Anda di halaman 1dari 9

Biodata murid

Nama: Nur Atiqah Auni binti Ab. Manaf

Tarihk lahir: 15 April 2003

Tempat lahir: Hospital Daerah Tumpat

Alamat: Kg. Telaga Lanas, Pengkalan Kubor, 16080 Tumpat,


Kelantan

Bilangan adik-beradik: 2

Kaum: Melayu

Pekerjaan bapa: Bekerja kampung

Pekerjaan bapa: Suri rumah

Masalah yang dihadapi: ADHD

Analisis soalan yang telah diuji


No. Arahan soalan Analisis Skor
soalan

1 Trace the lines given - Murid mampu menjawab 3/3


soalan dengan baik
- Murid berjaya menyurih
kembali garisan putus-putus
tanpa sebarang kecacatan
- Ketiga-tiga garisan yang
berbeza-beza berjaya disiapkan
- Murid faham kehendak soalan

2 Use straight lines to connect - Murid menyambung titik 2/3


the dot secara rambang
- Murid tidak mengikut arahan
yang diberikan apabila disuruh
untuk menyambung titik
mengikut susunan abjad
- Murid mampu membuat
garisan lurus tanpa
menggunakan pembaris

3 Trace the alphabet - Murid dapat menyurih tulisan 2/2


‘A’ dan ‘a’ dengan betul
- Murid mampu menulis kembali
huruf tersebut
- Murid faham kehendak soalan

4 Help spider find his way - Murid tidak dapat 1/2


home (maze puzzle) menyelesaikan ‘maze puzzle’
dengan betul
- Murid terus melukis garisan
luris dari mula ke tamat.
- Murid tidak memahami
kehendak soalan

5 Connect the dots from 1 to - Murid berjaya menyelesaikan 2/2


10 tugasan
- Murid berjaya menyambung
titik mengikut turutan nombor
- Murid faham kehendak soalan
6 Circle the correct color - Murid berjaya menyelesaikan 3/3
tugasan
- Murid dapat membulatkan
warna yang betul berdasarkan
perkataan yang diberi
- Murid mengetahui ejaan warna
yang diberikan
- Murid faham kehendak soalan

7 Fill in the blank with the letter - Murid tidak berjaya 0/6
‘u’ and ‘i’ menyelesaikan tugasan
- Murid hanya berjaya
menyelesaikan satu soalan
sahaja
- Murid tidak memahami soalan
- Murid masih belum menguasai
abjad
- Murid mengisi tempat kosong
dengan abjad yang salah

8 Circle the letter ‘a’ and ‘d’ in - Murid hanya mampu 3/6
every word membulatkan abjad ‘a’ sahaja
- Murid tidak berjaya
membulatkan lansung abjad ‘d’
- Murid hanya mengusai abjad
tertentu sahaja

9 Fill in the blank with the - Murid tidak berjaya 0/4


correct word based on the menyelesaikan tugasan
picture. - Murid hanya menulis abjad ‘A’
dan ‘a’ pada tempat kosong
- Murid hanya menguasai abjad
tertentu sahaja
- Murid tidak memahami
kehendak soalan

10 Complete the sentece with - Murid tidak berjaya 0/4


correct word menyelesaikan tugasan
- Murid hanya mengisi tempat
kosong dengan abjad-abjad
tertentu sahaja
- Murid tidak memahami
kehendak soalan

No. Arahan soalan Markah yang Markah penuh


soalan diperolehi

1 Trace the lines given 3 3

2 Use straight lines to connect the dot 2 3

3 Trace the alphabet 2 2

4 Help spider find his way home (maze 1 2


puzzle)

5 Connect the dots from 1 to 10 2 2

6 Circle the correct color 3 3

7 Fill in the blank with the letter ‘u’ and ‘i’ 1 6

8 Circle the letter ‘a’ and ‘d’ in every word 3 6

9 Fill in the blank with the correct word 0 4


based on the picture.

10 Complete the sentece with correct word 0 4

Jumlah 16 35

Laporan ujian diagnostik bahasa inggeris kemahiran menulis

Pada 6 Mac hingga 10 Mac 2011, saya telah menjalankan Pengalaman


Berasaskan Sekolah (PBS) di SK Genting, Kelantan. PBS ini dijalankan selama
seminggu. Pada tugasan kerja kursus berasaskan ilmu bagi mata pelajaran English
Language Methodology ini, saya dikehendaki menjalankan ujian kemahiran bahasa ke
atas seorang pelajar pendidikan khas di sekolah tersebut. Sepanjang berada di sini sya
telah menjalankan pemerhatian dan memberikan instrumen pentaksiran dalam bentuk
ujian mengenai kemahiran menulis. Sebelum melaksanakan penilaian, saya telah
membina 30 set soalan bagi tiga kemahiran iaitu 10 set bagi kemahiran bahasa, 10 set
kemahiran menulis dan 10 set bagi kemahiran lisan. Tetapi saya dikehendaki meilih
satu kemahiran dan oleh itu saya memilih kemahiran menulis.

Menulis merupakan proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang


tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat
komunikasi. Tulisan memainkan peranan penting seperti membolehkan pelajar
menyusun huruf-huruf menjadi suku kata, perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi
dalam kelompok masyarakat. Selain itu, tulisan juga membolehkan kanak-kanak
berkemahiran dalam komponen bahasa yang lain justeru dapat meluaskan
pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup.

Setelah berada di kelas pendidikan khas SK Geting ini, saya ingin memilih
seorang murid untuk diuji melalui ujian diagnostik bahasa inggeris. Di bilik pendidikan
khas tersebut terdapat 3 kelas. Saya telah memilih murid dari kelas ketiga. Pada hari
pertama agak sukar untuk saya memilih dan memberi ujian kepada murid kerana di
sekolah tersebut terdapat ramai murid yang kebanyakannya belum menguasai
kemahiran menulis dengan baik. Saya juga masih belum mengenali tahap kemajuan
dan pencapaian murid-murid tersebut. Namun pada hari kedua saya telah membuat
keputusan berdasarkan bantuan dari guru-guru sekolah itu dan memilih Nur Atiqah Auni
binti Ab. Manaf dari kelas 1.

Atiqah merupakan pelajar baharu di SK. Geting di mana beliau baru memulakan
persekolahannya pada tahun ini. Dia merupakan anak sulung daripada dua adik
beradik. Ayahnya bekerja sebagai buruh manakala ibunya sebagai suri rumah. Latar
belakang atau latar ekonomi Atiqah tidak sekuat mana kerana hanya bapanya sahaja
yang bekerja dan pendapatannya dalam RM 400 sebulan. Atiqah mempunyai masalah
ADHD. Saya telah meminta pada guru penolong kanan pendidikan khas untuk meminta
sedikit masa supaya saya dapat laksanakan ujian kemahiran menulis ini terhadap
pelajar yang dipilih. Akhirnya saya dapat kebenaran tersebut dan terus memilih satu
masa untuk melaksanakan ujian tersebut.

Pada hari Isnin bersamaan 7 Mac 2011, saya telah memilih masa selama satu
jam dan meminta Atiqah untuk membuat ujian kemahiran menulis tersebut. Soalan set
pertama saya meminta Atiqah menyurih garisan putus-putus. Terdapat tiga jenis
garisan yang saya sediakan iaitu garisan bersegi, garisan melengkung dan garisan
lurus. Pada pemerhatian saya, Atiqah berjaya menyelesaikan tugasan tersebut dengan
jayanya. Atiqah faham akan kehendak soalan. Walaupun kadangkala garisan yang
dibentuknya keluar sedikit daripada garisan putud-putus itu, ia masih boleh dikira bagus
bagi murid seperti Atiqah dan dia berjaya mendapat markah penuh iaitu 3 per 3.

Pada soalan kedua pula, apa yang dapat saya perhatikan ialah Atiqah
memahami kehendak soalan iaitu menyambung titik yang membentuk bentuk matahari
dengan garis lurus. Tetapi, dia tidak menyambung mengikut urutan abjad yang terdapat
pada setiap titik sebaliknya Atiqah hanya menyambung titik mengikut sesuka hatinya
sahaja. Apa yang dapat saya perhatikan di sini ialah Atiqah masih belum menguasai
kemahiran tentang abjad. Saya telah memberi markah sebanyak 2 per 3 bagi soalan ini.

Bagi soalan ketiga pula, saya meyuruh Atiqah untuk menyurih abjad A dan a.
Kemudian saya meyuruhnya untuk menulis kembali abjad tersebut. Berdasarkan
pemerhatian saya, Atiqah berjaya menyelesaikan tugasan itu dan dapat saya simpulkan
bahawa Atiqah telah menguasai abjad A dan a. Walaupun kadangkala garisan yang
disurihnya keluar sedikit dari garisan putus-putus, tetapi beliau memahami kehendak
soalan. Saya telah memberi markah sebanyak 2 per 2 bagi soalan ini.

Selepas itu, saya menyuruh Atiqah menjawab soalan keempat pula. Bagi soalan
ini, saya telah menyediakan ‘maze puzzle’ untuk diselesaikan oleh Atiqah. Mengikut
pemerhatian saya, Atiqah tidak menyelesaikan ‘maze puzzle’ tersebut mengikut laluan
yang disediakan. Dia hanya menggaris dari kawasan mula ke kawasan tamat mengikut
sesuka hatinya. Bagi saya, Atiqah memahami kehendak soalan yang menyuruh dia
membuat garisan dari mula ke tamat, tetapi die tidak mengikuti arahan soalan ‘maze
puzzle’ tersebut iaitu menyelesaikannya mengikut laluan yang diberikan. Oleh itu, saya
telah memberi markah sebanyak 1 per 2.

Seterusnya saya memberi soalan kelima kepada Atiqah. Pada soalan itu, saya
telah meminta Atiqah untuk menyambut titik mengikut nombor 1 hingga 10 yang telah
ditandakan dan menghasilkan bentuk siput. Berdasarkan pemerhatian saya, Atiqah
berjaya menyelesaikan soalan tersebut dengan jayanya. Berdasarkan tugasan ini, saya
dapay menyimpulkan bahawa Atiqah sudah menguasai nombor bulat satu hingga
sepuluh. Saya telah memberi markah sebanyak 2 per 2 bagi soalan ini.

Bagi soalan keenam pula, Atiqah dikehendaki untuk membulatkan warna yang
betul pada pilihan warna yang diberi berdasarkan pada ejaannya disebelah. Dia berjaya
menjawab soalan itu dengan betul apabila ketiga-tiga ejaan warna yang saya sediakan
berjaya dipadankan dengan warnanya. Berdasarkan pemerhatian saya, Atiqah telah
menguasai warna-warna dan ejaannya. Saya telah memberi markah penuh iaitu 3 per
3 bagi soalan ini.

Selepas itu, saya memberi soalan ketujuh kepada Atiqah. Soalan ini
mengkehendakkan Atiqah menulis huruf ‘u’ dan ‘l’ pada perkataan yang sudah dibuang
huruf tersebut dan berdasarkan gambar yang menerangkan perkataan tersebut.
Terdapat tiga perkataan masing-masing bagi huruf ‘u’ dan ‘l’. Atiqah hanya berjaya
menjawab satu sahaja daripada keenam-enam soalan itu iaitu huruf ‘l’ untuk ‘lion. Dia
mengisikan tempat kosong itu dengan huruf lain seperti ‘e’, ‘o’ dan ‘n’. Berdasarkan
pemerhatian saya, saya dapat menyimpulkan bahawa Atiqah hanya mengetahui
perkataan ‘lion’ sahaja berbanding gambar-gambar lain dalam soalan ketujuh ini. Selain
itu, dia juga masih belum menguasai huruf ‘u’. Ini menunjukkan Atiqah masih belum
menguasai kesemua abjad. Atiqah hanya mendapat satu daripada markah penuh
enam.

Soalan seterusnya iaitu soalan kelapan memerlukan Atiqah untuk membulatkan


huruf ‘a’ dan hurud ‘d’ pada perkataan-perkataan yang telah disediakan. Terdapat tiga
perkataan masing-masing bagi huruf ‘a’ dan ‘d’. Setelah selesai soalan itu dibuat oleh
Atiqah, dia hanya berjaya membulatkan huruf ‘a’ sahaja dan tidak satu pun huruf ‘d’
berjaya dibulatkannya. Mengikut pemerhatian saya, Atiqah hanya mengenali huruf ‘a’
jika dibandingkan dengan huruf ‘d’ dimana dia tidak berjaya membulatkan huruf ‘d’ dan
ini menunjukkan Atiqah hanya menguasai sesetengah abjad sahaja. Saya telah
memberi tiga markah daripada enam kepada Atiqah.

Selepas selesai soalan kelapan, saya memberi soalan kesembilan kepada


Atiqah. Soalan ini memerlukan Atiqah untuk memilih perkataan sesuai berdasarkan
gambar yang diberi dan perkataan itu telah disediakan. Terdapat empat gambar dan
perkataan telah disediakan dalam soalan ini. Atiqah tidak berjaya menjawab lansung
soalan-solaan tersebut, malahan dia hanay mengisi tempat kosong itu dengan huruf ‘A’
dan ‘a’ sahaja. Berdasarkan keputusan soalan kesembilan ini, Atiqah masih belum
menguasai ejaan-ejaan bagi objek-objek yang terdapat disekitarnya. Seperti soalan-
soalan sebelum ini, Atiqah menunjukkan pengetahuannya mengenai huruf ‘a’ sahaja.
Atiqah tidak berjaya mendapat markah bagi soalan ini.

Seterusnya bagi soalan terakhir iaitu soalan kesepuluh, Atiqah dikehendaki untuk
mengisi tempat kosong dalam ayat dengan perkataan yang telah disediakan. Terdapat
ayat dan empat perkataan telah disediakan. Keputusannya, Atiqah tidak berjaya
menjawab keempat-empat soalan dan seperti soalan sebelum ini, dia hanya mengisi
tempat kosong dengan huruf-huruf yang dikenalinya sahaja. Berdasarkan pemerhatian
saya, saya menganggap bahawa Atiqah tidak memahami ayat yang telah disediakan itu
dan sekali gus menyebabkan dia tidak dapat mengisi tempat kososng itu dengan
perkataan yang sesuai. Atiqah tidak berjaya mendapat markah bagi soalan ini.
Setelah habis kesemua soalan yang dijawab, saya mengambil semula set soalan
tersebut. Masa menjawab soalan yang diambil oleh Atiqah ialah kurang dari sejam.
Saya berpuas hati dengan ujian yang telah dilaksanakan ini. Selepas itu saya memberi
peluang kepada Atiqah untuk mewarna gambar-gambar yang terdapat pada set soalan
ini kerana minatnya yang suka mewarna. Setelah mendapat soalan itu kembali, saya
mula menanda semua soalan untuk dibuat analisis.

Setelah selesai semua tugasan. Saya mula merangka laporan untuk ditaip.
Akhirnya kerja kursus ini dapat disiapkan. Sebagai penutup, saya berharap Atiqah
dapat meningkatkan lagi pencapaian kearah yang lebih memberangsangkan. Sekian.

Anda mungkin juga menyukai