Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI MINGGU 13

KONSEP AYAT TERBITAN


Struktur permukaan berpunca daripada suatu ayat yang lain kecuali menyerupai ayat
dasar.Wujud pada peringkat struktur dalaman dan wujud dalam bentuk yang
serupa.  Proses gramatis melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi
mengubah struktur memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa.Proses transformasi
mengakibatkan pengguguran,penyusunan dan perluasan.

PENERBITAN AYAT :

PROSES PENGGUGURAN
Pengguguran unsur-unsur daripada binaan ayat pada peringkat struktur permukaan unsur
yang digugurkan tidak lagi wajib.

Pengguguran FN sebagai subjek.


Kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah.
Contoh,awak semua pergi dari sini = pergi dari sini.

Pengguguran subjek serupa dalam kata majmuk.


Contoh,Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar = dia sangat pandai kerana rajin belajar.

Pengguguran frasa predikat.

FK yang serupa.
Contoh, Adik Ali belajar di England dan sepupunya belajar di England.= Adik Ali dan
sepupunya belajar di England.

FN yang serupa.
Contoh, Bendera Malaysia lambing negara dan lagu kebangsaan lambing Negara =
Bendera Malaysia dan lagu kebangsaan lanbang Negara.

FA yang serupa.
Contoh, Adik saya sangat rajin.Adik Ali sangat rajin = Adik saya dan adik Ali sangat rajin.

Frasa Sendi Nama yang serupa.


Contoh, Dua masih di kampung dan isterinya masih di kampung = Dia dan isterinya masih di
kampung.

Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat.


Pengguguran oleh FN dalam ayat pasif.
Contoh, Dia dipukul oleh bapanya = Dia dipukul.

Pengguguran kata bantu yang serupa.


Contoh, Dia boleh menyanyi dan dia boleh menari = Dia boleh menyanyi dan menari.

Penggunaan FN sebagai objek yang serupa.


 Contoh, Daud memukul penjahat itu dan Daud menumbuk penjahat itu = Daud memukul
dan menumbuh penjahat itu.

Penggunaan FN sebagai objek selepas KK yang membawa makna adjektif.


Contoh, kejadian itu sunguh menakjubkan kami = kejadian itu sunguh menakjubkan

Pengguguran FN yang menduduki frasa relatif.


Contoh, Orang tua itu bapa saya.Orang tua itu memakai serban = Orang tua yang memakai
serban itu bapa saya.
Pengguguran KN yang berfungsi sebagai inti dalam FN. FN penerangan bukan daripada
kelas KN.KN boleh digugurkan.
Contoh, kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan = Bersenam boleh menyihatkan
badan.

PROSES PENYUSUNAN SEMULA

Ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang
baharu.
Mengakibatkan perubahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan. Tidak membawa
perubahan pada makna ayat.

Penyusunan semula.
Berlaku melalui proses transformasi pasif.
Contoh, Ali memendang bola itu = bola itu di tendang oleh Ali.

Penyusunan semula FN sebagai objek. Mengandungi objek tepat dan objek sipi.
Contoh, Ali menghadiahi Ahmad sebuah buku = Ali menghadiahkan sebuah buku kepada
Ahmad.

Penyusunan semula melalui ayat songsang. Mengandungi keterangan tempat,masa, syarat


dan musabab.
Contoh, Orang tua itu pergi ke sungai =Ke sungai orang tua itu pergi.

PROSES PELUASAN
Penambahan unsur-unsur dalam ayat yang baharu disebut peluasan ayat.

Peluasan FN sebagai subjek


Diluaskan melalui pemancangan ayat relatif.
Contoh, Budak itu adik saya.Budak itu membaca buku = Budak yang membaca buku itu adik
saya.

Peluasan frasa predikat


FN direlativisasikan berfungsi sebagai subjek.Ayat akan di pancangkan.
Contoh, Ali mengusik budak itu.Budak itu cantik = Ali mengusik budak yang cantik itu.

Peluasan dengan kata hubung.


Proses pengabungan ayat melibatkan 2 konstituen yang sama. Menggunakan kata hubung
seperti dan,tetapi,kerana, jika dan walaupun.menghasilkan ayat terbitan bersifat peluasan.
Contoh, Ali pergi ke sekolah.Osman pergi ke sekolah = Ali dan Osman pergi ke sekolah.

Peluasan melalui proses komplementasi


Proses pengubahan ayat menjadi FN dan memancang pada ayat yang lain menghasilkan
peluasan kepada ayat.
Contoh, Dia melaporkan sesuatu.Ali sakit tenat = Dia melaporkan bahawa Ali sakit tenat.

Anda mungkin juga menyukai