Anda di halaman 1dari 1

Aku sebuah buku.

Aku sebuah buku teks yang berjudul BAHASA MELAYU TAHUN 6. Aku diterbitkan
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Aku dicetak oleh,Percetakan Surya Sdn.Bhd. Aku dilahirkan
pada tahun 2015. Aku ditulis oleh Mat Ariffin bin Ismail dan juga Abdul Rahman Kamil bin
Abu Naim.

Tujuan aku dicetak adalah untuk dijadikan bahan rujukan dan juga bahan bacaan. Selain
Itu,Aku juga boleh digunakan oleh guru untuk memberikan latihan kepada anak didik. Aku
sering digunakan oleh pelajar sekolah terutamanya ketika menjelang hari peperiksaan.

Di samping itu , aku juga sering digunakan oleh pelajar sekolah ketika mereka
mempunyai masa lapang untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Mereka juga
dapat mencedok ilmu dan banyak maklumat sebanyak mungkin daripada isi kandungan aku.

Aku sangat gembira kerana dapat berbakti kepada manusia. Aku harap agar rakan rakan
aku yang lain turut gembira.

Nama: MOHAMAD FARHAN BIN MOHAMAD RODI


Umur: 12 TAHUN
Sekolah: SK DATO AHMAD SAID TAMBAHAN ,IPOH,PERAK.

Anda mungkin juga menyukai