Anda di halaman 1dari 6

2021 MALAYSIA DAY VIRTUAL ARCHERY

Penganjur
Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia

Tarikh
Tarikh pendaftaran dibuka : 10 Ogos 2021
Tarikh pendaftaran ditutup : 10 September 2021
Tarikh kejohanan : 16 - 19 September 2021

Masa Kejohanan
8:30 pagi (16 September 2021) hingga 6:30 petang (19 September 2021).

Matlamat
Di atas kekangan dan pembatalan beberapa kejohanan dan pertandingan disebabkan penularan
COVID-19, kami pihak persatuan telah terpanggil untuk melakukan beberapa inisiatif. Sehubungan itu,
pihak kami menganjurkan pertandingan ini supaya ramai pemanah di Malaysia dapat meneruskan
aktiviti memanah di samping menjalankan latihan meskipun di rumah dan secara tidak langsung dapat
bergaul dengan orang dan mengeratkan silaturahim sesama kita walaupun berjauhan.

Venue
Memanah dari rumah/ kelab atau premis latihan masing-masing (utamakan keselamatan pada setiap
masa). Sekiranya dibuat di premis latihan dan mempunyai ramai penyertaan, sila patuhi semua SOP
Perintah Kawalan Pergerakan terkini di kawasan anda serta penjarakan fizikal yang telah ditetapkan
oleh MKN.

Kelayakan Penyertaan
Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kategori & Acara


Individu sahaja.

ACARA KOD TARGET FACE JARAK JUMLAH ANAK


PANAH
Recurve Men RM
Recurve Women RW
4 set = 120 arrows
Barebow Men BM 40cm-R Vertical Triple
Barebow Women BW Face (6 – big10)
18 Meter 3 Arrow/ end
Traditional Men TM
Traditional Women TW
30 arrows/ set
Compound Men CM 40cm-C Vertical Triple
Compound Women CW Face (6 – small10)

Had Penyertaan
Tiada had penyertaan.

Yuran
RM60.00 seorang (termasuk kos penghantaran).
Pendaftaran
Pendaftaran boleh dibuat di https://mareos.masarchery.org (OPEN MAREOS). *Sila kemaskini
alamat semasa.

Hadiah
1. Peserta akan menerima:
a. Sijil Penyertaan Digital
b. Sehelai T-Shirt Exclusive (Sila lihat ukuran saiz baju yang diberikan)
c. Medal Exclusive
2. Sijil penyertaan digital akan diberikan melalui email.
3. Medal dan T-shirt akan di pos kepada peserta (berdasarkan alamat di dalam sistem MAREOS)
mulai 10 Oktober 2021.
Langkah-langkah Pemarkahan

1. Muat turun aplikasi IANSEO SCOREKEEPER dalam smartphone anda.


a. Ianseo Scorekeeper for iOS
b. Ianseo Scorekeeper for Android

2. Skor kad anda akan dimuat-naik di ianseo http://www.ianseo.net/Details.php?toid=9030


selepas tarikh tutup mengikut kategori masing-masing. Sila print skor kad tersebut untuk
scoring secara manual. Untuk scoring di smartphone anda sila imbas QR kod yang ada pada
skor kad anda.

3. Sila gunakan target face dan memanah pada jarak yang telah ditetapkan mengikut kategori
masing-masing. Target Face untuk latihan tidak boleh diguna untuk pemarkahan. Pastikan
anda menggunakan Target Face baru bagi setiap set. Tandakan nombor 1 dan nama pemanah
pada Target Face set 1, nombor 2 dan nama pemanah bagi Target Face nombor 2, nombor 3
dan nama pemanah bagi Target Face nombor 3 dan nombor 4 dan nama pemanah bagi Target
Face nombor 4.

4. Setelah selesai scoring sila hantar skor kad dalam bentuk PDF atau jpeg sebelum jam 7:00
petang, 19 September 2021 melalui borang di https://forms.gle/e5it2LUzrTZnGZvg9

5. Ringkasan langkah yang perlu anda lakukan sebagai peserta.


i. Muat turun Ianseo Scorekeeper.
ii. Muat turun skor kad anda & Target Face.
iii. Scoring secara manual di dalam skor kad anda.
iv. Scoring menggunakan aplikasi Ianseo Scorekeeper.
v. Hantar skor kad manual dan target face anda.

6. Status skor rasmi anda adalah tertakluk ke atas peraturan di bawah :

NO SCORING MANUAL SCORING EMAIL BUKTI SKOR STATUS


APLIKASI KAD & TARGET FACE SKOR
1 Ya Ya Ya OK!
2 Ya Tidak Ya DNF
3 Ya Ya Tidak DNF
4 Tidak Ya Tidak DNF
5 Tidak Tidak Tidak DNF
*DNF : Did Not Finish

7. Sila ikuti langkah-langkah ini dengan teliti bagi mengelakkan sebarang kesulitan di pihak
penganjur dan peserta lain. Sebarang kelewatan pengisian markah atau serahan skor kad
manual tidak akan di layan.
8. Keputusan rasmi akan dikeluarkan pada jam 9:00 malam pada 19 September 2021. Keputusan
boleh di lihat di http://www.ianseo.net/Details.php?toid=9030

Peraturan dan Etika

1. Kejohanan ini bukanlah kejohanan rasmi. Semua rekod yang terhasil dari kejohanan ini adalah
tidak layak untuk diiktiraf sebagai rekod.
2. Memanah di tempat anda sendiri. Jika anda memanah di lapang sasar negeri/ persatuan/
kelab/ di mana-mana tempat yang memerlukan kebenaran, anda harus memastikan bahawa
anda telah mendapat kebenaran dari pihak yang berkenaan dan keselamatan di keseluruhan
kawasan panahan.
3. Sila patuhi jarak dan target face mengikut kategori anda dan juga tarikh dan masa yang telah
ditetapkan.
4. Tiada Hakim yang akan bertugas semasa permarkahan dijalankan. Oleh itu, keikhlasan dan
kejujuran setiap peserta sangat dihargai untuk memastikan permarkahan yang adil dan
saksama.
5. Patuhi SOP dan Perintah Kawalan Pergerakan semasa yang telah ditetapkan. Bersama kita
putuskan rantaian COVID-19.
6. Kongsikan gambar anda dalam laman sosial media (facebook/Instagram/twitter)
menggunakan hastag #2021malaysiadayarchery

Pertanyaan

1. En. Mukhriz bin Mohamed +60 13-352 5586


CONTOH GAMBAR TARGET FACE DAN SCORECARD.

ANUAR ANUAR
1 2
SILA IMBAS KOD QR UNTUK PERKARA YANG BERKAITAN

Anda mungkin juga menyukai