Anda di halaman 1dari 11

Kajian Tindakan Jawi tahun 3

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

ISI KANDUNGAN HALAMAN

Penghargaan 9
Abstrak 10
1.0  Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu 11
2.0  Fokus Kajian /Isu Keperihatinan 11 - 12
3.0  Objektif Kajian 12
4.0  Kumpulan Sasaran 12
5.0  Tindakan yang dicadangkan :
5.1  Tinjauan Masalah 13
5.2  Analisis Tinjauan Masalah 13
5.3  Melaksanakan Tindakan 13 - 17
5.4  Penilaian 17
5.5  Refleksi Kajian 17
6.0  Cadangan untuk kajian seterusnya 17 - 18
7.0 Jadual Pelaksanaan Kajian 18
8.0 Rujukan 18
9.0 Lampiran 19 - 20
PENGHARGAAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia.


Terlebih dahulu saya ingin melafazkan syukur kepada hadrat ilahi kerana dapat menyiapkan
kajian tindakan mengikut masa yang telah ditetapkan. Semoga hasilan kajian tindakan ini
menjadi titik tolak kepada saya untuk melaksanakan lebih kajian tindakan bagi menyelesaikan
masalah yang dihadapi sewaktu P&P khususnya.

Pendidikan adalah sebahagian agenda penting Negara. Khususnya dalam usaha menjana
pembangunan, meningkatkan martabat dan maruah Negara, mewujudkan keadilan sosial serta
menentukan hala tuju generasi akan datang. Untuk merealisasikan objektif tersebut,
sewajarnyalah guru bergerak cergas dalam mencari maklumat dan menyelesaikan masalah
sewaktu P&P dengan mengadakan kajian tindakan .

Dalam menghadapi alaf baru dan merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara, guru
seharusnya sentiasa ingat tentang matlamat melahirkan pelajar yang seimbang serta harmonis.
Dalam hal ini, tujuan pendidikan di Malaysia juga adalah untuk menerapkan nilai moral dan
rohani kea rah pembentukan individu yang menyeluruh. Oleh itu, guru perlu melibatkan murid
secara aktif dan memainkan peranan penting dalam semua aktiviti sekolah kearah melahirkan
modal insan cemerlang yang menjadi aspirasi Negara. Semoga dengan kajian tindakan ini hala
tuju pendidikan kea rah mencapai kegemilangan pendidikan bertaraf dunia dapat dijayakan.
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN JAWI MELALUI PROGRAM
“BIJAK JAWI”

Pn. Faizah binti Haji Ahmad

SK. Dato’ Panglima Kinta, Jalan Tun Perak, 30200 Ipoh ,Perak.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah kefahaman murid tahun 3 terhadap ejaan
perkataan pinjaman bahasa Arab. Seramai 25 orang pelajar tahun 3 , SK. Dato’ Panglima Kinta
, Ipoh dan seorang guru terlibat dalam kajian ini.

Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan, peperiksaan penggal dan latihan
harian. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak mengingati ejaan perkataan pinjaman bahasa
Arab kerana perkataan pinjaman ini tidak dieja mengikut suku kata sebagaimana perkataan-
perkataan jawi yang lain. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik mengingati ejaan
perkataan pinjaman bahasa Arab dan membezakan perkataan pinjaman dan bukan perkataan
pinjaman.

Teknik ‘Bijak Jawi’ – murid telah didedahkan kepada teknik ‘Bijak Jawi’ selama 60 minit dan
kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 8 minggu . Keputusan ujian telah menunjukkan
peningkatan prestasi murid. Dapatan soal selidik pula menunjukkan murid lebih mengingati dan
dapat membezakan perkataan pinjaman bahasa Arab dan seronok belajar jawi terutama di
bawah tajuk perkataan pinjaman bahasa Arab melalui teknik ‘Bijak Jawi’.
1.0       REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU.

Sepanjang menjadi guru matapelajaran Jawi , saya dapati masalah utama pelajar tidak
dapat markah penuh dalam mata pelajaran Jawi ialah ketidakmahiran mereka menjawab
perkataan pinjman dalam bahasa arab dan bahawa Inggeris.Walaupun soalan in hanya
melibatkan 40 markah tetapi kebanyakan pelajar tidak menjawab dengan lengkap soalan
tersebut, malah terdapat pelajar yang tidak menjawab langsung.Ramai pelajar yang
menjawikan perkataan pinjaman mengikut kaedah ejaan jawi sedangkan perkataan pinjaman
tidak boleh dieja dengan kaedah ejaan jawi tapi dikekalkan ejaan pinjaman tersebut. Justeru itu
pelajar sukar mendapat markah A dalam matapelajaran Jawi. Implikasinya peratus pelajar yang
mendapat A dalam PKSR Matapelajaran Jawi masih kurang.
Berdasarkan perbualan dengan guru-guru yang terlibat mengajar mata pelajaran Jawi tahun
3 ,mereka juga menghadapi masalah yang sama. Pelajar akan meninggalkan soalan bahagian
ejaan jawi pinjaman bahasa Arab atau Inggeris atau memberikan jawapa yang tidak betul
ejaannya.Pelbagai alasan yang mereka berikan contohnya , “….susah la ustazah”, “tak tau
la….!”, tak reti ustazah!” dan sebagainya .Ekoran daripada masalah itu, kadang-kadang saya
menjadi keliru dengan keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran saya.
Selain dari itu, saya juga risau dengan pandangan sesetengah pihak termasuk murid dan
ibu bapa sendiri yang masih menganggap mata pelajaran Jawi adalah senang sedangkan ada
murid yang masih tidak dapat menguasai ejaan jawi kerana tidak mengenali huruf
jawi.Berdasarkan beberapa faktor di atas, saya rasa terpanggil untuk membaiki keadaan ini
dengan melaksanakan Kajian Tindakan menggunakan Program yang saya namakan “Bijak
Jawi”.

2.0       ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN

(a)       Pelajar yang sering tidak menjawab langsung soalan jawi PKSR bahagian ejaan pinjaman .
(b)       Pelajar yang sering menjawab tetapi tidak betul.
(c)       Pelajar yang kurang keyakinan diri semasa menjawab soalan ujian dan peperiksaan.
Kajian tindakan yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada cara menjawab soalan
matapelajaran jawi bahagian ejaan perkataan pinjaman mengikut jadual dan masa yang telah
ditetapkan oleh guru. Kajian ini penting bagi menggalakkan murid dari tahun 3 yang menjawab
matapelajaran jawi agar sentiasa berkeyakinan tinggi ketika menjawab soalan tersebut dan
seterusnya mendapat markah penuh dan melayakkan mereka mendapat gred A.

3.0       OBJEKTIF KAJIAN

3.1       Objektif Umum :

Tujuan kajian ini adalah untuk memastikan pelajar tahun 3 dapat menjawab soalan
matapeajaran Jawi dengan lengkap dan mendapat markah maksimum atau 35 hingga 40.

3.2       Objektif Khusus :


(a)       Mengelakkan pelajar yang tidak menjawab langsung soalan jawi bahagian ejaan perkataan
pinjaman .
(b)       Mengurangkan bilangan pelajar yang menjawab dengan tidak lengkap soalan tersebut.
(c)       Membantu murid meningkatkan daya usaha untuk menjawab semua soalan dengan betul.
(d)       Meningkatkan penglibatan pelajar di dalam kelas supaya lebih aktif semasa sesi perbincangan
atau P&P terutama aktiviti ejaan jawi bahagian perkataan pinjaman .
(e)       Mengubah sikap pelajar bahawa ejaan jawi adalah senang.

4.0       KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 25 orang pelajar tahun 3. Sampel ini terdiri daripada 17 orang pelajar
perempuan dan 8 orang pelajar lelaki. Saya mengambil keputusan untuk mengadakan kajian ke
atas semua pelajar tahun 3 bagi membolehkan semua murid menikmati insentif ini dan dapat
menunjukkan hasil sebagaimana yang diharapkan.
5.0       TINDAKAN YANG DICADANGKAN

5.1       Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan
terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih
mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti yang berikut :
           Ujian khas membina soalan daripada jawapan yang disediakan.
           Latihtubi menjawab soalan 4, bahagian B matapelajaran jawi.
           Ujian lisan berasaskan sekolah bagi mengesan ejaan pelajar.

5.2       Analisa Tinjauan Masalah


Keputusan akhir tahun 2010
1.    Murid yang lulus menjawab soalan bahagian perkataan pinjaman bahasa Arab adalah 10%
sahaja dan markah yang diperolehi adalah rendah. Diandaikan mereka hanya meneka jawapan
yang diberi.
2.    Jawapan murid pada soalan tersebut menunjukkan murid-murid lemah pada mengenal
perkataan pinjaman bahasa Arab dan tidak boleh mengeja perkataan pinjaman tersebut.
3.    10% murid pula tidak dapat menyambung huruf kerana tidak mengenal huruf yang boleh
disambung dan tidak boleh disambung sebelum dan selepas.

5.3       Melaksanakan Tindakan

Aktiviti 1 : Program Kamus Ejaan Jawi

Cara Pelaksanaan :

           Guru menyediakan 5 perkataan pinjaman bahasa Arab sehari yang di ambil daripada buku
teks yang dipelajari dan menjadikannya kamus.
           Lima ejaan pinjaman bahasa Arab akan ditulis oleh guru dipapan kenyataan pada setiap
hari dan murid diminta menyalin lima ejaan pada setiap hari iaitu setiap hari isnin –jumaat.
           Pelajar akan menghafal ejaan tersebut dan akan ditasmik bacaannya oleh guru pada
keesokan harinya. Sebelum itu pelajar dikehendaki ditasmik terlebih dahulu oleh ibubapa
mereka di rumah.
           Pelajar juga boleh juga meminta pelajar lain untuk mentasmik bacaan mereka .
           Setiap kali ditasmik samada oleh ibubapa/rakan/guru tandatangan mestilah di dapatkan
apabila pelajar berjaya atau gagal ditasmik sebagai bahan bukti.
           Guru menguji ingatan dan pengetahuan pelajar sebelum memulakan kelas dengan
mengadakan tasmik / ‘spelling’ setiap kali waktu pelajaran jawi (satu masa pada setiap
minggu).
           Guru juga akan mengadakan permainan kuiz berpasangan , iaitu murid akan menyoal ejaan
yang telah dipelajari kepada rakan secara berpasangan dan ditulis markah . Permainan ini
boleh diadakan ketika P&P matapelajaran jawi atau sebagai pengayaan dan aktiviti waktu
terluang seperti waktu rehat dan waktu balik.

Pemerhatian

Saya merasa sungguh gembira apabila aktiviti 1 mendapat sambutan yang


memberangsangkan oleh pelajar. Semua murid bersungguh-sungguh untuk mengambil
bahagian dan sokongan daripada pihak ibubapa juga memberangsangkan dimana 20 daripada
25 pelajar telah disemak ejaan mereka secara lengkap oleh ibubapa masing-masing. Perkataan
pinjaman yang diberi susah untuk mereka mengingatinya pada peringkat permulaan, tetapi
akhirnya mereka meminta untuk ditambah perkataan iaitu lebih daripada 5 perkataan sehari.

Refleksi
Hasil daripada aktiviti 1 didapati murid dapat menguasai ejaan tanpa dipengaruhi ejaan
jawi mengikut suku kata. Hasil program ini juga didapati markah bagi mengenal perkataan
pinjaman meningkat dan murid dapat membezakan antara ejaan pinjaman bahasa Arab,
Inggeris dan bukan pinjaman.
Aktiviti 2 : Pogram bijak kamus.

Cara Pelaksanaan ;

         Setelah pelajar dapat mengeja perkataan yang diberi pelajar diminta untuk mengingati cara
menulis perkataan tersebut . Penekanan diberikan cara menyambung perkataan dengan
memberi penekanan jenis huruf yang boleh disambung dan huruf yang tidak boleh disambung.
           Pelajar diajar cara-cara mencatat dan mengeja iaitu mencatat perkataan yang bersambung
dan perkataan yang bercerai .
           Latih tubi menulis ejaan dalam masa satu hari dan mengingati perkataan yang bersambung.
           Latih tubi menulis perkataan yang telah dieja iaitu menulis perkataan yang bersambung
tanpa melihat ejaan tersebut.
           Aktiviti ini memerlukan sebuah lagi buku , walau bagaimanapun murid boleh meggunakan
buku pada aktiviti 1 untuk menjimatkan kos dan buku tersebut akan disemak oleh guru.
           Murid juga boleh menjalankan aktiviti meneka ejaan dan tulis bersama pelajar lain.

Pemerhatian
Buku akan diberi kepada setiap murid untuk dijadikan kamus didapati digunakan dengan
sepenuhnya. Buku itu juga dijadikan oleh mereka sebagai buku latihan menulis setelah
mengingati ejaan perkataan pinjaman bahasa Arab yang telah diberi.
Ada murid menyediakan buku khas untuk mereka menjalankan latihan ejaan yang telah
diberi. Setelah mereka menguasai menulis didapati mereka dapat menyebut ejaan perkataan
pinjaman bahasa Arab dengan baik.

Refleksi
Saya sangat gembira apabila didapati murid bersemangat berlumba-lumba dengan rakan
mereka untuk memperbanyakkan ejaan dan seterusnya dapat menulis ejaan tersebut. Mereka
juga menggunakan waktu terluang mereka dengan menguji minda sesame rakan mereka
mengenai ejaan yang diberi. Pertandingan berpasangan banyak membantu mereka untuk lebih
berusaha.
Bagi murid yang kurang mendapat mengeja kerana masalah tidak mengenal huruf , mereka
akan diberi tumpuan istimewa oleh guru iaitu mereka akan berjumpa guru pada setiap pagi
(sebelum P&P) untuk diberi bimbingan.

Aktiviti 3 : Program “Bijak Jawi”

Cara Pelaksanaan :
         Setelah aktiviti 1 dan 2 telah diikuti oleh murid, aktiviti 3 akan dijalankan oleh guru.
           Guru mengumpulkan soalan – soalan yang berkaitan untuk diedarkan kepada pelajar.
           25 orang pelajar dibahagikan kepada 7 kumpulan iaitu cemerlang, sederhana dan
berpotensi.
           Pelajar menjawab soalan dalam masa yang telah ditetapkan mengikut format masa sebenar
dalam kertas peperiksaan.
           Pelajar menjawab soalan dalam masa yang telah ditetapkan .
           Jawapan pelajar dianalisis dan disemak oleh guru dengan serta-merta dengan cara
membuat perbincangan bersama pelajar.

Pemerhatian

Setelah soalan diedarkan kepada mereka, didapati mereka bersemangat untuk


menjawab . Mereka juga dapat menjawab soalan tanpa mengambil masa yang lama .
Didapati mereka betul-betul memahami soalan yang diberikan kepada mereka dan dapat
menjawabnya dengan penuh yakin.

Refleksi
Selepas mereka menjawab soalan , didapati mereka lebih berkeyakinan untuk
menjawab soalan bagi perkataan pinjaman bahasa Arab dan tidak lagi keliru dengan kaedah
ejaan tulisan jawi yang bukan perkataan pinjaman.
Walau bagaimanapun masih ada yang salah cara menyambung ayat tapi dapat
menyebut perkataan pinjaman dengan baik. Ini adalah kerana mereka pada asalnya masih
belum mengenal huruf-huruf jawi dengan baik.Kumpulan murid ini akan diberi bimbingan
pemulihan dan diadakan aktiviti yang serupa secara pengulangan apabila mereka telah
menguasai dan mengenali semua huruf jawi.
Apabila disemak didapati bilangan murid yang mendapat kelulusan adalah menggalakkan
berbanding sebelum ini iaitu 23 daripada 25 orang murid telah dapat menjawab soalan
pinjaman bahasa Arab tanpa gagal dan manakala 12 orang daripadanya didapati cemerlang

5.4       Penilaian
Keputusan Ujian Pra, Ujian Pertengahan Tahun disimpan dan dijadikan graf.
Kerja tulis mereka diperiksa supaya mereka dapat menguasai kemahiran menyambung huruf
dan memantau kekemasan tulisan dan tulisan boleh dibaca. Di dalam peperiksaan tidak ada
yang mendapat ‘E’ , tetapi masih ada yang mendapat ‘D’ tetapi boleh diperbaiki . Kerja menulis
murid mulai kemas dan dapat menyiapkan kerja dengan cepat.

5.5       Refleksi Kajian


Tindakan intervensi yang dijalankan telah berjaya mengatasi masalah focus kajian iaitu telah
membasmi E dalam ujian. Saya berasa gembira kerana 23 orang murid telah lulus ujian itu dan
tiada murid yang mendapat E manakala bakinya mendapat D iaitu mendapat 35 dan 38
markah.Keberangkalian untuk penambahan lulus adalah tinggi.

6.0       CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Berdasarkan kajian ini, fokus program ini adalah untuk mendapatkan markah bagi bahagian
perkataan pinjaman bahasa Arab . Ini turut membantu peningkatan markah bagi matapelajaran
Jawi . Aspek pemasalahan yang lain adalah merangkumi kemahiran menyambung huruf
menjadi perkataan. Kemahiran ini harus ditekankan dan diberi masa yang lebih lama untuk
menjalankan aktiviti tersebut. Untuk menjalankan aktiviti ini dengan lebih berkesan dicadangkan
diadakan kelas tambahan seperti sebelah pagi (sebelum P&P) atau waktu balik (selepas
P&P).Ini kerana masa untuk matapelajaran Jawi hanya 1 waktu seminggu. Masa yang tidak
mencukupi menyebabkan proses menjalankan aktiviti kurang lancar.
Pada peringkat awal aktiviti, guru terpaksa mengingatkan murid untuk menyalin perkataan
yang ditulis dipapan kenyataan. Ada murid yang tidak menyalin dengan alasan lupa dan murid
ini telah diberi amaran dan denda. Denda yang saya gunakan adalah dengan menyuruhnya
menyalin satu muka surat setiap satu perkataan dan mengingat perkataan tersebut . Masanya
adalah selepas P&P, murid ini dipanggil dan diberitahu kepada ibubapa untuk lambat
mengambil pelajar tersebut. Responnya selepas itu tiada lagi pelajar yang tidak menyalin ,
mereka pasti menyalin di papan kenyataan atau menyalinnya dengan kawan mereka.

7.0       JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

Bil. Aktiviti Tempoh / Tarikh


pelaksanaan
1. Mengenal pasti masalah dan mengumpul data awal 28 April 2011
2. Menulis kertas cadangan / proposal kajian 04 Mei 2011
3. Merancang tindakan – (individu / panitia) 11 Mei 2011
4. Melaksanakan tindakan – aktiviti 1 18 Me 2011
5. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 22 Mei 2011
6. Melaksanakan tindakan – aktiviti 2 15 Jun 2011
7. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 8 April 2011
8. Menulis Proposal Kajian 22 Oktober 2011
9. Merancang tindakan – (individu / panitia) 11 Mei 2011
10. Melaksanakan tindakan – aktiviti 1 18 Mei 2011
11. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 2 Mei 2011
12. Melaksanakan tindakan – aktiviti 2 15Jun 2010
13. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 22 Jun 2011
14. Melaksanakan tindakan – aktiviti 3 18 Jun 2011

BIBLIOGRAFI

Othman Lebar., (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori dan Amalan, Tanjong Malim:
Penerbit UPSI

Lee Soon Guan et. Al (2006) Matra keluaran kedua , Jabatan Pendidikan Kedah.

Sektor Pengurusan Akademik. 2008. Koleksi Laporan Kajian Tindakan 2008(TUNTAS).Kedah:


Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.

Anda mungkin juga menyukai