Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA

BI PERKARA TEKS TINDAKAN


L
1 UCAPAN Bismillahirrahmanirrahim…
ALU ALUAN Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh…

Selamat sejahtera dan selamat pagi kepada semua peserta kita


pada pagi ini yang bersama kami di youtube MGKKL. Saya
harap semua dalam keadaan sihat, bersemangat dan sejahtera
sentiasa.

Yang berusaha

CIK JUNAIDA BINTI MOHAMAD JONET

PENOLONG PENGARAH UNIT HAL EHWAL MURID,


SEKTOR PEMBANGUNAN MURID, JABATAN
PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA
LUMPUR

(EN. MOHD LOFTI BIN YAACOB)

GBK SK PENGKALAN TENTERA DARAT

NYDP MAJLIS GURU KAUNSELING KUALA LUMPUR

Warga guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa &


Lantikan Dalaman, ibubapa/penjaga dan murud-murid yang
sudi melapangkan masa bersama-sama kami di youtube
MGKKL pada pagi ini.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

2 AJK DOA
Saya Lela Binti Nuradin merupakan moderator bagi program
BACAAN
Eksplorasi Kerjaya Sekolah Rendah. Terima kasih kepada AJK PA
DOA
semua yang hadir pada hari ini, diharap semua dapat kekal SISTEM DAN
fokus sehingga ke akhir acara pada hari ini. Bagi memberkati LCD
pajlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-
sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang
akan dibacakan oleh ENCIK ADENAN MUSTAPHA dari SK
Petaling Satu.
Penerangan Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, kerana
Sesi eksplorasi dengan berkat limpah kurnia dan rahmat-Nya, dapat kita
berkumpul pada hari ini untuk mengikuti program Eksplorasi
Kerjaya Sekolah Rendah.

Program Eksplorasi Kerjaya ini diadakan oleh Unit Hal Ehwal


Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan Kerjasama
Majlis Guru Kaunseling Kuala Lumpur. Ia bertemakan
Kesejahteraan Mental Tonggak Kecemerlangan Bekerjaya.

Pada hadirin sekalian,

Program kita akan diteruskan dengan sesi ceramah eksporasi


kerjaya. Ceramah ini bertujuan untuk menjelaskan hala tuju
murid selepas Tahun 6.

Apakah halatuju anda selepas Tahun 6? Atau apakah


perancangan anda selepas menamatkan pembelajran di
sekolah rendah? Persoalan ini adalah penting kerana selepas
Tahun 6 adalah masa anda bermula menentukan atau
mencorak perjalanan pembelajaran anda ke arah mencapai
cita-cita anda. Kedua-dua soalan yang mempunyai maksud
yang sama ini sering ditanya dalam kalangan ibubapa dan
murid sekolah rendah.

Bagi memberi penerangan yang jelas mengenai perkara-


perkara tersebut, saya menjemput ENCIK JAMIL HAMZAH
BIN SAZALI, Penolong pengarah Unit Kebehasilan Murid,
Sektor Pengurusan Sekolah dan Kemenjadian Murid.
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Kepada tuan-tuan dan puan-puan peserta program boleh


mengemukakan pertanyaan anda dalam “chat box” youtube
ataupun facebook. Soalan anda akan ditanya kepada
penceramah semasa sesi soal jawab.
Tanpa melengahkan masa, kita mulakan ceramah kita ini
dengan mempersillakan ENCIK JAMIL HAMZAH BIN
SAZALI

** UCAPAN**

3 Sesi soal jawab Program diteruskan lagi dengan sesi soal jawab…….

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih


kepada penceramah kita hari ini kerana sudi meluangkan masa
bersama dengan kita hari ini dan memberi satu penerangan
yang amat jelas. Saya berharap ceramah ini memberi
gambaran yang jelas mengenai hala tuju murid selepas Tahun
6 kepada semua pihak yang mendengarnya.
4 Sesi cabutan Hadirin sekalian. Tibalah saat yang kita tunggu-tunggu iaitu
bertuah sesi cabutan bertuah. Majlis berbesar hati untuk memberikan
hadiah bagi acara cabutan bertuah sebagai tanda penghargaan
terima kasih kepada seluruh hadirin dalam menjayakan
program ini. Bagi mengendalikan sesi ini, majlis berbesar hati
menjemput PUAN NORHANA BINTI HARIS dari SK
Setapak Indah.

Terima kasih PUAN NORHANA BINTI HARIS.


5 Majlis penutup Terbang di awan burung jentayu,

Ucapan naib Di atas papan batang jerami;

yang dipertua Tampillah tuan kami merayu,

MGKKL Bersama ucapan kata perasmi.

Saya dengan berbesar hati menjemput

EN. MOHD LOFTI BIN YAACOB


NYDP MAJLIS GURU KAUNSELING KUALA LUMPUR
GBK SK PENGKALAN TENTERA DARAT

Untuk menyampaikan ucapan beliau mengenai program


Eksplorasi Kerjaya Sekolah Rendah.

Dengan segala hormat nya dipersilakan.

** UCAPAN**

Terima kasih kepada EN. MOHD LOFTI BIN YAACOB atas


ucapan tadi.
6 UCAPAN Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan
PEGAWAI
JPWKL CIK JUNAIDA BINTI MOHAMAD JONET

PENOLONG PENGARAH UNIT HAL EHWAL MURID,


SEKTOR PEMBANGUNAN MURID, JABATAN
PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA
LUMPUR

Dengan segala hormat nya dipersilakan.

** UCAPAN**

Terima kasih kepada CIK JUNAIDA BINTI MOHAMAD


JONET atas ucapan tadi.
8 SESI Sekali lagi, kita akan adakan sesi cabutan bertuah. Bagi
CABUTAN menjalankan sesi ini, majlis menjemput PUAN NORHANA
HADIAH BINTI HARIS dari SK Setapak Indah untuk meneruskan
UTAM program kita.

Terima kasih PUAN NORHANA BINTI HARIS.


9 PENUTUP Hadirin yang dihormati....

Selesai sudah Program Eksplorasi Kerjaya, ucapan tahniah


buat semua peserta yang memberi kerjasama, sanggup tunggu
sehingga selesai.

Semoga semua peserta dapat memanfaatkan ilmu yang


diperolehi di dalam program ini dan berkongsi dengan rakan-
rakan dan jiran-jiran yang tidak dapat turut serta dalam
program ini.

Pohon berangan tempat bertemu,


Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan Negara.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian sahaja untuk hari ini. Mohon maaf dari saya sekiranya
ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang mengendalikan
majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu
datangnya daripada Allah s.w.t. yang kekurangan itu adalah
kelemahan saya.

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.

Rumpun nipah tepi telaga,


Diambil orang buat nira;
Hidangan di meja sudah tersedia,
Sebelum pulang jemput semua menjamu selera.

Sekian, tarima kasih.....


Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai