Anda di halaman 1dari 8

BAB 4

PENGUCAPAN AWAM

DISEDIAKAN OLEH
NAJIDAH ZAKARIYA
MPU CENTER, GUC
Kaedah untuk meredakan kegugupan
apabila berucap
 Tahu tentang tempat
 Tahu tentang audiens
 Tahu tentang apa yang anda ingin sampaikan
 Relaks
 Timba pengalaman
Kepentingan berucap
 Pengucapan awam dapat membantu menukarkan idea kita dalam bentuk
kata-kata yang dapat dipahami dengan mudah oleh orang lain seterusnya
dapat meyakinkan mereka untuk menerima idea kita.
 Pekerja yang mempunyai kemahiran pengucapan awam yang baik, senang
naik pangkat.
 Pekerja yang mempunyai kemahiran pengucapan awam yang baik adalah
seorang pemimpin secara semula jadi. Setiap kata-kata yang keluar dari
mulutnya adalah fakta semata-mata dan bukan bualan kosong. Pekerja ini
disenangi dan dihormati oleh orang sekeliling.
 Pekerja yang mempunyai kemahiran pengucapan awam yang baik selalunya
adalah seorang yang peramah.
 Pekerja yang mempunyai kemahiran pengucapan awam yang baik selalunya
banyak membaca dan mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam pelbagai
bidang
Ciri-ciri perucap yang baik
 Membuat persediaan yang rapi tentang tajuk yang akan
disampaikan
 Membuat analisis majlis
 Menganalisis pendengar/audiens
 Yakin diri
 Tidak meyinggung hati audiens/pendengar
 Kekemasan diri
 Suara yang jelas
 Kelancaran (Jangan terlalu laju atau lembab)
 Barang kemas / alat solek
 LATIHAN
Contoh senarai semak
PERKARA PERSEDIAAN
Analisa tajuk

Analisa majlis

Analisa penonton

Analisa tempat

Bahan: APD,data-data, fakta dan masa

Teknik Penyampaian
Langkah-langkah persediaan dan persembahan
bagi ucapan yang berkesan
 Bina keyakinan diri
 Berfikiran dan berperasaan positif
 Buat persediaan dengan rapi
 Jaga keterampilan
 Berucap dengan penuh bertenaga
 Guna suara dan nafas
 Guna gerak geri
 Jawab soalan dengan tenang dan jelas
 Menunjukkan minat pada tajuk ucapan
Kesimpulan
 Pengucapan awam merupakan satu kemahiran yang boleh
dipelajari oleh semua orang dan menjadi laluan untuk mencapai
kejayaan.
 Perucap yang cemerlang merupakan perucap yang sentiasa
berusaha untuk menyampaikan ucapannya dengan baik dan
berkesan tanpa mengira audien dan suasana.
 Ini memberi gambaran bahawa perucap yang bijak dapat
menggunakan segala keperluan dengan baik dan menghasilkan
pengucapan awan yang terbaik.
 Oleh yang demikian, persediaan yang rapi amat diperlukan bagi
memastikan penyampaian menepati objektif dan memberi
kepuasan kepada audien.
 Selain itu, ia bukan saja membantu meningkatkan jati diri serta
sifat kepimpinan seorangperucap malahan dapat meningkatkan
keyakinan diri perucap untuk berhadapan dengan khalayak
ramai.

Anda mungkin juga menyukai