Anda di halaman 1dari 1

XXXXXXX

xxxxxxxxxxx,
xxxxxxxxx,
96807 Kapit,
Sarawak.

Skuadron Bravo,
Rejimen Ke 11 Kor Armor Diraja (11 KAD),
Kem Syed Sirajuddin,
73400 Gemas,
Negeri Sembilan.

( U/P : Pengerusi BAKAT) 15 OKTOBER 2020

Yang Berbahagia Puan,

PER : MEMOHON PENGECUALIAN KE AKTIVITI BAKAT

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan, saya ______________, isteri kepada ________, No. ________.


Saya ingin memohon pengecualian dari menghadiri aktiviti BAKAT yang akan diadakan pada 17
Oktober 2020.

3. Untuk pengetahuan Yang Berbahagia Puan, saya merupakan seorang guru dan sekarang
bertugas di Sarawak. Berikutan dengan keadaan pandemik Covid-19 yang melanda dunia,
terutamanya di Malaysia sekarang, adalah amat sukar untuk saya melakukan perjalanan merentas
negeri kerana perlu mendapatkan permit daripada pihak berkuasa dan perlu melalui SOP yang
ketat jika ingin keluar dari Sarawak.

4. Justeru itu saya ingin memohon maaf diatas ketidakhadiran saya pada hari berkenaan.
Akhir kata saya berharap permohonan saya ini mendapat pertimbangan dari pihak Yang
Berbahagia Puan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

……………………………
( XXXXXXXXXXXX )

Anda mungkin juga menyukai