Anda di halaman 1dari 2

SKP3122 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (G13)

(UNTUK EDARAN KUMPULAN 13 SAHAJA)

GARIS PANDUAN
PENYEDIAAN TUGASAN ULASAN BUKU ILMIAH BERBAHASA INGGERIS BERKUMPULAN (15%)

PROFESOR MADYA DR. AMINI AMIR ABDULLAH


PENGETUA KOLEJ CANSELOR MERANGKAP PENGERUSI JEMAAH PENGETUA (PJP)
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
amini@upm.edu.my
Telefon Pintar: 013-2724553

1. Garis panduan dan format penulisan ulasan buku ilmiah berbahasa Inggeris berkumpulan
(15%) ini turut disediakan dalam PutraBlast (Sila amati).

2. Buku ilmiah tersebut mestilah berbahasa Inggeris dan berkaitan penghayatan etika dan
peradaban. Pilih salah satu buku ilmiah yang saya telah saya berikan dalam grup Telegram
kita.

3. Hanya ketua kumpulan yang dibenarkan memilih buku tersebut. Daftarkan dalam grup
Telegram. Berikan nama penuh ketua, nama kumpulan, ahli kumpulan dan tajuk penuh buku
ilmiah yang dipilih. Siapa cepat dia dapat. Pilih satu sahaja dan hantar dalam grup Telegram
untuk mendapatkan pengesahan saya. Buku buku ilmiah juga boleh dimuat turun secara
percuma daripada pdfdrive.com atau pdfbooksworld atau Google.

4. Buku ilmiah yang telah dipilih dan disahkan, tidak boleh diambil oleh pelajar-pelajar lain.
Prinsip “first come, first serve” diutamakan.

5. Panduan membuat ulasan ulasan buku ilmiah berbahasa Inggeris berkumpulan (15%)
secara terperinci:

i. Pastikan anda baca dan faham keseluruhan buku ilmiah yang telah anda pilih
dan disahkan oleh pensyarah anda.
ii. Fahami maksud keseluruhan buku ilmiah berbahasa Inggeris tersebut.
Gunakan bahasa anda sendiri bila membuat ulasan.
iii. Hantar melalui Telegram draf awal dan perancangan penulisan ulasan buku
berbahasa Inggeris berkumpulan berkaitan untuk mendapatkan nasihat dan
respon saya.
iv. Dilarang sama sekali menggunakan Google Translate sebab inisiatif ini dapat
dikesan dengan mudah oleh Profesor anda.
1
v. Ulasan perlu mempunyai bahagian prakata (Preface), penghargaan
(Appreciation), biodata penulis buku ilmiah, abstrak, isi-isi penting, dapatan
utama kajian penulis dan kesimpulan.
vi. Berikan penekanan kepada elemen yang terpenting dahulu. Pastikan objektif
ulasan buku ilmiah dicapai.
vii. Pastikan penulisan anda mementingkan persembahan, dekorasi, tata bahasa,
ejaan dan ketelitian.
viii. Pastikan tugasan anda mempunyai halaman muka surat.

1. Format penulisan ulasan buku ilmiah perlu mempunyai perkara-perkara berikut:

i. Muka surat hadapan: Logo UPM, nama penulis artikel jurnal, tajuk artikel
jurnal, tajuk atau nama jurnal, nama pengulas (iaitu pelajar), no. matriks,
program, alamat emel, no. telefon pintar dan nama kolej kediaman.
ii. Font: Arial
iii. Saiz: 12
iv. Perenggan: Langkau satu setengah (1.5 spacing)
v. Penulisan mestilah dalam bahasa Melayu tidak kurang daripada 10 halaman.

2. Pastikan anda membuat tugasan tersebut dengan teliti, bersungguh-sungguh dan


betul agar anda mendapat markah yang tertinggi.

3. Anda boleh menghantar deraf pertama terlebih dahulu kepada rakan rakan sekuliah
anda untuk semakan sebelum mencetak final draft.

4. Masukkan ke dalam Turnitin untuk semakan plagiarisme. Pastikan tahap keserupaan


tidak melebihi 25%. Jika tahap keserupaan sudah tidak melebihi 25%, cetak laporannya
dan sertakan bersama tugasan dan terjemahan. Ini adalah satu kewajipan. Class ID
dan password Turnitin akan diberikan pada Minggu 4.

5. Markah terbaik akan diberikan kepada ulasan artikel buku ilmiah yang terbaik.

6. Tarikh akhir penyerahan ialah pada Minggu Sembilan (9). Markah akan dipotong jika
berlaku kelewatan. Harap maklum. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai