Anda di halaman 1dari 3

Konsep asas falsafah

Etimologi (bahasa)

Falsafah berasal daripada perkataan Yunani iaitu Philosophia. “Philo” membawa maksud “cinta” manakala
“Sophia”bermaksud pengetahuan. Jadi, Philosophia boleh ditakrifkan sebagai cinta kepada pengetahuan. Orang yang
cinta kepada pengetahuan dikenali sebagai ahli falsafah. Salah satu contoh ahli falsafah iaitu Socarates memberi
definiasi falsafah sebagai sesuatu usaha menyelidik bagi membentuk pengetahuan yang murni untuk mencapai
kebijaksanaan. Usaha ini dilaksanakan menerusi soal jawab (dialog Socrates). Plato mendefinisikan falsafah sebagai
usaha mengetahui segala yang ada berhubung dengan manusia dan kehidupannya untuk mencapai hakikat
kebenaran. Mereka menjadikan pengetahuan sebagai tujuan hidup, berikhtiar mencari hakikat tentang sesuatu dan
mentafsirkan pengalaman manusia untuk memahami kebenaran mengenai diri dan dunia mereka. Ahli falsafah juga
mencari jawapan kepada soalan-soalan:

1. siapakah saya?
2. Dari manakah saya datang?
3. Mengapa saya berada di sini?

Terminologi (istilah)

Pengertian falsafah dikemukakan oleh ahli falsafah adalah berbeza-beza. Wujud satu persamaan iaitu takrifan
mereka berpaksikan kepada elemen-elemen seperti manusia, Tuhan dan alam. Menurut Aristotle, falsafah adalah
kajian mengenai hakikat sesuatu dan penyebab utama. Rusel (1946) berpendapat falsafah terletak di antara teologi
(ilmu ketuhanan,agama dan sains > sains fizikal dan kemanusiaan). Teologi adalah falsafah mengandungi spekulasi
tentang perkara yang belum nyata. Sains menganggap falsafah menggunakan taakulan untuk membuktikan
kebenaran yang terkandung.

Teologi Falsafah Sains

Praktikal

Dalam praktikal pula, falsafah membawa maksud “berfikir secara bersungguh-sungguh,tidak terikat oleh tradisi dan
mempunyai ciri-ciri seperti sistematik ,radikal dan sejagat.”

Berfikir secara sistematik bermaksud berfikir secara logic dan berurutan .Contohnya jika kamu tidak hantar kertas
kerja dianggap tidak melengkapi salah satu penilaian,bila tidak lengkap penilaian akan diberi gred E ,bila dapat E
PNGK akan jatuh.

Berfikir secara radikal bermaksud berfikir sehingga ke akarnya dan menyelesaikan dengan penuh tanggugjawab.
Contohnya sekiranya ada mahasiswa yang tidak mempuyai nama dalam kertas kerja kumpulannya kerana tidak
bekerjasama,pensyarah akan meminta sebab munasabah dari pelajar tersebut dan sebaliknya.

Berfikir secara sejagat beerti tidak terhad kepada aspek tertentu dan merangkumi keseluruhannya. Contoh terdapat
seorang mahasiswa mengadu kepada pensyarah tarikh peperiksaan pertengahannya bertindan dengan subjek lain.
Pensyarah akan menyoal mahasiswa lain sama ada terdapat lagi mahasiswa yang mempunyai masalah.

Kesimpulannya ,falsafah pendidikan ini melibatkan kajian untuk mencari apa yang benar dan bernilai dalam
kehidupan yang membimbing pembentukan tingkah laku kepada individu.Maka, falsafah ini penting untuk mencari
serta membuktikan kebenaran dan memberi hala tuju atau pedoman untuk perkara penting dalam kehidupan
Konsep asas falsafah pendidikan

Falsafah pendidikan berasal dari 2 istilah iaitu falsafah dan pendidikan. Menurut kamus
Pendidikan(1979),pendidikan ialah satu proses menyeluruh mengembangkan kebolehan dan tingkah laku manusia.Ia
juga sebagai satu proses sosial memberi peluang kepada seseorang individu memperolehi kemahiran sosial serta
perkembangan peribadi. Pendidikan ialah ilmu yang merujuk kepada ilmu didik,ilmu mendidik,latihan dan ajaran.
Menurut perkataan latin, pendidikan ialah “Educare” yang bermaksud mengasuh,memelihara dan membimbing.
Oleh itu, pendidikan merupakan proses pertumbuhan ka arah yang baik bagi mencapai kesempurnaan akal,mental
dan juga perkembangan jasmani.

Pendidikan secara umumnya ialah proses pengajaran latihan dan pembelajaran yang dijalankan di kolej, sekolah
universiti dan institusi untuk menambahkan pengetahuan dan membina kemahiran. Pendidikan boleh dijalankan
secara formal dan tidak formal melalui pengalaman sendiri.Falsafah pendidikan ini merupakan cara pemikiran yang
analitikal yang digunakan untuk menjelaskan konsep asas berhubung dengan pendidikan.Maka,falsafah pendidikan
boleh bererti sebagai usaha pemikiran secara rasional dan kritis atas pendidikan.Ianya memberi hala tuju ,panduan
dan pendapat terhadap pendidikan.

Kepentingan falsafah pendidikan penting untuk membantu guru memahami asas-asas dalam teoritikal berhubung
dengan pendidikan khususnya proses pengajaran dan pembelajaran.Falsafah pendidikan akan menjadi suluh yang
memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha pendidikan sama ada di institusi luar atau di dalam institusi.

Cabangan falsafah

1. Ontologi/Metafizik (hakikat/realiti)
Kajian falsafah yang berkaitan dengan kajian sifat dengan asal usul mengenai realiti mutlak.Istilah ini berasal
dari Metafizik, Meta ta physica bermaksud selepas fizik dalam karya Aristotle. Oleh itu ,metafizik membawa
maksud perkara yang keluar dari fizik. Immanual Kent memberi pandangan tentang persepsi kebenaran
sebenar hasilnya daripadastrutur kognitif minda manusia. Pengajian ini lebih memberi perhatian terhadap
konsep-konsep yang tidak dapat diukur seperti reality,perubahan,kendiri,jiwa dan sebagainya.Ianya juga
mempersoalkan kewujudan(existence) dan kejadian (being) tentang roh,jiwa ,alam jagat dan kehidupan.
Contoh-contoh persoalan ialah:
a. Apa itu alam semester?
b. Apa itu kehidupan?
c. Tuhan wujud atau tidak?
Sebagai peranan guru dalam ontologi ini, guru merupakan agen perubahan adalam dunia pendidikan
yang dinamik .Guru sentiasa memastikan realiti dalam bidang pendidikan.

2. Epistemolgi (Ilmu)
Dikenali sebagai teori ilmu yang mengkaji tentang ilmu dan kepercayaan. Ia berasal daripada perkataan
Yunani episteme yang bermkasud “ilmu” atau “sains” dan logos ialah keterangan. Epistemologi menekankan
konsep-konsep selain daripada fakta (tidak seperti sains). Epistemologi mengkaji cara ciri-ciri umum dan
hakikat dari pengetahuan manusia seperti mengkaji andaian-andaian dan syarat-syarat logik dan cuba
memberi tanggungjawab rasional terhadap kebenaran. Epistemologi mengkaji asas dan kaedah
pengetahuan saintifik . Ia mengambil kira faktor sejarah, sosial dan psikologi untuk menentukan proses
pembinaan pengetahuan, justifikasi dan kebenarannya.Justeru, Epistemologi berfokus kepada
penganalisaan, pengahasilan ilmu dan tuntutan ilmu. Ilmu sentiasa berkembang lanjut penemuaan baharu
dan berinovasi.Oleh yang demikian guru bertanggungjawan memperoleh ilmu yang baharu agar tidak
ketinggalan zaman.
Dengan ini Epistemologi menjawab soalan-soalan:
a. Apa itu ilmu?
b. Bagaimana kita memperoleh ilmu?
c. Apa yang diketahui oleh manusia?

Sumber ilmu terdiri daripada pancaindera,wahyu,pandangan pakar dan kaedah saintifik. Teori
Epistemolgi yang berlandaskan epirisisme menggunakan persepsi yang diperoleh daripada pengalaman
sebagai ilmu yang benar. Teori Epistemologi yang berlandaskan rasionalisme menyatakan bahawa
sumber pengetahuan adalah akal,bukan pengalaman.

3. Aksiologi (Nilai)
Aksiologi mengkaji perkara seperti nilai-nilai moral,prinsip moral dan tingkah laku. Istilah etika(ethos) ,adat
resam dan kelakuan. Terdapat dua bahagian iaitu
Etika (kelakuan/adat resam) –memberi perhatian kepada kualiti moral dan tingkah laku manusia. Mengkaji
kebaikan seseorang,kebaikan sesuatu masyarakat dan kebaikan kehidupan.
Cabangan etika terdiri daripa etika normatif dan Metaetika. Etika normative ialah mengkaji dan mencadang
prinsip-prinsip yang sesuai. Ianya seirng menimbulkan soalan”bagaimana seseorang patut bertindak,secara
moral”. Etika Metaetika pula mengkaji tentang kegunaan konsep asas seperti betul dan salah,baik dan jahat.
Ia dapat digunakan untuk mempersoalkan peranan etika dalam kehidupan dan asas logical kepada sistem
etika.Etika Applied pula ialah kajian tentang penggunaan nilai etika.
Estetika (kecantikan dan seni)-menentu kriteria bagi kecantikan dalam kesenian,pengalaman seseorang
,alam sekeliling dan kehidupan.Menurut Plato,estetika membezakan seni dari segi kecantikan yang ideal
dengan objek yang cantik. Immanual Kant berpendapat seni bukan semata-mata persepsi kecantikan
intrinsiknya tetapi juga penglibatan penilaian yang subjektif.
Aksiologi mempersoalkan:
a. Baik atau buruk?
b. Cantik atau hodoh?
c. Benar atau Salah?

Secara kesimpulannya, guru berperanan sebagai role model dan teladan yang baik,sentiasa menunjukan
etika,bermoral,bersifat professional dan sebagainya.

4. Logik(penaakulan)
Logik berasal daripada perkataan logos yang bermaksud fikiran ,idea,hujah ,alas an atau prinsip. Ianya
merupakan pengajian tentang prinsip kesahihan tentang sesuatu sama ada secara inferens dan demonstrasi.
Logik merujuk kepdaa cara mendapat sesuatu rumusan berasaskan beberapa andaian yang kukuh.Logik ini
berpandangan progresif dan saintifik. Logik cuba membezakan antara apa yang dikatakan sebagai sah dan
yang mengelirukan. Contoh amalan penaakulan logik dalam menjalankan tugas professional dan rutin harian
pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu sentiasa meningkatkan diri secara professional demi menjamin
mutu profesion perguruan dan kualitinya.
Terbahagi kepada 2:
Logik Induktif- bermula dengan butiran khusus kemudian membuat penaakulan terhadap butiran seterusnya
membuat kesimpulan umum yang menjelaskan.
Logik Deduktif- bermula dengan kesimpulan umum kemudian mencari contoh yang relevan bagi
menerangkan kesimpulan tersebut.
Logik mempersoalkan:
a. Bagaimana tentukan taakulan baik atau kurang baik?

Anda mungkin juga menyukai