Anda di halaman 1dari 15

TAJUK 6 KAJIAN SUKATAN DAN HURAIAN SUKATAN

Sinopsis

Topik ini membincangkan mengenai kajian sukatan dan huraiana sukatan aspek-aspek
dalam Sukatan Bahasa Melayu dan Pemulihan Khas Bahasa dalam aspek Rancangan
Semester, Rancangan Mingguan dan Rancangan Harian. Di samping itu, menghuraikan
aspek-aspek yang perlu ada dalam Sukatan Bahasa Melayu dan Pemulihan Khas
Bahasa mengikut kemahiran, hasil pembelajaran dan aktiviti.

Hasil pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
i. Membina Rancangan Pelajaran Harian bagi meningkatkan profesion perguruan
ii. Menghuraikan kandungan kurikulum secara umum dan spesifik kepada aktiviti
pembelajaran Pendidikan Pemulihan
iii. Menghuraikan aspek-aspek yang perlu ada dalam Sukatan Bahasa Melayu
Pendidikan Pemulihan mengikut kemahiran, hasil pembelajaran dan aktiviti

6.0 Kajian Sukatan dan Huraian Sukatan

6.1 Aspek-aspek dalam Sukatan Bahasa Melayu dan Pemulihan Khas

6.1.1 Kemahiran
6.1.2 Hasil Pembelajaran
6.1.3 Aktiviti

1
Mengumpul Maklumat

Secara individu, cuba anda dapatkan Sukatan dan Huraian Sukatan Bahasa
Melayu Pendidikan Pemulihan. Di samping itu, sila kumpulkan segala maklumat
aspek-aspek kemahiran, hasil pembelajaran dan aktiviti yang boleh
diaplikasikan dalam Rancangan Pengajaran Harian. Bincangkan bersama tutor
anda.

Latihan

Bina satu Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan Sukatan dan Huraian


Sukatan Pendidikan Pemulihan.

TAJUK 7 BAHAN BANTU BELAJAR

Sinopsis
Topik ini menjelaskan kepentingan bahan bantu mengajar / belajar kepada guru-guru
Pendidikan Pemulihan. Di samping itu juga para pelajar akan didedahkan dengan jenis-
jenis bahan bantu mengajar dari aspek maujud, pelbagai media teknologi maklumat dan
komunikasi

Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
i. Menjelaskan definisi dan kepentingan bahan bantu belajar untuk membantu
murid-murid Pendidikan Pemulihan
ii. Mengaplikasikan pelbagai media dalam membina bahan bantu belajar dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran

2
iii. Mengintegrasikan kemahiran mengajar dan kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi untuk melaksanakan pengajaran yang berkesan dan bermakna.

7.0 Bahan Bantu Belajar (BBB)

7.1 Kepentingan Bahan


Mengikut Charles F Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale (1964 : 65)
kepentingan BBB dirumuskan sebagai menyediakan satu asas yang kuat untuk
sesuatu konsep. Ia dijadikan sebagai daya penarik penting kepada seseorang
murid untuk meningkatkan minat mereka kepada pengajaran dan pembelajaran
guru.

Di samping itu, melalui bahan bantu belajar dapat menghasilkan pembelajaran


yang lebih kekal dalam diri murid. Penggunaannya memberi pengalaman
sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri dalam kalangan pelajar .
Murid dapat belajar dalam keadaan sebenar dengan mengaplikasikan
pengetahuan sedia ada murid dengan pengetahuan baru. Guru perlu membuat
perancangan awal dengan menetukan pendekatan yang sewajarnya digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Pendekatan berpusatkan murid,
bahan dan projek dapat merealisasikan impian untuk melahirkan murid yang
berpotensi dalam pelbagai aspek.

Selain itu, BBB juga dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui
bahan-bahan yang bergerak yang boleh membantu pemahaman dan
perkembangan perbendaharaan kata pelajar serta boleh memberi pengalaman
baharu dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.

Kamarudin Hj. Husin (1988 : 242) merumuskan kepentingan BBB adalah untuk
memberi rangsangan dan minat murid-murid . BBB juga dapat menyediakan
dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan
mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-murid.
BBB juga dapat membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan
menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal.

3
Mudah
difahami

Menyeronok Menjimatkan
-kan murid BBB masa

Mempel-
bagaikan
Kegiatan

Rajah 7.1 Kepentingan Bahan Bantu Belajar dalam Pengajaran dan


Pembelajaran

7.2 Jenis Bahan


7.2.1 Maujud
Merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan
dipegang. Bahan maujud adalah nyata yang ada dalam lingkungan alam,
baik digunakan dalam keadaan hidup ataupun sudah diawetkan.

7.2.2 Pelbagai Media


Bahan yang mempunyai tulisan dan wujud secara fizikal. Bahan ini boleh
disentuh ddan boleh dibaca secara terus. Ciri penting bahan bercetak
ialah hanya dihasilkan melalui cetakan dan bukan hasil tulisan tangan.

Contohnya;
Buku, majalah , jurnal, ensiklopedia, surat khabar, kad katalog, kamus,
buku teks dan lain-lain.

4
Bahan pelbagai media ini banyak disimpan di pusat sumber atau di
perpustakaan ataupun di arkib. Selalunya ia digunakaan secara meluas
oleh guru-guru di sekolah sejak beberapa lama . Bahan ini murah dan
senang didapati. Di samping itu ia kekal dan mudah dirujuk pada bila-bila
masa. Bahan ini juga mudah alih dan mudah diakses oleh guru bagi
menggunakannya.

7.2.3 Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menjadi bahan bantu


belajar murid yang tidak boleh diketepikan pada masa kini. Sejajar
dengan perkembangan ICT dalam abad ke 21 ini, kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi telah membantu guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran pengintegrasian teknologi
maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran boleh
membantu guru melaksanakan tugas merea dengan lebih efektif dan
profesional (Noriati A. Rashid, 2009).

Penggunaannya dalam bilik darjah bukan sahaja dapat memudahkan


tugas guru tetapi menjadikan perhatian para murid kepada pengajaran
guru lebih berkesan. Teknologi maklumat dan komunikasi adalah
teknologi dunia terkini dan dapat memberi banyak manfaat jika digunakan
secara betul. Selain meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid
terhadap pelajarannya, ia dapat membentuk generasi selari dengan
perkembangan semasa. Walau bagaimanapun ia perlu dikendalikan oleh
guru berkemahiran.

7.3 Ciri-ciri Bahan

5
7.3.1 Kesesuaian

Pemilihan bahan bantu belajar perlu sesuai dengan perkembangan


kognitif kanak-kanak. Ini dapat membantu mereka menggunakan bahan
dengan efektif. Guru perlu mengetahui mengenai saiz bahan bantu
belajar yang direka dan yang akan digunakan agar bersesuaian apabila
diaplikasikan di dalam bilik darjah. Kesesuaian bahan bantu belajar
adalah yang boleh dilihat, digunakan, mesra pengguna dan sesuai
dengan isi pelajaran murid.

Selain itu, BBB seharusnya memberi manfaat kepada guru dan murid-
murid . Sesuai dari segi tajuk, bahasa, kandungan dan pengalaman .
Sesuai dengan keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah .

6
Rajah 7.2 Kesesuaian Penggunaan Bahan

7.3.2 Pelbagai Kegunaan


Menjimatkan tenaga, kos, masa atau sebagainya dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Contoh; Guru dapat menyimpan semua bahan pengajaran dalam komputer dan
ini menjimatkan tenaga dan kos yang diperlukan untuk menyediakan BBB. Boleh
digunakan dalam beberapa subjek seperti dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
dan Matematik .Boleh digunakan oleh murid-murid pada bila-bila masa bagi
mengukuhkan ilmu mereka.

7.3.3 Mudah alih


Senang dibawa, difahami dan mudah alih oleh guru mahupun murid-murid.
Menyenangkan guru untuk menyimpan .Senang digunakan semasa di dalam
bilik darjah

7.4 Kesimpulan

Kesimpulannya, BBB merupakan bahan rangsangan yang dapat membantu


keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah.
Guru perlu mempunyai kemahiran dalam pengaplikasian BBB semasa
merancang Rancangan Pengajaran Harian (RPH).

Tutorial
Sediakan satu contoh Rancangan Pembelajaran Harian untuk mengajar membaca
bagi murid-murid pemulihan. Bina Bahan Bantu Belajar yang sesuai untuk proses
P&P yang dirancangkan. Senaraikan kekuatan dan kelemahan Bahan Bantu
Belajar yang telah digunakan dalam proses P&P

7
Layari Internet
Secara individu atau kumpulan, layari internet untuk mencari maklumat mengenai
Bahan Bantu Belajar yang terkini dan sesuai digunakan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu bagi murikd-murid Pendidikan Pemulihan

TAJUK 8 RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sinopsis
Topik ini menjelaskan dengan terperinci aspek-aspek penulisan Rancangan Pelajaran
Individu mengikut masalah murid pemulihan serta dapat menghuraikan komponen-
komponen yang perlu ada dalam rancangan pengajaran harian untuk pengajaran kelas
pemulihan.

Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
i. Menjelaskan mengenai rancangan pengajaran dan pembelajaran definisi dan
kepentingan bahan bantu belajar untuk membantu murid-murid Pendidikan
Pemulihan
ii. Mengaplikasikan pelbagai media dalam membina bahan bantu belajar dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
iii. Mengintegrasikan kemahiran mengajar dan kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi untuk melaksanakan pengajaran yang berkesan dan bermakna.

8
8.0 Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran

8.1 Rancangan Pendidikan Individu

Suatu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin dan direka


untuk memenuhi keperluan individu murid kurang upaya (William N Bender
1995). RPI merupakan satu perjanjian bertulis di antara ibu bapa dan pihak
sekolah tentang keperluan-keperluan kanak-kanak dan cara bagaimana
keperluan-keperluan tersebut boleh dipenuhi. Dari segi pelaksanaan, RPI adalah
sebuah kontrak tentang perkhidmatan yang perlu disediakan untuk seseorang
murid tersebut.”

Rancangan Pendidikan individu adalah satu dokumen bertulis. Ia dirancang


khusus untuk seseorang murid. Ia juga dibentuk bertujuan mendokumentasi kan
segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran serta
perkhidmatan yang disediakan (Jabatan Pendidikan Khas , 2000).

RPI pada dasarnya adalah satu pernyataan tentang tahap prestasi seseorang
murid. Perancangan yang merangkumi aspek akademik dan bukan akademik
Matlamat yang boleh dicapai oleh murid Maklumat yang mengandungi satu
objektif yang boleh diukur . Satu huraian berhubung dengan perkhidmatan yang
diperlukan oleh murid . Perancangan dan persediaan untuk membantu murid
berkeperluan khas menghadapi alam sekitar.

Kesimpulannya, RPI adalah rancangan / program penilaian berterusan untuk


seseorang murid sebagai teras perancangan pendidikan dalam program
pendidikan khas.

9
E Kerjasama

L Berkongsi Maklumat
E
Keputusan Bersama
M
E Kebolehpercayaan

N Dokumentasi

Proses dan Hasil


R P I

Rajah 8.1 Elemen Rancangan Pendidikan Individu


Penulisan Rancangan Pendidikan Individu

PENULISAN Nama Ahli Jawatankuasa


RPI
Matlamat

Pencapaian Murid

Objektif
Prosedur dan Kriteria Penilaian

Strategi Pengajaran
Resos
Orang Yang Bertanggungjawab

Inklusif

Catatan

10
Rajah 8.2 Contoh Penulisan RPI

11
8.2 Komponen Rancangan Pengajaran Harian

Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu dokumen rasmi penting kepada


seorang guru profesional yang perlu disediakan sebelum sesuatu pengajaran
dilaksanakan. Seorang guru perlu menguasai kemahiran merancang rancangan
pengajaran yang akan dilaksanakan dengan berkesan.

Kejayaan sesuatu pengajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas


bergantung sepenuhnya kepada kebijaksanaan guru membuat perancangan dan
persediaan rapi sebelum memulakan sesi pengajaran. Sebagai seorang guru
profesional , kemahiran merancang dan menulis Rancangan Pengajaran Harian
amat penting dan sesuai dengan tugas guru sebagai pengurus bilik darjah.

Definisi RPH
Didefinisikan sebagai penulisan tentang kaedah pelaksanaan proses pengajaran
dan pembelajaran bagi satu matapelajaran pada sesuatu hari tertentu
menggunakan format-format yang telah ditetapkan

8.2.1 Format Penulisan

12
KOMPONEN/ ISI/ AKTIVITI CATATAN
LANGKAH KEMAHIRAN/ P&P (NILAI/
KONSEP KBKK/BBM)
SET INDUKSI
(…. MINIT)
PERKEMBANGAN
LANGKAH ----
(…. MINIT)
(mungkin beberapa
langkah)

PENUTUP
(…..MINIT)

8.2.2 Hasil Pembelajaran


Merupakan satu keterangan mengenai apa yang akan dicapai dan dilaksanakan
oleh murid untuk membentuk asas sesuatu inferens terhadap sesi pembelajaran
yang dilaksanakan dalam bentuk pengetahuan, kemahiran dan nilai.

i. Spesifik – Menyatakan dengan jelas apa yang guru rancang agar dicapai
oleh murid . Contoh : menyebut, menulis, menyenarai, mengklasifikan
ii. Boleh diukur – Menyatakan dengan jelas tahap hasil pembelajaran dan
kemahiran yang perlu dicapai oleh murid. Contoh: dua dari lima soalan.
iii. Boleh dicapai – Menyatakan hasil yang ingin dicapai adalah munasabah
mengikut tahap kebolehan murid menggunakan bahan-bahan bantu
mengajar yang disediakan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

13
8.2.3 Perancangan aktiviti
Guru dalam perancangan pengajaran perlu merancang aktiviti berdasarkan
pemilihan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang akan digunakan
sepanjang proses pengajaran dan pembelajarannya.

KEBIJAKSANAAN MEMILIH
PENDEKATAN

KECEKAPAN MERANCANG KAEDAH DAN


TEKNIK

BERDASARKAN OBJEKTIF / HASIL


PEMBELAJARAN

Rajah 8.1 Konsep Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

8.2.4 Pemilihan bahan bantu belajar


Pemilihan bahan bantu belajar banyak bergantung kepada perancangan guru
sebelum melaksanakan dalam pengajarannya. Guru perlu mengambil kira
mengenai penggunaan bahan bantu belajarnya sama ada mencukupi, sesuai
dan bertepatan dengan pengajaran yang hendak diajar. Di samping ia juga
berkaitan dengan kaedah dan teknik yang dipilih oleh seorang guru.

8.2.5 Refleksi
Proses refleksi merupakan satu penilaian yang dijalankan oleh guru selepas
proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Tujuannya untuk
menilai semula sama ada pengajaran yang telah dilaksanakan telah mencapai
objektif atau hasil pembelajaran pengajarannya.

14
Tutorial

Dapatkan sekurang-kurangnya seorang murid yang mempunyai masalah dalam

penguasaan bahasa dan lakukan terapi terhadapnya. Seterusnya cuba lihat


perubahan yang berlaku terhadap kebolehan berbahasa murid berkenaan.

Memikir

Cuba anda fikirkan mengenai kebaikan dan keburukan penggunaan


sepenuhnya bahan bantu belajar sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran anda di dalam bilik darjah.

15

Anda mungkin juga menyukai