Anda di halaman 1dari 2

MAJLIS PERHIMPUNAN MINGGUAN S.

K TANJUNG BATU

(40 MINIT)

Masa Cue Ann


7.20 pagi Para pelajar dan guru-guru Yang berusaha, Encik Usup Bin Mat, Guru
mengambil tempat di dalam Besar S.K Tanjung Batu, Guru-guru
dewan. Penolong Kanan, guru-guru dan rakan
pelajar sekalian.
Juruacara mengalu-alukan
kedatangan para hadirin. Assalamualaikum dan salam sejahtera
saya ucapkan.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana


dengan limpah kurniaNya dapat kita
berhimpun di pagi yang berbahagia ini.

7.22 pagi Bacaan doa oleh wakil Bagi memulakan majlis perhimpunan kita
pelajar. pada pagi ini, dipersilakan saudara Murni
Bin Ahmad untuk membacakan doa.

Dipersilakan.

7.27 pagi Bacaan ikrar oleh wakil Amin Ya Rabbal Alamin. Seterusnya,
pelajar. dipersilakan saudari Siti Aisyah Binti
Ramdan untuk mengetuai bacaan ikrar.

Dipersilakan.

7.32 pagi Nyanyian lagu patriotik. Kita akan menyanyikan tiga buah lagu iaitu
lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan
Semua hadirin diminta berdiri. lagu Sekolah.

Semua hadirin diminta menghadap ke


arah tiang bendera dan menyanyikan
ketiga-tiga lagu tersebut dengan penuh
semangat.

7.40 pagi Ucapan dan pengumuman Majlis diteruskan lagi dengan ucapan
daripada guru-guru bertugas. daripada wakil guru bertugas pada minggu
ini.

Dengan segala hormatnya majlis


mempersilakan.
7.45 pagi Ucapan daripada guru besar. Kini, marilah kita sama-sama mendengar
dan menghayati ucapan, saranan, serta
nasihat daripada Encik Usup Bin Mat,
Guru Besar S.K Tanjung Batu.

Majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan.

7.55 pagi Ucapan penutup oleh Terima kasih atas ucapan yang penuh
pengacara majlis. bermakna oleh Tuan Guru Besar sebentar
tadi.

Semoga pesanan dan nasihat beliau


menjadi pedoman buat kita semua.

Dengan itu, berakhirlah perhimpunan


mingguan kita pagi ini.

8.00 pagi Guru-guru meninggalkan Mengumumkan keberangkatan pergi Tuan


dewan perhimpunan. Guru Besar dengan diiringi oleh guru-guru
Penolong Kanan serta guru-guru.

Pelajar sekalian diminta untuk tunggu


sebentar.

Anda mungkin juga menyukai