
dijalankan. Alatan-alatan pendidikan jasmani yang sesuai juga dapat digunakan dan seterusnya
murid-murid akan mendapat input yang lebih bermakna tentang pengajaran yang diberi. Selain
itu, saya berpendapat bahawa masa bagi kelas pendidikan jasmani ini ditambah lagi. Walaupun
masa asal yang diberikan seperti mencukupi, tetapi ia kelihatan agak padat dan murid-murid
seolah-olah menjadi kelam kabut melakukan aktiviti kerana guru mengejar masa. Selain itu,
murid-murid juga kelihatan tidak puas melakukan aktiviti permainan kerana masa yang singkat
dan sekali gus menyebabkan murid tidak merasai keseronokan kelas pendidikan jasmani. Masa
yang sesuai bagi kelas pendidikan jasmani ialah empat puluh minit ataupun satu jam.

Anda mungkin juga menyukai