Anda di halaman 1dari 1

Nur Syahirah binti Anuar

SMK Sadong Jaya,


Lot 315 Blok 19,
Sadong Land District,
94600 Asajaya.

Puan Ummi Soefiah binti Ishak,


SMK Sadong Jaya,
Lot 315, Blok 19,
Sadong Land District,
94600 Asajaya. Tarikh : 23 Ogos 2021

Puan,

MEMOHON KEBENARAN UNTUK BEKERJA DARI RUMAH (BDR) DI LUAR STESEN BERTUGAS

Dengan segala hormat saya merujuk perkara di atas. Berikutan dengan pengumuman yang telah dibuat oleh
mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8 Ogos yang lalu, suami isteri jarak jauh (PJJ)
dibenarkan untuk merentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan.

2. Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon kebenaran untuk merentas negeri untuk berjumpa
dengan suami saya yang sekarang bertugas sebagai anggota tentera di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri
Sembilan.

3. Permohonan untuk BDR ini adalah sehingga cuti pertengahan penggal 2, iaitu 19 September 2021.
Buat pengetahuan puan, kali terakhir saya berjumpa dengan suami adalah pada bulan April yang lepas.
Berikutan dengan tuntutan kerja sebagai salah seorang petugas barisan hadapan, suami saya sukar untuk
bercuti dan kembali ke Sarawak. Alamat tempat saya BDR kelak adalah No. 803 Taman Gemas Jaya, 74300
Gemas, Negeri Sembilan.

Saya berharap permohonan saya ini akan diluluskan. Jasa baik puan saya dahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

………………………………………………..

(NUR SYAHIRAH BINTI ANUAR)

Anda mungkin juga menyukai