Anda di halaman 1dari 16

ISI KANDUNGAN

Perkara Muka surat

HALAMAN TAJUK 2

1.0 PENGENALAN

2.0 DOMAIN PSK 3

3.0 DEFINISI DOMAIN SOSIOEKONOMI 4

4.0 PSK CIRI-CIRI SOSIOEKONOMI MALAYSIA 5

5.0 DASAR-DASAR EKONOMI NEGARA 7

6.0 KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN KEGIATAN 13


EKONOMI KEPADA NEGARA DAN KESEJAHTERAAN
RAKYAT

7.0 RUMUSAN 15

Bibliografi

1
Tajuk :

KEPENTINGAN DOMAIN SOSIOEKONOMI DALAM PSK DAN


KAITANNYA DENGAN KESEJAHTERAAN DAN KEMAJUAN
NEGARA MALAYSIA

2
1.0 PENDAHULUAN

Selaras dengan matlamat Falsafah Penddikan Negara demi untuk

membentuk individu yang seimbang dari aspek rohani dan jasmani maka, Mata

Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan telah diperkenal dan mulai diajar

sebagai satu mata pelajaran teras persekolahan mulai tahun 2005, di sekolah

rendah dan menengah.

Suatu ketika dahulu sebagai contohnya, mata pelajaran ini juga dikenali

dengan nama Tata Rakyat sekitar tahun 1970an di sekolah rendah. Pada masa

dahulu, pendidikan sivik hanya bertumpu pada struktur dan jenis kerajaan. Namun

kini, mata pelajaran ini memberi tumpuan pada keadaan semasa masyarakat serta

keperluan masa depannya. Menurut apa yang ditulis oleh Pusat Perkembangan

Kurikulum dalam huraian sukatan pelajaran, Sivik merujuk kepada hubungan

individu dengan masyarakat di sekelilingnya. Manakala kewarganegaraan pula

merujuk kepada hubungan individu dengan negaranya.

2.0 Domain-domain di dalam Pendidikan Sivik dan Kenegaraan

Pendidikan Sivik Kewarganegaraan merupakan salah satu matapelajaran

yang diajar dalam persekolahan di Malaysia. Mata pelajaran ini amat diperlukan dan

begitu penting dalam melahirkan “generasi yang bertanggungjawab dan berguna

kepada masyarakat. Gejala-gejala sosial dan segala perkara yang berlaku di dalam

Negara telah menimbulkan kebimbingan kepada pemerintah terhadap masa depan

Negara. Kesan daripada itu, mata pelajaran ini telah diperkenal dan dilaksanakan

demi memastikan kesejahteraan rakyat akan lebih terjamin dan kesejahteraan

3
Negara dapat dipertahankan. Di samping itu, perpaduan dan juga semangat

patriotisme juga akan dapat diterapkan dalam diri setiap pelajar menerusi

pengajaran dan pembelajaran matapelajaran ini.

Sewajarnyalah, mata pelajaran ini diajar di sekolah dengan hasrat untuk

merealisasikan matlamat utama mata pelajaran Pendidikan Sivik Kewarganegaraan.

Bak kata pepatah “kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mengikut

huraian sukatan pelajaran yang telah dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan

Kurikulum, terdapat empat domain utama yang diterapkan dalam Pendidikan Sivik.

Kewarganegaraan iaitu sivil, politik, sosioekonomi, politik dan budaya. Kesemua

domain ini amat penting dalam memastikan konsep dan matlamat serta objektif

utama Pendidikan Sivik Kewarganegaraan akan tercapai. Fokus yang akan saya

berikan sebagai tugasan ialah domain yang berkaitan dengan sosioekonomi.

3. Definisi Domain Sosioekonomi

Sosioekonomi merupakan salah satu domain yang memainkan peranan yang

penting dalam membina perpaduan dan semangat patriotisme dikalangan pelajar.

Bidang sosioekonomi sebenarnya merupakan suatu kajian hubungan di antara

aktiviti ekonomi dan juga kehidupan sosial. Domain ini juga lebih bertumpu pada

bidang ekonomi dan bidang psikologi. Ini bermakna, sosioekonomi lebih bertumpu

pada keadaan ekonomi yang mencorakkan kehidupan sosial seseorang individu.

Tanpa wujudnya ekonomi yang mantap, kehidupan sosial masyarakat akan terus

mundur. Ini selaras dengan ekonomi sesebuah negara yang perlu kukuh dalam

memastikan kesejahteraan dan kemajuan sesebuah Negara.ala prasarana sekolah

akan dapat dipenuhi bagi melahirkan pelajar yang inovatif.

4
Begitu juga dengan pelajar dimana taraf ekonomi keluarga mereka perlulah lebih

kukuh supaya tidak disingkirkan daripada kehidupan disekolah. Oleh itu, menerusi

domain sosioekonomi ini, kami akan menghuraikan segala aspek termasuklah dari

segi pelaksanaan dan juga amalan domain tersebut serta keadaan sosioekonomi

disesebuah sekolah.

4. CIRI-CIRI SOSIOEKONOMI MALAYSIA

Perkembangan Sosioekonomi Zaman Penjajahan

Ketika zaman penjajahan British mereka telah memperkenalkan sistem

kapitalisme & dasar laissez faire dalam kegiatan ekonomi di Tanah Melayu. Dasar

British pada masa itu menitikberatkan eksploitasi kekayaan semulajadi di Malaya,

Sabah & Sarawak. Mereka bertapak di Malaya untuk mengeksploitasi sumber-

sumber semulajadi dalam bidang perlombongan bijih timah, industri getah dan

perladangan hasil mahsul (eksport).

Kerajaan British telah menetapkan dasar untuk mengasingkan kaum-kaum

yang berbagai etnik ini dengan menggalakkan komuniti-komunti tersebut

menceburkan diri dalam bidang-dbidang ekonomi yang berlainan. Sebagai

contohnya, kaum Melayu telah ditentukan oleh mereka untuk mengusahakan bidang

yang berkaitan dengan pertanian – melibatkan bidang penanaman padi dan buah-

buahan, penangkapan ikan dan perkhidmatan awam bagi golongan yang terpelajar.

Bagi kaum Cina pula, mereka terlibat dalam kegiatan perniagaan, perusahaan,

pembinaan, penanaman sayur, penternakan dan pekerjaan swasta. Manakala,

kaum India pula tertumpu kepada pekerjaan buruh di estet-estet, pembinaan jalan

raya dan landasan kereta api serta perkhidmatan kerajaan

5
Kesan daripada itu, mengakibatkan berlakunya pengenalan identiti

masyarakat berdasarkan kegiatan ekonomi. Sistem kapitalisme dan dasar laissez

faire yang diperkenalkan di Malaya, Sabah dan Sarawak telah mewujudkan

dualisme sosioekonomi di kalangan kaum Melayu dan bukan Melayu. Selain

daripada itu, wujudnya jurang ekonomi antara kaum dan juga berlakunya kadar

pembangunan yang tidak seimbang antara bandar dan luar bandar. Dasar pecah

dan perintah British telah meninggalkan kesan-kesan negatif dalam hubungan etnik

selepas Malaya mencapai mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Sejak awal lagi, sasaran Malaysia adalah untuk menjadi sebagai sebuah

Negara industri. Ianya dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, Peringkat

pertama perlaksanaannya, Negara lebih menumpukan kepada peningkatan

inftastruktur ekonomi. pembangunan pertanian dan indusrti gantian impot. Pada

peringkat ke dua pula, menjelang tahun 1960an pembangunan dan lebih ditumpukan

kepada pembangunan teknologi dan peralihan daripada industri gantian-impot

kepada industry berorientasikan ekspot. Manakala pada peringkat akhirnya pula,

mejelang tahun (2000an), kerajaan mensasarkan pembangunan ekonomi

berteraskan K-ekonomi. Hasrat dan keinginan kerajaan melaksanakan pelbagai

dasar dan rancangan ini adalah untuk memastikan Negara mencapai kemakmuran

dan memastikan kesejahteraan rakyat tercapai.

6
5. DASAR-DASAR EKONOMI NEGARA

Dasar-dasar Ekonomi Lama (1956-1970)

Hasrat dan keinginan kerajaan untuk memastikan kemakmuran dan

kesejahteraan rakyat telah dibuktikan melalui pelbagai rancangan dan program

pembangunan ekonomi yang telah dan sedang dilaksanakan. Fasa pertama kea rah

itu, kerajaan telah melaksanakan dasar-dasar ekonomi lama yang bermula dengan

rancangan Malaya Pertama (1956 – 1960 ), diikuti oleh Rancangan Malaysia Ke 2

(1961-1965). Di bawah pelaksanaan ke dua-dua rancanagan ini, pihak kerajaan

telah memberi penekanan terhadap pembangunan pembinaan kemudahan asas dan

pembangunan sosioekonomi secara menyeluruh selepas merdeka. Melalui dasar

yang telah diperkenalkan, adalah diharap taraf ekonomi bagi semua kaum dan

pembangunan infrstruktur bagi seluruh kawasan dapat dipertingkatkan. Kesannya

penjanaan dan sebaran zon ekonomi dapat diperluaskan. Ini mampu

mempertingkatkan sosioekonomi rakyat.

Dasar Ekonomi Baru (1970 – 1990)

Setelah berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969, kerajaan telah memperkenalkan

suatu dasar baru yang dikenali dengan Nama Dasar Ekonomi Baru. Ia juga dikenali sebagai

Rangaka Rancangan Jangka Panjang 1. Hasil daripada postmortem yang telah dilakukan,

pihak kerajaan mendapati bahawa perkara ini berlaku kerana wujudnya jurang antara kaum

di bidang ekonomi. Kaum Cina sebagai contohnya menguasai bidang ekonomi

sebanyakoleh kaum India dan Melayu. Dasar ekonomi ini merupakan strategi serampang

dua mata oleh pihak kerajaan dengan tujuan untuk membasmi kemiskinan tanpa

mengirakaum dan penyusunan semula masyarakat tanpa mengekalkan identiti masyarakat

melalui penguasaan ekonomi.

7
Sebelum dasar ini diperkenalkan, kedudukan pegangan ekonomi mengikut kaum

memperlihatkan perbezaan yang ketara mengikut kaum. Berdasarkan makluumat daripada

Jabatan Perangkaan 1970, pembahagian pekerjaan mengikut kaum-kaum di Malaysia pada

tahun tersebut mendapati 67.6 % orang Melayu terlibat dengan aktiviti pertanian, 19.9 %

orang dan 11.5% orang India terlibat dengan aktiviti pertanian manakala bakinya pula oleh

kaum-kaum yang lain. Ini memperlihatkan ketidakseimbangan kaum dalam bidang ekonomi

yang diceburi.

Melalui dasar baru yang telah diperkenalkan, pengenalan kaum mengikut aktiviti

ekonomi hendak dihapuskan. Ini akan meningkatkan hubungan yang baik di antara semua

penduduk Malaysia yang berbilang kaum.

DASAR PEMBANGUNAN NEGARA (1991 – 2000)

Untuk memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terjamin, pihak kerajaan

seterusnya telah memperkenalkan Dasar Pembangunan Nasional setelah tamatnya

DEB mulai tahun 1991 hingga 2000. Dasar ini telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato'

Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka

Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991-2000 telah digubal berasaskan

Dasar Pembangunan Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu lagi era baru di

dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun

2020.

Matlamat utama dasar ini dilaksanakan bagi meneruskan kesinambungan

DEB serta objektif utamanya untuk mengekalkan perpaduan antara kaum. Selain

daripada itu, dasar ini juga dilancarkan dengan strategi Pembangunan sumber

manusia bagi menghasilkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta mahir

8
untuk menghadapi cabaran pembangunan dalam masyarakat perindustrian tanpa

jejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat Keadaan penduduk yang

bersatu padu akan mewujudkan suatu faktor pemangkin kepada Negara luar untuk

melabur di Malaysia. Kesan baiknya ekonomi akan berkembang dan ini akan

memberikan manfaat kepada rakyat.

DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA

Malaysia dikenali sebagai sebuah Negara pertanian pada awal

kemerdekaannya. Aktiviti Negara yang bersumberkan kegiatan pertanian ketika Era

Pra- & Kemerdekaan 1950-an and 1960-an) ekonomi telah menyumbangkan hasil

kepada Negara. Namun demikian, hasrat kerajaan untuk menjadikan Negara ini

sebagai Negara yang mempunyai pelbagai sumber kepada Negara telah

memberikan ilham kepada pentadbir ketika itu melaksanakan Program Perindustrian

Negara.

Sekitar tahun 1970 Industri eksport telah berjaya menyediakan

peluang kerja yang besar Negara. Ini memberi suatu gambaran yang baik

kepada kerajaan mengenai kebaikan system ekonomi tersebut. Bergerak

daripada apa yang dapat dilihat, pelbagai strategi telah dilaksanakan untuk

mempertingkatkan kekuatan ekonomi Negara dalam pelbagai perindustrian.

Peralihan daripada sebuah Negara yang bergantung kepada sumber

pertanian kepada Negara pelbagai sector terutama yang berkaitan dengan

9
bidang perindustrian. Melalui pelaksanaan dasar ini kerajaan telah

menumpukan kepada 12 industri khusus untuk diperluaskan bagi industri Negara

melalui eksport ke luar Negara (perkilangan) dan berasaskan sumber tempatan

iaitu :

 Tumpu kepada 12 industri khusus untuk perluas industri negara;

eksport ke luar (perkilangan)- berasaskan sumber tempatan:-

 Getah, Sawit, Kayu-kayan, Makanan, Logam Bukan Ferus,

Kimia, Galian Bukan Logam

 5 sektor lain = elektrik/elektronik, alatan pengangkutan,

mesin/kejuruteraan, tekstil & Pakaian

 Majukan secara intensif industri-industri berasaskan sumber utk.

eksport + pelbagai & meningkatkan industri bukan berasaskan sumber

untuk eksport

 Majukan industri berat terpilih utk. sokong industri eksport

 e.g. kereta nasional

 Membangunkan teknologi dan sumber manusia (tenaga

rakyat)–penyelidikan serta pemindahan teknologi dari Negara-

negara yang telah maju seperti Jepun, Amerika Syarikat,

Jerman, England dan lain-lain lagi.

Semua ini dirangka dengan hasrat untuk mempertingkatkan pendapatan Negara

dan memastikan kesejahteraan rakyat adalah terjamin.

10
Model Baru Ekonomi

Selepas tamatnya era DEB dan DPN kerajaaan telah memperkenalkan satu

lagi dasar Negara yang lebih komprehensif untuk menangani ketidak seimbangan

pegangan ekonomi serta pasaran ekonomi secara global. Dasar tersebut ialah

Model Baru Ekonomi yang mana ianya terkandung di dalam Rancangan Malaysia

Ke-10. Ianya telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri di Parlimen pada hari

Khamis, 10 Jun 2010 pada jam 11.30 pagi. Berikut adalah antara pertikan ucapan

beliau:

"Rancangan Malaysia Kesepuluh mengandungi aspirasi Program Transformasi  


Kerajaan dan Model Baru Ekonomi yang berteraskan pendapatan tinggi,
keterangkuman dan kemampanan. Rancangan ini merencanakan pembangunan
negara untuk tempoh lima tahun akan datang dengan matlamat untuk menyampaikan
hasil yang dihasratkan untuk semua rakyat. Rancangan ini menyediakan pentas bagi
transformasi struktur utama yang diperlukan oleh ekonomi berpendapatan tinggi serta
hala tuju dasar, strategi dan program baharu yang membolehkan negara tampil
sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi..."

- Perdana Menteri, Malaysia

11
Model Baru Ekonnomi (MBE) ini telah dirancang pelaksanaanya dengan tujuan dan

strategi untuk meningkatkan Kualiti Taraf hidup Rakyat melalui sasaran;

a) Peningkatkan pendapatan – sasaran perkapita untuk setiap rakyat

adalah sebanyak US15,000 -20000 menjelang tahun 2020

b) Pembangunan Sosoiekonomi Secara Inklusif – memastikan semua

kaum mendapat faedah daripada hasil pembangunan Negara

c) Membangun berasakan kekuatan Negara – Memenuhi keperluan

semasa tanpa mengorban masa depan generasi akan datang

d) Mewujudkan persekitaran untuk menjayakan persekitaran ekonomi.

e) Membangun dan mengekalkan modal insane bertaraf dunia

f) Mentrasformasikan kerajaaan kearah mentransformasikan Malaysia

Kesemua ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memenuhi keperluan rakyat dan

menjadikan kesejahteraan rakyat adalah keutamaan dalam sesebuah Negara.

12
6.0 KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI KEPADA
NEGARA DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT

Melalui pelbagai dasar yang telah diperkenalkan oleh kerajaan sejak dari

zaman selepas merdeka sehingga kini, peningkatan taraf hidup dan kesejahteraan

rakyat dapat dipertingkatkan. Sebagai contohnya, kesan daripada pelaksanaan

dasar-dasar tersebut pengenalan identiti sesuatu kaum mengikut aktiviti ekonomi

dapat dikurangkan. Kini kita akan dapat bahawa hamper semua kaum utam di

Malaysia terlibat dalam semua sector ekonomi untuk membangunkan Negara. Ini

akan menguragkan rasa praksangka rakyat antara satu kaum dengan satu kaum

yang lain. Perpaduan dapat dipupuk dan keharnonian dapat diwujudkan.

Selain daripada itu, pembangunan sosioekonomi dalam Negara telah

memberikan kesan yang positif dalam mempertingkatkan peluang pekerjaan

dikalangan msyarakat. Keadaan ini mampu memberi impak yang baik terhadap

suasana kehidupan yang lebih baik berbanding dengan kesuraman ekonomi yang

pernah dialami oleh Negara pada suatu ketika dahulu. Ini juga turut

menyumbangkan kejatuhan dalam indeks jenayah, maka kesan daripada itu

keselamatan dan kesejahteraan rakyat akan lebit terjamin.

Peningkatan sosioekobomi Negara dalam dan luar Negara telah memberikan

lebih banyak pembukaan kawasan baru yang menjadi pemangkin kepada sumber

ekonomi kepada kesejahteraan rakyat. Kawasan yang telah dimajukan ini mampu

menyediakan prasrana yang lebih baik kepada penduduk setempat. Sebagai

contohnya pembukaan Bandar Proton di Tanjung Malim, Perak telah mengakibatkan

peluang ekonomi yang lebih luas kepada penduduk sekitar. Ini seterusnya membuka

peluang kepada wujudnya pelbagai Institusi Pengajian Tinggi dan ini member ruang

13
kepada pertumbuhan ekonomi bagi kawasan tersebut dan kawasan berhampiran.

Kesan baiknya kesejahteraan dan taraf hidup rakyat dapat dipertingkatkan dari masa

ke semasa.

Selain daripada itu, melalui kekuatan ekonomi yang ada pihak kerajaan

melalui Kementerian Pertahanan telah mampu membelin Kapal selam yang pertama

di Malaysia pada tahun 2009 dengan kos yang begitu tinggi. Ini tidak mungkin akan

dapat dilaksanakan oleh Negara seandainya sumber kekuatan ekonomi yang tidak

baik. Hasil daripada ini imej Negara di mata dunia semakin kukuh, keselamatan

Negara semakin terjamin. Maka ini sudah tentu, dapat menjadikan rakyat yang

tinggal di Negara ini merasa terjamin keselamatan mereka. Akhirnya penumpuan

masyarakat kepada peningkatan taraf hidup dapat dilaksanakan. Maka suda tentu

kesejahteraan dan keselesaan rakyat akan lebih terjamin.

Melalui penguasaan ekonomi yang baik, Negara kita telah juga diberi

pelabagai gelaran dan jolokan yang menunjukkan peningkatan dan penguasaan

ekonomi Negara di rantau ini. Kekuatan ekonomi yang ada telah membolehkan

pihak kerajaan membina pelbagai kemudahan asas yang moden seperti monorel,

LRT dan jaringan jalan raya yang baik antara satu kawasan dengan kawasan yang

lain. Pembinaan bangunan yang menjadi mercu tanda bagi Malaysia seperti Menara

Berkembar Petronas, KLCC dan KLIA menjadi bukti kekukuhan sector ekonomi di

Malaysia. Bila mana perkara-perkara ini tersebar luas sentaro dunia, ianya menjadi

satu tarikan kepada para pelancong. Hasil daripada itu, lonjakan ekonomi kesan

daripada kedatangan pelancongan ke Negara ini dapat dirasai oleh pelbagai sector

ekonomi di Malaysia. Maka sudah tentu kesejahteraan rakyat dapat di penuhi .

14
7.0 Kesimpulan

Maka jelaslah kepada kita melalui domaian sosioekonomi yang terdapat

didalam Pendidikan Sivik dan Kenegaraan, seandainya ia dilaksanakan secara

bijaksana, tidak dinafikan bahawa kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat

mampu dicapai. Ini sudah tentu mampu untuk menjadi pemangkin kepada hasrat

kerajaan untuk menjadi Negara maju menjelang 2020.

􀀵􀁄􀁎􀁜􀁄􀁗
􀀴􀁘􀁄􀁏􀁌􀁗􀁜􀀃􀁒􀁉􀀃􀀯􀁌􀁉􀁈

15
BIBLIOGRAFI

1. Chamhuri Siwar & Mohd Haflah Piei, 1988. Isu, Konsep dan Dimensi
Kemiskinan. Penerbitan Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.

2. Mohd Rosli Mohammad & Mohammed Aslam Gulam Hassan, 2003.


Pembangunan Ekonomi Malaysia Era Globalisasi. Universiti Malaya, Kuala
Lumpur.

3. Sulong Mohammad (Penterjemah),Pembangunan dan Persekitaran Di


Semenanjung Malaysia.,1994. Dewan Bahasa& Pustaka .Kuala Lumpur.

4. Victor T.King & Nazaruddin Mohd Jali, 1992. Dewan Bahasa& Pustaka .Kuala
Lumpur .

5. http://.scribd.com/doc/30315540/2-1-Ekonomi Malaysia

6. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view.

7. http://www3.pmo.gov.my/ Rancangan Web /Rancangan 1.nsf

8. http://www.epu.gov.my/ homef

16

Anda mungkin juga menyukai