Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

PROGRAM GURU PENYAYANG 2016

1. PENGENALAN

Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi dan


bersifat belas kasihan. Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat
kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every
child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra,
mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan
sabar. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang
perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap
masa. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru
dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarat.

2. MATLAMAT

Program Guru Penyayang diadakan bertujuan supaya guru dapat mengamalkan dan
membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.

3. OBJEKTIF

Di akhir program, diharap murid dapat:


3.1 menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru;
3.2 menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah;
3.3 menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah; dan
menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada
sekolah.

4. SASARAN

Semua murid ting 1 hingga ting 5 SBP Integrasi Gombak; 546 orang.

5. TARIKH

18 Julai 2016

6. TEMPAT

Dewan Seri Gemilang, SBP Integrasi Gombak


Pengerusi : En. Salleh bin Ismail (Pengetua)
Timbalan Pengerusi
: Pn. Maimunah binti Ismail (Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi I: Pn. Noridah binti Hj Ramlan (Penolong Kanan)
Naib Pengerusi II
: Pn. Sarimah binti Hj Samuri (Penolong Kanan Kokurikulum)
Setiausaha : Pn. Ros `Afifah binti Mat Ripin
Bendahari : Pn. Suriani binti Sayuaakhi
AJK : Pn. Norizan binti Abdul Rahman
: En. Mohd Fuad bin Abdul Wahab
7. AHLI JAWATAN KUASA

8. KAEDAH PELAKSANAAN

Program Guru Penyayang dilaksanakan dengan memberikan cup cake setiap seorang
murid yang diraikan semasa Sambutan Hari Jadi di sekolah.

9. TENTATIF PROGRAM

TARIKH MASA AKTIVITI


18/07/2016 7.15 hingga 7.50 Pagi  Kata Alu-aluan Pengerusi Majlis
 Bacaan Doa
 Ucapan dari UBK
 Ucapan dari Pengetua
 Surprise Birthday kepada murid iaitu
cup cake
 Nyanyian lagu Allah Swt selamatkan
kamu
 Bersurai

10. ANGGARAN PERBELANJAAN

Peruntukan PIBG:

Bayaran cup cake RM 3.00 X 546 orang = RM 1638.00


Kad Ucapan RM 5.00 X 12 bulan = RM 60.00
JUMLAH = RM 1698.00

11. PENUTUP

Program ini diharap dapat memberi manfaat serta objektif tercapai kepada semua
murid SBP Integrasi Gombak.
Disediakan oleh: Diluluskan oleh:

(ROS `AFIFAH BT MAT RIPIN) (MAIMUNAH BT ISMAIL)


Guru Bimbingan dan Kaunseling Penolong Kanan HEM
SBP Integrasi Gombak SBP Integrasi Gombak

Anda mungkin juga menyukai