Anda di halaman 1dari 2

SKP3122 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (G13)

(UNTUK EDARAN KUMPULAN 13 SAHAJA)

GARIS PANDUAN
PENYEDIAAN TUGASAN ULASAN ARTIKEL JURNAL BERBAHASA INGGERIS INDIVIDU (10%)

PROFESOR MADYA DR. AMINI AMIR ABDULLAH


PENGETUA KOLEJ CANSELOR MERANGKAP PENGERUSI JEMAAH PENGETUA (PJP)
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
amini@upm.edu.my
Telefon Pintar: 013-2724553

1. Garis panduan dan format penulisan ulasan jurnal ini turut disediakan dalam
PutraBlast (Sila amati).

2. Artikel jurnal tersebut mestilah berbahasa Inggeris dan berkaitan penghayatan etika
dan peradaban. Pilih salah satu artikel yang saya berikan.

3. Daftarkan dalam group Telegram. Berikan nama penuh dan tajuk penuh artikel yang
dipilih. Siapa cepat dia dapat. Pilih satu sahaja dan hantar dalam grup Telegram untuk
mendapatkan pengesahan saya.

4. Artikel jurnal juga boleh dimuat turun secara percuma daripada pdfdrive.com atau
pdfbooksworld atau Google.

5. Artikel jurnal yang telah dipilih dan disahkan, tidak boleh diambil oleh pelajar-pelajar
lain. Prinsip “first come, first serve” diutamakan.

6. Hantar melalui Telegram cover page artikel jurnal berkaitan untuk mendapatkan
pengesahan saya. Ini untuk memastikan ia adalah artikel jurnal dan bukannya artikel
internet.

7. Panduan membuat ulasan artikel jurnal secara terperinci:

i. Pastikan anda baca dan faham keseluruhan artikel jurnal yang telah anda pilih
dan disahkan oleh pensyarah anda.

1
ii. Terjemahkan keseluruhan artikel untuk anda faham keseluruhan artikel jurnal
tersebut. Gunakan bahasa anda sendiri. Terjemahan ini perlu dihantar bersama
dengan ulasan artikel jurnal.
iii. Dilarang sama sekali menggunakan Google Translate sebab inisiatif ini dapat
dikesan dengan mudah oleh Profesor anda.
iv. Ulasan perlu mempunyai bahagian prakata (Preface), penghargaan
(Appreciation), biodata penulis artikel jurnal, abstrak, isi-isi penting, dapatan
utama kajian penulis dan kesimpulan.
v. Berikan penekanan kepada elemen yang terpenting dahulu. Pastikan objektif
ulasan artikel jurnal.
vi. Pastikan penulisan anda mementingkan persembahan, dekorasi, tata bahasa,
ejaan dan ketelitian.
vii. Pastikan tugasan anda mempunyai halaman muka surat.

8. Format penulisan ulasan artikel jurnal perlu mempunyai perkara-perkara berikut:

i. Muka surat hadapan: Logo UPM, nama penulis artikel jurnal, tajuk artikel
jurnal, tajuk atau nama jurnal, nama pengulas (iaitu pelajar), no. matriks,
program, alamat emel, no. telefon pintar dan nama kolej kediaman.
ii. Font: Arial
iii. Saiz: 12
iv. Perenggan: Langkau satu setengah (1.5 spacing)
v. Penulisan mestilah dalam bahasa Melayu tidak kurang daripada 10 halaman.

9. Pastikan anda membuat tugasan tersebut dengan teliti, bersungguh-sungguh dan


betul agar anda mendapat markah yang tertinggi.

10. Anda boleh menghantar deraf pertama terlebih dahulu kepada rakan rakan sekuliah
anda untuk semakan sebelum mencetak final draft.

11. Masukkan ke dalam turnitin untuk semakan plagiarisme. Pastikan tahap keserupaan
tidak melebihi 25%. Jika tahap keserupaan sudah tidak melebihi 25%, cetak laporannya
dan sertakan bersama tugasan dan terjemahan. Ini adalah satu kewajipan.

12. Markah terbaik akan diberikan kepada ulasan artikel jurnal yang terbaik.

13. Tarikh Akhir Penyerahan ialah pada Minggu Kelapan (8). Markah akan dipotong jika
berlaku kelewatan.

Anda mungkin juga menyukai