Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN MENIMANG
BOLA TAKRAW
PERINGKAT DAERAH PONTIAN
SECARA ATAS TALIAN
(PROGRAM KOKURIKULUM PASCA COVID 19)

TARIKH:
16 JULAI 2021 – 24 JULAI 2021

ANJURAN BERSAMA:
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID
PPD PONTIAN
&
SK JERAM BATU
PERTANDINGAN MENIMANG BOLA TAKRAW PERINGKAT DAERAH PONTIAN
SECARA ATAS TALIAN

1.0 PENDAHULUAN

Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh
nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada
masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali
sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi
hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih
dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah ,
congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain. Permainan sepak raga telah sejak
zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan
bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih
dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi
bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-
bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. uh dunia

2.0 MATLAMAT
 Dapat melakukan aktiviti-aktiviti asas dalam permainan Sepak Takraw
 Penghayatan dan amalan nilai murni semasa pertandingan
 Dapat membantu usaha untuk menyemai kembali rasa cinta terhadap permainan
tradisional yang menjadi warisan budaya di kalangan seluruh masyarakat Malaysia.

3.0 OBJEKTIF
 Mencungkil bakat terpendam di kalangan murid lelaki tahun 4,5, dan 6
 Melahirkan atlet yang berpontensi tinggi dalam bidang sukan yang diceburi.
 Melahirkan insan yang sihat dan cergas serta sentiasa berfikiran positif.
 Mendapat gambaran dan pengalaman sebenar dalam menghayati dan menghargai warisan
permainan tradisional serta menjadikannya sumber dalam pendidikan.
4.0 TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh : 16 Julai 2021 sehinggan 24 Julai 2021


Tempat : Kediaman masing-masing

5.0 SASARAN

Murid-murid Tahun 4,5, dan 6


Lelaki

6.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

PENGERUSI : KPPD PONTIAN

NAIB PENGERUSI 1 : PENOLONG PPD UNIT PEMBANGUNAN

KEMANUSIAAN

NAIB PENGERUSI 2 : GURU BESAR SK JERAM BATU

PENYELARAS : PENOLONG PPD UNIT PEMBANGUNAN

BAKAT MURID, PPD PONTIAN

PEN. PENYELARAS : GPK KOKURIKULUM SK JERAM BATU

KETUA HAKIM/JURI : PENGERUSI TEKNIK SUKAN SEPAK

TAKRAW PONTIAN

SETIAUSAHA : SU KOKURIKULUM SK JERAM BATU

PENOLONG SETIAUSAHA : SU SUKAN SK JERAM BATU

URUSETIA : GURU SK JERAM BATU


7.0 JAWATANKUASA PERINGKAT SEKOLAH

ORGANISASI PERTANDINGAN MENIMANG BOLA TAKRAW PERINGKAT


DAERAH PONTIAN SECARA ATAS TALIAN

PENGERUSI BENDAHARI
CIKGU RAHZAILINA BINTI AB PUAN ZUBAIDAH BINTI SELAHUDDIN
RAHMAN
Guru Besar KETUA HAKIM
AHMAD ZULKHIBRI BIN HAMSIN

NAIB PENGERUSI 1 HAKIM/PEGAWAI PENILAI


EN. AWANG BIN SAAD CIKGU MOHD RAZY BIN ABDUL
RAHIM
GPK Kokurikulum
CIKGU ABDUL SYUKUR SOBRI BIN
KAMARUDDIN
NAIB PENGERUSI 2 CIKGU MOHD AZRIESHAM BIN
ISMAIL
PN. ZAIHANA BINTI ALI
CIKGU MOHD KHOLID BIN MD
GPK Pentadbiran PADZIL
CIKGU MOHD YUNUS BIN SABRAN
NAIB PENGERUSI 3
HADIAH PEMENANG
PN. AINI BINTI SELAMAT
GPK Hal Ehwal Murid USTAZAH FADZILLAH BIN BACHOK
MUALIMAH ASFALILA BINTI
ABDULLAH
SU KOKURIKULUM
CIKGU CHE SAIZURAIZA BINTI CHE SIJIL
MAT
CIKGU NUR AIN BINTI ZAKARIA
MISS FARAH RUSDIANA BINTI
SU SUKAN/PENYELARAS SUKAN SULAIMAN
EN. MOHD NAJID BIN JAMALUDIN
8.0 PELAKSANAAN AKTIVITI

8.1 Syarat-syarat pertandingan:

a) Timang bola takraw dalam masa 3 minit

b) Timangan yang paling banyak dikira dalam masa 3 minit

c) Boleh sambung kiraan sekiranya bola jatuh

d) Semua bahagian anggota badan boleh digunakan semasa menimang kecuali tangan.

e) Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu(1) penyertaan sahaja.

8.2 Pertandingan terbuka kepada semua murid SEKOLAH RENDAH TAHAP 2

iaitu:

Lelaki

a) Murid Tahun 4

b) Murid Tahun 5

c) Murid Tahun 6

8.3 Pendaftaran peserta

a) Pendaftaran hanya boleh dilakukan oleh guru penyelaras sekolah masing-masing.

b) Pendaftaran peserta menggunakan Aplikasi Survey Heart

8.4 Pertandingan ini melibatkan acara individu sahaja. Tiada acara berkumpulan

dijalankan.

8.5 Tatacara pemakaian

a) Wajib memakai pakaian sukan yang sesuai


8.6 Butiran paparan video:

a) Rakaman video mestilah jelas.

b) Rakaman boleh dibuat menggunakan telefon pintar atau kamera digital (SLR@DSLR)
atau camcoders atau handycam.

c) Paparan dalam video perlu ada maklumat berikut:

Jumlah timangan :

Nama peserta :

Nama sekolah:

Zon:

Maklumat diatas mestilah dipaparkan dari mula hingga tamat

9.0 PENGHANTARAN BAHAN PERTANDINGAN

11.1 Penghantaran melalui aplikasi Telegram Pertandingan Menimang Bola Takraw.

(akan diberikan pada guru penyelaras sekolah yang menyertai pertandingan).

11.2 Penghantaran video sebelum atau pada 24 Julai 2021, melalui Aplikasi

Telegram. Pautan ke Aplikasi Telegram akan diberikan oleh pihak

penganjur.

10.0 HAKIM/JURI

12.1 Hakim/Juri terdiri daripada guru SK Jeram Batu di bawah pemantauan Unit

Pembangunan Bakat Murid PPD Pontian.

12.2 Keputusan Hakim/Juri adalah muktamad.


11.0 PEMENANG

a) Sijil Penyertaan dan sijil pencapaian peringkat daerah akan disediakan oleh Unit
Pembangunan Bakat Murid PPD Pontian.

b) Sijil Penghargaan dan Plaq bagi tiga(3) sekolah penyertaan terbanyak.

c) Sijil penghargaan bagi sekolah-sekolah yang menyertai.

d) Hadiah misteri (pemenang bertuah) bagi 10 orang pemenang

e) Hadiah/Piala bagi pemenang disediakan oleh SK Jeram Batu.

12.0 KETERANGAN LANJUT MENGENAI PERTANDINGAN INI, SILA HUBUNGI

CIKGU AWANG BIN SAAD


GPK KOKURIKULUM SK JERAM BATU
019 – 4755448

13.0 PENUTUP

Akhir sekali, dengan kerjasama dan komitmen tidak berbelah bagi oleh semua pihak yang
terlibat secara langsung adalah amat diharapkan Pertandingan Menimang Bola Takraw
Peringkat Daerah Pontian secara atas talian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Pelaksanaan program ini akan memberi ruang dan peluang kepada semua murid Tahap 2
sekolah rendah untuk terus mempamerkan kebolehan dan kemahiran mereka dalam
menimang bola takraw dalam bentuk berbeza(paparan Video). Semoga dengan adanya
pertandingan seperti ini, dapat melahirkan generasi baru yang minat pada permainan
tradisi rakyat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai